Friday, July 20, 2012

Diari Malaysia

Salam alaik..

Post pertama dariku di bumi Malaysia ni..
Post sehari sebelum Ramadhan bakal dimasuki..

What a blessing ya Allah..

' Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?'

Alhamdulillah, permulaan yg cukup baik. Hari pertama jejak kaki da jatuh motor.. ;p ( oh, not that part I want to stress, but it's the 1st day jejak Malaysia but I'm already pegang motor.).. Selalunya seminggu kot baru pegang..alhamdulillah tak cedera pun..malu saja..;)

Dan hari pertama telah pun diuji.. Allah kuatkan hatiku..
moga terus produktif, kella.. try ur best!


Ahlan ya Ramadhan.. nape rasa  rindu siap2 ni? ;)
moga Ramadhan kali ni memberi tazkiyah dalam diri..lembut dan ikhlaskan hatiku yaAllah.

Thursday, July 12, 2012

Cinta Salman Al-Farisi

Salman Al Farisi memang sudah waktunya menikah. Seorang wanita Anshar yang
dikenalnya sebagai wanita mukminah lagi shalihah juga telah mengambil
tempat di hatinya. Tentu saja bukan sebagai kekasih. Tetapi sebagai sebuah
pilihan dan pilahan yang dirasa tepat. Pilihan menurut akal sehat. Dan
pilahan menurut perasaan yang halus, juga ruh yang suci.

Tapi bagaimanapun, ia merasa asing di sini. Madinah bukanlah tempat
kelahirannya. Madinah bukanlah tempatnya tumbuh dewasa. Madinah memiliki
adat, rasa bahasa, dan rupa-rupa yang belum begitu dikenalnya. Ia
berfikir, melamar seorang gadis pribumi tentu menjadi sebuah urusan yang
pelik bagi seorang pendatang. Harus ada seorang yang akrab dengan tradisi
Madinah berbicara untuknya dalam khithbah. Maka disampaikannyalah gelegak
hati itu kepada shahabat Anshar yang dipersaudarakan dengannya, Abu Darda’.

”Subhanallaah. . wal hamdulillaah. .”, girang Abu Darda’ mendengarnya.
Mereka tersenyum bahagia dan berpelukan. Maka setelah persiapan dirasa
cukup, beriringanlah kedua shahabat itu menuju sebuah rumah di penjuru
tengah kota Madinah. Rumah dari seorang wanita yang shalihah lagi bertaqwa.

”Saya adalah Abu Darda’, dan ini adalah saudara saya Salman seorang
Persia. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah
memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang
utama di sisi Rasulullah Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam, sampai-sampai
beliau menyebutnya sebagai ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili
saudara saya ini melamar putri Anda untuk dipersuntingnya.”, fasih Abud
Darda’ bicara dalam logat Bani Najjar yang paling murni.
”Adalah kehormatan bagi kami”, ucap tuan rumah, ”Menerima Anda berdua,
shahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah kehormatan bagi keluarga ini
bermenantukan seorang shahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak
jawab ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami.” Tuan rumah memberi
isyarat ke arah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan
segala debar hati.

”Maafkan kami atas keterusterangan ini”, kata suara lembut itu. Ternyata
sang ibu yang bicara mewakili puterinya. ”Tetapi karena Anda berdua yang
datang, maka dengan mengharap ridha Allah saya menjawab bahwa puteri kami
menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda’ kemudian juga memiliki
urusan yang sama, maka puteri kami telah menyiapkan jawaban mengiyakan.”

Jelas sudah. Keterusterangan yang mengejutkan, ironis, sekaligus indah.
Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya! Itu
mengejutkan dan ironis. Tapi saya juga mengatakan indah karena satu
alasan; reaksi Salman. Bayangkan sebuah perasaan, di mana cinta dan
persaudaraan bergejolak berebut tempat dalam hati. Bayangkan sebentuk malu
yang membuncah dan bertemu dengan gelombang kesadaran; bahwa dia memang
belum punya hak apapun atas orang yang dicintainya. Mari kita dengar ia
bicara.

”Allahu Akbar!”, seru Salman, ”Semua mahar dan nafkah yang kupersiapkan
ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, dan aku akan menjadi saksi
pernikahan kalian!”
???

Cinta tak harus memiliki. Dan sejatinya kita memang tak pernah memiliki
apapun dalam kehidupan ini. Salman mengajarkan kita untuk meraih kesadaran
tinggi itu di tengah perasaan yang berkecamuk rumit; malu, kecewa, sedih,
merasa salah memilih pengantar –untuk tidak mengatakan ’merasa
dikhianati’-, merasa berada di tempat yang keliru, di negeri yang salah,
dan seterusnya. Ini tak mudah. Dan kita yang sering merasa memiliki orang
yang kita cintai, mari belajar pada Salman. Tentang sebuah kesadaran yang
kadang harus kita munculkan dalam situasi yang tak mudah.

Tuesday, July 10, 2012

V Nemocnici 2

Bismillah,


Lagi semingguu nak habisskan 5th year!! okey, sekarang dah rasa tak best sebab orang rumah dah start balik(last week). jadinya rasa nak balik rumah tu lagi menebal.. aish, pengaruh rakan sebaya sungguh!

Sudah 5 hari berpraktikal di department cardiosurgery. Rutin harian bermula seawal 7 pagi di sana. Maksudnya aku kena bangun seawal 6 pagi untuk kejar bus dan bersiap2.. Waa, menangis tiap-tiap hari begini. Dulu pergi kelas pukul 8 pagi, pukul 7 tu baru dapat turn mandi tau.

Takpe, Allah nak tarbiyah ni. Nanti bulan Ramadhan senang bangun subuh.. (yela tu, sana jam berubah 6 jam kebelakang~) Takpe2, positif!

Aku tak pernah berjaya sampai tepat kat department tu pukul 7pagi..hehe (jangan ikut perangai ni). Bukan salah aku la, sebab aku dah kuar seawal 6.40 untuk kejar bus. Tapi aku tak sure la bus tu yang awal sangat ke atau memang waktu tu bas takde. Dah dua hari camtu padahal dalam jadual ada pukul 6.42pagi (ehe, 2 minit utk kejar). Yang ada bas seterusnya pukul 6.56 pagi. Jadinya macamana aku nak sampai tepat pukul 7 kalau 4 minit sebelum tu baru jejak kaki dalam bas? ^^,

Dyorang akan ada ward round start pukul 7 pagi. 7.35 pagi akan ade meeting semua Cardiosurgeon dalam satu bilik tu. Waa, rasa inferior sungguh la duduk dikalangan doktor2 ni.. dah la aku nie kecik, lagi rasa kecik dibuatnye.. =P tapi aku maintain gaya cool macam takda apa2.. (apola..)

Pukul 8 pagi dah masuk OT (operation theatre). Nama je theatre, tapi takde music pun. =p (hey!!). So, start dari sini lah aku akan bersuamuka dengan darah sampai ketengahari. (kalau operation sekejap, selamat la.) Waduh, dah la sarapan pun tidak, perut kosong, pastu dihidangkan dengan warna pekat darah serta baunya.. Bukan tak mahu sarapan, okey..cuma pagi sangat la..perut pun baru bangun tidur.. hihi

motif gambar: tiada..;P

Aku risau je collapse kat tengah-tengah OT tu. kalau berdua ke takpe la, tapi sorang-sorang.. siapa nak pastikan aurat aku terjaga nanti?  = (   Oleh kerana itu, aku selalu buat senaman kaki. Takpun, pandang tempat lain selama yang boleh. Ataupun kalau tak malu aku tumpang kerusi anesthesiologist yang duduk monitor pesakit..hihihi.. Takpe, dyorang baik. =)

Aku memang pening la tengok darah. Lagi-lagi darah yang segar tu, memang aku tak boleh la.. Tapi sebab kat OT ni asyik pengalaman tgk open heart surgery je; sama ada coronary by pass, atau valve replacement, memang adegan-adegan darah memancut tu ada je la. Seram sejuk tahu?

Tapi bila difikir-fikirkan.. Allah nak tarbiyah (didik) ni.. Allah nak hilangkan aku punyer bloodsickness kot eh? Sebab tu asyik encounter darah je. Alhamdulillah..kalau nie boleh sembuhkan, aku cuba la bersabar.  Cuma janganlah aku pitam lagi. Malu. ;((
(amboi, yang beritahu semua orang kat blog nie yang awak tu bloodsickness x malu pulak?  ehe..;P)

 Semua benda Allah nak tarbiyah kan kella? Mesti tension je orang yang bace post aku kan? Asyik-asyik ulang ayat yang sama. =)

Tapi nak buat macamanalah.. Hakikatnya memang inilah yang dihadapi. Ujian-ujian untuk didik hati. Allah nak tarbiyah, Allah nak ajar, Allah nak bimbing kita setiap hari untuk jadi manusia yang lebih baik.Jiwa, hati, minda kena selalu berhubung dengan Allah, tak kira susah atau senang. Kalau mereka ni tak connected dengan Allah, takut connected dengan benda lain pulak.. Naudzubillah!

p;s: Aku tak mahu Ramadhan kali ni macam tahun lepas. Nak upgrade lagilah. Baru mantop!
Salam marhaban ya Ramadhan~

Positif

Salam alaik,

Sekarang tengah mempositifkan segala anggapan.
Positifkan segala keyakinan.


Senyum. Allah jugalah yang mempositifkan diri ni. Kalau tidak, dah jadi apa dah aku ni.
Kenyit mata.. Allah tahu aku boleh lalu ni~ alhamdulillah..

Positif, positif kella.. dah nak masuk Ramadhan nie~ bolehlah teruskan tazkiyah diri tu.

insyaAllah~
Allah, be with me, please.





Thursday, July 5, 2012


so now you know how I went through it.
Because of Him.



Wednesday, July 4, 2012

Wedding impian.. tapi?

Salam alaik,

Baru-baru ni kat Malaysia heboh dengan satu fenomena.. (eh, yeke?) tapi fenomena itu terasalah sampai ke Czech ni ha..

Apa dia??

Ni dia, sila jeles sekarang~



Buat yang tidak merasa jeles sedikit pun, maka tidak perlu melanjutkan pembacaan. ;) Ini bicara orang yang jeles sahaja.. hehe..

Subhanallah~ satu-satunya majlis perkahwinan artis yang kurasakan sedapla mata memandang.. sebelum ni hanya glamour sahaja kan dalam dunia artis, kurang sedikit ciri-ciri islami tu. Tapi nie boleh dianggap sempurna juga la, walau mungkin ada je la kekurangan dimana-mana.. (mungkin)

Si cantik dengan si tampan bersanding di atas pelamin indah, yang sebelum itu diiringi dengan selawat dari adik2 comey yang segak berjubah putih dan berselempang, - dimulakan majlis dengan bacaan doa dari ustaz terkenal dan diaminkan oleh semua para hadirin yang hadir, owh, apakah yang lebih indah daripada itu semua?

Dayang-dayang pengiring bertudung sopan bersama si pengantin yang manis lagi menawan walau hanya dengan solekan nipis, di dalam dewan yang serba indah, ibarat puteri turun dari kayangan~ waaa, jelesh sangat nie.. ^^,

Bila tahu tentang pertemuan mereka, lagi terasa awesome! Sungguhlah, kan.. kalau Allah nak jadikan, kun fayakun je.. bertuah sungguh mereka berdua ni.. moga Allah berkati selalu~



awesome! kan Allah dah janji, perempuan baik untuk lelaki yang baik~

Mungkinlah ada orang bertanya kenapa la aku post pasal cerita dunia artis kat sini? amatlah tak sesuai kan? ;) sebenarnya nak refleks something..

Ramai orang jeles dengan Irma, tapi before tu, ada sesiapa jeles tak dengan ujian yang dia hadapi? (gulp!)
Kalau tahu la sikit2 tentang Irma ni, kita tahu la kan, dia dulu tak bertudung ape semua. Pernah fikir dan rasa tak apa yang dirasakan olehnya tatkala hidayah menyapa?

Sebagai artis, yang dikenali ramai, rasanya memang nak berubah tu sangat2 payah, especially dari xbertudung ke bertudung. Faham je la kan jiwa wanita (;P) yang sukakan perhiasan, suka berhias, nak nampak cantik tu semua, tapi bila kena tinggal dan kena strictkan, memang sakitlah sebenarnya..

tambah-tambah lagi artis, bila berubah, adalah semua cerita-cerita yang tak best dengar. susah, sapa cakap senang.. kita yang bukan artis pun nak berubah pun susah kan? ;(

dan aku rasa, kerana semua keperitan dan ujian yang dia pernah lalui sebelum ni, telah Allah  balas dengan sesuatu yang sangat indah.. ibarat hadiah untuk dia atas segala yang berlaku sebelum ni.. subhanallah, masyaAllah~

Hebatkan Allah.. percayalah, Allah takkan memungkiri janjiNya.. 

Selepas hujan petir, ribut taufan, sebenarnya Allah nak berikan pelangi. Dan bukan senang la nak terus dapat pelangi tu kan~ (dan bukan senaglah nak dapat wedding impian cmni~ T.T)

Bersabarlah atas ujian yang melanda, insyaAllah, Allah pasti akan berikan sesuatu yang lebih baik, dan lebih abadi~


“Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka.” (surah al-Qasas 28:54)


“Sesungguhnya hanya orang yang bersabar dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (surah al-Zumar 39:10)


~ p/s: sangat jeles dengan cincin bermata biru yang terukir nama mereka dalam tulisan jawi~ T.T 
nak jugak.. 


Photobucket