Hai, menulis lagi keyla ni.. (^^,) Ehe.. rasa terpanggil nak tulis something. So, kat sinilah kan tempatnya..kat mana lagi~ :)
Orang Islam itu tak dipandang keislamannya kerana halal makanannya,
Orang Islam itu tak dipandang keislamannya kerana tudung yang menutupi rambutnya,
Orang Islam itu bukanlah mereka yang meninggalkan minuman keras,
Orang Islam itu bukanlah mereka yang bersembahyang,
Orang Islam itu bukanlah mereka yang membataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Orang Islam itu bukanlah mereka yang tak mahu bergaya (baca = tabarruj),
Orang Islam itu bukanlah mereka yang selalu menundukkan pandangannya.
Bukan. Itu bukan ORANG ISLAM. Tapi SEMUA CIRI itu ADA pada orang Islam.
Orang Islam ialah orang yang mengaku Allah itu Esa.
Orang Islam ialah orang yang merasakan Allah satu-satunya pencipta.
Orang Islam adalah mereka yang mengaku Rasulullah itu pesuruh Allah.
Orang Islam ialah mereka yang mengaku adanya syurga dan neraka.
Orang Islam adalah mereka yang percaya perkara-perkara ghaib yang diberitakan dalam Al-Quran.
Itu orang Islam.
So, pertama sekali nak describe orang Islam adalah kepercayaannya. Apa yang dia percaya.
Then, once dia percaya, semua yang disuruh Allah dia akan buat, dan semua yang dilarang Allah dia akan hindarkan.
Orang yang bukan Islam kalau dia ada ciri-ciri orang Islam, dia still bukan Islam pada hakikatnya sehingga dia lafaz syahadah yang mengaku Allah itu Esa. contoh; Ah Leong memang suka makan makanan halal. Dia pun tak minum arak. Zina-zina pun dia tak main. Sebijik macam orang Islam, tapi dia Islam ker? Tak kan..
Kalau Mariakova (nama org Cz) dia bertudung litup, berpurdah habis, jaga pandangan dia, tak sentuh lelaki ajnabi, dia Islam ker? Tak kan, selagi dia tak ucap syahadah tu.
Apa pointnya sekarang?
Pointnya adalah, orang selalu nampak (orang Islam itu sendiri) bahawa yang ciri2 itulah yang perlu ditekankan. Jaga makanan, taknak makan makanan haram, tapi duit atau sumber wang yang digunakan untuk beli tu tak dijaga sumbernya.
Jaga aurat, tutup sini, tutup sana, labuhkan tudung, tapi mata, mulut, telinga tak ditutup juga..
Apa yang penting? Aqidah. Kepercayaan. Keimanan. Once dia sedar bukan sekadar makanan je yang kena halal, duit tu pun kena datang dari sumber yang halal, itu adalah konsep dia percaya bahawa Allah tau apa yang orang lain tak tahu.
Dia tutup aurat tapi pada masa yang sama dia juga menjaga pandangan, telinga dan mulutnya. Sebab dia tahu ade malaikat kiri kanan yang setia mencatit setiap saat perbuatannya. Dia tahu Allah tahu walaupun manusia tak tahu.
Ia adalah konsep yang pandangan manusia tu langsung tiada kepentingannya daripada pandangan Allah. Dimana dia lebih mengutamakan pandangan Allah terhadapnya melebihi pandangan manusia.
Dia akan selalu cuba untuk penuhi hak-hak Allah. Sebab dia percaya dan yakin. Dia akan cuba lakukan apa sahaja yang Allah suruh tanpa banyak soal. Allah suruh tutup aurat, pup, dia tutup aurat. Allah suruh makan makanan halal, pup dia cari makanan halal je manjang.
Allah suruh dia jangan buat maksiat, la tu jugak dia berhenti buat maksiat.
It's not an oppression. It's about what you believe. It's about Allah is the Creator and He is the all-knowing. And we as slaves we do obey with all of our heart, by hook or by crook. With love. With enjoyment. We only happy when Allah is satisfied with us. Thats all..
Orang Islam rasa beban dengan semua benda nie sekarang sebab pertama sekali dia lupa nak percaya. Dia ikut je orang yang Islam terdahulu, mak-ayah-dah-Islam, -kakak-abang-pun-dah-Islam, -so-saya-pun-Islam-la. Tu yang berat nak solat, puasa, tutup aurat tu. Sebab tak ingat 1st thing 1st adalah keyakinan tu dulu..
So, jangan marah bila satu program tu ada makanan halal, tak ada minuman keras, pergaulan lelaki dan perempuan pun terjaga, bla,bla, bla~ tapi 1st thing 1st program tu bukan Islamik pun pada awalnya- so orang Islam still tak mau join. Sebab bukan semua ciri tu diperlukan. Perkara asasnya sebab program tu tak mengingatkan Allah pun, tak membawa meningkatnya iman pun. Balik kepada basic..Niat.
Lainlah kalau kita sendiri pasang niat masing-masing, nak ingat Allah, nak bersama bersosial kerana Allah, so just go for it. Bagi yang tak rasa dia boleh, tak mampu, so duduk diam je la. Buat la benda lain pulak yang boleh menambahkan iman..
Allah tak larang bersosial. Cuba cari kat AQ tang mana Allah larang. Cumanya mesti kena pada tempatnya lah. Bukan hak manusia nak menghukum- yang nie haram yang tu haram.. Yang nie tak boleh, yang tu pun tak boleh. Tidak...Apa yang haram Allah dah state betul-betul, dan yang halal Allah jugak state. dan ade beberapa perkara yang berada ditengah-tengah. Dikenali sebagai perkara syubhah.
Dalam hadis 6 ; Halal dan haram
Untuk perkara syubhah-yang tak diketahui halal-haramnya -ada orang dia strict, ada orang yang ikut keadaan/ waqie masa tu- darurat ke, terdesak ke, dan ada yang tidak strict langsung. Ini selalunya berdasarkan ijtihad atau pegangan seseorang tu la. Dengan syarat dia tak mengambil jalan atau mengada-adakan alasan untuk membolehkannya buat perkara syubhah tu la.
Untuk buat ijtihad nie, kena la cari ilmu dulu, tanya orang yang lebih tahu. bukan main buat ijtihad sendiri. Dan bila dia yakin dengan apa yang dia tahu, dia boleh pegang benda tu. Kan Allah cakap, dalam hadis ke sebelas;
Dari Abu Muhammad Al-Hasan bin Ali bin Abi Talib ra., cucu kesayangan Rasulullah saw berkata, saya telah menghafal sabda Rasulullah saw;
" Tinggalkanlah apa yang meragukanmu dan kerjakan apa yang tidak meragukanmu." (Hadis riwayat Tirmidzi dan Nasa'i ). Hadis ini hasan sahih.
Jadi, bila seorang itu telah yakin apa yang dia pegang, orang lain tak boleh persoalkan. Tapi yang ini hanya untuk perkara syubhah saja k.. Cuma kena ingat, dalam hadis 6 tadi Allah ingatkan, kalau dah terjerumus ke perkara syubhah, makanya ia telah jatuh ke wilayah perkara haram. So kena hati-hatilah. Ijtihad pun bukan main kepala sendiri.
*huhu..panjang pulak pem'bebel'an hari nie~ k la, nak stop dah..cakap banyak pun dosa jugak~*
Wallahualam. Aku bukanlah orang yang pakar dalam bab-bab nie cuma apa yang aku tau, aku tulis utk dikongsikan disini. Kalau ada salah silap, terkasar bahasa, mintak maaf. Kalau salah tolong betulkan. Manusia memang tak lepas daripada kesilapan. Dan dari kesilapan kita perbaiki diri.
Apa yang penting? Kenali Islam, kenali diri, dan jagalah hati~
Allahu a'lam..