Sunday, March 30, 2014

Rezeki Dakwah

Salam alaik


Dalam melalui jalan dakwah ni atau jalan DnT yang panjang ni, setiap orang berbeza dari sudut turning pointnya, berbeza dari sudut kesedarannya, amal dakwinya, ujian-ujian yang dilaluinya, panjang pendek tempoh masa dan lain-lain.

Itu dipanggil rezeki dakwah.

Rezeki yang Allah beri dalam menyiapkan dirinya menjadi seorang Daie (penyeru dakwah). Maka berbahagialah dengan rezeki masing2.

Ada orang rezeki dakwahnya di luar negara. Ada orang di dalam negara je. Tapi dua-dua dapat rasa bestnye dakwah dan tarbiyyah tu. Dapat kesedaran, dapat berbulatan gumbira, dapat bertepuk tampar dengan murabbi dan kawan seusrah.

Ada pula rezeki dakwahnya, murabbi yang dia punya dekat. Ada pula yang jauh sampai jarang berjumpa. Yang menemukan mereka hanyalah teknologi- whassap, skype, google hangout etc. Tapi dua-dua merasakan kemanisan bermurabbi. Kemanisan berusrah, bertukar cerita, berukhwah, dan lain-lain.

Masing-masing dengan rezekinya. Masing-masing dengan tarbiyah yang berbeza. Namun yang satu, nikmat yang mereka rasai adalah sama. betul tak?

Ok, mungkinlah ada sedikit yang beza dari segi nikmat tu. (Bezalah kan bila mama naqibah ade didepan mata berbanding discreen lappy saja.. uhuk3) Tapi nikmat yang diutarakan disini adalah kemanisan berjalan dijalan ini..Haa.., manis tak? manis tak?

Tak dinafikan ada banyak duri dan ranjau disepanjang jalan. Yang menukar madu jadi hempedu (ehe). Yang beri rasa masin, pahit, kelat, payau disamping rasa manis tapi..

...ituu jugak rezeki dakwahhh...

Maka berbahagialaahh!! As long as we still berpijak di jalan ini, maka berbahagialah! (erk, nape over sangat ni?)


Rezeki masing2 adalah berbeza. Dan kita tak mampu ubah, sebab soal rezeki ni, semua dibawah kuasaNya.

Ada orang lambat sampai, ada pula yang dah menunggu lama kat depan. Ada orang banyak amal dakwinya, ada pula yang tak dapat- dapat lagi medan untuk beramal (walau dah berusaha dah la-bukan sebab taknak).

Itu rezeki.

Maka, berbahagialah! Dan bersabarlah!

Sebab dengan rezeki itu, Allah tahu ia bakal menjadikan kamu lebih baik dari sebelumnya!

:')
*rasa terharu dengan rezeki milik sendiri.
Thank you Allah.
Jadikan aku lebih baik dari sebelumnya.

No comments:

Photobucket