Thursday, October 17, 2013

Tak Layak


"Bagaimana.. kalau saya tak layak?" kata-kata muncul satu-persatu dari mulut Iman. Tangannya menguis-nguis karpet yang didudukinya. Wajahnya menunduk. Menyembunyikan sendu yang terukir.

Yana mengeluh kecil. Susah juga nak yakinkan adik seorang ini. Matanya menatap Iman yang masih lagi merenung karpet warna biru pelangi itu.

"Macamana awak tahu awak tak layak?"ujar Yana lembut. Dia saja kemukakan ayat untuk memprovoke anak binaannya itu. Kadang-kadang tak semua persoalan ada jawapannya.

Iman memandang Yana dengan riak muka tidak puas hati.

"Saya tahu diri saya. Saya tahu saya ni macamana. Saya tahu saya banyak kurangnya. Ada lagi raaamaai yang lebih layak dari saya. Saya.. saya tak layak." nada suara Iman terdengar tegas. Bersemangat menyatakan pendiriannya. Teguh.

Hai, budak seorang ni. Yana tergeleng kepalanya mendengar kata-kata Iman. Ya Allah, bagaimana aku boleh yakinkan dia?

"Awak layak, just awak yang menafikannya.." Yana menepuk bahu Iman sambil tersenyum manis sebelum bangun untuk ke dapur. Sekali-sekala terdengar ketawa suara Hana dan Nani yang bertingkah didapur. Sekarang tengah break untuk solat Maghrib.

Mata Iman sekadar melihat naqibahnya berlalu ke dapur. Hatinya sakit. Dia benar-benar tidak suka akan ayat yang diucapkan sebentar tadi. Tapi dia hanya dia membisu. Arghh, mereka semua tak faham! Aku tak layaklah! Aku tak layak! Hatinya memberontak lagi.

****

'Ya Allah, aku tak ada apa-apa.. Apalah yang mereka lihat padaku yang sampai mereka semua mahu aku buat sesuatu yang aku tak layak untuk memegangnya? Aku ni tak layak.. Kau lebih tahu aku bagaimana, ya Allah. Kau lebih tahu. Jadi kenapa Kau berikannya kepadaku?' hatinya merintih buat kesekian kalinya malam itu.

'Ya Allah jangan kau berikan sesuatu yang aku tak mampu untuk lakukannya.. Ya Allah, bantulah aku ya Allah. Berilah pada mereka yang lebih layak. Jangan kerana aku, semua benda akan kucar-kacir nanti. Jangan, ya Allah.' Air mata jatuh lagi.

Iman, kau buat apa ni? Kau berlakon hebat sangatkah yang sampai mereka menaruh kepercayaan yang begitu tinggi pada kau? Kau berlakon ke selama ni? Jiwanya berkata-kata. Dipejamkan matanya kejap.

Iman mendongakkan wajah. Disapu mukanya dengan tangan, mengelap air mata yang tersisa. 'Ya Allah, aku berlakonkah ya Allah? Kenapa Kau hanya nampakkan yang baik-baik saja pada mereka? Aku ni banyak dosanya.. Banyak maksiatnya..' Kepalanya digeleng-gelengkan.

'Ya Allah..'

****

"Bagaimana kalau kita rasa kita tak layak? Kitakan lebih tahu tentang diri kita daripada orang lain. Orang lain just nampak luarannya saja." laju kata-kata itu keluar dari mulut comel itu. Soalan yang dari dulu dia mencari jawapannya.

Akh Latif tersenyum. Mungkin dah sering sangat berdepan dengan soalan-soalan begini.

"Awak nampak tak belakang tengkuk awak? Ni, belakang tengkuk ni," kata Akh Latif sambil menghalakan tangan ke belakang tengkuknya.

Iman terpana. Ambik kau, Iman!

"Samalah jugak dengan kita. Tak semua anggota badan kita kita dapat tengok. Ada bahagian yang kita tak nampak, tapi orang lain nampak."

Iman menelan air liurnya. Tertunduk dengan jawapan yang baru sebentar tadi dia dengar. Jawapan yang direct masuk kehatinya. Tapi...Hatinya masih tak puas hati.

"Memanglah kita lebih tahu tentang diri kita. Tapi ada benda lain yang mungkin kita sendiri terlepas pandang, orang lain yang nampak. Tapi still, penilaian seorang manusia itu terbatas. Hanya Allah yang terbaik nilaianNya." Akh Latif menyambung ayatnya.

Iman mengeluh kecil. Dalam ketidakpuasan hatinya,kepala diangguk-anggukkan tanda membenarkan kata-kata akh itu. Dalam rela terpaksa, hatinya menerima jawapan yang penuh hikmah itu. Tiada alasan untuk menolak. Namun sedikit sebanyak jawapan itu mengubat hatinya yang sebelum ni penuh dengan persoalan dan pemberontakan.

****

"It's now not to questioning 'why' but 'How'.." Iman memandang mukanya di cermin.

Sudah-sudahlah tu tanya kenapa, kenapa. Sekarang kena fikir macamana nak buat segala benda ni. Tahu?
Suka ke tak ke, buat je. Allah takkan bebani seseorang dengan sesuatu yang tak mampu dia lakukan.

Iman bermonolog dalaman. Di atur langkahnya ke katil lalu merebahkan diri. Mengeluh lagi untuk kesekian kalinya. Seketika dia menarik nafas dan menghembuskannya perlahan-lahan. Mengosongkan kotak fikiran untuk sebentar.

'Kuat, Iman kuat!'hatinya berdetak.

Serentak badannya bangun dari pembaringan.

"Ya Allah, mudahkanlah!"


****

- bersambung~




5 comments:

rusnarusli said...

Kuat wahai iman kuat!

Rindu! ;)

keyLa said...

:)

kak rusnaa~ rinduuu jugak!

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
ana said...

tulisan yang sangat baik kila :)

moga Allah terus memberi ilham yang tidak putus2 untukmu berdakwah !

keyLa said...

salam,

thank u ana~
haza min fadhli rabbi.
ameen!

Photobucket