Tuesday, January 31, 2012

Islah!

Salam alaik,

Procrastination is a thief of time. ok, right.

So, tanpa menangguh lagi, aku kuatkan jiwa untuk menulis. >.<
( Waduh, susah bangat ni nak spend masa yang mahal ni untuk menulis! exam kot!)

Takpe2, nak lepaskan gian sat. sat saja okey?


Bismillah~

Islah. Pengislahan. Selalu sangat perkataan itu disebut.
Mulut yang satu ini pun tak terlepas menyebutnya.

Apa itu islah? Apa itu pengislahan?

Islah = baiki, pengislahan = pembaikan.

Islah nafsak, wad'u ghairak = perbaiki diri dan serulah orang lain!

Yup, ayat yang selalu guna. Nak beritahu pentingnya 2 perkara itu berjalan seiringan. perbaiki diri dan serulah orang lain!

Perbaiki diri sampai jangan lupa untuk menyeru orang lain, serulah orang lain dan perbaikilah diri sendiri!

Huh!

Ada banyak perkara yang kita nak dalam dunia ni jadi perfect, sempurna. Tapi kita tak mampu untuk melakukannya.

Ada banyak perkara yang kita nak perbetulkan tapi kadang2 semua itu jauh daripada jangkauan kita..

Ada banyak perkara yang kita mahu tapi tak semuanya kita boleh dapat.

Ada banyak perkara yang kita nak orang lain faham tapi kita tak boleh buat diorang faham.

Ada banyak perkara yang kita nak orang lain buat, tapi diorang tak buat.

Ada banyak perkara..


Terlalu banyak perkara..

Dan semuanya kita tak dapat nak control..

Tak boleh..

~
Islah nafsak.

Semuanya bermula dengan diri sendiri. Tengok orang lain tak respon dengan kita dengan sepatutnya, rasa ukhwah hambar, rasa penyakit jiwa datang, rasa lemah (baca=futur), rasa iri hati, rasa sakit jiwa, rasa nak makan orang, rasa nak tampar - ok, stop disitu. Enough.


Islah nafsak.

Rasa orang lain tak berubah-ubah, rasa macam dah takde peluang, rasa macam maksiat ada saja dimana-mana, Islam dan jahiliyah saling berlawan, yang sana dengan couplenya, yang sini dengan auratnya. Rasa macam takda harapan.

Islah nafsak.

Rasa pelik dengan dunia ini. Pelik atas kepelikan yang berlaku. Dan bermacam-macam lagi perasaan yang dirasa.

Atas kepenatan melihat semua perkara diatas terjadi, aku ditemukan Allah dengan satu jawapan.


Islah nafsak.


Mungkin sebab aku lupa akan 'Islah nafsak' itu sebelum 'wad'u ghairak'.

Sebab itu dakwah tak jalan.

Duk sibuk ajak orang kepada Islam, kepada Allah.
Tapi diri sendiri lupa.

Bila orang tak ikut, rasa kecewa, rasa frust, rasa penat.
Tapi lupa, diri sendiri yang puncanya.


Astaghfirullah...-sapu muka-


Ya Allah, dosa akukah yang menyebabkan perkara diatas berlaku?
Dosa-dosa akukah yang menyebabkan orang lain terhijab hidayahnya?

Naudzubillah. Jangan sebab aku ya Allah. Jangan kerana aku dakwah itu tak berjalan.

Jangan kerana dosaku ya Allah, orang lain tak merasa manisnya Islam itu.


Jangan kerana aku.. -air mata laju-


*******

Teringat kisah zaman nabi Musa. Masa tu kemarau panjang. Jadi Nabi Musa dan umatnya berkumpul di suatu tempat yang luas, dan berdoa agar diturunkan hujan. Nabi Musa, sepertimana yang kita tahu, mempunyai kelebihan untuk berbicara terus dengan Allah.

Nabi Musa pun berdoalah meminta agar diturunkan hujan. Namun langit masih cerah. Tiada langsung walau segumpal awan.

Nabi Musa berdoa lagi.

Tiba-tiba Allah berfirman kepadanya, “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kamu sedangkan di antara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kamu”.

Semua orang saling berpandangan. Mencari siapakah orang yang dimaksudkan.

Memang benar ada seorang yang dimaksudkan itu berada di kalangan mereka.

Dalam hati si pelaku maksiat, “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun”.

Dalam keadaan serba salah tu, air mata dia mula menitis, menyesali perbuatan maksiatnya.

“Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku”.

Tak lama setelah pengakuan taubatnya itu, awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan.

Nabi Musa hairan, “Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia”.

Allah berfirman, “Aku menurunkan hujan kepada kamu oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah bertaubat kepadaKu”.~

credit cerita.






Jangan kerana seorang, semua ter'effect'. Dan yang paling takut, janganlah orang itu aku.

No comments:

Photobucket