Thursday, February 25, 2010

kerana Dia kekasih Allah...

maulidur rasul bukan sekadar sambutan....


Malu rasanya, mengatakan cinta
kepada dia, kekasih Allah
kerana dia insan mulia,
sedangkan diriku insan biasa.

kupujuk jua hati dan jiwa
meluahkan rasa cinta membara
di dalam pujian ucapan selawat
tanda penghargaan seorang umat.

selagi upaya kuturuti ajarannya
apa terdaya ku amalkan sunnahnya
moga di dunia mendapat berkat
di akhirat sana beroleh syafaat.

kerana peribadinya aku terpesona
kerna budinya aku jatuh cinta
rinduku padanya tiada terkata
nantikanlah daku di taman syurga

sesungguhnya apa yang kudambakan
adalah cinta Allah yang esa
kerana cinta kepada Rasulullah
bererti cinta kepada Allah...


Pada satu ketika Rasulullah terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut sebagai ikhwannya (saudaranya)..

Para sahabat merasa iri hati,
hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu?".

"Tidak, Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. ", kata Rasulullah.

Ikhwanku itu, menurut Rasulullah s.a.w, "Mereka adalah yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka."

masyaAllah..


bayangkan sejenak rakan-rakan sekalian

andai Rasulullah saw bersama kita pada hari ini,
pada saat ini
pada detik ini
apakah yang hendak kita katakan kepadanya..
apa permintaan hati kita tatkala Rasulullah duduk bersama kita pada hari ini
apa yang hendak kita katakan kepada baginda?

Redhakah baginda saw melihat kita pada hari ini?
inikah umat yang selayaknya dirindui
inikah umat yang pernah membuatkan sahabat iri hati
inikah dia umatnya?

ya Allah, ampunilah kami..


di saat sakaratul maut tiba, bibirnya basah menyebut, "ummati, ummati...(umatku, umatku...)"

subhanallah..layakkah aku mencintaimu ya Rasulullah..


Tipulah hati kalau tidak mencintai orang yang demikian hebatnya cinta...

Tipulah jiwa andai tidak terusik sedikitpun dengan kata-kata cintanya kepada umat..

Tipulah diri jika tidak langsung teringat untuk berselawat kepadanya ketika dipenghujung solat..


katakanlah (Muhammad), "jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.(al-imran:31)


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim

Kutahu cintamu kepada umat
Umati umati
kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu...


marilah kita menjadi ummat yang selayaknya dirindui...
moga itu dapat membalas cinta Rasul kepada kita..

insyaAllah..

Tuesday, February 16, 2010

nemluvim cesky!!

MySpace

**********************************
MySpace

*****************************************
MySpace

*********************************




ok, tarik nafas....
sabar....
tarik lagi...
kella, jangan hilang pedoman..




nemluvim cesky!
nemluvim anglicky taky!!
mluvim malajsky,
jenom malajsky!!!!



ok, kamu sebenarnye telah pun berbahasa czech sebentar td..



ne!!!!!!!!!MySpace


terimalah hakikat...



nooo!!!!! never!!!!!MySpace



kella, kamu dibumi czech sekarang, terima hakikat, okey?


MySpace

okey, okey...camnie lah.. nak dengar cerita x?


MySpace

haa...camtu lah.. okey, ceritanya camnie..




#################################################


Pada suatu hari, Allah memerintahkan malaikat Jibril menemui seekor kerbau dan meminta dia bertanya satu soalan kepada kerbau itu. Malaikat Jibril segera pergi mematuhi perintah itu.

Pada waktu siang yang panas itu, si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril mendekatinya lalu bertanya, “Hai kerbau, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah sebagai seekor kerbau?”

Si kerbau menjawab, “Masya Allah! Alhamdulillah, Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau. Ini sangat berbeza jika aku dijadikan sebagai seekor kelawar yang mandi dengan air kencingnya sendiri.”

Mendengar jawapan itu, malaikat Jibril segera pergi menemui seekor kelawar yang pada ketika itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua.

Kemudian dia bertanya, “Hai kelawar, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah sebagai seekor kelawar?”

"Masya Allah! Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada dijadikanku seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, dan berjalan menggunakan perutnya,”jawab si kelawar.

Mendengar jawaban itu, malaikat Jibril segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Lalu Jibril bertanya kepada si cacing, “Wahai cacing yang kecil. Apakah kamu selesa dijadikan Allah sebagai seekor cacing?”

Si cacing menjawab, “Masya Allah, Alhamdulillah! Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing daripada dijadikanku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal, ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya.”


#############################################




MySpace
.....


apa pendapat kamu?

MySpace

dalam hidup ini, semua benda kita rasa tak cukup, tak sempurna.. tapi tengok macamana ciptaan Allah yang lain begitu bersyukur kerana dijadikan dalam keadaan dan bentuk rupa begitu.. dan begitu lega kerana tak dihidupkan sebagai seorang manusia...

kamu pegang tanggungjawab,

kamu bukan saja-saja dijadikan,

kamu bukan hidup untuk belajar bahasa czech saja,

cuba luaskan fikiran..


Al-Ghazali pernah berkata:

menuntut ilmu itu adalah takwa,
menyampaikan ilmu itu adalah ibadah,
mengulang-ulang ilmu itu adalah zikir,
dan mencari ilmu itu adalah jihad...


jihad! cari ilmu tu pun da jihad!


MySpace


so?


MySpace

hey, orang cakap ngan dia nie!


MySpace
yela..yela..

orang belajar la nie..

MySpace


good!!

MySpace

make sure sampai dapat ijazah, okey?

insyaAllah..


kella's thought~

Monday, February 8, 2010

Tempias

aku merasakan tempiasnya
tempias tepat ke hati
mencucuk pedih luka lama
sedih mula merajai naluri
namun harus akur perintah iman dalam diri..

yang lepas usah dikenang,
yang jauh jangan terbayang..



'Allahumma inni zholamtu nafsi zholmann khathira, wa la yaghfiruzzunuba illa Anta, fahgfirli....'

ya Allah,sungguh aku telah banyak menzalimi diriku sendiri, sementara hanya Engkau yang dapat mengampuni dosa-dosa. oleh itu, ampunilah aku..

Saturday, February 6, 2010



(video klip diatas hanya hiasan semata..just nak ambil lagu nie je...=p..jd, sila abaikan)


ape-apepun kembali kepadaNya.. kosongnya jiwa, kembali kepadaNya.. gelisahnya hati, kembali kepadaNya.. sebaknya dada, kembali kepadaNya.. kerana

DIA MAHA MENGETAHUI HATI-HATI



baru-baru nie, diri sendiri da jadi macam tak betul.. sekejap gembira, sekejap gelak, tetiba nak marah, tetiba sedih.. betul2 tak sihat nie.. nie kah dinamakan musim exam?..
pastu, rindu la.. rase cam nak balik rumah la.. macam2.. kawan India and Indonesia da cuti da sekarang..tu takpe la..tapi yang rasa nak men'dengki' tu sebab depa cuti balik malaysia.. teruji keimanan disitu.. takpe2..

tengok anak buah masa kenduri cukur aritu, macam da besar pulak.. kenapa tumbesaran depa nie cepat eh.. nanti aku balik nanti, da berjalan da kot agaknye.. harap2 depa tak pandai cakap lagi la.. tunggu mak kila balik, so ayat pertama yang keluar must be.."mak la.." hahaha..

pastu dengar pulak ade jugak junior kat sini yang nak balik malaysia time cuti nie.. dah balik da pun sebenarnye.. aduuhh.. nape la depa sume balik2 nie..
(dekat sangat ke malaysia tu.. )
takpe2.. habeskan exam dulu k.. tu kemudian fikir..

hurm, minggu depan insyaAllah nak habeskan sekaligus.taktaw la.. usaha dan tawakal..apepun resultnya, tu persoalan nombor 2, yang penting aku da usaha..insyaAllah.. moga apepun resultnya, aku terima seadanya.. tapi memang mencabar la minggu depan nie..semoga Allah membantuku..amenn..

erm, k lah..sekadar menjenguk blog nie yang lama da tak terjenguk.. dan sekadar berkongsi rasa..
kawan2, teruskan usaha!! moga kita semua berjaya insyaAllah.. (rindu kat femly simpan dlu.. moga Allah gantikan dengan yang lebih baik..) ^^ maan najah
Photobucket