Friday, April 9, 2010

Lelaki tua itu...

Pagi itu aku melangkah laju. Sudah menjadi kebiasaan, aku sering lewat keluar dari rumah hanya kerana kedudukan rumahku yang terlalu hampir dengan fakulti. Senang dan mudah mendapat bas yang jaraknya hanya 1 stesyen. Kadang-kadang malu juga bila naik dan turun bas hanya untuk satu stesyen sebab terlalu dekat. Tambahan pula warga Czech disini gemar berjalan daripada menaiki bas. Lebih-lebih lagi bila musim bunga dan musim panas yang sememangnya musim kegemaran mereka. Masakan tidak, bila tiba sahaja musim itu, bandar Hradec yang sepi ini terasa berpenghuni. Baru sedar jiran-jiran yang belum pernah dilihat sebelum ini. Kadang-kadang kelakar bila memikirkan hal itu. Kerana itu juga tak hairanlah di negara sendiri, mat saleh- mat saleh ini suka berjemur di bawah terik matahari tatkala kita di rumah menaikkan suhu air-cond atau kipas angin.

Jam menunjukkan 7.50pagi. Nampaknya aku tiada pilihan selain menaiki bas. Kalau berjalan kaki, insyaAllah boleh sampai tapi kebarangkalian untuk sampai tepat 8.00pagi adalah rendah. Esok, kena usaha lagi keluar awal, hati berbisik.

Dari kejauhan itu, seorang lelaki tua berkot coklat sedondon dengan seluarnya menarik perhatianku. Sebelah tangannya membimbit beg kecil yang agak sarat manakala sebelah lagi memegang hulu tongkat. Tubuhnya sedikit bongkok dan jalannya sedikit terketar. Pemandangan sebegini sering kelihatan disini tetapi kali ini lelaki tua itu benar-benar mencuit hatiku.

Dia kini berada 50meter dihadapanku, menuju ke zebra-crossing yang disediakan untuk melintas. hari ini tidak kelihatan polis trafik yang selalunya mengawal lalu lintas. Dah tamat shift agaknya. Lelaki tua itu memandang kiri dan kanan. Tingkahnya aku perhatikan sambil meneruskan langkahanku. Hatiku tercuit. Dia mirip seseorang. Nampaknya aku bakal bersaing dengan pakcik ini, hati kecilku berbicara tatkala melihat dia tidak berjaya lagi melintas.

Setibanya aku disisi lelaki tua itu, dia sudah mula memulakan ayunan langkahan. Melihat hanya kami berdua sahaja yang melintas, aku melambatkan langkahan kakiku supaya seiring dengan langkahannya. Sungguh saat itu aku terasa mahu menuntunnya, membimbit beg yang dipegangnya, membantunya untuk berjalan seperti yang aku pernah lakukan kepada seseorang satu ketika dulu. Hatiku tertarik-tarik saat itu. Tapi entahlah, saat itu aku terasa amat malu untuk lakukan sedemikian. Aku tidak tahu apa yang menghalang aku tetapi aku benar-benar rasa terkawal. Ya Allah, sepanjang langkahan lelaki tua ini, hati ini bagai disayat2. Tatkala dia sedar akan kehadiran aku disisinya, melalui ekor mataku, aku sedar dia memandangku. Sekali lagi aku benar-benar tiada kekuatan untuk melihatnya. Agaknya dia sedar langkahan aku yang sengaja dilambat-lambatkan. Aku cuma ingin memberitahunya 'tak mengapa pakcik, jalanlah perlahan-lahan. tak perlu laju-laju' dengan perbuatanku itu. Hanya itu yang mampuku buat.

Setibanya aku diseberang jalan, selesai memastikan pakcik itu melintas dengan selamat aku melajukan ayuhan langkahku. Aku langsung tidak menoleh kearah lelaki itu. Sungguh, rasa kesal bermain-main difikiran. Kenapa, kenapa, kenapa? Kenapa aku tak bantu dia? kenapa? Dan secara jujurnya, aku tak dapat memaafkan diriku atas perbuatanku. Tiada salahnya memimpin lelaki tua yang hendak melintas. Tiada salahnya membantu meringankan beban. Orang takkan pandang pelik. Itu normal. Dan cuba bayangkan orang itu adalah orang tuaku. Ya Allah, rasa bersalah datang bertubi-tubi. Rasa nak menangis ketika itu. Saakella!!!!! ape yang dah kau buat ni?? Hati menjerit dalam diam. Sungguh rasa bersalah itu masih melekat dihati. Dan sungguh rindu itu datang lagi..

Pedulikan bangsanya, warna kulitnya. Dia adalah manusia. Dia orang tua yang perlu dibantu. Ya Allah, rasa kesal ini perlu diubat. Ubatnya, aku TAKKAN ulangi lagi malu yang tak bertempat ini. Ubatnya, aku perlu terus membantu tanpa rasa ragu-ragu. Barulah rasa kesal dan bersalah itu lenyap. Jangan malu untuk membantu. Biar orang judge kita apa-apa, but we just do the right. Janji kella! Yup, aku janji.....

4 comments:

丽 娜 said...

Memperlahankan langkah tu a step towards memimpin. lps few times practise, mesti dh xrs ragu2 nk tlg pimpin.u should seed that perasaan tanpa ragu2.mesti boleh

keyLa said...

hope so lina..
susah, tp lg susah simpan rasa kesal lepas tu..huu

erma said...

inshaAllah kella boleh..

minta kekuatan pada Allah

(^_^)

keyLa said...

thanx erma!
kekuatan drp Allah, melalui kekuatan kwn2 jugak..

moga sabar ini balasannya...

Photobucket