Friday, August 27, 2010
Panas.
Si B: Perempuan. Cukup umur. Berbungkus atas bawah.(tutup aurat la). Panas.
Baik, persoalannya..............
a) Siapa yang lagi panas?
b) Siapa yang lebih memahami erti panas?
Si A yang merupakan seorang lelaki. Aurat hanya panjang sehasta antara pusat dan lutut................pun xberupaya melawan kepanasan dunia ini untuk menutup aurat..
Si B pula seorang wanita. Aurat seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan berusaha sedaya upaya untuk menutup auratnye.
Opss,nie bukan soal nak backing kaum sendiri. Tapi ini realiti. Si B pun kalau lihat si A, mahu je dy dapat kepanasan 2kaliganda. Satu sebab panas berbungkus, satu lagi 'panas' sebab terlihat aurat si A yang membuatkan dia dapat dosa kering bulan pose nie.
Panas..
Kalau anda si A, saya nak ckp sikit.Bukan perasan bagus atau sebaik si B, tapi kalau sekecil dan selebar itu pun aurat awak takleh nak jaga, usahkan kata keluarga, anak, bahkan kucing pun awak xkan dapat nak jaga.
Kalau sebesar itu aurat awak xcukup kain nak bungkus, berela-ela lebihan kain saya boleh dermakan untuk tutup aurat awak tu.
Dan kalau sebeban kain itu digunakan untuk tutup aurat awak membuatkan awak rasa panas, ingatlah kami nie yang berselimut melawan kepanasan matahari semata-mata kerana takut panasnya api akhirat.
Sekali lagi, bukan perasan bagus atau sebaik si B. Tapi cukuplah nak katakan kami nie faham sangat erti panas tu. Kami nie bertahun menutup diri dengan sebaiknya. Kami nie dah tak kisah diperli orang lain yang tak faham. Sebab ape? Sebab kami yakin Allah tak turun sesuatu hukum tanpa sebab munasabah. Cakaplah apa-apa reasons pon kenapa kami kena tutup tubuh kami. Yang pasti kami yakin pada Allah. Dan kami tak kisah.
So, for what reasons kamu, kaum adam melihatkan aurat kamu yang tak sampai 3 jengkal tu?
Panas? Kami lagi panas. Tak selesa? Kami nie selesa?
So?
Dan kamu wahai si A, jika masih lagi ingin mempamerkan auratmu yang takkan pernah menggoda kami, silalah jangan pamerkan dihadapan kami. Sila hormatkan kami yang berbungkus dihadapan kamu nie. Sila perhatikan kontranya kita. Sebab apa? Sebab kami tak mahu dapat dosa. Bukan dosa tak menutup aurat,tapi dosa melihat aurat org lain yang semestinya 'ter'lihat tanpa sengaja..
wallahu'alam.
Monday, August 23, 2010
Berada disini..
Rupanya begini sekali cabarannya
Sabar, Kella
Jangan mengalah sebelum melangkah.
Berada disini, kurasakan lelah
Dimana pengisian roh yang dapatku kutip?
Yang boleh digunakan untuk jauhkan aku
Daripada hanyut bersama ombak jiwa ini.
Ya Allah, teguhkan aku!
Berada disini, aku keliru
Mana satu langkah yang patut dituju
Mana satu langkah yang patut kumula
Ya Allah, kuatkan matlamatku.
Berada disini, kesabaranku terhakis
Aku tak kuat tatkala bersendirian,
Aku tak mudah memberi berseorangan
Namun kutahu hanya dengan akhlak,'ia' tak mampu bergerak
Bisikan jiwa memberontak,
Hanya sabar mampu kuungkap
Ya Allah, tabahkan hatiku!
Namun berada disini, aku perlu yakin
Kalau bukan disini, dimana lagi?
Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Ya Allah, kuatkan aku!
Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku ..
Saturday, August 21, 2010
Perkongsian Ramadhan
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya, kita dipanjangkan usia untuk berada di awal Ramadan. Inilah yang sering kita doakan:
“ Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”
Kita juga bersyukur kerana malam ini kita dapat bersama dalam majlis solat terawih, salah satu sunnah yang amat diberatkan pada bulan Ramadan. Semoga Allah memanjangkan umur kita bagi memperoleh segala keberkatan Ramadan dan mengekalkan kita dengan iltizam dan komitment kepada solat terawih.
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Rasulullah (saw) diriwayatkan sebagai bersabda ketika menjelang Ramadan
bermaksud:
“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Pada bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikanny a sesungguhnya dia rugi.” (Hadis Riwayat Ahmad dan An-Nasai)
Demikian bunyi pengumuman yang dibuat oleh Rasulullah (saw) setiap
menjelangnya Ramadan.
Pengumuman ini membayangkan bahawa kedatangan Ramadan adalah satu peristiwa yang amat bermakna bagi mukmin. Puasa pada siang harinya adalah salah satu syi’arnya yang penting. Tetapi bukan itu sahaja yang terdapat pada bulan ini. Adalah rugi kiranya kita terlepas dari mendapat manfaat dan keberkatan lain yang begitu banyak di dalamnya.
Rasullullah (saw) menegaskan bahawa Ramadan bukan sahaja bulan kita berpuasa tetapi ia datang dengan penuh keberkatan, yang mana jalan untuk beramal begitu luas terbentang, jalan untuk mendapat pahala berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arah dosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah yang tiada-tolok bandingnya.
Nah.. jika begitu. Kita tanyakan diri kita pada malam pertama ini. Mahukah kita menerima tawaran dan pemberian Allah ini? Mahukah kita menjadi hamba-Nya yang mendapat keberkatan lailatul qadr yang lebih baik dari seribu bulan yang bersamaan lebih 83 tahun.. mungkin melampaui kadar umur kita? Sebaliknya ingatlah pesanan di hujung hadis tersebut:
“Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi”.
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Maka pada malam ini, marilah kita tetapkan niat kita untuk menimba sebanyak mungkin keberkatan pada bulan Ramadan. Pada malam ini, kita tingkatkan komitment kita untuk rakus dan haloba mencari pahala. Malam ini juga kita pasang janji kita untuk berlumba memanfaatkan masa yang begitu terhad untuk beramal dan beribadah. Pada malam ini kita bulatkan tekad untuk tidak tergolong ke dalam golongan yang rugi.
******