Baru-baru ni kat Malaysia heboh dengan satu fenomena.. (eh, yeke?) tapi fenomena itu terasalah sampai ke Czech ni ha..
Apa dia??
Ni dia, sila jeles sekarang~
Buat yang tidak merasa jeles sedikit pun, maka tidak perlu melanjutkan pembacaan. ;) Ini bicara orang yang jeles sahaja.. hehe..
Subhanallah~ satu-satunya majlis perkahwinan artis yang kurasakan sedapla mata memandang.. sebelum ni hanya glamour sahaja kan dalam dunia artis, kurang sedikit ciri-ciri islami tu. Tapi nie boleh dianggap sempurna juga la, walau mungkin ada je la kekurangan dimana-mana.. (mungkin)
Si cantik dengan si tampan bersanding di atas pelamin indah, yang sebelum itu diiringi dengan selawat dari adik2 comey yang segak berjubah putih dan berselempang, - dimulakan majlis dengan bacaan doa dari ustaz terkenal dan diaminkan oleh semua para hadirin yang hadir, owh, apakah yang lebih indah daripada itu semua?
Dayang-dayang pengiring bertudung sopan bersama si pengantin yang manis lagi menawan walau hanya dengan solekan nipis, di dalam dewan yang serba indah, ibarat puteri turun dari kayangan~ waaa, jelesh sangat nie.. ^^,
Bila tahu tentang pertemuan mereka, lagi terasa awesome! Sungguhlah, kan.. kalau Allah nak jadikan, kun fayakun je.. bertuah sungguh mereka berdua ni.. moga Allah berkati selalu~
awesome! kan Allah dah janji, perempuan baik untuk lelaki yang baik~
Mungkinlah ada orang bertanya kenapa la aku post pasal cerita dunia artis kat sini? amatlah tak sesuai kan? ;) sebenarnya nak refleks something..
Ramai orang jeles dengan Irma, tapi before tu, ada sesiapa jeles tak dengan ujian yang dia hadapi? (gulp!)
Kalau tahu la sikit2 tentang Irma ni, kita tahu la kan, dia dulu tak bertudung ape semua. Pernah fikir dan rasa tak apa yang dirasakan olehnya tatkala hidayah menyapa?
Sebagai artis, yang dikenali ramai, rasanya memang nak berubah tu sangat2 payah, especially dari xbertudung ke bertudung. Faham je la kan jiwa wanita (;P) yang sukakan perhiasan, suka berhias, nak nampak cantik tu semua, tapi bila kena tinggal dan kena strictkan, memang sakitlah sebenarnya..
tambah-tambah lagi artis, bila berubah, adalah semua cerita-cerita yang tak best dengar. susah, sapa cakap senang.. kita yang bukan artis pun nak berubah pun susah kan? ;(
dan aku rasa, kerana semua keperitan dan ujian yang dia pernah lalui sebelum ni, telah Allah balas dengan sesuatu yang sangat indah.. ibarat hadiah untuk dia atas segala yang berlaku sebelum ni.. subhanallah, masyaAllah~
Hebatkan Allah.. percayalah, Allah takkan memungkiri janjiNya..
Selepas hujan petir, ribut taufan, sebenarnya Allah nak berikan pelangi. Dan bukan senang la nak terus dapat pelangi tu kan~ (dan bukan senaglah nak dapat wedding impian cmni~ T.T)
Bersabarlah atas ujian yang melanda, insyaAllah, Allah pasti akan berikan sesuatu yang lebih baik, dan lebih abadi~
“Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka.” (surah al-Qasas 28:54)
“Sesungguhnya hanya orang yang bersabar dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (surah al-Zumar 39:10)
~ p/s: sangat jeles dengan cincin bermata biru yang terukir nama mereka dalam tulisan jawi~ T.T
nak jugak..
No comments:
Post a Comment