Friday, January 6, 2012

Bumi Andalusia 1

Bismillah..

Melewati bumi Andalusia ibarat menjejakkan kaki selangkah ke bumi anbiya.

Itu apa yang kurasa. Jujurnya, bumi anbiya itu belum pernah lagi aku jejak. Namun saat perjalanan ke Granada, perasaan berada di bumi anbiya itu hadir tanpa dipaksa. Bukit-bukit batu, gunung-ganang, tanah lapang yang ditanami pohon zaitun (rasa-rasanyalah), kaktus yang banyak sekali ditaman bersama pohon zaitun, pancaran matahari yang agak terik,lalu menambahkan lagi warna kekuningan tanah disitu adalah pemandangan-pemandangan yang menghiasi perjalananku.

Sampai hati aku bertanya " Ya Allah, aku nie kat mana sebenarnya? kat tanah Arab ke kat Spain?"

Tak tipu, tengok betul-betul

Betul, nasib tak ada unta je. Kalau tak, confirm aku keluarkan kenyataan aku dah jejak tanah arab. (hehe)


Macam tanah arab tak?(pokok zaitun~)


ok, mungkin atas tak nampak sangat, camne dgn yang nie?


yang nie pulak?



Persamaan. Itu persamaan pertama yang aku nampak. Persamaan apa? Alah, persamaan bumi Andalusia nie dengan tanah Arab la.. hurm, then aku nampak lagi persamaan2 seterusnya.

Pembinaan rumah. Yang aku perhatikan, banyak rumah disini tak ada bumbung. Maksudnya rumah dia atap rata. Style rumah Arab yang bumbung atap dia rata tu. Masa melihat keadaan itu hati lagi kuat mengatakan aku berada di tanah Arab. Kalau aku nak kata Spain (Andalusia) nie 'separa Arab' pun aku rasa boleh. Memang ciri itu banyak. Sangat.


opss, gambar fokus pd kolam renang pulak, tp cuba tgk rumah sekelilingnya~

ade nampak macam europe ker?

'Arab' sangat kan? ^^

Tapi mungkin akan ada saja orang yang tak setuju dengan kenyataan itu. Terpulang, tapi aku akan tetap katakan bumi andalusia yang ada ditanah Spain itu benar-benar mirip tanah anbiya' (walaupun sekali lagi aku tekankan aku belum pernah lagi ke sana iaitu tanah arab itu untuk membuat perbandingan yang sewajarnya dengan bumi andalusia ni, hehe) So, ini hanya pendapatku semata, yang mungkin akan berubah bila aku lihat tanah arab itu sebenarnya..tapi siapa tahu juga kalau betul kan? ;)


Kemudian tinggalan-tinggalan bangunan era zaman Islam (Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah) juga jadi supporter kepada kenyataanku di atas. Bangunan-bangunan seperti kota Al-Hambra, Madinat Al-Zahra, Alcazar(yang xsempat singgah), dan lain-lain yang tak disebut disini memang sungguhlah kan orang arab yang buat. Kalau bukan orang arab pun maybe ada la jugak kan unsur-unsur Arab/ Islam kan. So bila lawat semua tempat itu tiada apa yang aku fikir melainkan 'Islam',' Arab', dan 'satu ketika dulu'.

Dan aku disitu, sebagai seorang Muslimah, melihat tinggalan nenek moyangku yang di'muzium'kan.


Boleh gambar tak perasaan dia macamana?


Umpama nenek moyang aku dulu ada satu rumah banglo yang tercantik sekali didunia, kemudian telah dirampas dan lalu aku sebagai keturunannya hanya dapat lawat banglo itu dan lihat sahaja. Nak masuk pun kena bayar.


So, apa perasaannya?


Bermula dengan kota Al-Hambra. Lawatan pertama untuk hari yang kedua. Subhanallah, aku tak boleh nak kata apa-apa saat aku menjejakkan kaki kedalam Istana Nasrid tu.

'Wala Ghaalibu Ilallah' ~Tiada penakluk selain Allah.

tulisan yang atas tu daripada dinding ni..yang bulat2 tu ade tulisan nie la..banyak tak?


Carilah ceruk mana Istana itu yang tiada perkataan ni(eh,extreme tak?). Ok2, memang ada la kan part2 yang xda perkataan nie (contoh bilik air, tandas, tempat bakar api-eh, ade ke?, urm, dan tempat yg telah diubahsuai jd bilik Puteri Isabel, atau pejabat dyorang) tapi nak katanya almost the whole building tu dinding dia melekat perkataan ni la. Bukan satu, bukan juga dua. Tapi almost beratus-ratus kot untuk satu dinding dia. (Yang kecik, yang besar, semua ada. pilih mana nak.) Saat tu hati hanya sebut..

MasyaAllah!

close-up~

Sebelum ni tahu je la perkataan itu wujud kat Al-Hambra nie, tapi just expect perkataan itu hanya ada di tempat tertentu seperti hanya di air pancut yang ade patung singa tu je(taktau nama part ni), tak expect langsung la yang perkataan itu diwujudkan as a 'corak' pada dinding..

Subhanallah!

it's a 'corak'~ @design

see..

tiang dia pun ada~ ubah tulisan khat skit je..subhanallah~

Time tengok bangunan nie sahaja, kalau hati saat tu tak ingat Allah memang tipu la. Tak terkira banyaknya perkataan Allah itu dan tak tergambar berapa jumlah perkataan 'Allah' yang wujud dalam istana ni. Ya Allah..

Sungguh, inilah satu-satunya bangunan yang kalau boleh dipertandingkan, memang kalahlah semua masjid-masjid di seluruh dunia kalau bilangan Allah ini dikira. Selama hayatku inilah satu-satunya bangunan museum(istana specifically) yang aku rasa bukan setakat hebat, malah boleh beri pahala terus-menerus laju kapada orang yang melawatnya. (err, I mean Muslim)



Manakan tidak, tengok dinding sini nampak Allah, tengok dinding sana nampak Allah lagi, tengok bucu sini nampak ade perkataan Allah, tengok sana pulak still nampak perkataan yang sama. tak ke berzikir dah jadinya? Pahala berzikir kepada Allah sampai direct. Pos laju. Setiap kali mata memandang.

Subhanallah.


Aku mencari motif kenapa tidak ayat-ayat Al-Quran yang dilakarkan (walaupun ada, tapi just pada part2 tertentu) dan kenapa perkataan 'wala Ghalibu Ilallah' ini yang dipilih menghiasi dinding2 istana ini. Tapi akalku yang cetek ini tak mampu menghuraikannya. Lalu aku merasakan mungkin tema bangunan ini adalah ayat itu. As a reminder untuk para khalifah zaman itu untuk menghayati setinggi-tinggi kerajaan dan sehebat-hebat penakluk, tiada yang lebih hebat selain Allah.

Unsur tawadhuk itu disertakan.


Merendahkan diri walau memegang tampuk pemerintahan.


Tapi reminder itu walau dipahatkan di dinding bangunan tapi kalau tak dipahatkan di dinding hati, maka tiadalah gunanya.


Lalu kesannya kita dapat lihat sekarang. Ia dimuzeumkan. Seriously, tak ada langsung nak mempersalahkan apa yang telah berlaku pada zaman Era Islam saat mula kejatuhannya. Allah lebih tahu cerita mereka. Kalau nak kata kemewahan yang itulah yang membuatkan mereka jatuh, Allah lebih tahu. Kita yang berkomentar tentang kejatuhan mereka itu tidak begitu tahu.

Nak kata iman dyorang kuat ke, lemah ke, Allah lebih tahu. Kita tak boleh sewenang2nya berkomentar tentang perkara yang kita tak tahu.

Kalau kita diuji dengan kemewahan pun, mampukah kita bertahan seperti bertahannya pemerintahan Abbasiyah yang beratus-ratus tahun tu dengan memegang title 'world order'? Kita tak tahu sebab kita tak diuji dengan benda itu. Jadi, bagi aku, aku senang untuk tidak terlalu mengulang hakikat kejatuhan mereka. Mungkin mereka pun kalau dengar tentang kekhilafan mereka diungkit-ungkit mesti rasa tak sedap. Manusia mana yang tak pernah buat silap. Yang penting semua yang berlaku itu atas ketentuan Allah. Allah yang menentukan segalanya. Kita hanya mengambil pengajaran dan menjadi lebih baik.InsyaAllah.


Itu tentang bangunannya, belum lagi pengunjungnya. Subhanallah, rakyat mana yang tak ada kat Al-Hambra nie? (ok, extreme lagi..) mungkinlah tak banyak negara yang ada, tapi kalau nak nampak yang kulit putih, ok ada, yang kuning langsat pun ada, hitam manis lagi la ada (ok, gurau2), yang mata sepet pun ada, yang mata bulat lagi la ada.. hehe.. almost semua benua ade la wakilnya. Subhanallah.

Sanggup mereka travel sejauh ini untuk menatap bangunan Al-Hambra ini. Kalau aku mungkinlah tak pelik sebab ni memang ada kaitan dengan aku (erm, meaning my nenek moyang kan yang bina..). Tapi mereka ni yang kulihat totally memang bukan beragama dengan agama aku la. Tapi sanggup berhabis duit untuk pergi ke sini, melihat tinggalan sejarah Islam. Mungkinlah aku tak berapa tahu tujuan lawatan mereka semua tapi melihat mereka bersungguh-sungguh mengambil gambar di sebelah ayat-ayat Allah tu, aku tak dapat nak gambarkan perasaan. Speechless.

Cam nak cakap je, 'Tu ayat Allah tu, tahu tak maksudnya apa?'

huhu..

Kalaulah dyorang tau... Sedihnya, hanya sekadar hiasankah nilai ayat tu.



To be continued~


(kepada yang clueless apa yang aku bicarakan~; Alhamdulillah,aku berkesempatan menjelajah Spain/Sepanyol/Espana pada musim cuti winter baru-baru ini. percutian selama seminggu itu membawa aku ke Madrid, Granada, Sevilla, dan Cordoba (3 negeri yang terakhir ini adalah bumi andalusia) dan disini aku mencoretkan perasaanku tentang tempat2 itu..sekian~ )






No comments:

Photobucket