**********************************
*****************************************
*********************************
ok, tarik nafas....
sabar....
tarik lagi...
kella, jangan hilang pedoman..
nemluvim cesky!
nemluvim anglicky taky!!
mluvim malajsky,
jenom malajsky!!!!
ok, kamu sebenarnye telah pun berbahasa czech sebentar td..
ne!!!!!!!!!
terimalah hakikat...
nooo!!!!! never!!!!!
kella, kamu dibumi czech sekarang, terima hakikat, okey?
okey, okey...camnie lah.. nak dengar cerita x?
haa...camtu lah.. okey, ceritanya camnie..
#################################################
Pada suatu hari, Allah memerintahkan malaikat Jibril menemui seekor kerbau dan meminta dia bertanya satu soalan kepada kerbau itu. Malaikat Jibril segera pergi mematuhi perintah itu.#################################################
Pada waktu siang yang panas itu, si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril mendekatinya lalu bertanya, “Hai kerbau, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah sebagai seekor kerbau?”
Si kerbau menjawab, “Masya Allah! Alhamdulillah, Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau. Ini sangat berbeza jika aku dijadikan sebagai seekor kelawar yang mandi dengan air kencingnya sendiri.”
Mendengar jawapan itu, malaikat Jibril segera pergi menemui seekor kelawar yang pada ketika itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua.
Kemudian dia bertanya, “Hai kelawar, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah sebagai seekor kelawar?”
"Masya Allah! Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada dijadikanku seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, dan berjalan menggunakan perutnya,”jawab si kelawar.
Mendengar jawaban itu, malaikat Jibril segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.
Lalu Jibril bertanya kepada si cacing, “Wahai cacing yang kecil. Apakah kamu selesa dijadikan Allah sebagai seekor cacing?”
Si cacing menjawab, “Masya Allah, Alhamdulillah! Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing daripada dijadikanku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal, ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya.”
#############################################
.....
apa pendapat kamu?
apa pendapat kamu?
dalam hidup ini, semua benda kita rasa tak cukup, tak sempurna.. tapi tengok macamana ciptaan Allah yang lain begitu bersyukur kerana dijadikan dalam keadaan dan bentuk rupa begitu.. dan begitu lega kerana tak dihidupkan sebagai seorang manusia...
kamu pegang tanggungjawab,
kamu bukan saja-saja dijadikan,
kamu bukan hidup untuk belajar bahasa czech saja,
cuba luaskan fikiran..
Al-Ghazali pernah berkata:
menuntut ilmu itu adalah takwa,
menyampaikan ilmu itu adalah ibadah,
mengulang-ulang ilmu itu adalah zikir,
dan mencari ilmu itu adalah jihad...
jihad! cari ilmu tu pun da jihad!
kamu pegang tanggungjawab,
kamu bukan saja-saja dijadikan,
kamu bukan hidup untuk belajar bahasa czech saja,
cuba luaskan fikiran..
Al-Ghazali pernah berkata:
menuntut ilmu itu adalah takwa,
menyampaikan ilmu itu adalah ibadah,
mengulang-ulang ilmu itu adalah zikir,
dan mencari ilmu itu adalah jihad...
jihad! cari ilmu tu pun da jihad!
so?
hey, orang cakap ngan dia nie!
yela..yela..
orang belajar la nie..
orang belajar la nie..
good!!
make sure sampai dapat ijazah, okey?
insyaAllah..
kella's thought~
2 comments:
sabar keyla sbr..iAllah, ade hikmah ni..nnt mana tau, czech ko bombastik gler smpai patient2 kat hospital nnt suma nk ckp ngan ko je..hehee..
chaiyo2!!!
bler ak nk msk kurma nih...? hehe..tggu2..
hah, yelah tu..
(tp kalo ye, aku amin kan nie..)
^^
ko buat je...asal hasniza xbalik lg..kui3
Post a Comment