Aku jatuh cinta lagi
Kali ni bukan cinta manusiawi
Tapi cinta agung yang aku mahu miliki.
aku mula cintakan jalan ini
aku mula jatuh hati
pada prinsip dan susunan yang rapi
bilamana hati disapa kasih sayang Ilahi
aku malu dengan kekurangan diri
namun terharu dengan sapaan Dia yang Maha Tinggi
disebalik lemahnya diri Dia mahu aku terus berdiri
Dia mahu pimpin tanganku meskipun sudah jatuh berkali-kali
meskipun Dia lebih mengetahui hati
meskipun aku sering lupa diri
aku jatuh cinta berkali-kali
namun berbeza kini,
saatku terbangun,
hati tak tersakiti bahkan terisi
jiwa tak menangis sepi malah merintih rindu pada Ilahi
aku cinta akan jalan ini
aku jatuh cinta berkali-kali
dan aku harap rasa cinta ini
subur mewangi
hingga pengakhirannya nanti
ke syurga firdausi
syurga tertinggi
aku jatuh cinta berkali-kali
cuma kutakuti cintaku masih tak suci
ada onar yang meliputi
ada kabut yang menutupi
aku takut cinta ini tidak terwarisi
aku risau cinta ini hilang dimamah hari
lalu aku berdoa pada Dia, Yang Maha Mengetahui
'Andai benar jalanku ini, andai benar rasa hati ini, Kau akan teguhkan aku walau apapun yang bakal terjadi..'
wa asaluka hubbaka
wa hubba mayyuhibbuk
wa hubba kulla a'malin allazi yuballighuni hubbak..
ya Muqallibal qulub, tsabbit qulubana a'la deenik!
~29 Sya'ban 1343H