Sunday, July 3, 2011

Nak jadi super woman!


Salam alaik,


Tak tahu buat apa 2-3 hari ni tapi memang tak lekat kat rumah langsung.. ada saja tuntutan untuk keluar rumah, dan akhirnya hari nie berjaya juga duduk dan menulis. yes, menulis! wah, rindunye nak tulis kat blog nie... rindu sangat2!


Exam untuk student Czech kat sini memang mencabar. Pengalaman pilih tarikh, berebut tarikh dengan orang lain, exam oral, jumlah soalan yang beratus-ratus tapi just pick 3 soalan sahaja, pengalaman repeat exam yang hanya ada 3 chance saja,,; semua tu hanya kami sahaja yang rasakannya.. hanya disini saja pengalaman itu, tiada dimana-mana.. perasaan ketika exam pula hanya Allah saja tahu.. perasaan yang bergantung harap pada Dia sahaja.. Dia yang memegang hati examiner untuk bagi lepas atau tidak, dan Dia yang memegang ingatan kita untuk ingat atau tidak soalan2 tersebut..


Oral exam disini banyak mentarbiyah diri untuk meletakkan 100% tawakal hanya pada Allah. bukan separuh2, bukan juga atas usaha.. bukan atas benda lain, tapi padaNya semata..

Dan oral exam ini jugak mengajar diri untuk sedar beginilah contoh 'exam akhir' disana nanti.. Exam yang dimana manusia dibangkitkan untuk ditimbang amalan2nya untuk dihisab dan Allah akan jadi examiner~menyoal kita atas amalan2 yang kita lakukan di dunia.. MasyaAllah.. sepatutnya getar nak gi exam akhir itu patut lebih lagi, kan?


Kalau diceritakan pengalaman ini, takkan sesiapa pun akan mengerti kecuali merasakannya sendiri.. Bukan tak pernah cerita kat orang lain, tapi bila cerita jarang orang faham.. nak kongsi perasaan sedih lepas failed exam pun kadang-kadang lepaskan kat kawan2 sini saja.. kalau family pulak hanya just tumpang berdoa dan support saja, jarang dapat memahami situasi exam disini.. kami disini bergelumang dengan pelbagai perasaan yang kadang2 kami sendiri tak dapat nak tafsirkan...


Tapi bukan nak salahkan sesiapa, tapi memang begini sistem exam di czech. Kalau orang lain tak faham pun, bukan la salah mereka. kami awal2 tu pun tak berapa faham dengan sistem nie. lepas rasa baru tahu..


Dan alhamdulillah, Allah mudahkan langkahku ke 4th year..sekarang ni baru perasaan seronok abeh exam tu datang~ kalau tak, 1st day habes exam tu cam xde perasaan je.. kalau cakap kat orang time tu, mesti orang kata futur nikmat.. hehe... tapi serious, hari lepas exam dan 2 hari lepas tu, aku cam xde perasaan langsung.. agaknya sebab banyak benda nak buat kan.. banyak benda tak setel jugak.. so, cam rase xde pape pun yang berlaku.. dah jadi ala-ala 'robot exam' pulak..


Adoi, robot exam.. tak mahu jadi robot exam! tapi sepanjang exam kali nie memang terasa la diri nie seperti robot. bangun pagi-study, petang-study, malam-study. esok bangun camtu jugak. takde life langsung.

Rumah yang dulu riuh jadi senyap, yang selalu ade orang datang- sunyi sepi takde pengunjung. Dapur yang selalu berasap, kali nie hanya lewat petang baru ade bunyi. Rasa macam tak nampak dunia masa exam.. hanya 24jam buku saja.. sampaikan traffik Fb pun slow, xde orang post apa-apa.. huhu.. Bukan tak mahu nak bersosial,bukan tak nak jadi macam biasa tapi tulah, nak cakap exam disini memang memerlukan tuntutan yang lebih daripada biasa. tuntutan yang lebih, dan pengorbanan juga kena lebih..


Wallahualam..
lepas habis exam, banyak tugasan lain yang menanti~
moga Allah redha atas urusan2ku..Baik besar mahupun kecil~



banyaknyer kerjaa!!!

~owh, rindunyer nak balik malaysia!!(tiket mahal~uhuk)

No comments:

Photobucket