Friday, June 10, 2011

Segalanya mudah bagiNya..

Salam alaik~


Hari khamis semalam. Ada repeat test for surgery yang berlangsung pukul 2 petang. Pukul 1 petang baru diri ini berjaga dari tidur. Tidur untuk menghilangkan sakit yang bermaharajalela lewat pagi itu. Padahal awal-awal subuh semangat untuk belajar itu membara namun kerana sakit pelik disekitar abdomen memaksa diri untuk terbaring dalam berbagai cara. Lalu tertidur.

Terbangunnya diri saat itu, dua pilihan menjelma. Sama ada pergi buat test dan failed atau tak payah pergi dan tunggu next repeat. Namun, pilihan pertama lebih menerjah ruang fikiran berbanding yang kedua kerana salah satu sebabnya, tak mahu menunda-nunda. Nanti entah bila pulak akan amek test tu.. Kacau..Banyak lagi benda nak buat nie. Tapi pilihan pertama bukanlah yang terbaik sebenarnya kerana pergi untuk failed memang tak payah pergi langsung pun tak pe. Tengah sakit-sakit nie, memang fikir nak duduk setempat je.

Fikir punya fikir, biarlah. Mana tahu jalan-jalan nie sakit tu hilang sikit. Daripada duduk terperap kat rumah. Sakit badan tidur lama-lama.

So, pergilah. Memang cakap kat anis, aku pergi untuk failed nie. Memang tak bace ape. Baru nak bukak notes setengah jam tadi. So, Anis pun tanya-tanya la aku soalan along the way nak sampai ke EC tu.. Jauh plak EC dengan bus stop. Menguji ketabahan aku nie.

Then sampai2, masuk. Dan redha je. Sambil dalam hati kata " Ya Allah, demi kesakitan yang aku alami 2 hari lepas ini, bagilah aku lepas surgery test kali ni".

Just itu doa yang aku ucapkan.

Then, aku lepas.

Yes, aku lepas dengan minimum errors. Subhanallah.

Tak payah puji aku lah. Aku tak bace apa. Aku tak usaha apa. Aku usaha untuk datang je.

Itu Allah yang buat semua. Aku tak sure sama ada doa tadi dimakbulkan atau doa orang sakit itu makbul.

Tapi aku rasa aku tak perlu hairan.

Doa pada Sang Pemakbul, manakan tak termakbul?

Subhanallah~ Allah, padaMu diletakkan segala urusan..


Moral of the story: Jangan tak usaha dulu sebelum bertawakal.. hanya kalau terdesak saja ok? usaha x=x succes.. Allah itu Maha Luas pemerhatianNya~

No comments:

Photobucket