Friday, February 15, 2013

Allah akan bantu..

Salam alaik,

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. masyaAllah~

Allah tarbiyah lagi diri ni.. super power tarbiyah..
Senyum. Ya Allah, sungguh Kau Maha Mengetahui..
Kau tahu apa yang ada dalam hatiku.

Setiap darah yang mengalir menyusuri salur-salur darahku ini Kau tahu jumlah dan kadarnya.
Setiap milisecond impulse yang tercipta dalam cell-cell neuron  Kau tahu akan kuantitinya.
Kau Maha Tahu.

Setiap lintasan hatiku ini pun Kau tahu. Setiap perkara yang aku fikirkan, Kau Tahu.
Kau Tahu ya Allah. Tanpa perlu aku mengatakannya.

Maka ya Allah, bimbinglah aku. Bimbinglah lintasan hatiku, pimpinlah pemikiranku. Bimbinglah ia kearahMu. Kepada keredhaanMu..

Sungguh, aku hanya mahu mencari keredhaanMu dalam setiap perbuatan dalam hidupku ini. Tiada yang lain.
Dan dalam mencariMu aku memerlukan sesuatu untuk berpegang.

Ya, aku tahu aku ada Al-Quran dan sunnah Rasulullah. Yang kutahu jikaku pegang nescaya aku akan selamat dunia akhirat. Maka ya Allah jadikanlah Al-Quran ini sebagai penawar hatiku, penenang resahku, pendamai jiwaku~

Ya Allah, jangan jadikan dunia itu my biggest concern.
Tapi jadikanlah ia ladang untuk kusemai biji-bijian pahala.
Yang kelak kan kutuai hasilnya.
Lalu persembahkannya kepadaMu.
Dan ku mahu pastikan ia adalah hasil terbaik.

Ku harap keputusan yang aku ambil adalah atas pertimbangan yang waras dan petunjuk dariMu.
Dan kutahu Kau ada bersamaku tatkala aku memberikan keputusanku.

Ya Allah, aku sering meletakkan urusan akhir itu padaMu. Namun bila Kau mahukan aku sendiri menetapkan, kutahu keputusan itu masih juga adalah dariMu.

Maka ya Allah, berkatilah keputusanku. Aku hanya mahu Kau redha padaku.
Cukup itu.


No comments:

Photobucket