Tuesday, March 23, 2010

Kebaikan vs Kejahatan

Buang anak? Rogol? Zina? Mencuri? Bunuh?

Betapa dahsyatnye dunia hari ini.. Betapa takutnya nak hidup di zaman ini.. zaman yang nilai kemanusiaan dah makin terhakis dengan arus pembangunan.. kenapa agaknya?



Pada zaman jahiliyah dahulu, manusia langsung tak tahu apa itu berbudi.. langsung tak tahu apa itu kebersihan, dan langsung tak mengerti apa itu ilmu. tapi bila Islam muncul di tengah-tengah zaman jahiliyah itu, semua perkara selesai satu persatu.. Islam lah yang mengajar erti akhlak mulia, Islam mengajar erti kesucian-membersihkan diri ketika berhadas kecil atau besar. Islam juga mengajar erti menuntut ilmu.. percaya atau tidak, zaman rom, yunani dan zaman2 yang diperakui kehebatannya, langsung tak mengajar erti kebersihan, malah tak tahu mandi.. Islam yang mengajar manusia menyucikan diri dengan mandi dan berwudhu'... sedar tak, betapa hebatnya Islam?



Islam terus membangun selepas pembinaan kota madinah.. pembukaan semula Mekah, pemerintahan 4 orang khalifah yang hebat.. perluasan kuasa terus berlaku pada zaman Umaiyah dan seterusnya Abbasiyah.. siapa yang tahu dan sedar bahawa pada zaman Abbasiyah inilah merupakan zaman 'world order of Islam'? Islam da meliputi hampir 2/3 dunia.. sebut saja negara kat eropah ini yang takpernah disinggah oleh Islam.. bahkan Czech nie pun pernah ditakluk oleh tentera Islam.. sedar tak betapa hebatnya Islam?



pakaian Islam ditiru barat- jubah masa graduation yang sampai sekarang masih dipakai pada mana-mana majlis convo.. masa pemerintahan Harun Ar-rasyid, dia pernah kata, 'awan pergilah kau kemana sahaja, kerana hasilnya akan datang kepadaku juga'- menunjukkan wilayah Islam yang sangat luas kerana kat mana2 kutipan zakat akan sampai kepada khalifah juga.. Ilmu2 sains semua usah cerita lah.. dah terlalu banyak sampaikan Baitul hikmah dibina penuh dengan buku2 rujukan dan ilmu daripada berbagai-bagai bidang.. dan, sapa kata Oxford University tu yang tertua di dunia? Al-Azhar yang the first uni in the world! sedar tak betapa hebatnya Islam?



tapi Islam mula jatuh bila kemewahan itu melalaikan manusia.. dan terus menjunam bila hadirnya laknatullah Mustapha kamal At-tartuk. dia menamatkan sistem khalifah dan bersekutu dengan orang barat. dialah yang menukar azan kepada bahasa turki, hapuskan bahasa arab, xleh pakai tudung, dan memisahkan agama daripada kehidupan! nak tahu bila sistem khalifah nie tamat? baru je lagi! tahun 1924.. diulangi 1924. masih dizaman 90-an. masa tu Malaysia ntah tak sedar tentang hal nie. sebab masa tu british mula masukkan anasir2 nya ke kawasan2 jajahan Islam.. sedar tak betapa dahsyatnya agenda barat nak musnahkan Islam?

Ya, memang kita belajar sejarah nie dalam buku2 sejarah masa sekolah rendah dan menengah.. tapi sejarah yang kita dapat itu hampir separuh dimanipulasikan kebenarannya.. sepatutnya sejarah yang kita patut ketahui adalah kemasyhuran Islam pada zaman itu, yang boleh membangkitkan izzah-kebanggaan sebagai orang Islam..tak jauh mana pun..tak sampai 100 tahun pun lagi.. padahal Islam pernah hampir memerintah dunia lebih daripada 500tahun.. kesannya? tak sapa yang tahu.. betapa dahsyatnya kehebatan Islam disimpan rapi oleh orang-orang yang menyimpan hasad dengki dan benci. sarjana-sarjana barat yang men'copy' ilmu2 Islam dan dijadikan sebagai pemilik atau peneroka ilmu tersebut. dan inilah kesannya.. tak ramai yang kenal Ar-Razi seperti mana terkenalnya Albert Einstein. sapa yang kenal Al-Farabi, Al-Kindi, Nasahun.. siapa pula Sultan Muhammad Al-Fateh? Salahuddin al-ayyubi.. dahsyatnya..




Adakah kau lupa atau adakah kau sedar? takut bila sedar yang sekarang umat Islam adalah yang teramai sekali tapi umpama buih yang tiada apa2.. yang tak beri apa-apa kemudaratan langsung kepada sesiapa..

Rasulullah SAW pernah bersabda : "Hampir tiba satu masa seluruh manusia akan mengerumuni kamu seperti orang yang ingin makan mengerumuni talam hidangan". Sahabat bertanya, "Apakah kerana kami sedikit ya Rasulullah?". Maka Nabi SAW menjawab, "Tidak, bahkan kamu banyak sekali tetapi kamu umpama lautan, dan Allah mencampakkan penyakit wahan ke dalam hatimu". Sahabat bertanya, "Apakah itu wahan?". Nabi menjawab, "Cintakan dunia dan takutkan mati."

Nauzubillah.. dah memang hampir jadi kenyataan da hadis nie..(ke da jadi sepenuhnya?). cuba tanya diri, kalau hari nie lah kita meninggalkan dunia, apalah yang kita bawak untuk ke akhirat sana? kita percayakan mati itu satu process.. ade ke orang yang tak mati2? yang memang dari dulu tak mati2 lagi? takde kan? jadi kalau kita percayakan mati itu pasti, sebagai orang Islam,kita mesti percaya juga yang kita juga akan dibangkitkan pada hari akhirat dimana manusia akan dihisab- ditimbang amalannya di dunia. kita yakinkan benda tu?tanya diri, yakin tak?

kalau semua manusia sedar( paling-paling tidak, dia tahu la) yang hari akhirat tu pasti, walaupun tak terbayang di fikiran, (kerana perkara ghaib itu memang tak terbayang), pasti lenyaplah semua kejahatan di dunia nie. kalau dia tahulah keadaan dan kemarahan Allah pada hari akhirat nanti, nescaya takkan ade manusia yang berani buat kejahatan di muka bumi nie. sebab tu Allah selalu tekankan dalam ayat2 alQuran, kalau manusia tu ingat akan kematian dan hari akhir, itulah manusia yang sebijak-bijaknya. cukup fikir 2 tu je- mati dan hari akhirat. sebab daripada fikir benda itulah manusia akan sedar tujuan dia hidup. tak perlu rungkai panjang2.. cukup fikir mati dan hari perhitungan.. percayalah.. fikir 2 benda tu pun dan cukup buat diri tak mahu bangkit2 dari tikar sejadah.

kenapa dengan adanya kebaikan, akan ade seiring dengannya kejahatan? pernah tak terfikir? tak boleh ke kalau kebaikan, juz kebaikan je yang muncul kat muka bumi nie. xde sebaliknya? kenapalah agaknya?

sebab kebaikan itu takkan terserlah kepentingannya kalau tiada perkara kontra padanya. samalah macam beli kain, antara bunga kuning dan tanahnya warna kuning jugak dengan bunga kuning tanahnya warna hitam? mana lagi terserlah bunga kuning tu? tentulah pada kain yang tanahnya warna hitam. ini nak menunjukkan yang kebaikan itu takkan disedari kepentingannya kalau takde perkara yang menyerlahkannya. maksudnya sebab adanya kejahatanlah kita baru sedar betapa buruknya kejahatan itu dan betapa baiknya kebaikan itu.. ok?

dan pada zaman sekarang, kebaikan da mula luput. sebab itu kejahatan berleluasa sebab tiada perkara kontra yang boleh menunjukkan betapa buruknya kejahatan tu. jadi sekarang nie kita kena mulakan la mewujudkan kembali kebaikan- kebaikan yang da luput tu supaya semua orang sedar jahat itu buruk, bukan perkara yang sedap mata memandang, dan bukan sebagai koleksi peribadi sebab nak cakap diri sendiri bukan skema.. ubah fikiran dan paradigma anda. Umat Islam bukan begini tetapi umat Islam adalah umat yang terhebat yang pernah Allah ciptakan..

wallahualam~

No comments:

Photobucket