Saturday, May 9, 2009

tarbiyah dari ALLAH..





bertabah, insyaALLAH..
thanx erma~
quote this from you..



pengisian yg aku hadiri semalam membuka mata~

"..dan untuk penuhi perintah TuhanMu, maka bersabarlah.."

"..manusia selalu bimbang pada banyak benda yang belum tentu dia miliki lagi.. sedangkan benda itu telah ditetapkan oleh ALLAH sejak di luh mahfuz lagi.."



"..zikirlah membilang dosamu setiap hari.." -Ibrahim Adham


Allah berfirman:

" bukan melakukan dosa itu membuat AKU benci pada kamu, tetapi akibat berterusan dalam berbuat dosa itu membuatkan aku benci pada kamu.."

keyakinan pada ALLAH
bukan bererti,
kita mengharap ALLAH kabulkan permintaan kita
bukan juga mengharap,
ALLAH sentiasa bagi nikmat pada kita...
tapi
keyakinan pada ALLAH itu
dengan keredhaan dengan takdir yang ALLAH tentukan..
rasa bahagia
bila diuji
walau pahit untuk dilalui
kerana disitu..
air mata yang menitis
terasa nilainya
untuk menyiram panas api neraka
begitu indah tarbiyah ALLAH
teramat tersirat rahmat dan hikmahNYA
bila diuji..
sedarlah bahawa..
ALLAH sedang memerhatikan kita
sedar,
bukan mudah untuk mendapatkan perhatian ALLAH...
tersentak, terkedu...
bukan mudah mendapat perhatian ALLAH..
aku pernah sampaikan kata2 di atas dalam usrah..
tapi aku lupa ayat ini tatkala ujian melanda dan aku tenggelam dalam emosi..
ampunilah aku ya ALLAH..
namun, ALLAH ingatkan aku kembali
kepada hakikat hidup sebenar..
subhanallah..
aku masih lagi dalam perhatian ALLAH..
tetapkan aku pada jalan ini ya ALLAH...
tetapkan kawan-kawanku pada jalan ini juga ya ALLAH..
biar cinta dan rindu dalam hati kami ini hanya untukMU ya ALLAH..

No comments:

Photobucket