Kita, kalau hilang peka
Semua benda pandang sebelah mata
Perasaan orang lain langsung tak terasa
Rasa dunia milik 'saya'
Bagi susu balas cuka.
Kita, kalau hilang peka
Keadaan sahabat tak ambil peduli
Tegur sikit terasa hati
Kalau dulu nasihat diminta
Kini jauh sekali nak tegur sapa.
Kita, kalau hilang peka
Bacaan Al-Quran tak menenangkan jiwa
Dengar ceramah gelisah tak semena
Mutabaah amal dah tak dapat nak kira
Rasa jauh tapi selesa
Dengan nikmat syaitan butakan mata.
Kita, kalau hilang peka
Iman sakit tak terasa
Nafsu menggemuk penuhi jiwa
Rasa haus dengan dunia
Langsung lesap ilmu didada
Seronok dengan keseronokan sementara.
sedangkan....
Daie itu jiwanya sensitif
Pantang berubah lekas dirawat
Pada dunia langsung tak terikat
Ilmu yang dikejar ilmu akhirat
Hidup diisi dengan berkat
Agar hidup dalam rahmat
Janji Tuhan pasti selamat.
Hilang peka
kita jangan pernah hilang peka. Hilang peka itu membuka jalan kepada syaitan untuk menggoda. Hilang peka itu membuatkan leka,lalai, dan tak bersungguh-sungguh. Kita akan mengabaikan orang sekeliling kita yang sayangkan kita, kita akan kehilangan sahabat yang bersusah payah untuk kita, kita akan mensia-siakan hubungan kita dengan manusia dan sebagainya.. Hilang peka itu membuatkan hubungan hambar dan tak bermakna. Alangkah ruginya bila kita tak menghargai sesuatu @ seseorang yang hadir dalam hidup kita yang memberi makna kepada kita. Kita akan bertambah rugi bila kita kehilangan mereka tanpa sempat mengatakan betapa bermaknanya kehadirannya dalam hidup kita. Lumrahnya, manusia hanya akan menghargai sesuatu apabila kehilangan. Dan saat itu, tiada apa yang dapat jadi sebagai ganti.
Jadi, jangan hilang peka!
Kerana daie itu jiwanya sensitif. Kerana Iman itu panas. Dan kerana takwa itu berhati-hati!
jadi, jangan hilang peka!
Sebab nikmat Allah itu sementara. Kerana syurga itu manis. Dan kerana ukhuwwah itu perangsang jiwa!
Jangan kerana exam kita hilang peka.
Jangan kerana habis exam kita hilang peka.
Hilang peka itu merosakkan jiwa! melalaikan hati! dan memadamkan kepentingan2 Islam dalam fikiran kita!
JADI JANGAN HILANG PEKA!!
No comments:
Post a Comment