Tuesday, January 12, 2010

masa untuk bermuhasabah~



Penat da main salji?.. (^^)v
Penat da gelak ketawa?.. (-.-')
Penat da buat sume kerja?.. (o0)

Sekarang jom, bermuhasabah..

Setahun sudah berlalu..
Setahun sudah menghilangkan diri..
Setahun sudah meninggalkan aku..

Tapi setahun itu aku bina diri
Setahun itu aku capai mimpi
Setahun itu aku perbaiki kekurangan diri..

Dan datang setahun yang baru
Yang akan kupenuhi azam berbuku-buku
Akan ku genggam semangat yang padu..

Redha, sabar, dan tawakal, temanilah aku..
Tabah, berani, dan ikhlas, iringilah aku..
Yakin, kuat, dan cekal, hiasilah aku..

Ya Rabbi, ihdinasr-siratal-mustaqim..
Ya ummi, aku menyayangimu sepenuh hati..
Ya abi, tenanglah kau disana..


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman , dan orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengampun, Maha penyayang." 2:218


12012010
permulaan dari segala yang sudahpun bermula~




Diky moc buat warga Raudah yang disayangi..wait for my pantun ya~!..^^

No comments: