Monday, August 2, 2010

Ya Rasulullah.. the chosen one~


Menghayati babak-babak dalam klip video nie sampai tak sedar air mata mengalir ke pipi.
Ya Allah, betapa hati ini merindui baginda..

For Maher Zain, jazakallahu khairan katheera!! For very nice music, very beautiful clip, very wonderful lyric.. Subhanallah! May Allah bless us always..




Buat sesiapa yang tak perasan babak-babak dalam video nie, juz nak bg brief skit.

Babak 1: Kisah seorang perempuan tua yang selalu membuang sampah (atau dalam cerita lainnya-duri atau najis) dijalan yang selalu Rasulullah pakai untuk keluar rumah.

Babak 2: Keadaan Rasulullah ketika zaman jahiliyyah yang mana orang berjudi, minum arak dan mencuri.

Babak 3: Sikap Rasulullah yang suka bersedekah. (dan kisah sahabat yang sedekah kepada org yang lebih memerlukan-tak penting diri)

Babak 4: Rasulullah pernah menjahit sendiri sandalnya.

Babak 5: Kisah Saidina Hussain (cucu Nabi) yang memanjat belakang Rasulullah ketika solat.

Babak 6: Rasulullah mengajar kebersihan.

Babak 7: Kisah perempuan yang berzina yang dimasukkan kedalam syurga kerana memberi minum seekor anjing menggunakan kasutnya. Kisah ini diceritakan oleh Rasulullah s.a.w

Babak 8: Rasulullah s.a.w. dan Saidatina Aisyah pernah bermain lumba lari.

Babak 9: Rasulullah s.a.w. pernah mendukung Aisyah ketika dia ingin melihat satu persembahan. (masa nie air mata ganaz mengalir)

Babak 10: Rasulullah s.a.w. membantu seorang perempuan tua mengangkat barang.

Babak 11: Babak ni sambungan babak 1 yang mana, suatu hari Rasulullah s.a.w perasan tiada sampah di jalannya.rupanya perempuan tua itu sakit. Dan Rasulullah s.a.w melawatnya..


Ya Allah, Subhanallah, Allahu Akhbar!

Kalau dengar cerita Rasulullah sudah cukup mengharukan inikan pula menyaksikan dalam realiti.. Ya Allah, betapa hati ini terasa sangat-sangat merindui baginda..

Namun, ada kesempatankah diri ini untuk bertemumu ya Rasulullah?
Rindunya padamu ya Rasulullah..

Rindunya pada insan ini. Yang tak pernah dijumpai. Namun kisahnya menambat hati. Andai kudiberi kesempatan, ingin kumenatap wajahmu ya Rasulullah..

Allahumma solli a'la muhammad
Ya rabbi solli alaihi wasallim..

keyla~

No comments:

Photobucket