Opss, Raya sepatutnya sehari saja, bukan sebulan macam bulan puasa ye tak? Sorry, tapi nak wish jugak pada semua Selamat Hari Raya maaf zahir batin. Andai ada kata-kata sepanjang penulisanku ini mengguris perasaan sesiapa, terkena batang hidung, ada terngumpat sesiapa, terasa dimana-mana, seribu kemaafan diminta.
Penulisanku ini tidaklah seberapa, kutulis tentang perasaanku dan kehidupanku dan semua yang ada kaitan denganku baik yang baik atau yang buruk namun tiadalah dalam hati ini untuk mengenakan sesiapa, mengutuk mengata atau mengumpat sesiapa. Andai terasa, maaf dipinta~ ;)
Dah 8 Syawal, cepatnya masa berlalu. Betul tak? Masa terasa pendek bila akhir zaman. Tapi bagiku masa jadi bertambah pendek bila tak diisi dengan benda-benda yang berfaedah. Aduhai, kelemahan mengurus masa itu masih lagi menjadi sebahagian hidupku. Mahu berubah, namun istiqamahnya mudah tergugah. ;p
Bila direnung kembali, bulan Ramadhan yang berlalu ini mampukah menjadi 'bekalan mantap' untuk ku hadapi bulan-bulan akan datang? dulu istiqamahnya kemain hebat, bila keluar bulan mulia itu kudrat senang tergugat. Tambah-tambah raya haritu, amboi eh~ sakan betul. Macam lupa je pernah berpuasa sebulan!
Nak salahkan anak-anak buah yang ramai memang tak masuk akal. Nak salahkan media massa yang tak pernah berhenti memberi hiburan lagilah tak boleh diterima. Memang salah datang dari diri sendiri, tak ade gunanya nak menyalahkan benda sekeliling kan? Dah balik semua orang, raya pun dah habis, kuih raya walau ade banyak lagi tp dah jemu nak makan, barulah rasa nak bermuhasabah sekejap.. Bermakna tak raya kali ini?
Alhamdulillah, raya tahun nie, bagiku ala-kadar saja. Apa yang ada padaku ala kadar, apa yang ada pun ala-kadar. Sekadar cukup dan tak berlebihan, Alhamdulillah. Seronok, jumpe ramai saudara mara, sambut tetamu, bergurau senda dengan keluarga, gaduh ngade, bermaaf-maafan, tolak-ansur, tolong-menolong~ Rasa agak sempurna raya kali ini. Rasa ada gaya matang sikit. (heee) ;P
Raya kali ni terasa cepat skit habisnya, maybe sebab masih musim sekolah, nak UPSR pulak tu, so cuti hanya tak sampai seminggu pun. Tak best bagi mereka yang bersekolah dan bekerja, tak best jgak bagi aku yang cuti panjang nie. Hurm, orang nak lama-lama berkepit ngan family, tapi yang dapat hanya sekejap. Amat 'mahal' harga masa disitu.
Raya nie jugak raya ke-3 tanpa kekasih hati, jiwa raga. Dia tiada disisi saat bahagia berkumpul sanak saudara. Selama duduk dirumah ni jugak, bayang-bayangnya dimana2. Tempat baringnya, tempat sandarnya, makan dan minum. Dia dimana-mana dalam kenangan, dalam memori yang tersimpan dalam benakku. Apa tidaknya, 20 tahun hidup ini bersamanya. Dan dalam 20 tahun itu juga terlalu banyak memori yang tersimpan sehingga hanya air mata saja yang menterjemahkan kerinduan pada kenangan-kenangan itu.
Kehilangan itu pahit.
Teringat masa Ramadhan yang lalu, beberapa kaliku mimpikan si dia. Padahal ketika di Czech, mimpi itu susah sekali hadir. Benarlah, kenangannya disini terlalu banyak. Sampai sedu dalam mimpi terbawa ke alam nyata. Nyata sukar untuk kucari penggantinya.
Bukan ku tak redha, tapi rindu itu selalu menyapa.
Aku bersyukur atas nikmat yang Allah berikan sampai ke hari ni. Mudah-mudahan ada lagi umur ini untuk bertemu dengan Ramadhan lagi, dan moga-moga bekalan sekarang ini mencukupi untuk sampai pada bulan itu tahun depan. Cuti yang berbaki ini nampak gayanya kena guna sehabis baik. Dah balik sana nanti, tada istilah cuti lagi bagiku. Banyak kerja yang menanti.~
Aku bersyukur atas nikmatNya, aku berpeluang untuk berhari raya di Malaysia. Buat teman-teman yang tak dapat beraya di kampung, jangan rasa sedih, insyaAllah kesempatan ini akan muncul lagi dan harapnya kita terpilih untuk berhari raya dengan keluarga.
Mereka sedang berperang dengan exam, aku?
Aku masih berperang dengan diri sendiri, dan suasana sekeliling~ mujahadah fi nafsi.
Moga jihad kita sama-sama kearahNya~
Salam aidilfitri..
No comments:
Post a Comment