Saturday, May 10, 2014

Aku dan surgery



Air mata tumpah jua. Akhirnya. Terlalu lama menahan rasa. Melepaskan kekusutan yang melanda sejak minggu lepas.

Lama. Bilik 'Modlitebna' itu menjadi saksi tengahari itu. Kesunyiannya membuatkan esakanku kedengaran jelas.

It a sign that being so strong for too long is not good, kella. Huhu.. ok, takdelah lama sangat, just a week, tapi rasanya inilah minggu yang masalah datang bertimpa-timpa. Kepala geleng.

Aku takkan mampu laluinya tanpa kekuatan dariMu. Thank you Allah, for being there for me. Saat tiada yang boleh membantu, hanya Engkau yang masih setia bersama.

Perasaan yang tak boleh didescribekan. Undescribable. Penat, letih semua bersatu dengan air mata. Airmata pula bagai tidak mahu berhenti.

Lepaskanlah.. it's okey kella. You are fine now. Its okey..

Lemah terasa. Breakfast pun td ala kadar saja. Sampai masa tengah bentang tadi pun suara macam tak mahu keluar. Slow sangat. This is not you.. so not kella ok..

But, Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Surgery was done.. Huhu.. Penatnya ya Allah.. Makin deras pulak air mata ni. Tisu pulak tak ada. Kalau ade yang masuk bilik ni memang kantoi camtu je. Perlahan-lahan aku menghentikan esakan. Dah, cukup la tu.. Sambung kat rumah pulak. 

Tak tahu air mata ni untuk apa. Terharu? Penat? Letih? Mixed feeling~

Dari terduduk atas lantai modlitebna tu, aku bangun dan duduk di kerusi. Mengelap air mata yang terus mengalir. Leganya.. Dah boleh lepas perasaan ni..

Dua minggu yang lepas..

"Alamak, book tarikh kat Poland la jawabnya. " Aku melihat tarikh untuk book exam surgery yang akan dibuka malam Jumaat. Aiseh, susahnye.. laju tak internet kat poland ni? Huhu..

Malam, tersebut..

"Cuaknya, Lina!" Aku memandang Lina yang rileks je baring depan katilku sambil membelek handphone. Lagi 30 minit sebelum tarikh dibuka untuk dibook.

Lina tersengih.

"Hang tak nak try book ke?" aku menanya lagi.
"Aku dah suruh Patrik da, booked kan. Boleh ke kita book juga?"
" Boleh je.. Ni aku try nak book la ni." aku merefresh2 webpage sis tu. Ya Allah, bantulah aku dapat tarikh terbaik. Aku banyak hal 2 minggu ni, so tak boleh dapat tarikh awal sangat.

Cuma, tarikh yang dibuka hanya 4, sebab Khamis cuti. Alahai, time ni la cuti pula, tak boleh ke bukak juga.. So, kalau tak dapat Jumaat, at least Rabu la..

Ya Allah bantulah!

57,58, 59..

Tangan aku menggeletar, terus menunggu webpage tu loading. Alamak, internet tak stabil..

Dah keluar!
Tekan Jumaat.

Sebaris ayat berwarna merah itu menunjukkan term tu dah full, aku terus keluar untuk tekan yang kedua.
Owh, nooooo!

Ok, selasa.

I got Selasa.. oh, Allah.
Oh, no. Nehi...

Start malam tu, kubuka buku surgery..


Seminggu yang lalu...

"Oh, no. Saakella, kau tak boleh demam.. NO!!" Tangan mula mencapai tisu yang berada di tepi meja. Badan dah rasa pelik dah. No, kella, no. Kau nak exam, please jangan sakit.

Isnin petang baru sampai rumah dari perjalanan yang jauh. Selasa, badan dah lemah-lemah. Virus mana pulak datang time kritikal ni. Next selasa nak exam surgery. State exam, kella.

I have to do something ni. Petang Rabu, mencari orang yang boleh membantu. Oh, kecewa. None. Semua tak mahu drop tarikh. Yelah, tarikh ko tu selasa, siapa la yang nak. Kau pun tak nak kan? Huwaa.. Sedih. Dikala terdesak ni bila tiada yang dapat menolong, kau tahu sendiri kau perlu minta siapa sebenarnya.

Dia. Sungguh-sungguh minta.

Then, try juga untuk usaha yang lain. Email Prof. Kaska memberikan alasan yang sama. Alhamdulillah, ada respons, cuma akan diberitahu next isnin. Isnin??? Daku exam selasa kot.. Harapan macam semakin menipis. I have to do it, no matter what.. Rasa nak menangis, tapi gagahkan juga membaca. Please, jangan tanya berapa kali je keluar bilik, berapa patah perkataan saja yang keluar mulut. I can't deal with it right now.

 Need to focus. Critical situation. Rasa bersalaaah sangat sebab banyak hak yang tak dapat tertunaikan sepanjang minggu ni.. Even usrah wida' adik pun terpaksa tangguh. I really can't manage it. Right now. So selfish I am. Sampai rasa tak kenal diri sendiri. Saakella not like this. But that time, I just don't know what else to do.

Sangat penat. Kalau ditanya apa feeling pagi tu siap2 nak pergi exam, I couldn't tell you. Niatnya satu, nak lepas MCQ saja. Please, MCQ, pity on me..

Alhamdulillah, dpt cukup2 makan. Lepas dah lepas tuu..

" Oh Allahh, dah lepas MCQ dah ni.. what to doo next?!" Muka dah cuak sbb oral exam menanti lepas ni. Tapi before tu pergi buat physical examination dulu.

Berjodoh dengan Lina lagi. Serious aku buat physical examination tu. Lina siap gelak-gelak dengan pesakit dia.. Aku? idokle.. banyak dalam fikiran aku ni nak diuraikan..

After that, sempat lagi nak bace buku sat, Alhamdulillah. Time masa dah sampai, redha tu dah lama ada dalam hati. Tekan soalan, dan duduk untuk prepare, owh.. Alhamdulillah..

Acute abdomen. Berjodoh lagi dengan soalan ni.. Alhamdulillah. Dulu da pernah dapat da soalan ni. Soalan kedua, complication of brain injury. Alhamdulillah. Idea dah ade, just nak bentang n jawab soalan je.

Presentation quite good I could say. Haha, walaupun ade la yang tak berapa nak dapat soalan Prof2, ni tapi dyorang membantu la. Hehe, aku sengih je la bila ade neurosurgeon kat situ, menunggu pembentanganku..

Fuhh, 5 orang examiner duduk kat depan, cukup mencuakkan diri. Tapi bila kita dapat pace dengan dyorang, everythings went well.

Alhamdulillah..

Saat mendapat result, aku sendiri tak percaya dengan grade yang aku dapat. I prepared for the worst, but Alhamdulillah.. syukur sangat2.. Terbalas penat ni..

Moga Allah redha sajalah..


***********

Now you know why I'm crying. Letih. Penat.

But alhamdulillah, aku boleh cakap yang seminggu lepas, my heart basah dengan peringatan2 dan tarbiyyah Allah. Sampai aku rasa jiwa aku soft kembali. Rasa lebih menjiwai sesuatu. Lebih banyak refleks diri.


Exam oral. Kita takut examiner tanya detail apa semua. Sama ada sebab kita tak prepared, tak ingat, atau tak bace.
Tapi, kenapa kita tak berapa nak takut, bila nanti time hisab, lagi detail Allah tanya, lagi particular dengan setiap detik hidup kita? Kenapa kita tak risau langsung untuk menyiapkan diri before bertemu Dia nanti?


a question to ponder.



~ Raudhah,
3.12 petang 




1 comment:

Fathin Aina said...

Alhamdulillah~~ :D aku pun tumpang lega...huhu..

bittaufiq wannajah utk paeds pulak! :D

Photobucket