Monday, March 15, 2010

Ber'Tamrin'..

Alhamdulillah, macam tak percaya je hujung minggu lepas keluar pegi join Tamrin Nisa' di Beaudesert Park Campsite, UK.
Macam dekat sangat je UK dengan CZ. Boleh keluar hujung minggu macam tu je.. Kalau mak tahu la...hai.. tapi sebenarnya mak da tahu da.. pandai2 la pujuk kan..^^

Pengalaman? best sangat!! da lama tak ber'kelah' di camping site.. kawasan tu cantik sangat2, subhanallah. Kami tido dalam hut, comel je.. tapi experience tinggal dalam hut tu memang takleh lupe la.. sejuk sangat! maybe sebab hut tu diperbuat daripada kayu dan xda kemudahan heater dalam tu.. kena bawak sendiri.. dan kebetulan kami je yang sampai dulu, so, heater masih xde.. ngeri masa tu.. takut mati dalam kesejukan..(barula teringat mati). dan kata-kata seorang ukhti tu mencuit perasaan..

" kalau camnielah sejuknya, agaknya macamanalah kesejukan orang palestine di sana.. tanpa ada pakaian dan peralatan yang mencukupi.." subhanallah.. hati taktahu nak bayangkan apa.. tarbiyah Allah..

Tamrin nisa' nie bertemakan Idealizing Daeiyah perfecting Muslimah.. dan program start kul 9 pagi camtu.. hurm, ape yang boleh aku katakan, program nie begitu santai bagi aku.. releks je.. dy punyer tema xberat sangat.. semua pasal perempuan.. bermanfaatlah, senang cerita..

1st, sharing with Dr. Sahra Siddiq dari Iraq. dia share pasal diri dia dan macam2 dugaan yang dia lalui. dan pada masa yang sama, membincangkan topik Emotion and Intelligent. dia doktor dalam bidang children neurophysiology dan masa dia terangkan sumthing dy suka je kaitkan dengan fungsi otak dan pemikiran dengan ayat quran.. suka lah!
suka je nak quote kata-kata dia...

" no matter how busy the women had, believe me, we still have time for da'wah"

(tibe-tibe rasa bersemangat dan nak contohi dia..hehe.. bidang dia nie best la pulak..=P)

2nd session, sangat2 menarik! aku suka dia punye susunan. diorang buat susunan 4 topik yang berlainan yang disampaikan oleh orang yang berlainan. kami pun dibahagikan kepada 4 kumpulan. so, macam pass button la penceramah tu.. (meaning, penceramah yang bertukar2, kami still dalam kumpulan di tempat yang sama).. topik2 pula yang memang bagus la.. topik pasal time management, account management, stress management dan BM. yang topik BM terpaksa cut sebab ada masalah skit kot. memang sporting habes la sister2 yang bagi talk nie. juz 20 minit, tapi sangat2 bermanfaat!

pastu, 3rd session, malam ahad tu, bincang pasal fikh wanita.. semua masalah2 berkaitanlah.. Ustazah Hamidah yang bagi, memang sporting jugak ustazah nie.. comey je..

malam tu, ade sister night! tapi xingat la tema dia.. kami semua kena buat persembahan masing2..hahha, lawak betul.. buat pentomen je.. tu pon spontan! bakat pelakon utama la yang tak tahan tu.. hehe.. (sory xleh nak state nama pelakon utama, t dia marah) alhamdulillah! dapat nombor 3..hihi.. yang nombor satu, dr Plymouth. diorang buat sajak pasal wanita.. dah tu cam sesuwai je dapat yang terakhir.. best la sajak dia.. lupe lak nak mintak copy.. tersentuh la, sebak dada aku masa dengar.. rasa nak jadi macam wanita2 yang hebat seperti Mashitah, Siti Khadijah, Aisyah, Nusaibah..

(nak selitkan satu rangkap sajak)

wanita,
dari perutmu bakal lahirnya seorang perwira
bakal hadir seorang pemimpin dunia
bakal menjadi mujadid yang memperbaharui agama
namun, semua itu hanya bakal terlaksana
andai kamu sedar perananmu di dunia
dan kamu tahu tujuanmu disini untuk mendapat syurga..


bila fikirkan balik.. (sebab sebelum nie join program ISK di prague) baru aku sedar betapa pentingnya tugas seorang wanita.. dan betapa sumbangan dan peranan wanita tu sangatlah besar dalam agama.. andai kita sedar.. bayangkan, kalau semua wanita sedar pasal peranan dia, maka ramailah bakal2 zuriat yang lahir seperti Hassan Al-Banna, Salahuddin Al-Ayyubi, Khalid al- Walid dan lain2 tokoh yang pernah menggegarkan sejarah Islam satu masa dahulu.. betapa didikan seorang ibu itu sangatlah penting untuk melahirkan generasi-generasi Al-quran pada zaman sekarang..dan diri bertanya..(mampukah aku jadi ibu yang sehebat itu?)

hurm, berbalik pada topik td, malam tu juga ada auction.. memang lawak la sister yang buat auction tu..comey je..hehe. semua orang bersemangat nak membeli barang for charity to Palestine.. MasyaAllah, sister.. contoh2 barang seperti skirt, coat, beg tangan, jeans, jubah, gelang dan mesin senaman kaki pun ade..subhanallah.. dan duit kutipan lebih 200 pounds rasanya..lupe pulak..tapi banyak la..

esoknye, ade forum.. ade 3 panel yang hadir.. berbeza usia dan pengalaman, of course.. dan sesi sharing nie memang santai dan pengalaman2 speaker memang best..suka je la dengar.. (pada masa yang sama mengambil manfaat) insyaAllah..

dan majlis selesai kul 1, lepas upacara penutup dan penyampaian hadiah.. bile da start nak berkemas rasa berat pulak.. malas betul nak travel balik..hehe.. alhamdulillah, seronok sangat jumpe kawan2 baru kat sana. tak lupe jugak kawan lama> erma, jazakillahukhairan sis.. sebab bawakan laptop dan hadiah buat aku..suke3!

alhamdulillah, laptop berfungsi dengan baik.. walaupun keyboard dy ade yang tertukar kedudukan, (dan banyak kali salah taip), tapi ok je..hehe.. takde masalah.. moga dengan laptop yang baru nie diberkati Allah..amien!!~ laptop nie berat, baru aku sedar.. time nak bawak balik ritu, seksanya! hurm..

laptop lama? mana boleh aku buang camtu je.. setiap orang ade their own memorable things,tak terkecuali aku.. mana boleh lupe laptop yang dihadiahkan khas buat aku.. mana boleh buang kenangan laptop tu.. walaupun satu ketika dulu orang duk cemuih tengok laptop aku, aku tak kata ape pun..orang duk pesan suh beli laptop baru, aku senyum je..(paling tidak aku sengih je)..
bukan sebab takde duit..bukan sebab nak berjimat.. tu minor reason.. sebab yang terbesar ialah sebab laptop tu hadiah daripada orang yang aku sayang, yang aku kasih, yang aku cinta dan yang aku rindu..bukan tak pernah kakak dan abang ipar aku suh tukar baru time kat malaysia dulu.. banyak kali da.. tapi nak buat camne? da sayang sangat.. tu je memori yang ade...

hurm, oklah..rasa enough for today.. alhamdulillah ala kulli halin, wa astaghfirullah min kulli zanbin..
moga minggu2 akan datang dipermudahkan, insyaAllah..


sabar kella sabar!

No comments: