Sunday, November 22, 2009

rindu bertandang~

tadi singgah facebook kak aya. tengok muka si bulat yang kusayangi~ hafey, terus tergoncang hati..rindunyer....!
tengok lagi, rindu!
tengok lama-lama, rindunyerr!!!


mohamad hafey~

rase nak pegang, rase nak tatang, rase nak picit2 hidung dia.. mak aih, rindu sangat nie!
tu baru yang da pernah pegang, nie ade 2 orang lagi yang aku xpernah pegang lagi! Nur syazwani Zulfa dan sorang lagi(xdpt dikenal pasti lgi..^^..xsempat nak tanya) lahir bulan nie, alhamdulillah..sihat walafiat..waaaa, bertambah kerinduan nieh!
cukup 4orang anak buah lahir tahun nie...syukur alhamdulillah!



nursyazwani zulfa~ sepet ikut mak tun...hehe



raudah nursolehah~ yang 1st lahir tahun nie..

dan sorang lagi yang xdapat dikenal pasti lagi..hehe..maaf atas kesulitan mengupload gambarnye coz maknye xbalik kampung lagi..maknye dalam pantang dan berpantang di pahang..(kakak ipar saya).^^ so, gambar xdapat lagi la..huhu.. nama pun xtaw..


anak buah da ramai, terasa tua pulak...adoi..("_')

xpe. i kan makcik muda yang cumel..i boleh treat them as frens, who know? rite? hehe..
kepada anak-anakku, mak kila rindu kamu semua!!!
blaja baek2..sayang sume~


salam sayang
keyla~

Wednesday, November 18, 2009

KCB~





YANG BAIK JADIKAN TELADAN...
YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN~~



''sekalipun cinta telah kuhuraikan,
dan kujelaskan panjang lebar,

namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri.

meskipun lidahku telah mampu menghuraikan
namun tanpa lidah cinta ternyata lebih pantas....
..
kata-kata pecah berkeping-keping ketika sampai pada cinta.
dalam menghuraikan cinta,
akal terbaring tidak berdaya.

bagaikan keldai yang terbaring dalam lumpur.
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan!....''

~ketika cinta bertasbih~




keyla~
'tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku...'

Thursday, November 5, 2009

Nak sentuh sikit....

AL-QURAN. ISLAM.
Al-Quran dan Islam berjalan seiring.
tak pernah bertentang,tak pernah pincang.
Islam suruh apa yang Al-Quran kata.

dan Al-Quran suruh ini.....


"dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya), kecuali yang biasa terlihat. dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka atau para perempuan(sesama Islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan(terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung.."

annur-31


AL-QURAN. KALAMULLAH.
Kata-kata Allah.
Suruhan Allah.

DAN ALLAH SURUH INI...

jaga pandangan..

.

menutup aurat...


melabuhkan kain tudung.... menutupi dada....



dan berjalan tanpa menghentakkan kaki..


.

BUT,

DO WE HAVE DONE THAT??

CUBA RENUNGI......
















what would you say?

'rimas la pakai tudung'?
'asal tutup kepala sudahla..'?
'fesyen la, makcik!'?
'kakipun nak kena tutup ke?'
.....



adakah itu jawapan yang akan dijawab depan Allah?
adakah itu jawapan yang nak diberi?
betul ke nie?







perlu ke semua nie? PERLU!
wajib ke tutup2 nie? WAJIB!
kenape keras bunyinye nie? sebab dalam bab nie, TAKDE KOMPROMI!

dengan ABANG IPAR, dengan PAK CIK SEDARA YANG BUKAN BELAH KELUARGA IBU atau AYAH, kena JAGA AURAT!....(INGAT TU KEYLA...JANGAN TULIS JE..)



kerana apa buat nie?
KERANA ALLAH..

kerAna apa nak jaga sangat nie?
KERANA AKU seorang MUSLIMAH

orang lain tak jaga pun?
(kubur lain-lain,amal lain-lain juga...)
DIORANG TAKTAHU LAGI KOT...
jadi yang tahu nie la kena buat....






'jauhilah oleh kamu semua akan dosa-dosa kecil, kerana perumpamaan dosa-dosa kecil itu laksana sekumpulan orang yang singgah di tengah lembah. yang ini datang sambil membawa dahan, dan yang ini datang sambil membawa dahan, yang ini datang membawa dahan, lalu mereka memasak rotinya. sesungguhnya dosa-dosa kecil itu perbuatan derhaka.'
Baginda Nabi Muhammad s.a.w berkata seperti yang diriwayatkan oleh Sahl bin Sa'd radhiyallahu anhu.[isnadnya sahih, ditakhrij oleh Ahmad, At-tabrani dlam Al-kabir dan Al-soghir, 2/49.]


ada seorang zahid, Bilal bin Sa'd pernah berkata:
"Janganlah engkau melihat pada kecilnya kesalahan, tetapi lihatlah siapa yang engkau derhakai."


wallahualam..
-keyla talks~

Sunday, November 1, 2009



Palestina tercinta
by: Shoutul Harakah

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-aqsa tercinta

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu Al-aqsa yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Ya Rabbi izinkanlah kami
Berjihad di PalestinaMu
Ya Allah masukkanlah kami
tercatat sebagai syuhadaMu..



lama tak dengar pasal Palestine.
jauh rasanya ke'bersamaan' dengan saudara hebat kita tu.
Sibuk? tak jugak..tp mungkin sering terlalai dengan nikmat senang tu.

Cerita terbaru:
Mahkamah Israel bebaskan dan buang Yusuf Baaz dari Al-Aqsa.

Sabtu, 31/10/2009 – Lembaga Al-Aqsa untuk Wakaf dan Peninggalan Bersenjarah menegaskan dalam kenyataan, mahkamah Zionis-Israel memutuskan membebaskan Syekh Yusuf al-Baaz, imam masjid di Ludd bersama salah seorang pemimpin gerakan Islam di Palestin. Mereka turut dikenakan hukuman untuk tidak mendekati al-Quds selama sebulan, namun mahkamah tidak menuruti permintaan itu.

Mereka beranggapan dengan menjauhkan Syeikh Yusuf akan memberikan kemanan dan ketenangan di al-Quds. Apa yang berlaku sebenarnya pihak Zionis-Israel yang berkali-kali melanggar masuk masjid Aqsa dan memberikan perlindungan kepada ektrimis-ektrimis Yahudi itu.

Sementara itu, Syekh Yusuf Al-Baaz menegaskan setelah tiba di rumahnya setelah dibebaskan, “Kegusaran Israel hari ini sudah tanpa batas sebab mereka sudah lagi ingin melihat siapapun yang mengucapkan kata-kata apapun di masjid Al-Aqsa, namun mereka tidak akan faham bahawa kami akan membela Al-Aqsa melebihi daripada apa yang mereka fikirkan”.

sumber : COMES
penterjemah : ateed


sumber: http://palestinkini.info/?p=4650#more-4650



H
ebat..memang hebat.. mereka tak gentar langsung..tak pernah putus asa walau sedikit pun. mereka inginkan syahid itu tujuan utama. dan mereka ingin Allah mencatatkan nama mereka sebagai para syuhada' yang mengikuti jalan Nabi ini...


hebatnya mereka2 ini.. teringat satu hadis yang pernah ade dalam blog nie yang digubah oleh Muadz dalam bentuk lagu, bahawa akan ade satu golongan yang akan mempertahankan Al-Aqs
a sampai ke titisan darah terakhir..-http://perjalanansidhaif.blogspot.com/2009_01_01_archive.html

subhanallah, Maha Suci Allah..
ingin sekali namaku juga dicatat sebagai syuhada'Mu...

keyla~
Photobucket