Sunday, March 11, 2012

Dia pura-pura kuat


Dia pura-pura kuat,
Padahal hatinya sangat rapuh.
Boleh dipatahkan bila-bila,
Boleh terhiris dengan kata-kata.

Dia pura-pura kuat,
Padahal jiwanya tidak
Dia masih perlu bimbingan
Masih perlukan sokongan.

Jiwanya belum betul-betul kuat
Hatinya masih ragu-ragu
Akalnya bercelaru
Adakah yang mahu membantu?


Dia benar-benar belum kuat.




Sunday, March 4, 2012

Pilihan

Salam alaik,

Sepinya blogku ini.. ok, tak boleh beri alasan busy, sebab of course akan kalah juga dengan kebusyan orang lain. dengan tertolaknya alasan pertama, daku tiada alasan lagi untuk membela diri. cowyyy semua~(cakap macam ada je pembaca setia blog nie~ haish :P)


Banyak idea. sangat banyak! tapi yang tertulis, semuanya pada helaian kertas.(saya dah pandai meluahkan rasa atas kertas tau).. so, dah jarang nak meluahkan dalam blog, dalam twitter ke and even dalam fb. (betul ker?) betullah jugak..hurm.

Kelemahan diri dalam management of time. Memang fail-lah selalu. (-.-')


pilihan~


Hari ini nak cakap pasal pilihan. tajuk nie dipilih ketika berjalan kaki balik dari fakulti. ehe. ni cara memanfaatkan masa. cuma kalau ade samsung SG ke, iphone ke, (ipad besar sangat), cam boleh je taip dan post terus..cuma daku tiada teknologi canggih sebegitu..yang ada hanyalah hp flip flop jenama sony yang banyak berjasa padaku untuk ku tulis nota2 penting. boleh la kan jugak memanfaatkan apa yang ada..;)


ok, berbalik pada tajuk~ Pilihan.


Pilihan. Hidup itu satu pilihan. Setuju? Dari sekecil-kecil benda seperti nak makan apa hari ini, hingga sebesar-besarnya seperti nak bina rumahtangga, hidup tak lepas dengan pilihan.


Setiap hari kita buat pilihan. Setiap hari juga kita asyik bertanya diri sendiri nak yang mana satu. Nak buat yang mana?
Nak pilih yang mana?
Nak warna apa?
Nak belajar kat mana?
Nak pergi mana?

dan baaanyak lagi persoalan kehidupan yang kita kena decide dan tentukan.


yang mana satu??


Kita semua dihidangkan dengan pelbagai pilihan. Cuma beza kita adalah pada pilihan kita. Pemilihan kita terhadap pilihan yang ada membuatkan kita jadi individu yang berbeza dengan individu yang lain.

mat; aku suka bebeno makan manggis. lazat berkrim!
yop; aku tak sukalah. berlengeh! lagi suka makan epal hijau. masam2 manis.


siah; aku tengok si senah tu asyik biru je kaler baju dengan tudung dia. Tak ade kaler lain ker?
bedah; dah dia suka biru, samalah macam ko..asyik dengan merah je aku tengok.
Siah ; eh, engko pun sama.


Simple bukan? Pemilihan itu membezakan kita. Dan pilihan itu juga ada baik dan ada buruknya.


yop; tu apekeheynya tangan waana ungu tu?
mat ; ntoh le. semalam main rembat 1 bakul manggis.. nie le jadinye.. habis ungu tangan mengupas..


Siah ; aku taubat ah. takmau pakai merah dah!
Bedah ; awatnyer?
Siah ; semalam lembu nak kejo aku! nasible elok tertambat.. hish, seriau aku!



Samalah kita, Allah beri kita pilihan, dengan bersamanya tanggungjawab. Kalau pilih yang ni, jadi apa. Kalau pilih yang nie pulak jadi apa. Dan kita nak atau tidak, kita kena terima akibat daripada pilihan kita.

Kadang-kadang kita buat pilihan yang baik, tapi kadang-kadang ada juga kita tersalah pilih.

Dan dalam kehidupan itu, kesilapan dalam pilihan pasti selalu terjadi. Selalu sajalah kita akan menghadapi saat-saat kecewa, rasa marah dengan diri sendiri, rasa tak puas hati dan lain-lain. Kita rasa tertekan, tapi hakikatnya, Allah sebenarnya nak tarbiyah kita. Nak betulkan kita. Nak uji kita. Nak rasakan bahawa setiap langkah kita ini, Allah selalu ada.

Dari kesilapan, kita belajar. Kita belajar untuk menghadapi situasi yang sama in the future. Pengalaman adalah guru yang paling baik bagi diri kita. Pasti semua orang tak mahu ulang masuk lubang yang sama 2-3 kali kan? So, hakikatnya, Allah tengah mengajar kita tentang erti hidup daripada pengalaman lalu.


Kadang-kadang Allah nak uji lagi kita. Kita tersepit. Dalam kehendak diri sendiri dan kehendak Allah. Kita selalu puaskan hati kita, penuhi hak-hak kita, tapi kita abaikan hak-hak Allah. Kita lupa bahawa pilihan-pilihan yang ada didepan kita nie, kelak akan dipertanggungjawabkan.


Sometimes, terlalu mudah untuk kita kata yes, pada perkara-perkara yang tak menambahkan iman (e.g menonton movies yang tak berfaedah, bergossip, bersembang kosong) tapi terlalu susah untuk berkata yes pada perkara yang membawa kita kepada Allah (bangun malam, puasa sunat, solat, membaca Al-Quran, dll)


Pilihan, Allah beri- kita pilih. Nampak simple, tapi kelak Allah akan tanya. Mungkin dari sekecil-kecil perkara contoh 'kenapa buang sampah merata-rata?', hingga mungkin kepada 'kenapa tak tolong orang Syria?'. Allahu'alam. Tapi yang pasti Allah akan tanya. (takutnya rasa..)

kita takkan lari dari membuat pilihan~so, choose well~


Kita hanya berhenti membuat pilihan bilamana malaikat Izrail menjemput kita. Kita pasti akan mati. Cuma adakah pilihan kita akan membawa kita ke syurgaNya atau sebaliknya. Kita boleh seronok pilih apa-apa didunia ini. Tapi kita kena ingat dunia ini sementara dan kita akan meninggalkannya.

Dan kita juga ada pilihan. Pilih sama ada nak meninggalkan dunia dengan puas kerana telah melakukan sehabis baik perintah Allah atau pergi meninggalkan dunia dengan rasa kesal sekesal-kesalnya atas perbuatan lalu kita yang belum sempat mintak ampun. Naudzubillah.


Pilih. Choose.
Wallahualam~


may Allah bless~



Sunday, February 26, 2012

Nikmat dan Syria

Menutup mata dari melihat dunia

Dunia ini penuh dengan kengerian yang bertimpa-timpa.

Satu persatu tanah-tanah itu dilimpahi darah

Air mata bagaikan hujan

Membasahi pipi mereka

Apalagi yang ingin dikatakan?

Apalagi yang dapat diucap?

Lidah bagaikan kelu

Melihat satu persatu nyawa terbang tanpa harga

Mereka ini saudara kita!

Nikmat apakah yang diberikan padaku

Sehingga aku disini tenang sekali

Belajar, bermain,

Padahal mereka berjuang, berperang!

Nikmat apakah ini ya Allah

Bila tidurku tidak terganggu,

Padahal mereka entahkan tidur atau tidak?

Nikmat apakah ini ya Allah,

Bila aku saling bertukar pakaian

Padahal mereka habis sumber bekalan?

Semua nikmat ini ya Allah,

Aku takut akan ditanyakan kelak

Semua nikmat ini ya Allah,

Mampukah aku beralasan?

Rasa berdosa tak melakukan apa-apa

Rasa bersalah hidup mewah

Semua nikmat2 ni, mahu bawaku kemana ya Allah?

Bantu Mereka!

Tuesday, February 14, 2012

Doakan Syria




Tiada kata terucap.

Ya Allah, bantulah mereka..
Ribuan mati disembelih dan dibom oleh rejim Syria yang tak berperikemanusiaan.

Tolong doakan mereka!

Sunday, February 5, 2012

Coretan Cintaku..


Dia pernah mencintaimu.


Lidah terkelu saat perkataan itu menerpa penglihatan. Subhanallah, masyaAllah. Kepala tunduk. Sebak memenuhi ruang.


Bukan pertama kali perkataan itu menerjah ruang pemikiran. Bukan pertama kali juga aku mendengar perkataan sebegitu.


Dia pernah mencintaimu.


Subhanallah. Maha Puji Allah. Ya Allah, Kau telah menciptakan manusia sebegini hebat. Mencintai manusia lainnya lebih dari dirinya. Khudwah hasanah yang terbesar dalam Islam. Model terunggul seluruh alam.


Dia pernah mencintaimu.


Hakikatnya, sayu hati mendengar kalimah itu. Insan hebat dambaan ummat itu mencintai manusia yang tidak pernah ditemui. Manusia yang disebutnya sebagai 'Ikhwannya'. Manusia yang juga sama sekali tak pernah bertemu dengannya tetapi mencintainya.

Keterbalikan cinta ini mengundang pelik, tapi perasaannya harmoni sekali. Rasa yang hadir dari hati itu, manakan boleh diungkap dengan kata-kata? Sayu, rindu, kasih, bercampur-baur. Rindu akan sebuah pertemuan.


Dia mencintaimu. Tulus.


Air mata sudah bergenangan. Hati sebak. Mulut tidak terkata. Ada orang mencintai kita dengan sebenar cinta. Masakan hati langsung tak terusik, akal tak menerima?


Ada orang yang mencintai kita. Sebelum kita jejak dimuka bumi lagi.
Ada orang yang saban waktu mendoakan kita dengan doa mustajabnya.
Ada orang yang akhir harinya merisaukan keadaan kita yang belum pernah ditemuinya.

Percayalah, ada orang yang pernah buat semua itu untuk kita.


Yakinlah, ada orang yang sayang dan kasihkan kita.


Adakah hatimu tak bergetar dengan getaran cintanya?


Tangan mengesat hidung yang mula berair.

Dia pernah mencintaimu.


Ya Allah..


Aku tak tau sama ada aku adalah antara golongan yang dirindui Rasulullah itu. Sungguh. Aku tak tahu. Tapi aku sangat berharap agar aku adalah 'saudara' yang dirindui itu. Sangat.

Kalau ditanya perasaanku, terus terang aku katakan aku tak tahu cinta yang bakal aku balas sehebat cintanya.

Hati yang bakal aku beri, sesuci hatinya.

Rindu yang aku kirimkan sehebat rindunya.


Rasa tak layak untuk mengatakan cinta, rindu, kasih padanya. Sungguh.


Tapi untuk menggalas tanggungjawabnya,
Penerus usahanya,
Pengamal sunnah-sunnahnya,
Penyampai kata-katanya,
Mencontohi tauladan dan khudwahnya..


Aku tengah berusaha. Walau mungkin tak sempurna. Walau mungkin tak sehebat mana.

Agar suatu hari nanti bakal kusiapkan cinta.

Hanya untuk Allah dan dia.

Insya Allah.



Ya Rasulullah, Kau tinggalkan kami warisan yang abadi.
Dan bersaksilah sesungguhnya kami merinduimu~




Photobucket