Friday, May 20, 2011

Refleksi~

Doaku selalu berbunyi..

Ya Allah, kuatkan aku menempuhi apa yang ada di hadapanku..

Ya Allah, sabar dan tabahkan hatiku..

Ya Allah, beri yang terbaik padaku...


Tak kira masa,
Tika senang, tika susah..
Itulah doa yang seringku titipkan..

Tapi bila ditimpa ujian, aku still rasa tidak kuat..
Rasa aku tak mampu..
Dan doa-doa itu aku ulang dan ulang kembali...
Mengharapkan permintaan itu ditunaikan..


Namun sebenarnya..
Hakikatnya...
Allah sedang memakbulkan permintaanku..

Ya, Allah sedang memakbulkan permintaanku..
Aku minta hati yang kuat,
Allah berikan ujian pada titik kelemahanku
Bukan untuk melemahkan tapi untuk hadiahkan hati yang kuat itu...

Aku minta sabar dan tabah,
Lagi berganda ujian datang padaku..
Sekali lagi bukan untuk menghinaku
Tapi untuk anugerahkan sabar padaku..


Dan kemudian..
Aku minta Allah beri yang terbaik padaku..
Dan Allah beri apa yang terbaik untukku..
Yang terbaik pada pandanganNya, walaupun bukan pandanganku
Yang terbaik untuk hambaNya, walaupun bukan yang terbaik dipandangan manusia..

Subhanallah..
Ya Allah..
Betapa ku silap memandang setiap ujianMu..
Kau sebenarnya sedang memakbulkan permintaanku..
Malunya aku,
Merasakan doa yang diminta tak kunjung tiba..
Padahal sedang dilaksanakan tanpa aku mengetahuinya..


Sungguh Maha Besar Mu ya Allah..
BagiMu segala puji, Ya Rab..

Moga aku masih belum terlewat untuk menghadiahkan rasa syukurku padaMu..



Allahumma tahhirni min khatayaa ya bilmaa' i wasalji walbarad.
Ya Allah, bersihkanlah aku dari kesalahanku dengan air, salju dan embun!

Wednesday, May 18, 2011

Nikmat bersama hikmah...




you know...

banyak peristiwa yang berlaku satu ketika dulu...

yang aku tertanya-tanya kenapa...

yang menyeksa jiwa ragaku...

sampai aku rasakan sudah cukup untuk itu..



tak mahu ulang dah..

tak mahu rasa dah..

sebab terlalu sakit..


sampai aku cakap kat Allah,

Ya Allah, Kau Maha Mengetahui...

Kau tahu limit aku sampai mana...

Kau tahu aku tak mampu untuk hadapi yang ini...

dan aku takkan mampu lagi...


Tapi hari ni, entah kenapa...

Aku rasa Allah menjawab persoalan itu...

Persoalan kenapa aku tak dapat apa yang aku hendak..


' betapa banyak yang kita mintak, yang kita rasa Allah tak terima. tapi pada hari kita mintak sampai hari ini yang kita duduk, berapa puluh, berapa ratus masalah yang telah selesai..'

berapa ratus masalah kita yang telah selesai...

manusia itu gopoh....

tergesa-gesa....



betul,

gopoh sungguh rasanya..

menetapkan sesuatu yang aku tak ada pengetahuan tentang itu...

tapi aku dah nampak hikmahnya sekarang...

kerana permintaan dulu ditolak, aku berada disini...

kerana hati yang dulu dilukai, aku lebih berhati-hati...

subhanallah....

bukan Allah tak mendengar..

Bahkan Dia Maha Mendengar...

Tapi kerana Dia ingin berikan yang terbaik padaku..

Dan aku yakin itu...


Ya Allah, dahsyatnya Kasih sayangMu...


Tuesday, May 10, 2011

La taghdab!

La taghdab!
La taghdab!
La taghdab, Kella!


Bila si degil bertemu si degil~ hasilnya? (kebabooom!)~ sound effect yg xberapa nak kena (-.-')


Tarbiyah itu kan tarbiyah~
Dengan tarbiyah, aku mengalah.

Ya Allah, aku mengalah bukan kerana kalah.
Bukan kerana pasrah.
Tapi aku mengalah kerana tarbiyah meminta aku menyerah.
Meminta agar aku berubah untuk mengubah.
Meletakkan egoku ditempat yang rendah.
Menepikan sakit hati dan amarah.
Membina kesabaran yang ternyata payah.
Minta lakukan semuanya kerana dakwah.

Kerana dakwah rasul berkasih-sayang
Masih tersenyum walau dihina berulang-ulang
Penolakan dibalas kasih yang mendalam
Benci dan dendam tak tersimpan dalam kotak fikiran
Kerana itu dakwah baginda berkembang zaman berzaman.

Walau jauh, ingin kuturut langkahan
Walau tinggi, ingin kubersama gapai impian
Walau dalam, kan kuselami dengan harapan.

Ya Allah,tarbiyahkan aku jadi tabah.
Moga kelak aku mampu berdiri gagah.
Bukan untuk bermegah.
Tapi untuk terus tsabat di jalan dakwah.

Sepatutnya begini~

Bila si degil bertemu si degil, ukhwah fillah sebagai penyatu.. (^^)v








Photobucket