Friday, October 26, 2012

Korban

Bismillahirrahmaniirahim~

Salam alaik,

Alhamdulillah wa syukrulillah~ datangnya lebaran sebenar umat Islam di penghujung bulan Oktober ni. Menyaksikan Hari Raya AidilAdha "Akhbar" yang bermaksud hari raya besar-besaran kerana jatuhnya 10 Zulhijjah pada penghulu segala hari iaitu hari Jumaat. Allahu Akhbar!

Sangat-sangat best bagi mereka yang menjadi pengunjung Baitullah atau Masjidil- Haram sebagai jemaah haji tahun ini. Bila lagi nak merasa hari raya akhbar gini. Nak kena tunggu berpuluh-puluh tahun lagi rasanya untuk jatuhnya 10 Zulhijjah pada hari jumaat. Wah, sungguh jeles! Teringat ade seorang mak cik kenalanku yang terpilih untuk jadi jemaah haji tahun ni masa aku di Malaysia lagi. Seronoknya Mak cik Wah tu! Untungnya rasa.

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar walillahilhamd.

Pengertian korban bagi aku akan sentiasa berubah setiap tahun. Orang kata daripada tak tahu jadi tahu, dan terus tahu. Dulu mungkin aku tahu kisah Nabi Ibrahim saja, tapi sekarang dah complete sampai Siti Hajar dan Ismail serta isterinya satu lagi pun aku tahu.Alhamdulillah.Itu namanya Allah nak tinggikan kefahaman dalam menghayati seerah. Dan juga mengambil pengajaran2 yang tersirat.

Ibadah korban memang tak asing bila tiba hari raya aidiladha ni. Nama pun raya korban kan. Hari tu pun mak aku dah tanya nak berkorban ke tak tahun ni. Betapa ibadah ni sangat popular dan menarik ramai antara kita untuk mengerjakannya.

Tapi ada satu sudut yang kurang kelihatan disitu. Aku tertarik dengan satu talk Dr Asri mengenai ibadah korban ini. Kita tahukan kisahnya bermula apabila Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail. Sungguh jelas disitu pengorbanan seorang ayah serta pengorbanan seorang anak semata-mata kerana ingin mentaati perintah Sang Pencipta.

Ya, kisah gantian Nabi Ismail dengan seekor domba inilah yang menyebabkan kambing dan lembu menjadi haiwan yang dikorbankan bila tiba aidiladha.

 Kisah gantian ini juga yang menyebabkan kita juga berkorban seperti mana Nabi Ibrahim berkorban.

Tapi itu hanya refleksi. Refleksi kisah pengorbanan Nabi Ibrahim bila Allah tuntut pengorbanan dari baginda.
Tapi ada satu lagi yang tersirat. Ada sesuatu yang tak terlihat. Sebelum pengorbanan itu dilakukan, Nabi Ibrahim telah dahulu mengorbankan perasaannya. Anak yang satu ketika dulu dinanti penuh harap, tapi kemudiannya harus ditinggalkan di tanah yang gersang, kering kontang dan seterusnya diperintahkan untuk menyembelih anak itu- apakah yang lebih hebat selain perasaan yang melanda jiwa Nabi Khalilullah ini?

MasyaAllah. Sungguh, kekuatan jiwa itu ada pada baginda.

Korban perasaan. Itu yang Allah mahu kita hayati. Kalau korban binatang korban dan wang ringgit, adakah sama dengan mengorbankan sebuah perasaan kasih seorang ayah kepada anaknya? Adakah sama nilaiannya? Tidak, takkan sama. Takkan pernah sama.

Ibadah korban seharusnya memberi kita makna sebenar hakikat perngorbanan. Bukan setakat melemparkan wang ringgit untuk belanja korban. Bukan, ia lebih daripada itu. Ia umpama melepaskan sesuatu yang paling,sangat-sangat kita cinta,sayang dan kasih hanya kerana Dia.

Itulah korban yang dimaksudkan. Subhanallah. Aku berllindung daripada segala sesuatu yang aku lebihkan melebihi cintaku kepada Allah..T.T

Sungguh, luas pengertiannya. Luas pemahamannya. Dan tinggal kita untuk sedar dan cungkil segala yang tersirat itu..


Selamat Hari Raya Aidil Adha!
Kullu a'min wa antum bikhair!
Taqabbalallahu minna wa minkum, ^^,
~
kita maka rendang kambing tahun ni.. ;)

Wednesday, October 17, 2012

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
 Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu. ~


hard-core.

Tuesday, October 16, 2012

OnG ke OMG?

Salam alaik,

Fuhh.. Baru dua hari berlalu dengan rotation OnG, tapi rasa sesak nafas, kurang oksigen, rasa flush kat kawasan muka tak hilang-hilang. Macam bakal ade cardiac arrest je ni.. tak pun ischemia.

Naudzubillah.. Penyakit2 ni jangan disebut. Mahu hypochondriac nanti. Cukup2lah dengan penyakit2 yang dalam buku tu. Jangan dibawak ke luar. Ehe.

Kenapa ada symptoms2 kat atas tu? Ohho, sungguhlah ajaib saakella ni. Autonomic nerve system badan dia sangat2lah fully function bila tiba je part2 yang berkaitan dengan fluid warna merah tu. Tak pun sebab dia dah ada minset yang dia bakal melihat baby keluar dari rahim seorang wanita. Dan dia juga seorang perempuan yang bakal bergelar wanita. (apekah?) Ok, maksudnya dia faham la kesakitan yang dirasai oleh wanita lain.. (sorry, ayat berbelit2)

Oh, apakah yang lebih mengerikan daripada itu. Baby yang hidup dikeluarkan dari rahim wanita yang hidup (ish, memanglah!) - bagi aku sangat mengerikan. Sakitnya, aduhaiii...

Adakah aku terlebih emosi part ni? Hukhukhuk. Sakitlah! Ya Allah, tak terbayang kesakitan yang dihadapi. Pulak tu tengok baby tu kena tarik secara ganas.. Oh, tidak.. Hatiku tak membenarkan baby2 disakiti begitu rupa. Tau la nak selamatkan baby tu. Huhu..

Yang tu untuk spontaneous delivery, maksudnya bersalin normal la. Yang kalau tak normal? Mahu terbeliak biji mata melihatnya. Dengan forceps, dengan vacum, dan ntah apa-apa lagi perkakas rumah digunanya. Ish, itu baby lah! Kesian tau.

 Nak pulak tengok dari kacamata seorang makcik muda yang ade ramai anak buah yang comel2.. Oh, tidakk.. tidaklah aku mahu membuat begitu kepada anak buah kesayanganku. Cubit pun sayang tau.

Namun itu situasi di ward obstetrics saja. Bila masuk ward Ultrasound, situasi lain pulak. Kalau di obstetrics, aku rasa sedih, sakit, tapi bila di ultrasound, aku rasa bahagia sangat. (ehe) Ye lah, kita bakal melihat baby dalam perut dengan ultrasound tu, dan boleh perasan sangat kot muka ibu2 yang tersenyum bahagia melihat anak dalam perut tu. Siap mengalir air mata tau. Aku yang lihat pun rasa bahagia.. Eii, seronok sangat!

Mulanya merasakan bakal tiada harapan aku dengan OnG ni, tapi bila part ultrasound tu aku rasa masih ada harapan lagi, insyaAllah. Baru rasa ada kehidupan sedikit. ^^,  Tapi sebenarnya aku suka je kalau boleh sambut baby. Cuma jangan bagi aku complicated case, mesti aku akan tenggelam dalam emosi. Lebih2 lagi kalau ade baby yang meninggal ke.. waa, Naudzubillah!


Allah juga yang menciptakan segala sesuatu~ Amazed tengok fetus dalam uterus. Subhanallah.. Dulu aku pun datang dari situ.. membesar di satu tempat yang kukuh. Maha Hebat Tuhan yang menciptakan.



“Sesungguhnya Kami menciptakan manusia daripada tanah. Kemudian Kami jadikan manusia daripada saripati air mani (nutfah) yang tersimpan di dalam tempat yang kukuh (rahim). Dari nutfah (benih) Kami proses menjadi ‘alaqah (segumpal darah), dari ‘alaqah menjadi mudghah (segumpal daging), kemudian dari segumpal daging Kami jadikan tulang. Dan setelah proses itu Kami balut pula dengan daging. Setelah itu kami ciptakan makhluk baru berbentuk lain. Maha Suci Allah, Pencipta yang paling baik.”
Surah Al-Mukminun:12-14

Wallahualam~


Hurm, esok bakal berdepan dengan gyneacology ward pulak. Group yang dah melaluinya experienced a very sad situation. Abortion, abortion, and abortion.. (-.-) Adakah ini akan jadi penamat kisah aku dan OnG? Sama-sama kita lihat.. (pheww~~)


Allahumma yusahillana..


p/s: daripada nak lima orang anak, jadi sorang saja. haha. trauma. sekali cikgu gynea kata, at least dapatkanlah anak 3 orang.

ok..*hilang hujah*

Sunday, October 14, 2012

Lupa lah tu!


Bismillah,

Manusia itu mudah lupakan? Kita susah nak ingat banyak benda dalam satu masa.
Kadang-kadang kita ingat satu perkara, kita lupa perkara lainnya. Kita ingat yang ini, kita lupa yang itu. Nak kata memang ada sajalah perkara yang kita lupa.

Banyak kesan akibat lupa ni. Bila kita lupa, kita terpaksa berdepan dengan situasi yang tak best. Kadang-kadang kita kena marah, kita lambat pegi kelas, dan yang paling tak best bila kita gagal  exam la. Tu kesan yang sangat menyakitkan sikit la kan. (Ehm sakit banyak kot?) So, keseluruhannya lupa ni banyak beri kerugian daripada keuntungan. (Ke memang takde untung langsung?)

Jadi untuk mengelakkan kita lupa, kita selalu try buat benda-benda yang boleh tolong ingatkan kita. Kita tulis notes, kita buat alarm lagu hard rock, kita suruh rakan kita kejutkan kita daripada tidur ganas2, kita suruh mak telefon dan lain-lain. Banyak cubaan yang kita buat untuk jadikan diri kita ni seorang yang pengingat sikit. :) (dan daripada trial2 tu ada yang  gagal ada juga yang berjaya. Kalau aku, banyak yang gagal la sebenarnya. Hehe)


Jadi, menjadi manusia yang mudah lupa ni, ada sesuatu yang jadi petunjuk kita. Allah tahu kita ni mudah lupa. Bukan Melayu je yang mudah lupa, semua manusia memang mudah lupa.. Allah Maha Adil, Dia takkan biarkan kita terkapai-kapai tanpa peringatan.

So, apa dia yang jadi petunjuk tu? (Haa, rasanya apa? Lupa lah tu? ) Jawapannya mestilah ALQURAN..Petunjuk untuk semua manusia dan juga seluruh alam.

Al-Quran ni tolong ingatkan apa? Suruh bangun pagi pergi kelas ker? Suruh jgn lupa sarapan before lecture ke? Or jangan lupa sidai baju kat ampaian? (Hoho, kalau ade ayat tu,mesti Rasulullah terkejut) ;)

AlQuran diturunkan untuk ingatkan manusia tentang tujuan hidupnya. Kenapa dia berada di dunia. Kenapa dia dilahirkan di dunia. Kenapa dia ditakdirkan untuk hidup didunia. Jawapan semua persoalan tu ada dalam Alquran. Alquran jawab semua persoalan kita. Ia ibarat pengganti Rasulullah yang telah lama meninggalkan kita(untuk zaman kita sekarang ni la.) Juga petunjuk dan wahyu kepada Rasulullah saw.


Kita lupa, kadang2 kita hidup macam esok ada. So AQ kata, tak.. esok belum tentu ada.
Kita lupa kita ni hamba, AQ kata - tak, kau ni memang hamba. Hamba kepada Allah. Kita lupa bahawa kita pemakmur dunia. Kita lupa kita sebenarnya mulia menjadi hamba Allah. Mulia menjadi muslim walau berbeza dipandangan manusia.

Bila kita baca AQ ni, sebenarnya Allah nak igtkan kita..seolah2nya Allah nak kata:
Lupakah kamu manusia, Aku ni Tuhan kamu..
Lupakah kamu manusia, kamu adalah hamba saja. Tak ada kuasa.
Lupakah kamu manusia, dunia yang sedang kamu pijak ni, adalah sementara?
Lupakah kamu manusia, Aku yang beri kamu nikmat setiap masa
Lupakah kamu manusia, Aku boleh tarik nikmat2 ini bila-bila yang aku suka
Lupakah kamu manusia, masa yang kamu ada itu, Aku punya.
Lupakah kamu manusia, tiada yang abadi di dunia, kecuali Aku.
Lupakah kamu manusia, ada syurga dan neraka yg sedang menunggu disana.
Lupakah kamu manusia, dunia ni kau sepatutnya guna untuk apa?


Allah seolah-olah bertanya semua persoalan tu. Mengajak manusia berfikir tentang hakikat penciptaan diri mereka. Allah cipta persoalan yng jawapannya ada dalam AQ. Sebab semua persoalan memang berkisar tentang itu je. Kenal pencipta, kita akan kenal diri kita.
Kenal diri kita, kita boleh guna potensi kita sebaiknya. Dari situlah apa sebenarnya yang kita patut jadi. Apa yang Allah nak kita jadi.
Jadi buat diri yang pelupa ni, marilah kita rapatkan diri dengan peringatan yang satu ni. Kata -kata yang datang daripada Pencipta kita. Tersusun indah bukan hanya sebagai petunjuk, juga sebagai penenang hati tatkala keserabutan dunia melanda.

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang- orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak diantara mereka menjadi orang-orang fasik."

57: 16

Apa lagi, jom, tadabbur Al-Quran!

Monday, October 8, 2012

Surprise!


Bismillah,

Hidup ini penuh dengan kejutan, kan?. Setiap hari pasti ada saja yang baru. Hari-hari yang dilalui takkan pernah sama. Pasti ada saja yang berlaku mengubah kesamaan itu.

Sama jugak seperti aku. Tak menyangka terlalu banyak kejutan yang diterima sejak menjejak kaki ke Czech ni. Bukan lama mana pun, baru je seminggu. Tapi kejutan demi kejutan datang menerpa ibarat angin monsoon yang datang tiba-tiba. Tiada expectation, tiada preparation. Terkejut.

Nak taknak hati bertanya, atas sebab apa, mengapa dan bagaimana boleh terjadi. Sungguh tiada jawapan. Bertanya hati pada Sang Pencipta. Atas sebab apa diri ini dipertanggungjawabkan sedemikian. Soal mampu dijadikan persoalan utama. Kelayakan bagai tiada, bahkan baru mahu dibina. Tapi kepala geleng tanda tidak bersetuju dengan pertanyaan hati.

Allah tahu sesuatu yang kamu tidak ada pengetahuan tentang itu..

Tunduk. Benar, aku tidak tahu. Benar-benar tidak tahu. Mungkin ada sesuatu yang Allah mahu aku terima. Mungkin ada sesuatu yang Allah mahu beritahu.

Hidup penuh dengan ujian, kan? Kalau takda ujian, bukan namanya kehidupan, ye tak? Ujian, ujian.. Menentukan kita mampu ke tahap seterusnya atau tidak. Lulus atau gagal. Gagal atau lulus.

Menakutkan. Takut untuk gagal. Kecuali kalau sudah bermati-matian berusaha. Baru tak kisah kalau gagal sekalipun. Cuma masih risaukan tentang usaha pula.. Setinggi mana usaha aku dapat berikan?


Moga dengan ujian, Allah berikan kekuatan..
Moga dengan tanggungjawab, Allah kurniakan kebijaksanaan..
Moga dengan nikmat, Allah hamparkan kesyukuran..

Allahumma yusahhil lana..

Photobucket