Salam alaik,
Macam mimpi pegang title tu 25 hari lepas. Macam tak sangka dah ada suami. Macam tak sangka. Memang tak sangka.
We are strangers before. Kenal hanya melalui borang. Kenal dengan tujuh kali perjumpaan yang singkat selama setahun empat bulan - berteman. Paling kurang ajak anak buah teman. Keluar pun atas tujuan nak setelkan hal-hal perkahwinan. Nothing much.
Berhubung melalui whatsapp dan gmail bersama dengan dua peneman. Not even a smiling face emoticon pernah keluar dalam whatsapp tu. Dan whatsapp tu pun hanya berfungsi bila diperlukan. Bukan setiap hari. Bukan setiap masa dan ketika.
Bercinta? Katanya dia dah jatuh cinta dalam pertemuan ketiga. Aku? Hehe.. Mana boleh buka rahsia! Tapi kalau tak cinta, masakan aku boleh terima dia? Cheewah.
Perkenalan yang sekejap ni memang mengundang banyak persepsi. Positif dan juga negatif. Tak dinafikan, hati ni pun berbolak balik. Ragu-ragu? Usah kira berapa kali hinggap kat ruang rasa. Tapi satu saja yang aku yakin, kalau benar dia untukku, memang dia akan jadi milik aku. Kalau usaha yang aku lakukan hanya 10%, maka yang selebihnya aku serah pada Allah bulat-bulat. Tawakal. Sebab Dia yang mengaturkan hubungan. Bukan atas sebab usaha kami. Dia yang menyatukan hati-hati. Dia. Hanya Dia. Allah.
Teringat kata-kata yang aku pernah terima..
"Ko yakin ke dia sukakan ko? Macam tak minat je tengok.."
"Korang ni bercinta ke? Bila berjumpa cakap pun tidak.. pelik betul"
"Hari ni hari jadi ko, dia wish tak? Ade bagi hadiah?" -(of course la tidakk >.<)
"Ko kenal ke dia ni? Pilih betul-betul la.. Nanti menyesal."
dan lain-lain..
Aku hanya pekakkan telinga dan senyum.. Jalan ini yang aku pilih kan? So kena hadap la. Kalau ade idea, aku menjawab la jugak kadang-kadang. Haha. U know me. Tapi memang setiap komen akan aku ambil kira juga. Tak pandang sebelah mata saja.
Setiap pilihan pasti ade risikonya. Pasti ade kelemahan dimana-mana. Nobody perfect, right? Aku pun ade kekurangan dan kelemahan. So, mindsetting kena betul dan jelas. Kalau dia ade kekurangan, aku pun ade kekurangan so we will complete each other to be perfect. Right?
Senyum.
Sooo, sekarang dah lepas ujian sebelum berkahwin. Sekarang kena lalui ujian dalam perkahwinan pula. Untuk keberjayaan hubungan ini, kena ade usaha dari kedua-dua pihak. Kena ade kesefahaman dan kepercayaan. Mutual understanding.
Dan kini kami masih lagi meneruskan taaruf kami yang masih banyak lagi.. Setiap hari pasti ade pertanyaan dari dia. Dan itu membuatkan aku lebih peka tentang keperluan dan kehendaknya.
Well, aku dah dapat comments dari dia.. Less expression. Hihi. Dia tak dapat nak tahu aku sedih ke, gembira ke. Sebab selalu komen aku, "ok, je.."
Hihihi.. Kalau yang kenal aku, memang tahu typical Saakella bagaimana. Less emotion. Less expressive. Cam tu je dia. Cool je.. (berlagak cool sebenarnya.. :D)
Huhu.. what to do? So lepas ni dah kena beritahu apa perasaan so that he won't assume. :P
Dalam jangkamasa yang singkat, kami dah jadi terlalu rapat. Sampai nak berpisah pun susah. Alhamdulillah Allah masih beri peluang pada kami untuk selalu berjumpa. Sorang di Johor, sorang di Klang. memang jauhla kan..
Tapi, alhamdulillah a'la kulli haal. Perpisahan itu memberi ruang kepada kami untuk adjust kehidupan baru kami. Nak stabilkan kehidupan dengan tuntutan-tuntutan yang ada.. Kerjaya, tanggungjawab dengan keluarga, sebagai suami isteri, dan lain2.
Aku sangat bersyukur dengan ade suami seperti dia. Harapnya dia pun begitu. Masih banyak lagi yang kena belajar untuk jayakan hubungan ini sampai syurga. Ya, sampai syurga. Sebab matlamatnya disitu, insyaAllah.
Sekarang tengah basah dengan hujan cinta. Opss..
Bercinta selepas nikah itu indah, tahu? Semuanya adalah pahala!
So, say a BIG NO to couple!
coupling2 ni hanya dosa je yang mengalir.. rugi~ Hanya bezanya akad saja..
So, cepat2kan akad nikah. Yang perempuan mudahkan, yang lelaki usahakan.
Lepas tu dah boleh bercinta sampai syurga~
~Solemnization Athir & Kella~
Di hati ini, Hanya Tuhan yang tahu~ :P
Athir <3 kella="" p="">
3>
Ya Allah, berkatilah hubungan kami..
*****
"So, kenapa Surah Al-Qalam?" Soal dia selepas beberapa hari kahwin. Aku baru teringat pernah memintanya hafal satu surah untukku. Dan surah pilihanku ialah Al-Qalam.
"Oh.." Aku tersenyum.
"Untuk ingatkan saya bahawa bukan satu kegilaan la bila kita ni tak bercinta sebelum kahwin. Tak seperti yang orang biasakan, couple, dating, calling2 semua tu... Dan... untuk ingatkan kerja sebenar kita, matlamat sebenar perkahwinan kita.."
Aku pandang dia. Senyum.
3>
29/8/2015 --->till syurga insyaAllah
Ya Allah, berkatilah hubungan kami..
*****
"So, kenapa Surah Al-Qalam?" Soal dia selepas beberapa hari kahwin. Aku baru teringat pernah memintanya hafal satu surah untukku. Dan surah pilihanku ialah Al-Qalam.
"Oh.." Aku tersenyum.
"Untuk ingatkan saya bahawa bukan satu kegilaan la bila kita ni tak bercinta sebelum kahwin. Tak seperti yang orang biasakan, couple, dating, calling2 semua tu... Dan... untuk ingatkan kerja sebenar kita, matlamat sebenar perkahwinan kita.."
Aku pandang dia. Senyum.