Dah lama blog ni takde penulisan yang serius. So, rasa dengan masa yang terlebih banyak ni, mungkin boleh rajin-rajinkan otak ni untuk berfikir dengan lebih kritis lagi. Memikirkan masalah ummat, masalah jiran tetangga, masalah keluarga dan juga masalah diri sendiri dan jalan penyelesaianya.
Kenapa usrah?
Topik yang aku nak kupas arini. Ehem, ehem. Lama tak beri taujih ni. Bila dah kena memberi, rasa susun atur ayat da jadi tunggang terbalik rasanya. Huhu..
So, kenapa usrah? Kenapa nak usrah? Kenapa perlu usrah?
Usrah bermaksud 'keluarga'. Bilamana seorang itu diusrahkan, maka bermaksud dia telah di'keluarga'kan. Bukan bermaksud dia belum berkeluarga atau tiada keluarga, tapi bermaksud, dia disaudarakan dengan ahli-ahli dalam usrah ataupun 'keluarga' tadi. Jadilah mereka 'usrah-mate' yang sweet2 gitu..
Soo, dalam usrah ni ada lah penjaganya. Seperti keluarga yang ada ibuayah yang menjaga dan memimpin, maka usrah juga ada 'mama'nya iaitu dipanggil naqib (lelaki)/ naqibah(perempuan) yang diambil dari bahasa arab bermaksud ketua.
Usrah ni satu bentuk cara atau alat yang digunakan untuk me'replace'kan kembali sistem kekeluargaan yang sepatutnya ada dalam kehidupan sebenar tetapi tidak diaplikasikan kerana telah hilang dek pengaruh-pengaruh barat yang cuba untuk menghapuskan sistem keluarga Islam sebenar. Fuhh.. ok, ambil nafas.
Justeru, sistem usrah telah diperkenalkan untuk mengembalikan budaya yang sepatutnya ada dalam keluarga Islam. Ok, walaupun ia tak menggantikan terus ibu bapa dan adik-beradik kita, tapi 'fungsi' sebuah keluarga itu diterjemahkan dalam sistem usrah ni.
Haa.. So, dalam keluarga yang dipanggil usrah ni, kita berukhwahfillah (bersaudara kerana Allah), kongsi suka duka, belajar tentang Islam, sirah, Al-Quran, belajar mengenal Allah, belajar menerima pendapat dan pandangan, belajar juga memberi pandangan, etc,etc,etc..
Dalam usrah boleh buat macam-macam. Yang paling best semestinya part makan-makan. Kui3.. Kalau kat obersea, aktivitinya lain2 ikut musim. Kalau musim sejuk, usrah kat bilik je la. Kalau musim bunga, usrah kat taman sambil bagi itik2 makan. Kalau musim luruh, usrah sambil main bowling. opss.. Kalau summer, usrah kat restaurant.. hee.. tu memang typical especially utk mama usrah macam I. Cuma part bowling tu I tak suka sangat, tp ikut orang la. hihu.
Usrah mengajak kita untuk kembali kepada ajaran Allah dan Rasul. Kembalikan semula semangat yang patut ada dalam diri orang islam. Bukan hanya memikirkan tentang diri sendiri semata-mata. Tapi belajar untuk memikirkan masalah ummat lebih lagi dari diri sendiri. Membuka mata kita untuk menjadi individu muslim yang sebenar. Memupuk kita menjadi insan mulia.
Membina diri dan membantu membina diri orang lain. Kat sini peranan usrah-mates yang bersama-sama dengan kita. Kita perlukan support mereka untuk berubah, perlukan kritikan dan pandangan mereka kalau kita tersalah. Dan hubungan kerana Allah (ukhwahfillah) tu yang memberi kekuatan utk kita terima pandangan dan kritikan. Dalam usrah ada unsur 'dibina' dan 'membina'.
Dalam usrah kita tak perlekehkan orang yang nak berubah, tapi kita bersama-sama dengannya untuk berubah. Kita pimpin tangan seiringan.
Dalam usrah kita tak mencerca orang lain, tapi kita cuba memahami dan mencari penyelesaian terhadap apa yang melanda pada orang sekeliling.
Dalam usrah kita membina pemikiran kritis lagi inovatif. Kita tak melahirkan orang yang berfikiran jumud dan hanya mengikut.
Dalam usrah kita 'memaksa' setiap orang untuk memberi buah pandangan dan fikiran kerana nak melatih kebolehan berfikir dan memberikan hujah atau pendapat.
Dalam usrah kalau kita simpulkan semua sekali, kita sebenarnya ingin melahirkan seorang logam yang bernama 'Individu Muslim'. Yang berakidah sejahtera, berakhlak mulia, yang berdikari, yang menjaga masa, yang sihat jasmani...ok, sila list-outkan 10 muwasafat.
Sistem ini yang dikembalikan untuk kita kembali menjadi pemuda Islam yang sebenar. Acuan Rasulullah SAW yang melahirkan pemuda-pemuda seperti Saad abi Al- Waqas, Zaid bin Harithah, Bilal bin Rabbah. Acuan yang membumi. Acuan dari didikan Rasulullah dari rumah Al-Arqam bin Abi al-Arqam.
Kenapa perlu usrah?
Ya, jawapannya sudah tertera diatas. Kita nak bina individu muslim (IM) yang boleh menangkis fitnah-fitnah dunia, maksiat yang bermaharajalela, yang kalau dicampak dimana-mana, boleh berdiri sendiri mengajak manusia kepada Allah.
Tiada cara lain?
Ada. Selain usrah, ada daurah, jaulah, mukhayyam, katibah, etc2.. Cuma frequensinya berlainan. Ni namanya wasilah (jalan) yang membawa kepada pembinaan IM tu. Dan usrah frequensinya seminggu sekali.
Yang lain-lain, kekerapannya sebulan, setahun sekali. Boleh la kalau nak dianalogikan, usrah itu nasi, daurah-mukhayyam-jaulah-etc tu adalah lauk pauk yang menyedapkan lagi nasik kita. ok? Kalau tak dapat maksudnya lagi, usrah tu adalah the main ingredient la dalam pembinaan IM. ~ haa, camtu.. cepat pick up skit eh.
Kalau tak nak?
Its up to you~
But bear in mind, sesiapa yang dah terbina, most probably will always searching for u to be their mad'u.. hehe
Banyak yang nak diceritakan tentang usrah sebenarnya. Tentang peranan naqibah, peranan usrah-mates, peranan kita as ahli usrah, apa yang dibincangkan dalam usrah, apa itu mutabaah amal, etc.. Tapi tu mungkin boleh dikupaskan dalam tajuk2 yang lain okey~
So, sampai disini saja kupasanku.. Bibir dah kering berceloteh (eh, tanganla yang letih menaip)
ok, kita break dlu dengan kopi o.
Na shle!
No comments:
Post a Comment