Monday, July 13, 2009

alhamdulillah ala kulli hal~

alhamdulillah....

hari ini, bakal menyaksikan perpisahanku dengan 'negara angkatku' ini (sejak bile la...^^)..
aku akan bertolak petang ini untuk ke prague dan malam ini aku akan ke frankfurt, Jerman dengan menaiki bas. dan kemudian aku akan ke Dubai, transit seketika kerana kali ini, penerbangan Malaysia tak menjadi pilihanku..aku akan membelah awan dengan penerbangan Emirates..


barang2 da hampir 90% setel.
yang lawaknye, sehelai baju aku pun tak ade dalam beg tu. 2-2 beg bagasi aku tu penuh dengan souvenir saje!
tp
pozor...
bukan niat aku untuk berbelanja lebih atau boros..
tapi kerana memikirkan ahli keluarga aku yang raaammaaiii bangat!
hahha
tu belum masuk kawan2 aku lagi..
adoila..aku xberani nak kira bape banyak aku shopping hebat sangat tu..
karang kira-kira,terasa bersalah teramat pulak..huhu

hurm,
rindu kat keluarga
syukur sangat2 aku dapat beraya di malaysia thun nie..
temankan mak yang keseorangan.
alhamdulillah,, tahun ini memang tahun yang akan diingati sampai bile2..
banyak peristiwa berlaku dan aku alhamdulillah, masih mampu bangkit dan tersenyum.. syukur pada Allah.. apepun,
pasti ade hikmah kan disebalik ape yang berlaku

so, sebagai hamba kita mesti yakin yang Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita.

apa yang berlaku pun memberi kekuatan dan mematangkan diri insyaAllah..

hurm, aku akan stop blogging untuk 2 bulan nie insyaAllah..
sebabnye aku tiada internet di rumah. kalo rajin, g cc je la..

tengoklah camne
apepun,
blog ini akan terus menceritakan
perjalananku...
mencari redha Ilahi..
insyaAllah..

malaysia, i'm back!!



alhamdulillah..

"maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan..
sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.."

al-insyirah:56


salam alaik..

Friday, July 10, 2009

wa innallaha lahuwa khairurraziqin...

dan sesungguhnya Allah adalah pemberi rezeki yang terbaik...


sepanjang musim exam nie, ditakdirkan aku membaca surah al-hajj. banyak sangat ayat2 dalam tu yang membuatkan hati tersentuh.. dan aku paling suka ayat ini..

dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah,
kemudian mereka terbunuh atau mati,
sungguh, Allah akan memberikan kepada mereka rezeki yang baik
(syurga).
dan sesungguhnya Allah adalah PEMBERI REZEKI yang TERbaik..


dan


sungguh, Dia (Allah) pasti akan memasukkan mereka ke tempat masuk(syurga)
yang mereka sukai..
dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Penyantun..


dan


demikianlah, dan barangsiapa membalas seimbang dengan (kezaliman) penganiyaan yang pernah dia derita kemudian dizalimi (lagi), pasti Allah akan menolongnya.
sungguh Allah Maha Pemaaf, Maha Pengampun..


dan


demikianlah, kerana Allah(kuasa) memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam, dan sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Melihat..


dan


demikianlah,(kebesaran Allah) kerana Allah, Dialah(Tuhan) yang Hak. dan apa saja yang mereka seru selain Dia, itulah yang batil,
dan sungguh Allah, Dialah Yang Maha tinggi, Maha Besar..


dan


tidakkah engkau memerhatikan bahwa Allah menurunkan air(hujan) dari langit, sehingga bumi menjadi hijau?
..sungguh, Allah Maha Halus, Maha Mengetahui..


milikNya lah apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi.

dan Allah benar-benar Maha Kaya, Maha Terpuji..


(surah al-hajj:58-64)




sedapnya ayat-ayat ini..dan kalau nak berdoa pun, afdhalnya seru nama Allah yang 99 tu.. sedap skit doa yang dibaca.. dan sedap juga pabila didengari.. memang kalau diperhatikan banyak sifat2 Allah disebut dalam ayat2 diatas..


dan,


alhamdulillah...Allah memang pemberi rezeki yang terbaik!
yakin, usaha dan tawakal yang datang daripada-Nya telah membuahkan hasil yang sangat bermakna..
ya ALLAH, tak terlafaz rasa syukur yang dirasai sekarang. hanya Kau lah yang Maha Mengetahui.. syukur padaMu ya Allah~

dan alhamdulilllah, aku dapat balik Malaysia kali ini.....tanpa sendu di hati

Sunday, July 5, 2009

perjalananku...

teruskan..
jangan sampai putus asa singgah dalam hati..
jangan biar penat ini menghancurkan impian yg tersimpan


jangan biar ada putus asa dalam hati..
jangan..

Ya Allah, Ya Tuhanku
sesungguhnya aku berlindung denganMu
dari hati yang tidak khusyu'
dan ilmu yang tidak bermanfaat
dan nafsu yang tidak pernah puas
serta doa yang tidak dikabulkan..
aku berlindung denganMu dari 4 perkara tersebut..

amein..


jangan sampai putus asa datang dalam hatiku, Ya Rahman...

Wednesday, July 1, 2009

MARI AMALKAN~

doa Rasulullah s.a.w.




sedapnya..subhanallah..
Photobucket