Dunia yang penuh pancaroba ni memerlukan kekuatan jiwa menanganinya. Kekuatan rohani. Kekuatan mengawal nafsu. Kerana unsur-unsur duniawi ni hanya boleh dipatahkan dengan mujahadah yang berterusan saja. Kehebatan mengawal nafsu sendiri.
Kadang-kadang kita fikir apa istimewanya menjadi golongan yang faham ni? Golongan yang alhamdulillah, kerana kasih sayangNya, Dia kurniakan kita kefahaman dalam agamaNya. Kefahaman yang syumul : yang menyeluruh. Apa istimewanya? Lagi banyak kerja adalah.
Seperti para nabi yang diceritakan dalam Al-Quran, mereka tidak mendapat keistimewaan pun bila menjadi Rasul Allah ni. Dicemuh, dicaci, ditolak, malah dipulau lagi ada bila mereka menjalankan tugas mereka. Istimewa tang mana?
Hoho.. kerana mereka istimewa bukan dimata manusia. Tapi istimewanya mereka adalah dimata Allah.
Mereka istimewa di mata Sang Pencipta. Lalu disebabkan itu, mereka bahagia. Kerana cukuplah Allah yang menjadi saksi segala.
Taqwa. Yang Allah lihat. Bukan rupa paras dan penampilan yang menjadi ukuran. Bahkan bila sahabat-sahabat yang berada disekeliling Rasulullah saw adalah dari golongan orang miskin, golongan hamba, ia langsung tak mencacatkan. Malah mereka sering berlumba-lumba untuk menjadi orang yang Allah cinta dan redha.
Hadis yang super legend ni:
“Sekiranya Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, Dia akan berikan kefahaman agama.” (hadis riwayat Bukhari)
Kefahaman. Tanda kebaikan yang Allah turunkan pada seseorang.
Melalui dunia yang pancaroba ni, kefahaman boleh menjadi satu aset yang termahal yang kita ada. Aset yang membezakan kita dengan orang lain. Aset yang orang-orang beriman mahukan.
Kerana didasari dengan kefahaman ni, akan lahirlah mereka yang berpegang teguh dengan ajaran agama. Lalu mereka inilah yang akan membangunkan agama dimana saja mereka ada.
Mereka ini yang setiap detik hidupnya menjadi sumber pahala untuk ke syurga.
Kerana itu ia mahal. Kerana aset ini boleh membeli syurga,insyaAllah.
~Jadi, mahalkan dirimu dengan grab sebanyak2nya kefahaman. Moga satu hari ia akan menjadi aset dirimu yang tiada siapa bisa ganggu gugat.
wallahualam~
No comments:
Post a Comment