"Did you change the patient in this room, Doctor? Where is the previous patient?" aku mengajukan pertanyaan kepada Doktor F, doktor yang sudah seminggu lebih mengajar aku di department baru - ICU.
" No, he died."
" Ha?" Aku membesarkan mata seraya memandang doktor muda itu.
Oh my Allah.
"Yes, he died." Monotonous suara Doctor didepanku menuturkan. Tak tereffect langsung dengan riak wajahku yang terkejut.
"His condition is very complicated after an attack of...bla bla.."
Aku tak dapat menumpukan perhatian terhadap penerangan doktor. Fikiranku berputar kembali mengingatkan pak cik yang kujumpa minggu lalu. Selama seminggu aku mengikuti perkembangan beberapa pesakit Doktor F, termasuklah pakcik ni.
Ya Allah. Pak cik tu baru nampak lebih sihat sedikit jumaat lalu berbanding hari2 sebelumnya. Just conditionnya yang tak berapa suka dengan endotracheal tube dimulutnya. Dia selalu meminta doktor dan juga nurse untk keluarkan tube tersebut. Mungkin ia juga adalah kesan setelah ubat sedative dikurangkan untuk membantu proses pemulihan.
Cryptogenic lung fibrosis. Penyakit yang membuatkan saturation of the oxygen dalam dalam rendah kesan dari extensiveness activity of fibrosis in the lung. Saturation of oxygen should be around 98% keatas, dan kalau untuk penyakit ni, pesakit paling minimum harus ade 92%. Tapi pak cik ni hanya ade 82% sahaja dan banyak bergantung kepada mesin penafasan.
Tak dapat kugambarkan perasaan. Sekejap. Sekelip mata. Masih terbayang dalam mataku pakcik ni merayu seraya merapatkan kedua-dua belah tangannya untuk menagih simpati doktor.
Astaghfirullah.
Mati dan hidup tu, hanya terpisah dengan satu garis saja.
"...and we manage not to resuscitate because nothing we can do in this complicated condition." Suara doktor kembalikan ku ke bumi nyata.
Aku memandang doktor muda itu. Apalah yang dirasa agaknya bila ada pesakit yang meninggal. Atau mereka merasakan perkara itu normal, atau ia adalah sebahagian peristiwa dari tugas mereka, so tiada kesan pun pada mereka.
Tambah-tambah lagi di ward ni, ICU. Atau dalam bahasa Czechnya dipanggil JIP. Kematian boleh datang berkunjung bila-bila..
Ruginya. Rugilah mereka yang melihat kematian dan tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Orang yang sihat, kalau Allah nak ambil nyawanya, bila-bila masa je. Insaf. Diri yang tak terlepas dari dosa ni patut kena selalu sedia dengan mati ni.
Mati dan hidup tu, hanya terpisah dengan satu garis saja.
satu garis. Tak tahu dah dekat atau belum.
Yang paling penting, kita, dah bersediakah?
No comments:
Post a Comment