Salm alaik,
Ada dua situasi yang berlaku pada aku yang membuatkan aku berfikir panjang.
Situasi pertama: Tengah membawa motor bersama emak tersayang balik dari rumah terbuka dengan asyiknya menghirup udara nyaman.. tetiba ade seorang mamat bermotosikal juga(atau lebih tepat berskuter seperti daku) memotong skuterku yg memang dibawa perlahan sesuai dengan gaya menikmati alam tu. Owh, part potong tu aku langsung tak kesah.. Cuma yang aku kesahkan ialah haruman yang dia pakai tu!. Mak aii, pakcik! ni gaya nak pikat aweks motor alaf baru ke? punyerlah harum! sampai laluan yang aku lalu lepas mamat ni lalu memang bau dia sorang! Aku tak marah, tapi sebaliknya terkekeh2 gelak sampai mengundang seribu tanda tanya dikepala mak aku..hehe.. lawaklahh.. kot ye pun nak pakai perfume, biase2 sudahlah..sampai dibawa oleh angin bayu nie kenapa.. huhu..
haila, mat moto, mat moto..
Situasi kedua: Aku di dalam bas yang ber'air-cond' yang boleh dikatakan bukan air-cond sebenarnya sebab tiada kesan penyejukan pun yang aku rasa. hee.. ok, tu aku tak kesah lah. yang aku kesahkan dan sangat2 marah dalam ati ni bila ada seorang makhluk tuhan tu yang tak berperikemanusiaan langsung merokok didalamnya!? apekejadahnya pakcik oi merokok dalam bas yng berair-cond.. kot ye pun bas ni xde orang penuh sampai kebelakang tapi tak pernah ditulis dalam mana2 tempat dibenarkan merokok dalam tempat yang ber'air-cond'! dan kalau nak tahu, hidung daku ni memang dicipta khas utk mengesan bau yang tak sepatutnya ni. sebatu orang merokok I dah boleh detect taw..
Hanya benci dalam hati sajalah. kalau ikut keberanian ade je, cuma risaukan keselamatan diri sendiri saja yang membuatan aku tak jadi nak tegur. Dahlah bermusafir jauh keseorangan.. bahaya2.. lalu aku menutup hidung dengan bucu tudung saja sambil menyatakan kegeraman dalam hati..
Nak dijadikan cerita, adela seorang mamat tu tahan bas. (owh, bas aku ni bas tumpang) Soaku dah berbunga2 dah hati, sebab bila ade penumpang naik, pintu bas akan terbuka. jadinya dapatlah aku hirup udara yang segar diluar sana barang sebentar..
Tapi rupanya ALlah bukan saja bagi bernafas seketika, bahkan Allah siap hantar lagi haruman yang aku rasa bersyukur sgt2 taw..agaknya mamat tu cam tau2 je hidung aku ade masalah, dia duduk pulak depan aku.
ok2, jangan fikir yang bukan2.. saya tahu ade peribahasa dari mata turun ke hati tapi tiadalah pulak dengar dari hidung turun ke hati.. so, insyaAllah, jiwa saya selamat dari godaan yang taksepatutnya.. eheh
Pernah tak rasa ada ketika kita tak kisahkan persekitaran kita. Asal aku baik cukuplah. Bila kita rasa kita cukup 'wangi', kita tak hairan pun dengan wangian orang lain sebab kita dah cukup 'wangi'.. tapi kita sebenarnya kena ingat, walaupun kadang2 kita wangi, tapi bila dahdicemarkan dengan bau busuk yang lebih berkuasa, kita akan busuk juga akhirnya..
Dan amat penting masa kita busuk itu, kita perlukan seseorang yang boleh 'wangi'kan kita kembali.
eheh, boleh faham ke analogi wangi dan busuk ni?
Ada orang dapat tarbiyah, ada orang yang tidak. Pernah terbaca satu petikan dalam maalah JOM! baru2 ni yang kata:
Seorang yang jahat boleh hidup dalam lingkungan orang2 yang baik, tetapi orang yang baik belum tentu dapat survive dalam lingkungan orang jahat.
PErcaya tak? Percayalah kerana ia berlaku. Walaupun kita rasa kita dah wangi dengan tarbiyah yang kita dapat, tapi percayalah kebusukan jahiliyah diluar sana lagi hebat drp wangian kita. justeru kita kena selalu wujudkan persekitaran yang wangi.. bukan kita sahaja yang wangi, kalau boleh mak, ayah, abang, adik, kakak, jiran sebelah rumah, semua kita nak dyorang wangi.
Wangi tu bukan suruh pakai perfume ye.. Tapi wangi yang datang drp iman yang segar bugar dek mendapat tarbiyah dan mengenal hakikat diri sendiri. Itulah wangian yang sebenarnya.
Bukan nak cakap orang yang dapat tarbiyah tu wangi dan yang tak dapat adalah sebaliknya.. taakk.. nehi3.. Tarbiyah itu bila kita terdidik dalam satu sistem yang berlandaskan Aq dan sunnah. So apa2 yang anda rasakan yg anda buat berlandaskan 2 manhaj utama tu, maka anda ada unsur tarbiyah tu dalam hidup anda. cuma kalau nak lagibetul tarbiyah ialah bila anda terjebak dalam usrah dan daurah.. hehe, tu lagi kaw2 punyer..
wangi tu analogi sahaja.. sebab jahiliyah luar sana memang terang2 busuk taw,, so lawannya kepada busuk tu, wangilah kan.. jadi, just nak ajak semua orang lah utk jadi wangi..
sekali lagi, bukan pakai perfume taw.. tapi wangi kerana iman dalam hati..
wallahualam,
JoM jadi wangi! :