Saturday, August 14, 2010

Perancangan Allah yang terbaik.



Kalau dulu aku bersedih kerana bakal ambil Physiology lewat berbanding rakan-rakanku yang lain, kini aku bersedih pula bila aku bakal meninggalkan bumi Czech ini dalam 2-3 hari lagi.

Siapa sangka penyudahannya begini? Aku juga tak menyangka sebegini ceritanya.

Itulah, kan orang kata Allah Perancang yang Terbaik!

Allah isi masaku, Allah susun dengan cantik sekalli.. dan kini aku boleh kembali muhasabah selama aku berada disini sejak Julai dan Ogos. Indahnya Allah cipta, aku sendiri tak menyangka.

Selama di sini, aku sempat mengikuti 2 daurah. Satu di luar Czech dan satu dalam Czech. Bayangkan, betapa Allah menyusun masaku dan mengisinya supaya tak kosong begitu sahaja.
Bukan sekadar mengisi masaku tetapi jasad dan rohaniku.

Pegembaraan di bumi Birm memang pengalaman yang tak boleh dilupakan. memang singkat perjalanan kami, aku dan Qilah iaitu selama 4 hari sahaja tapi itu cukup buat aku rasa bahagia bila mengenangnya.

Teringat soalan sorang kakak disana.
" Korang berdua nie lain-lain uni kan? Macamana leh datang sama-sama? Kawan baik ker?"

Aku dan Qilah saling memandang dan senyum. Aku menjawab " Taklah kak. Kami nie pun sebenarnya baru je dipertemukan dalam perjalanan nie." Sengih aku kepada Qilah.

"Oo.. Baru taaruf la nie"..
"Aah."

Memang betul pun. Aku dan Qilah lain-lain university. Aku Hradec, dia Prague. Nak kata tak kenal tu tak delah. Selalu jugak jumpe2 kalau ade events. Tapi nak kata rapat tidak jugak.. Alhamdulillah, Allah pertemukan kami dalam perjalanan yang serba ringkas ini.. Untuk kenal hati budi masing-masing.

Aku senang dengan dia. Perjalanan kami pun tak banyak masalah. Alhamdulillah.

Di birm jugak kami bertemu dengan kakak2 yang sangat-sangat baik. Sudi menumpangkan kami selama 2 hari 2 malam di rumah mereka dan sudi pula mambawa kami berjalan2 di sekitar kota Birm nie. Bayangkan, sapa saja yang boleh luangkan masa, wang dan tenaga untuk kami yang baru sahaja dikenali dalam waktu sehari. Subhanallah, ukhwah itu terasa makin indah.

Kak Fifa, Kak Nadia, Kak Safia, Kak Fita dan Kak Maya. Pertemuan dengan mereka ini mengajar aku erti berdikari, bersungguh-sungguh dan bersyukur dengan apa yang ada. Terlalu banyak yang diperkongsikan, yang aku perhatikan, daripada hidup mereka. Subhanallah. Ukhwah itu makin terasa indahnya.

Balik daripada Birm, teman dirumah masih ade. Tapi bakal berangkat beberapa hari lagi.. Hai, bestnyer da boleh balik. Tapi aku sabarkan diri. Apalah sangat balik awal ke balik lambat. Aku risau masaku yang bakal terbuang begitu sahaja di rumah. Alangkah baiknye jika masaku dapat diisi dengan perkara-perkara yang baik, peringatan-peringatan dan nasihat-nasihat berguna. Baru dapat isi rohani nie.

Ketika tarikh exam makin hampir, ada daurah di czech. Aku letakkan target supaya aku dapat turut serta dan pada masa yang sama aku tak meninggalkan pelajaranku. Namun, biasalah. Bila manusia yang seperti aku meletakkan target (=.=") memang susah nak sampai..hehe.. Tapi aku kuatkan hati, aku mesti join daurah nie. Tak kire! Sebab ini hak akhiratku. Dan ini je yang aku mampu buat untuk kejar akhiratku. Insya Allah, moga Allah terima.

Memang sedikit yang hadir dalam Daurah itu. Walaupun yang masih berada di Czech kuantitinya masih ramai. Tapi alhamdulillah itu langsung tak mematahkan semangatku. Dan juga tak sepatutnya mematahkan semangat orang lain. Sebab aku pernah dengar daripada talk Bro Noukman, dia kata..(lebih kurang la)

"One man were told that the speech he going to present, only a few would come. 'So?', the man ask. Then he said,' Even nobody comes, I would come. Why? Because I'm not come for you, I'm not come for them to hear my speech. But I come for sake of Allah. Did I already get my part from Allah? I did.."

Subhanallah! Simple words, simpler respon, simplest action.. tapi zuupp pedas masuk telinga..
And what reasons for me to not participate eventhough nobody would comes? hurm, soalan menusuk sedikit.

Tapi hakikatnya memang begitu. Ramai je rasa tak best bila sedikit orang yang ade. Alasannya, tak meriah. Who cares? Datang sebab apa?Kalau datang sebab kawan, kawanlah yang kita dapat. Kalau sebab redho Allah, insyaAllah itu yang kita dapat. Hadis 1 kan. Semua benda bergantung pada niat kita. Itu yang kena balik refleks diri. Banyak lagi yang perlu kita belajar.
Sebab kadang-kadang kita terlupa.

Dan Daurah yang ini, yang paling2 takleh lupa. Soalan bertalu-talu. Selama ini ingat da ada jawapan, tapi sebenarnye tidak. Soalan yang simple tapi payah sekali nak jawab. Makes us to ponder. Everything yang berkait rapat dengan apa yang diterima sejak tahun lalu. Ya ALLAH, mata ini da terbukak berkali-kali dah. Tapi tangan nie tak turut serta melakukan amal maa'ruf nahi mungkar. Bila agaknya? Kalau boleh aku mahu sekarang jugak. Sebab ini tangan aku. Dan kelak aku akan dipertanggungjawabkan.

Akh tu memang sempoi. Engineer yang berdakwah kalau tak silap. Bukan senang nak jumpe. Orang yang umpama ada banyak tangan, tangan untuk dunia dan tangan untuk akhirat.. MasyaAllah..

Dan dia menekankan satu bab, iaitu bab yang kita jarang sekali amik point. Pasal kewangan kita. Pasal riba. Pasal pelaburan kita, dan 'interest' yang kita dapat.

Pernah dengar pasal riba nie?

Dalam Islam, pinjam 1 bayar 1. Tak ada balas 2, balas 1.2 or lebih. Memang itu syarat dalam Islam. Cuba perhatikan bank-bank anda. Adakah anda melabur dalam perbankan Islam atau tidak. Ini kerana dalam satu hadis Nabi menyatakan:

Dari Jabir ra, ia berkata. “Rasulullah saw melaknat pemakan riba, pemberi makan riba, dua saksinya dan penulisnya.” Dan Beliau bersabda, “Mereka semua sama.” (Shahih: Mukhtasar Muslim no: 955, Shahihul Jami’us Shaghir no: 5090 dan Muslim III: 1219 no: 1598).

Pemberi riba~ kalau kita rujuk, orang yang melabur lah. Dan semestinya orang yang melabur dalam perbankan yang memang terang2 menggunakan riba'. Jadi, kita nie lah yang melabur. Menyimpan duit dalam bank. Itu sebab kalau ade perbankan Islam, kita tak ade reason untuk menyimpan duit dalam bank yang tak gunakan sistem Islam. Sebab hukumnya kita bersubahat sama dengan orang yang makan riba'. Naudzubillah!

Moga2 duit kita tak ada yang daripada hasil riba. Moga2 duit kita tak ada yang diberi makan kepada anak-anak melainkan daripda yang halal. Kerana ia boleh jadi darah daging, dan daging yang ini diharamkan masuk syurga..Naudzubillah min zalik!

Kecil kan? Tapi orang terlepas pandang. Jadi elaklah kita menggunakan bank-bank yang tak mengikut sistem yang ditetapkan syara'. Ye, betul tak semua bank Islam sebenar-benarnya xde interest langsung, tapi kita ada banyak pilihan kan? Nak ikut pilihan kita atau pilihan Allah? Kaji dan selidiklah bank2 anda. Ini sangat-sangat penting sebab kita tak mahu dapat 'saham free..'


Dan aku pun baru belajar memahami bank-bank yang ade kat Malaysia nie dan seterusnya kat Czech. Kat sini memang xdapat elak la. Tapi boleh asingkan duit itu supaya jangan diambil. Kat Malaysia, insyaAllah, bakal diambil tindakan susulan..hehe.

Banyakkan dapat? Jadi rugi ker aku stay kat sini? Sesekali tidak!
Subhanallah, perancangan Allah yang terbaik.

Dan aku sebagai hambaNya terus melangkah mendambakan lagi penyusunan terbaik daripadaNya.
Syukran Ya Allah. Alhamdulillah..

Keyla~
13.49 Hradec












2 comments:

lynawan said...

Keela, act aku byk kali tpikir psl bnd ni.akan aku tulis kat blog aku.tlg bc and bg pandangan oke.

keyLa said...

pasal ape?
ok, aku menanti~