Thursday, May 10, 2012

Jangan Benci aku , Allah..

Bismillahirrahmanirrahim~

Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami tampakkan; dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi mahupun yang dilangit..

(Surah Ibrahim; 38)

Allahu Akhbar!


Baru-baru ni banyak menyibukkan diri untuk tarbiyyah. Mentarbiyyah dan ditarbiyyah. Kerana hati lebih cepat berbolak-balik daripada penutup periuk nasi yang sedang menggelegak-kata seorang sahabat, Ibnu Rawaahah ra. (tapi bukan periuk nasi la..saja tambah :) dalam Muqadimah Al-Muntalaq.

Kerana kecepatan perbolakan hati itu, maka afdhallah sekiranya aku mengisi masa yang ada dengan 'Ijlis bina Nukmin sa'ah'- iaitu duduk sebentar dan beriman sejenak.

Aku banyak ambil bahagian dalam menyampaikan. Kerana peringatan itu kata Allah;

Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.
(51;55)


Dan sungguh, kukatakan peringatan yang ada, bukan buat mereka yang mendengar terutamanya. Yang paling-paling dekat dengan mulut sendiri adalah telinganya. dan sangatlah besar kemurkaan Allah terhadap mereka yang mengatakan sesuatu yang tidak mereka kerjakan..

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan?
SANGATLAH DIBENCI disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
(As-saff; 2-3)

Menangis. Astaghfirullahal azim.

Tarbiyah dari sisi ni bagi aku amatlah 'hard core' aku katakan. Susah, sakit. Mana tak susah. Dengar ayat atas pun dah meraung dah. Belum bukak satu Al-Quran lagi. Huhu.. Allah ajar nie.. Allah nak didik bagi lembut lagi nie..

Tarbiyah begini walaubagaimanapun aku rasa amat sesuai dengan jiwa aku yang agak 'hard core' jugak dalam menerima nasihat. Seriously. Tarbiyah Allah sahaja yang aku rasa aku boleh terima tanpa kata apa-apa. Huhu.. Dan Alhamdulillah, semua kekuatan itu daripada Allah juga kan..

 Bila kita sampaikan nasihat kat orang, tup-tup, otak kita simpan dulu ayat tu sebelum sampai kepada orang yang nak dinasihati.. So bila aku buat gini,nak buat gitu (benda-benda pelik la), otak review balik kata-kata yang pernah disebut. Psiko sungguhlaa...kan.. Tapi itulah tarbiyahnye~ didik hati, didik jiwa.. tapi pada masa yang sama rasa indah. Rasa -wah, sungguh beruntung Allah mengingatkan!

Takut jadi orang yang dalam surah As-saff kat atas. Kalau dibenci Allah, manakan boleh hidup lagi? Semua makhluk pun akan membenci.. Naudzubillah..

Aku harap Allah bantu aku untuk laksanakan apa yang telah aku ucapkan. Beri kekuatan untuk aku buat apa yang telah mulut aku ucapkan. Huhu.. T.T Menangis lagi..

Ya Allah, aku bukanlah yang terbaik dalam memberi nasihat, tapi Kau lapangkanlah dada mereka untuk memahami ayat-ayatMu melalui perantaraan aku yang kerdil ini. Jangan Kau tutup hati mereka atas kemaksiatan yang telah aku lakukan terhadapMu...

Menangis lagi.

Allah..

No comments:

Photobucket