Tuesday, September 10, 2013

Anthem


Syahadah.
Saksi.
Anthem.
Mujahadah.
Faith.
Fitrah.

Ah, terlalu banyak. Terlalu banyak 'intipati'nya. You describe it. Feel it. They are well-blend and mixed jadi sebuah cerita tentang kehidupan yang aku sendiri merasainya.

Aku, mungkin bukan seteruk Si Dashing Dania yang pernah hidup dengan segala macam jenis budaya luar sana yang orang kita panggil westernized tu. Punk, Gothic, dan entahapaapa lagi yang segeng dengannya tu, segala puji bagi Allah lah aku tak terjebak. Namun untuk katakan diri dah cukup lengkap baik tu taklah. Pakai je tudung, solat je lima waktu, Al-Quran masih dalam list everyday atau at least every 3rd-4th day. But having mixed with other that-is-so-called Jahiliyyah tu, yup I did it.

Minah Hindustan yang satu ketika dulu pernah ulang tayang cerita Mann berpuluh  kali sampai boleh hafallah Amir Khan dan Manisha Koirala tu nak cakap apa. Lagu dan tarian pulak, jangan cakaplah. Tell me, mana satu nak dinyanyi? I can give you full lyric! Seriously.

Yang akan duk melangut tanpa gerak depan TV bila start je cerita dari negara yang berbahasa Urdu tu walau cerita yang ditayang dah berkali-kali tengok.

Yang boleh hafal lagu dalam filem tu dengan sekali tengok?

Yang kalau 'humming' lagu pun lagu rentak gaya tu jugak?

Yang tak boleh nak bersemangat nak study once tak dengar satu lagu feveret tu. (opss, ni rahsia peribadi nih)

Everybody has a past.
Everybody lives a present.
Everybody deserves a future.

Seriously dulu tak rasa benda tu salah. Tak rasa benda tu Jahiliyyah. Sebab semua orang tengok? Sebab TV3 yang tayang cerita hindustan tu every Saturday?

"Wrong is wrong even if everyone is doing it. And right is right even if you are the only one doing it."

True. Benda ni boleh kukatakan dah jadi darah daging aku, my supplement, my hiburan hujung minggu, my penyedap telinga.

But really, wrong is wrong even if everyone is doing it.

Dan nak meninggalkan benda yang dah jadi darah daging ni, dah jadi isi dengan kuku ni bukan senang. Mujahadahnya bukan sehari dua.

"The chains of habit are too light to be felt until they are too heavy to be broken."

Gelaklah bila aku kata susah nak tinggalkan lagu2 dan cerita2 hindi ni. It's similar like those with Korea's, English's, drama's etc, etc.. Even ade aku dengar yang jenis kemaruk cerita Indonesia dan lagu2 depa.

Not all of them are Jahiliyyah. But once you are too relying with them that makes you forgeting Allah, and seems like they are not to increase your iman, they are Jahiliyyah. Tengok hindustan menambahkan iman? meh, beri daku tajuk cerita tu.

Jahiliyyah is everything that is not Islamic. Jahiliyyah adalah apa-apa yang bukan Islam.

Dan yang paling-paling utama adalah, jahiliyyah dengan Islam takkan mungkin bersatu. Takkan mungkin satu arah. Once you go to Jahiliyyah, you are getting far from Islam. And vice versa. Jahiliyyah dan Islam berada pada arah yang bertentangan.

Syahadatul Haq. Penyaksian atas kebenaran. Benda ini yang aku dapat yang buatkan aku kenal balik Islam tu. Kenal balik aku yang sebenarnya. Hamba dan Khalifah. Nikmat yang sampai sekarang aku syukuri. Jujur.
Kesedaran yang tak semua orang dapat. Tak semua orang appreciate.

It's not easy. It's aint easy. Ia perlukan mujahadah yang berterusan. Berapa kali aku try buang semua lagu hindi dari lappy. Dua tiga tahun pun masih ade satu dua. Redownload. (Tapi alhamdulillah sekarang da takde) Takde kat lappy bukak kat youtube. It's never be easy. Just like Dash, Trisy, Addin dan segala watak yang pernah Hlovate tulis dan karangkan. Yang menelan segala kepahitan hanya untuk meninggalkan dunia masa lampau yang hitam pekat.

Mujahadah, berusaha. Sebab Allah lihat usaha, bukan natijah.

Alhamdulillah, Allah sajalah yang buatkan aku terlepas dari rantai-rantai yang membelenggu aku satu ketika dulu. Kalau ikutkan diri sendiri, huh.. takdenye la hai..

There's always  first step in everything. Try. Change. One thing at one time. 

I told you it never been easy. Ia tak mudah seperti kunyah chewing gum. But once I repeat. Allah lihat usaha, bukan natijah. Sejauh mana kita nak dekat kepadaNya, that matters.

I don't say today I'm good enough. Still banyak lagi nak kena baiki, brush up lagi. Menjadi practical Muslim di negara yang bukan beragama (but kat malaysia pun kan) ia sangatlah memerlukan mujahadah yang hebat. Orang lihat dari semua sudut. Kat Malaysia pun tak semua orang boleh terima kita berubah camni. But Allah will help, so don't worry.

Teringat time balik summer dua tahun lepas, kakak aku usha pelik aku.

"Aik, ko tak tengok hindustan ke? on TV now."
"Bukan waktu-waktu ni ko ade kat depan TV ke? Sabtu kan?"

Dan aku hanya menunjukkan sengihan yang tak berapa nak penuh tu pada mereka.. Bukan sekali dua.

But by time, dyorang boleh terima perubahan diri ni. And you know what, sangat touching taw bila Haikal dalam cerita Anthem ni jugak kembali kepada fitrah selepas melihat perubahan Dash. Rasa macam nak menangis part ni. Itulah perasaannya bila kita lihat orang lain pun dapat kefahaman yang kita dulu pernah dapat. Uninterpreted.

Doaku, agar keluargaku pun diberi peluang untuk merasai keindahan kembali kepada fitrah tu. Moga Allah pilih kami untuk memahami agamaNya dan tsabatkan hati kami di jalanNya...

InsyaAllah..Allah's will.

Monday, September 2, 2013

Kesetiaan 2

Assalamualaikum warahmatullah,


Daku disogok dengan beberapa peristiwa kecurangan sang suami terhadap si isteri. Kisah beberapa orang yang aku sangat dekat dan kukenali. Poligami, cerai. Kisah-kisah ini hampir mencemari pemikiranku. Hampir membuatkan aku takut untuk bercinta, gerun untuk berumahtangga.. Tiada percaya pada insan bergelar lelaki.

Pernah suatu hari berbual dengan seorang teman tatkala terlihat seorang lelaki tua yang sedang menyorong kerusi roda, dimana sang isteri yang tua bongkok ditempatkan. Sang isteri hampir tak nampak mukanya kerana terlalu bongkok badannya. Bahkan sang suami juga tidaklah begitu kuat untuk menolak kerusi roda tersebut namun terpancar kasih sayangnya buat sang isteri. Pemandangan ini sebenarnya tak asing bila berada di negara bekas jajahan komunis ni. Anda akan ketemunya dimana-mana. Mereka yang sudah tua masih berjalan bersama, berpegangan tangan. Romantis.

Owh, apa yang kami bualkan? Temanku berkata, "Dyorang ni sangat mengkagumkan. Sangat setia, walaupun sebenarnya tak ada yang 'mengikat' mereka, kan?" Daku menganggukkan kepala mengia.
"Padahal kita cerai-berai, berantakan rumahtangga..sedangkan jalan kita lagi benar, perkahwinan kita lagi diterima Allah.." 
"Sepatutnya negara Islam perlu ada contoh macam ni kan? Setia, saling menjaga..bla..bla.."

Yup, time tu hati terfikir. Dyorang ni ade banyak watak Islam. Hanya bukan pelakunya Islam. Kalau jadi Islam ni, konfirm lulus serba-serbi ni. Malu sendiri bila lihat akhlak mereka lagi mulia berbanding kita.

Berbalik kepada soal setia tadi, ye, dyorang pun lulus jugak. Walaupun tiada yang mengikat dyorang sebenarnya, tapi depa sangatlah setia. MasyaAllah.. Kagum2..

Kalau diikutkan setia tu bukanlah dengan tidak menduakan, seperti dalam kisah di Kesetiaan 1 yang lepas. Tapi bila kita menempatkan hakikat setia itu dari pandangan iman dan taqwa, ia hanyalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Ah, begitu sulit untuk menginterpretasikan maksud sebenar setia. meh daku copy-paste balik apa dy dalam post lepas.

Setia yang benar menurut penilaian iman dan takwa ialah menjadikan syri’at ALLAH dan keredaan-NYA sebagai sebab unggul atas kemungkinan segala-galanya.

Haa, macam mana tu? Hurm, daku pun tak tahu. Tapi kesimpulannya ialah kita setia bila hanya ia mengundang redha Allah. Kita setia bila hanya itu saja jalan menuju taqwa.

Memang sakitlah bila orang khianati, curangi kita. Tambah2 lagi orang yang dah berpuluh tahun kita hidup dengannya. Tapi kalau kita yakin akan qada'-qadar Allah, dan bukan sebab sang suami je yang menggatal, mudah-mudahan Allah kurniakan kita payung emas di syurga nanti atas kesabaran kita.

Setia is subjective. It's only you that can describe it. So describe it in the way Allah sees it.

Moga kita setia pada yang satu, iaitu pada Allah semata.


p/s: nak suami yang setia! :P





Kesetiaan 1


Assalamualaikum wbt,

KISAH SETIA
“Ukhti tahu makna setia?” Saya bertanya. Alang-alang dia menyebut tentang setia, mungkin berbicara tentangnya dapat membuka mata dan jiwa.

Dia memandang tepat ke anak mata saya sejurus soalan itu ditanya. Seakan sedikit terkejut dengan soalan yang tiba-tiba.
“Bagi saya, setia ialah tidak menduakan. Kasih dan sayang hanya pada yang satu, tidak terbahagi ke sana dan sini.” Tulus jawapan yang dilontarkannya pada pendengaran saya.

”Kalau kakak katakan itu bukan maksud yang tepat untuk setia, bagaimana? “ Sekali lagi saya mengasak dengan soalan yang tidak diduganya. Kali ini dia diam, tidak terus memberikan pandangan.
“Kakak katakan, maksud yang ukhti nyatakan tadi hanyalah setia dari sudut emosi dan perasaan semata, kerana ia satu keinginan normal yang diimpikan ramai pencinta tapi ia bukan maksud sebenar setia dalam ertikata iman dan takwa.” Saya cuba menjelaskan seringkas mungkin.

Mendengar itu, matanya dikecilkan, dahinya dikerutkan.
“Saya tak faham kak….” Tepat tekaan saya. Dia mahukan penjelasan lanjut tentang setia!

“Cuba ukhti dengarkan dulu kisah menarik ini…” Saya menyambut kata-katanya dan mula bercerita.

WANITA TABAH
Sungguhpun jiwanya pedih saat mengetahui perkahwinan kedua suami, namun dia menerima dengan pasrah segala ketentuan Yang Maha Esa.

Sedangkan…..

Setiap saat guruh di langit berdentum hebat, tika bumi hampir bah ditimpa hujan lebat, dia memandang ke langit yang tinggi, menadah tangan ke hadrat ILAHI agar suami yang jauh dari mata kerana bekerja di perantauan selamat dan terpelihara dari sebarang bencana.

Bila ditanya mengapa dia pasrah menerima semua itu, dengan tenang dia menutur bicara :

“Kerana bernikah lagi secara sah menurut hukum agama, bukanlah satu perkara aib.”

Orang yang mendengar agak kehairanan lalu dia diasak lagi dengan persoalan yang menyentuh riak rasanya sebagai seorang wanita. Sekali lagi, dia menjawab dengan jiwa kental seorang muslimah mukminah solehah :

“Selama ini saya tidak lelah berdoa kepada ALLAH, memohon supaya suami dipelihara oleh-NYA…lantas, bila mengetahui suami berkahwin lagi, membuatkan saya berfikir, jangan-jangan…..dengan suami bernikah kedua kali ini, adalah cara ALLAH mengabulkan doa saya, menjaga suami dari melakukan maksiat, atau supaya suami saya ada yang merawat nun jauh di perantauan sana…”

SubhanALLAH!

ITULAH SETIA
Saya menjeling sekilas ke wajahnya. Kolam air matanya kembali bergenang usai mendengar kisah seorang isteri yang tabah, cekal dan berjiwa besar itu tadi. Kisah yang selalu saya ulangi setiap kali berbicara tentang poligami. Ia satu sisi indah kehidupan penuh misteri ini yang hanya mampu difahami, dicerna dan diterima oleh jiwa yang benar-benar menyerahkan baik buruk perjalanan hidupnya kepada kebijaksanaan ALLAH SWT dan aturan takdir-NYA. Individu sebegini mengerti bahawa usahanya tertakluk kepada qada’ dan qadar ILAHI jua, tidak terkeluar walau seinci pun dari qudrat, iradat dan ilmu-NYA yang tidak terbatas.

Saya menepuk lembut belakang tubuhnya. Dia menundukkan kepala. Manik-manik jernih mula jatuh, melebar dan membentuk ruang tersendiri di lantai tangga tempat kami berbicara. Tangisannya sedikit pecah dengan sendunya yang menusuk hati wanita saya.

Mata saya turut basah…

“Ukhti, wanita di dalam kisah kakak tadi menunjukkan contoh setia yang luarbiasa. Dia tidak menyalahkan sesiapa pun di atas semua yang terjadi. Sebaliknya dia menggunakan mata fikir dan mata hatinya sehingga diperlihatkan ‘hikmah’ mengapa berlakunya perkahwinan suami yang dikasihi. “ Saya menjelaskan.

“Tapi kak, di mana nilai setia yang kakak katakana itu? Saya masih kabur….” Perlahan dia mengangkat kepala dan bertanya. Situasi itu amat menggembirakan saya.

“Dik, setia sebenar bukanlah tidak menduakan. Jika sekadar itu maksud setia, bagaimana pula perkahwinan Rasulullah SAW dengan beberapa sahabiah terkemuka selepas kewafatan Khadijah. Adakah baginda tidak setia?

Setia yang benar menurut penilaian iman dan takwa ialah menjadikan syri’at ALLAH dan keredaan-NYA sebagai sebab unggul atas kemungkinan segala-galanya. Hati isteri mana yang tidak terluka dengan apa yang berlaku, tetapi dia melihat sisi lebih positif iaitu melihat perkahwinan suaminya sebagai cara ALLAH memakbulkan doa-doanya agar memelihara keselamatan agama dan iman suami. “











Wednesday, August 28, 2013

Travelog Jordan 1

Salam alaik,

Tadaa... ni la yang sebenarnya aku nak kongsi disini.. lama dah tersimpan memori di Jordan, hampir hilang dari ingatan ni disebabkan space dalam kepala kena kosongkan untuk exams.. Hee..

Tapi orang kata kalau memori tu ia akan tetap jadi memori la unless kau dapat retrograde amnesia yang hilang semua past history dalam hidup.. Haa, tu kalau nak derive balik tu susah nak jumpe..

Hurm, baiklah.  Alhamdulillah, Allah berikan daku kesempatan untuk berjaulah ke bumi anbiya' Jordan walaupun dalam kesesakan waktu yang membuatkan dada tercungap-cungap menghabiskan larian batton exams yang tak mau putus2 tu.. Tapi benarlah, waktu tu ade je, cuma kitalah kena guna wisely dan berani ambil risiko. Daku suka risiko2 ni tapi lepas tu kena tanggung sendiri la apa-apapun akibatnya.. :P

Keputusan yang diambil awal March tu dimulakan dengan sembang-sembang rindu dengan kawan daku kat Jordan tu.. Ainul, dia post satu gambar jualan buku 'kot Putih' karya student medik kat sana. Aku bab-bab novel ni memang rajin terlebih skit, padahal buku medik bersusun kat rak tu bukaknye tidak.. ehe.

Ingat nak beli buku. Sekali terbeli tiket ke Jordan. eh? Akhirnya rancangan yang pada awalnya hanya bualan kosong menjadi realiti bila aku dimudahkan oleh Allah, lepas exam internal buat kali kedua pada penghujung bulan April.. Kali kedua tau. >.< Tekad aku untuk keluar sebentar dari kesesakan lalulintas di Czech ni ha.. Penat tau study.. Dan penat juga untuk benda lain. Nak larikan diri sebenarnya.. hehe :P nakal saakella ni.

Seorang. Yup, seorang diri berjaulah. Tak tau jugak boleh ke dipanggil jaulah camni. Tak cukup syarat. Huhu. Tapi tu la nak katanya aku ni memang tekad sedikit orangnya. (eh, ke degil?) Mana ada degil.. Ni orang kata kalau buat keputusan tu, dia tak ubah-ubah dah. Ha.. camtula..

Dengan menempah pesawat dari Turkish Airline, daku bertolak dari Prague tepat pukul 7.15petang 13 Jun 2013 menuju ke Istanbul. Dua hari sebelum bertolak termimpi-mimpi tertinggal pesawat. Risau gakla sebab dah sorang-sorang. Kalau terlepas sapa nak pergi hantar pulak kan.. Tapi Alhamdulillah, semua dipermudahkan Allah.

Tiba di Jordan pada pukul 5.15 pagi keesokan harinya. Lama beratur nak siapkan visa semua tak sedar yang kawanku dah lama menunggu di luar. Nampak saja kelibat Ainul, aku dah nak menjerit. Nampak Maisarah pula rasa macam tak percaya. waaaah, terharunye tengok dyorang ni!! Sanggup ambil aku di airport (tapi yelakan, dah aku paksa depa amek sebab sorang2.. ) walau pagi lagi kat sini.  Dah lama kot tak jumpe dyorang ni! Sejak habis SPM aritu rasanya.. masyaAllah, dah 7 tahun weh, tak jumpe depan2..

Dah nak grads dah depa berdua ni.. Kami sambung sembang dalam kereta pula. Depa sewa kereta ke airport tapi ade driver la.. Ape ntah dyorang panggil kereta sewa ni, aku lupa da. Farsis? Alamak, lupa. Takpelah. Tapi kira camtu la.. Kat sini sama ada naik teksi, kereta sewa atau cam van kecil/ bas kecil. Kira mudahla pengangkutan kat sini, and dyorang kata cam bolehla bayarannya pun. Tapi dulu katanya lagi murah, sekarang dah naik. Biasalah, minyak petrol naik..

Ainul dan Maisarah duduk di Irbid. So, dari Airport Amman ke Irbid adalah makan dalam satu jam lebih. Aku sampai tertidur sebab letih sangat ber'qiamullail' di airport. Mahunya tidak, dah sorang-sorang, mana berani nak tidur. Huhu..

Kami rehat sebentar di rumah sebelum ke gerai makan untuk breakfast. Dapat la rasa falafel(kacang hijau yang dikepal2 bulat), humus(kacang kuda hancur bersama olive),roti arab dicicah dengan daging masak black pepper dan teh mint yang pekat piaw..Baek punya.

Kat Irbid ni ramai je Igop yang lain. So, teringin je la jumpe Aisyah, Ilmi semua. Alhamdulillah, dapat jumpe dyorang sepanjang berada disana.

Petang tu plannya ke Jerash, satu bandar peninggalan Rome yang luas dan dipenuhi dengan batu-batu seni bina zaman tu. Panas mentari tengahari tu seakan membakar wajah tapi melihat seni bina tamadun tu sedikit sebanyak memberi kepuasan dalam diri. Daku ni orangnya suka lihat alam dan museum, jadi bila ade dua gabungan ni di Jerash, memang layan habislah..

pintu masuk Jerash..(dari dalam)

dalam tu ade padang besar tempat perhimpunan.. mungkin lumba kuda?

dyorang banyak sngat binaan coloseum ni..

Pintu masuk Jerash (dari luar)

pemandangan kat dalam..



Alhamdulillah, puas bergambar.. Katanya zaman Umaiyah, Jerash dikuasai oleh tentera Islam.. dan zaman Turki uthmaniyyah pula dibina masjid kat sini.. Luaaass sangat kawasan ni. Penat berjalan! Teringat Ainul kata padaku " Ko nak tangkap gambar ni tak?..Ni? ...Ni? ...Meh aku tangkap gambar ko.."

Kesian dia melayan aku.. Aku memang tak bergambar sangat. Suka lagi tangkap gambar. Tapi sebab dia nak jugak, aku pun tak kisah saja. Tapi bila diingat kembali, ada untungnya tau gambar kita kat tempat tu. Baru feel.. :)

Malam tu ade satu talk dari seorang syeikh ni di Syuwayleh (antara Amman dan Irbid). Daku tanpa memikirkan kepenatan diri, nak jugak join sekali. Pergi bersama aisyah. Padahal sepanjang talk tu aku tak faham pun (haha). Ate, kalau bahasa english aku boleh la faham.. Ni, arab! Tapi bolehlah tangkap sikit2 menggunakan basic bahasa arab yang aku belajar Form 3 dulu..Nak tanya kawan sebelah macam dyorang pun try nak catch up apa yang syeikh tu cakap. Macam mengganggu pulak. Tapi takpelah, daku nak merasa berada di dalam majlis ilmu di bumi Jordan ni je. Tambah-tambah lagi senang nak jumpe tok syeikh2 kat sini. Bestlah dyorang ni! beruntung!

Tak sangkalah pulak kan Allah beri peluang jumpe syeikh ni. Syeikh Hamam, penulis buku Qawaid Dakwah. Ni pun dah merupakan satu nikmat. Hati berbunga di bumi Jordan untuk hari ni. ya Allah, ni baru hari pertama, apa lagi agaknya kejutan untuk hari-hari esoknya?


bersambung...





Lembutnya Akhawatku



Lembutnya akhawatku.




Lembutnya akhwatku,
Kerana kelembutannya aku terpaku
Terasa kasar segala perbuatanku
Melihat mereka aku jadi malu.

Lembutnya akhwatku
Cantik budi bahasa, baik tingkahlaku
Sejuk mata melihat senyum selalu
Jika didunia merekalah ratu.

Lembutnya akhawatku,
Kerana mereka dihiasi malu
Walau sifatnya wanita memang begitu
Namun ada bezanya pada akhawatku.

Lembutnya akhawatku,
Tidak lepas mata bertamu
Melihat mereka hati tak jemu-jemu
Khudwah hasanah yang patut ditiru.

Lembutnya akhawatku,
Namun disebaliknya ada kekuatan padu
Yang bisa mengubah dunia ke alaf yang baru
Selangkah kaki dihayun seluruh alam bersatu.

Lembutnya akhawatku,
Pada mereka ada sesuatu
Bukan pada lunaknya suara merdu
Tetapi pada prinsip dan ketegasan yang jitu.

Lembutnya akhawatku,
Kerana kelembutan mereka, aku terpaku
Mengharap diri jadi selembut itu
Tapi aku tahu, tarbiyyah akan mengajarkanku..



p/s: da hampir setahun dalam simpanan.. baru tahu tak pernah publishkan kat mana2..
moga bermanfaat.

:)
Photobucket