Sunday, July 10, 2011

Sejuta Rasa


Ya Allah, tak tertafsir perasaan ketika ini.. Sayu, sedih, rindu, cinta seolah-olah saling bertingkah dalam jiwa. Mengisi segenap rongga dalam diri. Lalu perasaan itu membuahkan sendu yang tak terucap. Entah mengapa, tapi perasaan ini makin berleluasa.

Nak kata rindu pada Malaysia, kaki bakal melangkah 2-3 hari lagi. Nak kata rindu pada bumi Czech ni, kaki masih lagi disini.. Mungkin rasa sayu hati datang daripada perasaan cinta yang lahir di tanah ini. Tanah yang menjadi saksi perjalanan hidup seorang hamba, dimana dia menyemai cinta dan cita-cita. Mungkin juga sayu hati bakal meninggalkan teman-teman yang masih berjuang, bertarung dengan exam yang memenatkan jiwa. Pertarungan yang menuntut pengorbanan hebat.
Sedih juga kerana bakal berjauhan dengan teman, sedih kerana bakal melayari kehidupan di Malaysia sendirian, tentang iman yang naik dan turun, dan macam-macam lagi. Allahu akhbar!

Ya Allah, persiapkan daku dengan jiwa yang kental, azam yang kuat, dan hati yang dahagakan cintaMu..

~

Apa pendapatmu jika aku katakan rindu pada sesuatu yang sedang ku lihat?
Rindu walau berada di hadapan mata.. rindu walau masih dapat ketawa bersama.. rindu walau masih terdengar suara..

Tapi rindu itu tak terucap.. kerana hanya aku saja yang tahu rindu itu ada..

Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka yang aku kasihi, yang aku sayangi dan aku cinta.
Moga redhaMu seiring dengan langkah kami..

~

Malaysia, are you ready?
I'm back!

2 comments:

zettyshafiqa said...

salam keyla~

baik2 jalan. jaga adik-adik tu. jangan dorang pulak jaga keyla! :p doakan kami yg masih bertarung di sini ye.

semoga tetap kuat dan bersemangat di bumi malaysia nanti.

*hugs*

keyLa said...

wslm

cik zetty panjaja bijan~
ehe, nampaknye memang dyorg yang jaga kak keyla nie..huhu

insyaAllah, moga terus kuat~

takecare.. mishh you!!!

Photobucket