Thursday, December 3, 2009

semangat, kembali lah~

Air mata macam rasa nak tumpah da dalam kelas basic patient care td. haishh,, janganlah saakella wat drama air mata lak kat sini. sabar, sabar... hati kuat menahan... hai, kalau nak jadi doktor tu, memang tak leh nak lepaskan sume benda nie. pernah beberapa kali( sering jugak) berfikir nak quit and then sambung bidang lain.. rase macam xmampu...rase macam x boleh.. rase xnak buat semua benda tu!

hari tu blaja pasal masukkan medication melalui salur darah.. tu pun da cukup buat hati bernanah..
terbayang dalam mata kaki arwah abah menolak bila doktor nak masukkan air melalui salur darah di kaki..masa tu abah da tenat..
hari nie blaja nak masukkan nasogastric tube melalui hidung ke perut pulak..
terbayang dalam mata doktor jolok tube masuk dalam rongga mulut abah sebab nak sedut lebihan darah dalam perut..
mau xmengalir air mata bile teringat..mau x menggeletar tubuh rase kesakitan tu.. haishh... nie baru dengar cerita daripada kakak dan abang yang jaga arwah abah aritu.. belum saksikan lagi...nie pun da terbayang tahap dahsyat da nie...

ya Allah, kembalikan semangatku~


memang rasa cam nak tukar bidang.. tapi bila fikirkan balik, nape aku nak jadi doktor? aku kembali teringatkan niat aku suatu ketika dulu..nak jadi wakil antara doktor-doktor muslimah yang ade kat malaysia..nak bagi satu kemudahan bagi golongan wanita yang (of course) seringkali xselesa bila dirawat oleh doktor lelaki.. nak jadi penolong supaya aurat wanita muslim terjaga daripada didedahkan kepada golongan yang xsepatutnya.. itu impian dan tujuan..
dan insyaAllah niat itu xpernah mati lagi dalam hati ini.. (sebab tu kalo perasan, aku sering tekankan aurat dan pergaulan)

anti lelaki? xpernah ade dalam kamus hidup. Aku sayang arwah abah, aku sayang abang dan adikku, aku sayang Rasulullah, dan para sahabat, insyaAllah.. aku bukan taksuke, aku cuma mahu lelaki bila dikatakan ajnabi, dia berkelakuan yang sepatutnye.. tu je.. aku juga boleh masuk dengan sesapa sahaja asal masing2 tahu batas masing2.

(nie da melalut topik lain da nie)


kembali kepada jadi doktor tadi.. nape aku tak boleh quit.. sebab aku rasa aku telah pegang amanah.. sejak dari dulu lagi arwah abah sakit, dan dari situ aku belajar dan berimpian nak jadi doktor agar dapat merawat abah.. dan walaupun nampaknye impian untuk jadi doktor peribadi abah da terlebur, aku xpatut quit..sebab nie harapan abah.. abah pernah dalam hatinye terletak harapan tinggi untuk aku.. macamana aku boleh tahu? sebab aritu abah pernah berubat tradisional dengan seorang pakar perubatan nie..insyaAllah ustaz nie berubat dengan ayat2 suci al-quran.. dan benda pertama yang ustaz nie tanya pada abah aku ialah- sapa anak yang nak ke luar negara tu?..padahal abah aku baru cakap pasal dia sakit kat mana... dan saat itu aku dapat tafsirkan, yang ustaz tu dapat baca apa yang abahku fikirkan...dan abahku memikirkan aku....


yes! semua benda nie ade kaitan dalam hidup aku..yes, semua benda nie akan selalu di sekeliling aku, dan aku akan atau bakal bergelumang dengannya satu hari nanti.. bagaimana akan aku hadapinya?..aku pun taktahu..tapi aku tahu, Allah knows.. jadi aku serahkan apa yang terbaik buat diri aku kepadanya.. kalau ade rezeki aku dilapangan ini, insyaAllah, akan ade lah..

buat masa nie, terlalu awal untuk kawal semua benda dan buat macam tak tahu je.. orang lain mungkin tengok orang tua yang jalan disepanjang jalan kat czech nie macam biase..tapi bagi aku, ia bagai melihat arwah abah berjalan. tengok tongkat pun da boleh bayang da. orang lain mungkin tengok kaki pesakit macam xde pape, tapi bagi aku, teringat clearly kaki yang selalu aku urut sambil tengok tv.. maybe bagi orang lain cerita raya tu seronok, tapi bagi aku, cerita raya tu perit.. mungkin bagi orang lain, lawat kubur tiap2 raya tu xde la penting sangat, tapi bagi aku, teramatlah penting..mungkin bagi orang cakap pasal kematian da selalu, tapi bagi aku, aku sering terasa..

tak, aku xsalahkan sesapa pun dalam hal nie.. aku cume mengatakan ape yang aku rasa dan xde pernah nak menyinggung perasaan orang yang membaca nie.. dan aku xkesah pun kawan2 aku kongsi cerita sume..x, jangan salah sangka.. aku cume nak mengatakan perasaan aku.. aku dibayangi oleh semua benda nie dan aku berdoa agar aku dapat hadapi dan tanganinya dengan lebih baik.. (jangan salah sangka~)


hah~ lega skit berkongsi cerita.. sekarang ude aku sakit kaki..mak sihat alhamdulillah...semalam dapat ber'webcam' dengan mak sekejap..coz mak datang kl nak antar ude berubat.. rindu terubat tengok mak. tengok wajah mak yang sudah menjamah usia, tergugat sedikit sebanyak keputusan aku untuk tak mahu pulang ke malaysia tahun depan.. aku bukan tak mahu.. tapi aku tak mahu bagi harapan sepertimana aku bagi harapan terlalu awal pada arwah abah dan mak tahun lepas.. cukup la...aku cume berdoa agar mak sihat selalu..seluruh keluarga sihat, insyaALLAH..dan aku pun sihat.. benda nie bukan kita yang atur..dan aku mintak yang terbaik daripadaNYA...

semangat, kembalilah~

maaf, post kali nie mungkin xmemberi manfaat kepada yang membaca. maafkanku kerana blog ini sering bertukar semangat.. dan penulisannya sering berubah-ubah mengikut kehendak penulisnya -aku-... maaf sekali lagi xdapat memberikan penulisan yang berguna untuk semua..
sebenarnya blog ini asalnya ditulis untuk meluahkan bicara hati.. dan pernah jugak ingin menjadikan ia sebagai medan untuk ber 'DF'.. tapi nampak gayanye, seringkali tersasar daripada apa yang diharapkan..


maafkan aku~

keyla-talks

5 comments:

Fathin Aina said...

tak salah mengenang..kerna itu fitrah hati
tak salah merindu..kerna itu bukti kasih
semoga rindu dan kenangan menjadi semangat utk ko keyla! =)

iAllah..lap u! muah2! =)

keyLa said...

hehehehhe......

i malu la...

^^
diky!

Nabila Huda said...

this entry make me burst into tears as i also remember to my beloved nenek laki :(

Ain Mardhiah said...

salam keyla..

we are in the same shoes. setiap kali aku belajar benda-benda yang ada kaitan dengan arwah adik aku, memang aku cepat sangat sensitif. terbayang-bayang balik semua benda.

tapi kan keyla, eventhough benda tu kadang2 menyakitkan, tapi dia boleh jadi hikmah untuk kita. Kita dapat rasa apa yang keluarga pesakit kita rasa, so bila dah jadi doctor nanti, insyallah kita akan cuba buat keputusan terbaik dan terbagus untuk pesakit kita as kita pernah rasa bila kita nampak doktor rawat keluarga kita sendiri dulu. tak semua orang ada pengalaman macam tu, kita yang pernah ada ni kena jadikan ia satu kekuatan untuk kita.

dulu aku pernah menyesal kenapa tak tau awal2 segala symptom2 penyakit sebab aku rasa kalau aku tau awal maybe aku bleh predict keadaan sakit adik aku awal2, tapi skrg utk balas dendam balik, aku tgh belajar anggap org yang bakal aku rawat tu sama macam arwah adik aku, aku patut buat yg terbaik utk diaorang supaya aku dpat rasa yang aku dah usaha yang sama utk adik aku gak. And everytime aku rasa puas dlm medik, aku mesti terbayang adik aku senyum.

So as you dear.. Aku yakin ayah ko mesti bangga dengan ko kalau ko terus kuat dan berjaya tempuh dugaan jadi budak medik. Tak de benda susah, apatah lagi belajar medik. Tapi tak mustahil kan? ^_^

All the best! Panjang plak komen aku. hehe...aku doakan ko berjaya., doakan aku sama yer.. muah!

keyLa said...

thanx my dear frens... hanya org yang merasa kehilangan faham benda nie..
to ainul, aku tumpang simpati atas kehilangan adikmu, mmg aku pun merasakan benda yang sama.. nak jadi doktor yang baik supaya xde kes yg mana kakak n abang aku protes sbb layanan doktor pada arwah ayah aku.. aku nak belajar betul2 dan jadi doktor yg betul2 boleh harap..bukan hanya bagi ubat dan tinggal patient camtu jek.. dan aku mmg belajar daripada semua tu.. dan insyaAllah aku masih pegang pada janjiku..

thanx for ur advice.. aku harap kite berjaya jd doktor yang bukan sekadar doktor, tp tp doktor insan yang berjiwa kemanusiaan..insyaAllah

Photobucket