Thursday, December 8, 2011

Ingin kututup mata..

Salam alaik~

Kadang-kadang kita tak boleh jadi apa yang orang lain nak kita jadi, dan kadang-kadang kita sendiri pun tak dapat jadi apa yang diri sendiri mahu jadi. Kita hanya tahu bila Allah bimbing kita untuk jadi apa yang Dia nak kita jadi..


Ya Allah, rasa nak tutup mata dan lalui sahaja apa yang ada kat depan nie. Rasa nak biarkan saja apa-apapun yang Allah sediakan untukku. Rasa nak terima sahaja apa yang Allah nak beri padaku.


Tutup mata dan teruskan berjalan.


Kalau itu sahaja yang aku boleh lakukan, aku akan lakukan. Penat memikirkan masalah diri yang bagai tak berpenghujung ni. Rasanya kalau tak fikir pun lagi baik.

"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir" (al-Maarij; 19-21)


Astaghfirullah~


Jauhkanlah diriku ya Allah, daripada sifat berkeluh-kesah ini.. Tatkala diuji dengan mehnah2 dunia ini, mulut terlalu banyak berbicara yang tak sepatutnya. Hati telah banyak menduga-duga. Fikiran telah banyak memikirkan perkara negatif. Rasa diri dah tak macam dulu. Selalu rasa lost dalam dunia sendiri. Astaghfirullah. Ujian diri sendiri yang paling susah aku nak tempuhi. Moga Allah bimbing aku selalu..

Jauhkanlah diriku yaAllah daripada bisikan dan pengaruh syaitan. Bila jiwa dah begini serangan syaitan datang dari pelbagai sudut. Moga aku masih mampu memisahkan yang salah dan yang betul. Yang haq dan yang batil..


Andai dosa-dosa yang menghijabkan aku dengan Allah, aku mohon padaMu ya Allah, ampunkanlah kesalahan hambaMu ini.


Bagilah aku kekuatan untuk hadapi ujianMu kali ini.






2 comments:

lah lah said...

Salam wbt dear Kila ^^

May Allah ease ur way inshaAllah.
Pray for the best in dunya wal akhirah..
Stay strong k! Dia adaa sentiasa.. =)

Uhibbuki fillah abadan abada..

slm syg,
k lah de badar *-*

keyLa said...

wslm wbt,

jzkk kak lah syg~

insyaAllah, moga2 Allah selalu guide kila... T.T

Photobucket