Thursday, December 17, 2009

Januari datang lagi....



Bila Januari datang,

Aku jadi resah
Padahal dulu bulan ini yang mengisi memori indah
Padanya aku sambut dengan tangan bertadah
Keseronokan zaman bersama rakan sekolah..

Namun, bila Januari menjelma lagi
Dalam diam hati berpaling arah
Hati menyambutnya dengan penuh resah
Mencipta pelbagai rasa gundah..

Ah, Januari
Kenapa cepat putaranmu kali ini
Aku belum sempat menikmati
Usia belasanku ini..^^
dan belum sempat juga untukku mematangkan diri..

Januari, bulanku sayang
Kutahu waktu tidak pernah menungguku
kutahu waktu adalah makhluk Allah yang sangat patuh
Takkan berhenti walau sesaat pun
Takkan menunggu sesiapa pun
Dan tak pernah letih menjalankan amanat Tuhannya
Namun hati kecilku ingin berkata
Berhentilah seketika
Jangan singgah lagi Januari tu
Jangan sentuh lagi bulan tu
Jangan, please...




.: Ape la saakella nie.. nie kes diserang penyakit takut tua dah nie..^^ memang dah xboleh nak ubah da.. xleh nak halang dah.. buat la camne pun, masa kan terus berjalan... nak nanges air mata berdarah sekali pun, xkan jadi...:.

# abes tu nak buat camne la?...huhu.. xde ke cara lain?#

.: cara ape lagi? terima seadanya lah cara yang termudah dan terbaik.. terima ketetapan Allah.. ketetapan waktu..bertambahnya usia bukan satu kesalahan, tapi satu rahmat.. ye x? xkan selamanya nak jadi muda? tua tu kan dah jadi lumrah, semua orang akan merasainya.. yang penting sekarang kita kena fikirkan waktu yang tinggal di masa sekarang nie.. bila bertambahnya umur, usia kita da makin berkurang, kan?:.

#betul....tapi...., xleh ke cam xde kenaikan nombor pada usia? possible x benda tu?..^^#

.: kalo umur xnaik2, tu impossible la.. of coz la xkan jadik gak.. usia tu hanya terletak pda nombor.. dan nombor itu hanya mengikut urutan susunannye.. jadi benda tu bukanlah satu kesalahan.. dan bila umur da meningkat, kite kena la mengikut karakter usia kita..:.

#haaa..... yang tu den xmau donga tu... bukan senang nak kuarkan diri dari habit budak2 kepada habit dewasa.. dan bukan senang jugak nak tinggalkan certain2 benda yang xsesuai dengan usia..#

.: cube tanya diri, masa usia 12 tahun, sama x dengan usia 17 tahun?:.

# of coz la tak sama...ntah la.. xsedar pun#

.: kite xsedar kan? sebenarnye masa lah yang mematangkan kita.. masa yang mengajar kita jadi matang dan belajar keluar drp sesuatu yang pernah jadi sebahagian dalam hidup kita secara perlahan-lahan.. jadi masa ialah cikgu yang paling baik! so, kite terima je lah apa yang ade di depan kite sekarang nie.. terima seadanya sebab masa akan menentukan segalanya...^^:.

#waa.....camtuu....#


.: yeee, camnie...:.

#hurm, kalo camtu, ok kot... terima jelah.. wat dono jek... biase la tu bila umur bertambah kan...hik3#

.: aah, bila umur berkurang tu la yang luar biase...think positiv kella, u can do it!.. may Allah bless u through out this new year~:.


# hehhe.. diky! amiiinn....#



~monolog dalaman antara hati dan perasaan...~


Renungan sebentar:

"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.. melainkan orang-orang yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.."

al-asr: 1-3


meningkatnya umur dengan bertambahnya tanggungjawab
bertambahnya usia dengan meningkatkan lagi amalan

muhasabah sebentar dengan mengingati masa yang telah kita gunakan
berapa percent yang disumbangkan untuk Allah dan agamaNya
dan berapa percent lagi yang kita gunakan untuk keduniaan

adakah cukup masa yang diberikan?
atau manusia masih belum cukup lagi?
jangan kerana masa yang banyak membuatkan manusia leka..
dan lupa pada hakikat hidupnya
nauzubillah min zalik..



MASA ITU IBARAT PEDANG, JIKA KAMU TIDAK POTONG IA, IA AKAN POTONG KAMU~

keyla's-thought


Thursday, December 10, 2009




If you ask me about love
And wanna know about it
I am so pleased
It's everything about Allah
The pure love, to our soul... See More
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The ONE that made us all
And HE's the guardian of HIS true believers

So when the time is hard
There's no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
And HE knows what's in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there...

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn't never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all'll be over
And we'll be in His heaven and we'll all be fine

So when the time gets hard
There's no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
And HE knows what's in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there...

Allahu Akbar (many times)

So when the time gets hard
There's no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
And he knows what's in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there...

Allahu Akbar (many times)~


(sweeeeett......^^
soo sweeet!!
luv this song very much!)


because He promise He always be there..
He promise, He won't go away..
then,
why we never ask Allah for His forgiveness?
why we never want to approach Him?
why we never want to remember our mistakes and ask Allah to forgive us?

let's see...
how many times per day you do your istighfar?
how many times per day you remember your solah?
how many times per day you keep your mouth shut from saying nonsense?

let's not judge those last days..
just have a thought about today
what have we done for Islam today?
Allah gives a new day for us to take the chance to gain pahala
but surely everyone of us just take it for granted..
day by day, we just left behind without any improvement..
sometimes, we felt yesterday is better than today and vice versa
so what's the point of our life?


let's have a thought,
is Allah ever satisfied with us?
for what we have done in our life?
is Allah satisfied?
and do we satisfied?
'live life to the fullest'..as people do say nowadays
hahha.. 'to the fullest'?
what does it mean?
having fun for all the time?
enjoy and laugh for the whole lifetime?
huh~ that's not the reason why Allah create us
Allah never create anything in this world without any purpose.
even the stone on streets do have purpose why Allah create them..
(inikan pula kita..)


we are absolutely not perfect at all
we do have our weaknesses either we realize them or not
and Allah never objects us if we done mistakes
because if we ask for forgiveness, Allah will always forgive us
and Allah never let us alone
as long as we believe in Allah, He always be there
deep in our heart..


"dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa..

(iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan(kesalahan) orang lain.. dan Allah mencintai orang yang membuat kebaikan....

dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka sendiri, segera mengingati Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui..."

al-imran: 133-135





so lets us asking Allah for His forgiveness before its to0 late to repent..
wallahualam~







Thursday, December 3, 2009

semangat, kembali lah~

Air mata macam rasa nak tumpah da dalam kelas basic patient care td. haishh,, janganlah saakella wat drama air mata lak kat sini. sabar, sabar... hati kuat menahan... hai, kalau nak jadi doktor tu, memang tak leh nak lepaskan sume benda nie. pernah beberapa kali( sering jugak) berfikir nak quit and then sambung bidang lain.. rase macam xmampu...rase macam x boleh.. rase xnak buat semua benda tu!

hari tu blaja pasal masukkan medication melalui salur darah.. tu pun da cukup buat hati bernanah..
terbayang dalam mata kaki arwah abah menolak bila doktor nak masukkan air melalui salur darah di kaki..masa tu abah da tenat..
hari nie blaja nak masukkan nasogastric tube melalui hidung ke perut pulak..
terbayang dalam mata doktor jolok tube masuk dalam rongga mulut abah sebab nak sedut lebihan darah dalam perut..
mau xmengalir air mata bile teringat..mau x menggeletar tubuh rase kesakitan tu.. haishh... nie baru dengar cerita daripada kakak dan abang yang jaga arwah abah aritu.. belum saksikan lagi...nie pun da terbayang tahap dahsyat da nie...

ya Allah, kembalikan semangatku~


memang rasa cam nak tukar bidang.. tapi bila fikirkan balik, nape aku nak jadi doktor? aku kembali teringatkan niat aku suatu ketika dulu..nak jadi wakil antara doktor-doktor muslimah yang ade kat malaysia..nak bagi satu kemudahan bagi golongan wanita yang (of course) seringkali xselesa bila dirawat oleh doktor lelaki.. nak jadi penolong supaya aurat wanita muslim terjaga daripada didedahkan kepada golongan yang xsepatutnya.. itu impian dan tujuan..
dan insyaAllah niat itu xpernah mati lagi dalam hati ini.. (sebab tu kalo perasan, aku sering tekankan aurat dan pergaulan)

anti lelaki? xpernah ade dalam kamus hidup. Aku sayang arwah abah, aku sayang abang dan adikku, aku sayang Rasulullah, dan para sahabat, insyaAllah.. aku bukan taksuke, aku cuma mahu lelaki bila dikatakan ajnabi, dia berkelakuan yang sepatutnye.. tu je.. aku juga boleh masuk dengan sesapa sahaja asal masing2 tahu batas masing2.

(nie da melalut topik lain da nie)


kembali kepada jadi doktor tadi.. nape aku tak boleh quit.. sebab aku rasa aku telah pegang amanah.. sejak dari dulu lagi arwah abah sakit, dan dari situ aku belajar dan berimpian nak jadi doktor agar dapat merawat abah.. dan walaupun nampaknye impian untuk jadi doktor peribadi abah da terlebur, aku xpatut quit..sebab nie harapan abah.. abah pernah dalam hatinye terletak harapan tinggi untuk aku.. macamana aku boleh tahu? sebab aritu abah pernah berubat tradisional dengan seorang pakar perubatan nie..insyaAllah ustaz nie berubat dengan ayat2 suci al-quran.. dan benda pertama yang ustaz nie tanya pada abah aku ialah- sapa anak yang nak ke luar negara tu?..padahal abah aku baru cakap pasal dia sakit kat mana... dan saat itu aku dapat tafsirkan, yang ustaz tu dapat baca apa yang abahku fikirkan...dan abahku memikirkan aku....


yes! semua benda nie ade kaitan dalam hidup aku..yes, semua benda nie akan selalu di sekeliling aku, dan aku akan atau bakal bergelumang dengannya satu hari nanti.. bagaimana akan aku hadapinya?..aku pun taktahu..tapi aku tahu, Allah knows.. jadi aku serahkan apa yang terbaik buat diri aku kepadanya.. kalau ade rezeki aku dilapangan ini, insyaAllah, akan ade lah..

buat masa nie, terlalu awal untuk kawal semua benda dan buat macam tak tahu je.. orang lain mungkin tengok orang tua yang jalan disepanjang jalan kat czech nie macam biase..tapi bagi aku, ia bagai melihat arwah abah berjalan. tengok tongkat pun da boleh bayang da. orang lain mungkin tengok kaki pesakit macam xde pape, tapi bagi aku, teringat clearly kaki yang selalu aku urut sambil tengok tv.. maybe bagi orang lain cerita raya tu seronok, tapi bagi aku, cerita raya tu perit.. mungkin bagi orang lain, lawat kubur tiap2 raya tu xde la penting sangat, tapi bagi aku, teramatlah penting..mungkin bagi orang cakap pasal kematian da selalu, tapi bagi aku, aku sering terasa..

tak, aku xsalahkan sesapa pun dalam hal nie.. aku cume mengatakan ape yang aku rasa dan xde pernah nak menyinggung perasaan orang yang membaca nie.. dan aku xkesah pun kawan2 aku kongsi cerita sume..x, jangan salah sangka.. aku cume nak mengatakan perasaan aku.. aku dibayangi oleh semua benda nie dan aku berdoa agar aku dapat hadapi dan tanganinya dengan lebih baik.. (jangan salah sangka~)


hah~ lega skit berkongsi cerita.. sekarang ude aku sakit kaki..mak sihat alhamdulillah...semalam dapat ber'webcam' dengan mak sekejap..coz mak datang kl nak antar ude berubat.. rindu terubat tengok mak. tengok wajah mak yang sudah menjamah usia, tergugat sedikit sebanyak keputusan aku untuk tak mahu pulang ke malaysia tahun depan.. aku bukan tak mahu.. tapi aku tak mahu bagi harapan sepertimana aku bagi harapan terlalu awal pada arwah abah dan mak tahun lepas.. cukup la...aku cume berdoa agar mak sihat selalu..seluruh keluarga sihat, insyaALLAH..dan aku pun sihat.. benda nie bukan kita yang atur..dan aku mintak yang terbaik daripadaNYA...

semangat, kembalilah~

maaf, post kali nie mungkin xmemberi manfaat kepada yang membaca. maafkanku kerana blog ini sering bertukar semangat.. dan penulisannya sering berubah-ubah mengikut kehendak penulisnya -aku-... maaf sekali lagi xdapat memberikan penulisan yang berguna untuk semua..
sebenarnya blog ini asalnya ditulis untuk meluahkan bicara hati.. dan pernah jugak ingin menjadikan ia sebagai medan untuk ber 'DF'.. tapi nampak gayanye, seringkali tersasar daripada apa yang diharapkan..


maafkan aku~

keyla-talks

Tuesday, December 1, 2009

dělat nebo nedělat~

aku mencari-cari.... benda yang boleh mengubat hati...
dan aku menjumpai ini...

sebagai renungan bersama.~




"kalau syaitan seringkali memainkan perasaanmu, mintaklah pada Allah agar ditetapkan hati...
kerana hati kita milik Allah~ Allah lah yang berhak memberi petunjuk..."



(video nie ade sambungan dia rasenye, coz ayat akhir tergantung...tp sambungannya xdpt dikenal pasti, prosim..)


-talk to ourself; To Do Or Not To Do-

keyla talks
Photobucket