Tuesday, May 10, 2011

La taghdab!

La taghdab!
La taghdab!
La taghdab, Kella!


Bila si degil bertemu si degil~ hasilnya? (kebabooom!)~ sound effect yg xberapa nak kena (-.-')


Tarbiyah itu kan tarbiyah~
Dengan tarbiyah, aku mengalah.

Ya Allah, aku mengalah bukan kerana kalah.
Bukan kerana pasrah.
Tapi aku mengalah kerana tarbiyah meminta aku menyerah.
Meminta agar aku berubah untuk mengubah.
Meletakkan egoku ditempat yang rendah.
Menepikan sakit hati dan amarah.
Membina kesabaran yang ternyata payah.
Minta lakukan semuanya kerana dakwah.

Kerana dakwah rasul berkasih-sayang
Masih tersenyum walau dihina berulang-ulang
Penolakan dibalas kasih yang mendalam
Benci dan dendam tak tersimpan dalam kotak fikiran
Kerana itu dakwah baginda berkembang zaman berzaman.

Walau jauh, ingin kuturut langkahan
Walau tinggi, ingin kubersama gapai impian
Walau dalam, kan kuselami dengan harapan.

Ya Allah,tarbiyahkan aku jadi tabah.
Moga kelak aku mampu berdiri gagah.
Bukan untuk bermegah.
Tapi untuk terus tsabat di jalan dakwah.

Sepatutnya begini~

Bila si degil bertemu si degil, ukhwah fillah sebagai penyatu.. (^^)v








2 comments:

Fathin Aina said...

dan bila kt dlm dunia tarbiyah ni, kitalah yg byk ditarbiyahkan sbnrnye..hehe..

luv u! ^_^

Syazwani'Aqilah said...

Ukhuwwah fillah sebagai penyatu..
Subhanallah..cantik qalammu sisterku

Photobucket