Thursday, November 25, 2010

Ke'serabai'an..


Salam alaik~


Messy, messy, messyyyy..(gambar diatas tidak kena mengena dengan tema arini ye..=p)
Kella kalau exam serabai serba serbi..
Ke'serabai'an yang nampak di mata.. Adui, serabainya!! Tetiba rasa tak mau jadi saakella kejap.. nak jadi org lain pulak.. aduh, tak bersyukurnye! (tidak, sy suka jadi saakella!!)

Kella da pening...waaaa~~ esok ECG, nie baru abeh buat ECG tu.. rase2nye ade kan machine yang boleh bace terus ECG nie.. awat kena blaja jugak yer? sebab takut machine rosak ye.. then kena tahu jugak bace ECG nie.. kalau tidak alamatnya pesakit boleh meninggal depan mata.. kan tak naya tu...huhuhu

Tiap-tiap hari kejar gi kelas. balik kelas sambung lagi blajar dan yang paling tragiknya asyik ketiduran di awal malam.. Penat sangat tu takde lah tapi suasana winter yang mula suam-suam sejuk nie rasa sedap sangat bungkus dalam selimut.. Kalau tidak kerana immuno yang tinggal tak sampai 10 hari tu, takkan ku sanggup buang selimut tu ke tepi.. Aduh, hebatnye dugaan!

Niat, kella niat.. Nie ape belajar sebab exam nie.. Nie ape datang kelas tiap-tiap pagi nie? Nie ape sebab terkejar-kejar semua benda nie? Apa matlamat nie? Tak de matlamat ker rasanyer..?

Eh, ade lah.. (backing diri jap).. takkan ku redah semua nie kalau takde tujuan..

So, ape matlamatnyer?

Hehe..=p.. jap nak fikir ayat kreatif skit..
Ohho.. haa, balik pada niat la.. Niat kan yang membezakan sesuatu bentuk perbuatan yang disebabkan adat dengan satu lagi perbuatan yang dikenali sebagai ibadah~
hurm..kalau niat kerana Allah, penat2 camnie rasa enak je sebab rasa berbaloi.. insyaAllah kalau Allah tak balas kat dunia, Allah balas kat akhirat.. kan..

Walaupun hadir lecture yang jarang-jarang orang datang, insyaALLAH datang bukanlah kerana nak tunjuk baik sebab tak ponteng lecture, bukan sebab nak dapat ilmu daripada lecturer tu, bukanlah sebab nak mengisi masa lapang dengar lecturer tu cakap bahkan merasa kesian padanya kerana kalau tak hadir coz tak de sapa nak dengar~

bukan..

Tapi hadir kerana Allah.. Allah suruh manusia menuntut ilmu berpandukan ayat Al-A'laq: 1 yang berbunyi...
"Bacalah!"

Hadirkan diri kerana Allah tak sama dengan hadirkan diri sebab kawan, teman atau lecturer..
Sebab bila hadir sebab kawan, bila kawan tak datang, dia skali join tak datang. Kalau hadir sebab lecture atau lecturer bila 2-2 tu takda, tak dapat apa-apa.. datang yang berkejaran dengan bus, berhujan panas dan berlari-lari anak takkan dapat pahala kalau sampai2 elok je lecturer cakap kelas dibatalkan~ sekian.. mau ternganga sekejap depan kelas dengan nafas yang masih semput macam tanah tak cukup lari tadi..

So,nak ke benda tu jadi sia-sia?

Nak ke mengeluh pepagi buta? Paling tidak ade la umpat-umpatan yang tak sedap didengar.. Of course la ku tak mahu semua tu..
Sebab tu bila fikir-fikir balik, muhasabah sekejap, selama ini aku niat macamna ye? Kenapa sekarang baru terasa? (sebab suasana skrg dah berubah kot~) entahlah.. maybe dulu-dulu aku pun tergolong dalam club datang sebab yang kat atas2 tadi tu.. haila.. nie peringatan nie!

Niat, kella, niat.. Hadis satu nie.. selalu saja failed.. satu lagi time bace parasitology aritu. adela lebih kurang 4 presentation dia yang each ppt ade lebih kurang 70 slide. Awal-awal tu bace elok la. Tetiba orang kata takde test, and majority tak bace pun. ade la 4-5 orang yang masih bertahan nak bace. Aku mula-mula nak bace la, tp bile dengar mula la rasa tak berbaloi nak baca.. siap nak marah orang lagi..

Tiba-tiba hati kata: Baca sebab test ke kella?
Zupp!! Eh, biar betul,.. selama nie mmg aku nak sgt2 elak menda2 belajar sebab exam nie (tapi selalu failed).. nie sekali memang tepat kena kat hidung.. dah taktaw nak backing ape dah.. memang tak berbaloi baca kalau baca sebab test, tapi kalau baca sebab Allah, usaha bace tadi nie dikira taw?!

Rasa nak menangis on the spot.. Malu betul tadi tanya orang lain berbaloi ke tak bace benda tu. Malu sangat2!! Hai, kella~!!

banyak betul nak tulis.. tapi nie semua tulis tentang ke'serabai'an kella yang tak ade berkesudahan.. waduh!


p/s:Sekarang dah sejuk sangat-sangat~ winter dah masuk! jom jadikan ia musim bunga..^^

"Musim sejuk itu ibarat musim bunga bagi orang yang beriman.. panjang malamnya maka berqiamullail baginya, pendek siangnya maka berpuasa padanya~"


Sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati surga
Tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia takkan bisa menyentuh nikmat-Nya
Tanpa tulus di hatinya
-Sesungguhnya, by Ungu~








Sunday, November 21, 2010

Menyusuri pelangi..



Salam alaik~

Warna hari-hariku bertambah indah
Hanya kerana kau disisi
Pertemuan yang membawa kepada pengenalan itu
Masih lagi tersusun rapi dalam sisipan memori
Tak pernah ingin kulupa walau sekali..

Kini kutersenyum bahagia
Bila wajahmu yang hadir menjelma
Bukan kerana kecantikanmu yang mempersona
Tetapi melihatmu gembira kusudah bahagia
Seribu rasa bersatu dalam jiwa..

Teman,
Ternyata sayang terhadapmu kian memekar
Seharian tanpamu disisi bagai kemarau datang menerpa
Kering kontang, gersang tanpa kesudahannya
Hanya bila kau ada
Rasa itu hilang serta-merta..

Kubahagia kerana temanku itu kamu
Kusyukuri pertemuan kita atas rahmat Ilahi
Kekosongan jiwa terisi dengan persahabatan ini
Andai perpisahan bakal terjadi
Yang kupinta jangan kita tangisi
Kerana janji Allah bersama pasti
Rahmat-Nya kan memayungi

Namun,
Andai tidak akan bertemu lagi
Berdoalah, agar dipertemukan di syurga nanti...

layan..~



p/s: teristimewa buat sahabat-handai, teman-teman, rakan-taulan, dan yang mengenali diri ini..
ku bahagia hanya kerana kau ada..
ukhwah fillah abadan abada..

mode: friendship (effect after D 'Specialist~) ^^

Friday, November 19, 2010

Cinta itu hebat jika....


Salam alaik~


Hurm, dah lama nak tulis pasal entry nie, tapi selalu tak berkesempatan. Wah2, kella da pandai nak berbahas tentang cinta eh? (nak gelak sendiri..)

Bukan ape, hari tu berkesempatan baca sebuah lagi novel bertajuk 'Sinergi' karya Hilal Asyraf, penulis muda yang berbakat tu. Dan dalam ceritanya ade dipalitkan dengan sebuah analogi cinta yang sangat-sangat menarik. Wah, sungguh hebat kalau cinta itu ditafsirkan sebegini rupa. Bukan calang-calang cinta yang ditafsirkan. Hebat bangat!^^


Sebagai manusia yang diciptakan bersama dengan fitrah, kita tak lepas dengan satu perkara ini, iaitu cinta. Cinta itu fitrah, dan tiada siapa yang boleh mempertikaikannya. Fitrah yang wujud sejak azali. Yang telah datang semasa penciptaan Nabi Adam a.s. lagi. Maka tidak hairan jika cinta itu selalu wujud dikalangan manusia.

Bermacam-macam jenis cinta boleh ditafsirkan dan diwujudkan. Cinta kepada sang Pencipta, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada manusia, cinta kepada alam dan macam-macam jenis cinta lagi.

Dan kali ini kita nak specifikkan cinta kita. Hurm, cinta ape agaknya? ^^..

Cinta itu...


Jom, kita mengenali cinta manusia yang sebenarnya..

Bila kita berbicara tentang cinta kepada manusia,ia boleh merujuk kepada ibu bapa, saudara, jiran tetangga, lelaki dan perempuan.

Kita tahu bukan, perempuan dan lelaki itu umpama magnet yang sering menarik. Seperti kutub utara dan kutub selatan. Bila dah berlainan kutub, maka tarikannya lebih kuat, faham bukan? Jadi tak hairanlah bila cinta itu mengikat 2 hati yang berlainan jenis, berlainan kutub, berlainan jantina.

Cinta itu hadir tanpa dipaksa. Betul, tak? Ia boleh datang dalam sekelip mata tapi seumur hidup untuk melupakan. Ia boleh hadir dalam sepintas lalu, tapi meninggalkan bayangan dalam minda. Begitu kuatnya cinta. Begitu hebatnya cinta. Tapi ade lagi yang boleh menghebatkan cinta itu.. (jeng,jeng,jeng..)

Bila kita jatuh cinta (dan bagi yang telah jatuh pun~), cuba fikir cinta kita kerana apa? adakah kerana dia yang ter'smart', ter'hensem', ter' kacak', ter'cantik' , ter'hebat' atau ter~, ter~, yang lain?Adakah kita jatuh cinta kerana physically, mentally or sumthing else yang menarik padanya? Adakah kita jatuh cinta atas dasar apa yang si 'dia' punya? Jadi cube remind balik, jatuh cinta kita kerana apa?

Kalau kita jatuh cinta kerana apa yang ada physical si dia, maknanya kita adalah materialistik. Bila sebut materialistik ini merujuk kepada benda yang berharga yang ada si dia. Dan benda materialistik itu tak kekal~ Jadi......
Adakah kita pasti cinta kita padanya kekal bila dia dah tak smart, tak hensem, tak cantik dan tak hebat?
Kekal ke cinta kita bila dia dah jadi tua, nyanyuk, lumpuh, cacat dan sebagainya?
Cinta kita bertahankah?
Mampukah kita kekalkan?

Susah bukan?
Dan rasa cam nak tabik je pada orang-orang yang mampu mempertahankan cintanya dalam keadaan cam tu. MasyaAllah, hebatnya..

Tapi bila cakap materialistik, bukanlah bermaksud kita tak boleh pilih pasangan kita langsung kerana Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntung.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Jadi ade materialistik disitu. So,pilihlah tapi utamakan yang penting- iaitu agamanya.. Kerana bila agama itu diutamakan, pasti yang lain setel~



Kenapa dah setel? Owh, kerana...
Cinta itu bukan matlamat. (hoho, jangan confuse dulu~)

Ada satu analogi disini. Kita ada 2 benda; alat dan matlamat. Dan alat itu digunakan untuk mencapai matlamat kita. Simple,kan?

Tapi bila kita aplikasikan kisah cinta disini, kita dapat masukkan cinta itu sebagai alat kita. Dan matlamat itu........... mardhatillah~ mencari keredhaan Allah.

Kenapa cinta itu bukan matlamat kita? Kerana kita hidup bukan untuk cinta. Tapi kita hidup untuk mencari keredhaan Allah. Menjadi khalifah dan hamba kepadaNya.
Jadi bila cinta itu bukan matlamat tapi alat, datanglah sesiapapun untuk jadi pasangan kita, kita boleh terima dengan redha. Kerana apa? Kerana kita nak capai matlamat kita~ mardhatillah.

Datanglah sesiapapun maksudnya kita tak hiraukan rupa parasnya, duit, kereta, rumah, asal mana, keturunan, nenek moyang siapa, dan lain-lain tapi kita hiraukan agamanya kerana agama itu yang kita nak untuk bawa kita kepada Allah.

Jadi, cinta itu lebih hebat jika konsepnya begini. Datanglah segunung badai dalam rumah tangga, tapi kerana cinta itu adalah alat, kita boleh terima apa saja,InsyaAllah. Ingat, kerana cinta itu alat.

Sebab apa ramai yang patah hati dalam cinta? Kerana mereka jadikan cinta itu matlamat. Bahkan tanpa sedar, kadang-kadang kita sendiri menjadikannya sebagai matlamat. Dan menjadikan keredhaan Allah itu sebagai alat.

Iaitu dalam kata mudahnya, kita cari keredhaan Allah untuk mendapatkan cinta manusia. Kita bermuhajadah dan mengubah diri untuk mendapatkan cinta-cinta insan yang hebat. Kita jadikan keredhaan Allah itu untuk kita gapai cinta yang kita mahu. Dan bukan sebaliknya. Tapi ini bukanlah konsep ini yang kita mahu..

Kerana bila kita tak berjaya mendapatkan cinta manusia selepas kita kejar keredhaan Allah, kita akan rasa kecewa yang teramat.

Tapi bila kita kejar keredhaan Allah, bukan setakat cinta manusia, bahkan cinta Allah akan hadir bersama. Dan percayalah, Allah akan kurniakan cinta hambaNya yang juga mencintaiNya kepada kita..( AMEENN)~

So,bila fikirkan balik, kita macam tak ada hak langsung untuk mempersoalkan siapakah pasangan kita. Kerana jodoh dan urusan kematian itu ditangan Allah dan dah termaktub dalam luh mahfuz. Jadi, bukan soal siapa yang perlu kita fikirkan, tapi fikirkan soal diri kita yang perlu kita baiki untuk bersedia bersama pasangan kita mencari keredhaan Allah~


Dan cinta itu bertambah hebat jika cinta itu adalah alat....~
Allahua'lam..

Keyla v raudhah.

Wednesday, November 10, 2010

10 Zulhijjah~ jom grab!

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah?


Ada apa dengan hari sebelum hari raya aidil adha nie? hurm, let's check it out~!


Bulan Zulhijjah merupakan bulan dimana umat islam disyariatkan untuk mengerjakan ibadah haji. (07.11.10) merupakan permulaan kepada bulan Zulhijjah pada tahun ini. Kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah tidak banyak dibicarakan sepertima mana 10 hari terkhir Ramadhan, sedangkan kelebihan dan kemulian 10 hari Zulhijjah dan Hari Arafah telah digambarkan dalam Al-Quran dan Hadith.


Firman Allah dalam surah Al-Buruj, ayat 1-3:


“Demi fajar, dan malam yang sepuluh, dan yang genap dan yang ganjil”


Ibnu kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama di bulan zulhijjah, beliau mengmbil pandnagan daripada Ibn Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid dan selainnya. Manakala yang ganjil itu ialah hari arafah.


Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:


“Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).”


Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,


“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).


Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda,


“Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.


Manakala kelebihan hari Arafah (9 Zulhijjah) pula disebut oleh Rasulullah S.A.W ketika menafsirkan ayat ke-3 dari surah Al-Buruj:


“Yang menyaksikan ialah hari arafah dan yang disaksikan ialah hari kiamat ” (Hadith riwayat Ahmad dan Baihaqi)


Didalam hadith lain pula, Sabda Baginda SAW lagi:


“Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah akan hambaNya daripada neraka lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim)



JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADANYA


1. Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya :

Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.


2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari ‘Arafah – . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi :


“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.


Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :


“Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih).


Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :


“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.


3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud :


“(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”,


Hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya :


“Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.


Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai.


Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu


“[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]“.


Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud :


“(Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”.


Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.


4. Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :


“Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).


5. Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).


6. Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.


7. Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.


8. Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :


“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”


dan di dalam riwayat lain :


“Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.


Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya :


“(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”.


Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.


9. Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.


10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.


Selamat beramal! please share to others~ let's grab these 10 days together..

Moga Allah redha ^^



sumber: http://saidahtajudin.iluvislam.com/?p=326

Photobucket