Showing posts with label Puisiku. Show all posts
Showing posts with label Puisiku. Show all posts

Friday, August 1, 2014

Jika

Jika aku menyinta
Aku tak menyapa
Kubiar mata bertanya
Dalam jelingan tanpa kata

Jika aku menyayang
Aku tak pandang
Kubiar jiwa berdendang
Dengan suara sumbang

Jika aku jatuh hati
Aku tak berani
Dekat terasa duri
Semua tak kena serba serbi

Kerana itu
Aku masih sendiri
Bahasaku tak dimengerti
Istilah menjaga sudah dilupai

~
1 Ogos 2014
12.13 am
Raudhah

Sunday, March 2, 2014

Birthday






Hari ini
Aku berdiri lagi
Syukur menghuni hati

Mata masih melihat
Telinga masih mendengar
Lidah masih berbunyi

Kasih sayangNya menyapa
Dalam deru angin senja
Dalam dakapan ukhwah bersaudara
Dalam senyuman tulus bersapa
Dalam hati yang ada bahagia.

Hari ini,
Aku tersenyum malu
Pada kasih-sayangNya
Tiada putus-putus menerpa
Dalam ketawa dan duka
Dalam sendu dan senda
Atau dalam diam bersahaja.

Sungguh, aku malu padaNya
Lalu syukur terus merajai jiwa.

-12 Januari~

Bahagia



Kadang -kadang kita lupa.
Bersendiri ada bahagianya.
Berdua pun ada bahagianya.
Tapi, tak ada satupun bahagia itu datangnya dari manusia.

Tiada satupun.
Mereka hanya perantara.
Perantara, penyampai bahagia.

Dari sumber bahagia.
Yang satu saja puncanya.
Allah yang Esa.

Bahagia itu, Allah lah sumbernya.
Jadi, mahu bahagia, mintalah padaNya.

Rabbana aatina fiddunya hasanah
Wa filakhirati hasanah
Waqinaa a'dzaabannarr..

Kalau kita cari..



Kalau kita cari kepuasan
Dunia takkan beri
Kerana dunia tak cukup
Serba serbi

Kalau kita cari kebahagiaan
Manusia tak dapat beri
Kerana kasih manusia
Tak hakiki

Kalau kita cari keindahan
Semua tak abadi
Bunga jua kan mati
kan tinggalkan kita suatu hari

Carilah kesempurnaan
Pada Yang Maha sempurna
Carilah Dia
Dalam setiap detik masa

26 Januari 2014

Ku Biar

Kubiar

Kubiar tangan menari mengecat warna
Kubiar akal berkhayal menyusun kata
Kubiar jiwa merindu pada yang tiada
Kubiar..

kubiarkan angin datang menyapa
Kubiarkan hujan menimpa kepala
Kubiarkan matahari membakar muka
Kubiarkan..

kubiar masa menentukan hala
Kubiar sunyi memenuhi ruang udara
Kubiar cinta datang mengetuk jiwa
Kubiar..

Kubiarkan semua berlaku atas kehendakNya
Kubiar Dia menentukan segala
Kubiar Dia Yang Maha Tahu hambaNya
Kubiarkan..

2 March 2014 
7.40 am
Hradec Kralove

Aku Lihat


Salam,
khas utkmu saudara2ku di mesir, syiria, Rohingya..etc~

Aku melihat perjuangan mereka,
Aku melihat air mata mereka.

Aku saksi jatuh bangun mereka
Aku, sang pemerhati yang kelu

Kaki tak tergerak
Tangan tak terhulur

Dosa menghantui diri
Akan terampunkah kebisuan ini?

Aku dengar jeritan mereka
Aku dengar esak tangis mereka

Namun kaki terus kaku
Mulut diam membisu

Lemah menguasai badan
Padahal mereka yang tak cukup makan.

Aku malu.

Apakah aku dan dunia akan terus membisu?

Jawab aku, tidak!
Ayuh, bangun dan bantu!!



~kella 25/02/14

Saturday, March 1, 2014

Koleksi Puisi

Salam alaik,

hmm, telah kufikirkan untuk meletakkan puisi2 yang aku ada untuk dicompile dan di publishkan di blog ini..
hehe

walaupun xde lah sehebat puisi2 orang lain, tapi xpelah.. buat tatapan aku pun cukup. lagipun tak ramai yang follow blog ni pun kan~kui3..

so, aku aku start isi blog ni dengan puisi2 random aku.

owhh..

Alhamdulilla a'la kulli haall..

internal medicine done!

ade 2 lagi yang gemok2 sedang menanti.. so tak boleh sit back and relax lagi.. no, no..

sila teruskan pecutan anda kella~

tapi sambil2 tu, silalah bergerak.. hati dan amal.

insyaAllah..

Nanti kuceritakan lagi eh tentang exam internal tu.. harussslaah direcordkan n jadi arkib.. hihihi


k, sampai sini dulu!
salammm~

Saturday, January 4, 2014

Lega



Lega

Alhamdulillah, Allah selamatkan aku dari pilihanku sendiri.
Allah bebaskan aku dari kehendakku sendiri.
Allah tunjukkan hikmah disebalik musibah.

Bukakan jalan untukku berfikir.
Mungkin Allah hanya menguji. Ujian sabar.
Bersabar dengan keputusan-keputusan-Nya.

Lega.
Kalau aku ditempat disitu, mungkin aku tidak mampu.
Jika aku berkeras mahu, mungkin kemudian aku tak lalu.

Alhamdulillah.
Hatiku tenang kini.
Benarlah, kesabaran itu mengundang banyak kebaikan.
Membuka banyak jalan.

Ada hikmah sebaliknya.
Yang kini baruku temu.

Mogaku kan terus bersabar~

Friday, December 6, 2013

Bahasa cinta


Bahasa kita bahasa cinta
Bahasa manusia yang disertakan rasa
Dari langit cinta itu diterima
Dan ditebarkan keseluruh penduduk dunia

Bahasa kita bahasa cinta
Bahasa yang bawa sejuta rasa
Yang diajar oleh Tuhan alam semesta
Untuk menarik manusia kearahNya

Bahasa kita bahasa cinta
Cinta kepada makhluk ciptaanNya
Tidak sanggup meninggalkan mereka
Tidak mahu mereka terus terleka

Bahasa kita bahasa cinta
Kerana cinta itu kita korban segala
Boleh jadi manusia tidak menerima
Namun cukup untuk gapai redha

Bahasa kita bahasa cinta
Bukan kerana kita mulia
Bukan kerana kita tiada dosa
Cukup kita sedar tugas yang sedia ada

Bahasa kita bahasa cinta
Bahasa cinta yang mahukan syurga
Matlamat akhir kehidupan manusia
Penamat agung segala rasa.


Tuesday, December 3, 2013

Akhwat


"Akhwat tu siapa?" tanya Ustaz Muhaimin kepada pelajar lelaki.

Mata Laili beralih dari buku ditangannya ke susuk tubuh Ustaz yang sedang bertanya di hadapan kelas. Ternanti-nanti dia akan jawapan yang ustaz bakal keluarkan.

"Akhwat tu adalah yang dahulunya jahat..." semua pelajar perempuan dah terlopong mendengarnya. Riuh sebentar suasana kelas tu. Hingar bingar.

".. tapi kemudian dibasuh, dibasuh dan dibasuh dengan mak-mak naqibah. Ditarbiyyah sampai jadi baik. Barulah jadi akhwat. "

Laili tersengih sendiri. Sampai hati cakap kami dulu jahat. Tapi memang 'hantu' jugaklah dulu. Hihi. Hatinya ketawa sendiri.


************

Akhawat
Bukanlah bermaksud Aku-Kuat
Tapi akhawat adalah gelaran
Kepada saudari-saudari seagama
Yang berada bersama-sama
Dalam perlayaran bahtera

Bersama-sama dalam misi
Mengejar redha Ilahi
Berjalan atas jalan para Nabi
Menyeru manusia mentaati
Sang Pencipta diri

Akhawat bukan puteri
Bukan mencari publisiti
Tapi akhwat hanya manusia
Yang mahu terus berbakti
Berkorban jiwa dan harta
Demi kelangsungan agama
Dan demi DnT yang dicintai

********

Akhwat..
Besar maksudnya.
Besar tanggungjawab dan peranannya.

Besar.
Cukup besar.


********

"Berapa ribu habis untuk membina seorang akhwat.. Tup, tup bila kahwin semua, hilang... Hilang akhwat-akhwat kita.. "

Suara ustaz Muhaimin terngiang-ngiang di telinga Laili petang itu. Muhasabah.


Jangan hilang. Jangan menghilang.
Biar apapun yang berlaku.

Jangan.






Friday, November 8, 2013

Majnun




Bismillahirrahmannirrahiimm~

Nunn.. Walqalami wama yasturuunn..
Maa anta binikmati Rabbika bimajnuunn...


Kata-kata terhenti disitu. 

Kamu, tak gila lagi, Kella.


Bagai nak gila menghabiskan exam setiap awal bulan.
Bagai nak gila memikirkan susunan usrah adik, mutarabbi..
Bagai nak gila susun daurah setiap hujung minggu..

Kamu, tak gila lagi..

Bagai nak gila mencari masa nak bawak usrah
Bagai nak gila memikirkan masalah-masalah..
Bagai nak gila...
Penat gila..

Tapi kamu, tak gila lagi..


Kamu, tak gila lagi..
Jadi jangan jadi gila.


Rasulullah yang buat kerja gila-gila tu pun belum lagi gila..
Inikan kamu yang ntah mana kerja yang dibuatnya.. 
Ntah tang mana yang penatnya..


Kamu, tak gila lagi..
Jadi jangan jadi gila..


~pheuw~
Ya Allah, kuatkanlah langkahan.. Tak tahu apa yang menanti dihadapan, tapi harapnya masih mampu bertahan..





Wednesday, August 28, 2013

Lembutnya Akhawatku



Lembutnya akhawatku.




Lembutnya akhwatku,
Kerana kelembutannya aku terpaku
Terasa kasar segala perbuatanku
Melihat mereka aku jadi malu.

Lembutnya akhwatku
Cantik budi bahasa, baik tingkahlaku
Sejuk mata melihat senyum selalu
Jika didunia merekalah ratu.

Lembutnya akhawatku,
Kerana mereka dihiasi malu
Walau sifatnya wanita memang begitu
Namun ada bezanya pada akhawatku.

Lembutnya akhawatku,
Tidak lepas mata bertamu
Melihat mereka hati tak jemu-jemu
Khudwah hasanah yang patut ditiru.

Lembutnya akhawatku,
Namun disebaliknya ada kekuatan padu
Yang bisa mengubah dunia ke alaf yang baru
Selangkah kaki dihayun seluruh alam bersatu.

Lembutnya akhawatku,
Pada mereka ada sesuatu
Bukan pada lunaknya suara merdu
Tetapi pada prinsip dan ketegasan yang jitu.

Lembutnya akhawatku,
Kerana kelembutan mereka, aku terpaku
Mengharap diri jadi selembut itu
Tapi aku tahu, tarbiyyah akan mengajarkanku..



p/s: da hampir setahun dalam simpanan.. baru tahu tak pernah publishkan kat mana2..
moga bermanfaat.

:)

Sunday, July 21, 2013

Cintaa~


Aku jatuh cinta lagi

Kali ni bukan cinta manusiawi

Tapi cinta agung yang aku mahu miliki.



aku mula cintakan jalan ini

aku mula jatuh hati

pada prinsip dan susunan yang rapi



bilamana hati disapa kasih sayang Ilahi

aku malu dengan kekurangan diri

namun terharu dengan sapaan Dia yang Maha Tinggi

disebalik lemahnya diri Dia mahu aku terus berdiri

Dia mahu pimpin tanganku meskipun sudah jatuh berkali-kali

meskipun Dia lebih mengetahui hati

meskipun aku sering lupa diri



aku jatuh cinta berkali-kali



namun berbeza kini,

saatku terbangun,

hati tak tersakiti bahkan terisi

jiwa tak menangis sepi malah merintih rindu pada Ilahi



aku cinta akan jalan ini

aku jatuh cinta berkali-kali



dan aku harap rasa cinta ini

subur mewangi

hingga pengakhirannya nanti

ke syurga firdausi

syurga tertinggi




aku jatuh cinta berkali-kali

cuma kutakuti cintaku masih tak suci

ada onar yang meliputi

ada kabut yang menutupi




aku takut cinta ini tidak terwarisi

aku risau cinta ini hilang dimamah hari

lalu aku berdoa pada Dia, Yang Maha Mengetahui


'Andai benar jalanku ini, andai benar rasa hati ini, Kau akan teguhkan aku walau apapun yang bakal terjadi..'

wa asaluka hubbaka
wa hubba mayyuhibbuk

wa hubba kulla a'malin allazi yuballighuni hubbak..

ya Muqallibal qulub, tsabbit qulubana a'la deenik!


~29 Sya'ban 1343H

Monday, July 8, 2013

1 Ramadhan


Ikhlaskan daku ya Allah..
untuk menerima 'ganjaran'-Mu ini.

Ikhlaskan daku ya Allah..
menerima 'hadiah' dari-Mu ini.

dan moga aku terus ikhlas ya Allah..
memegang 'risalah'-Mu ini.

Jika ini jalanNya, aku tahu Kau akan permudahkannya untukku..
Dan aku hanya mahu..
Bersama-Mu.

Ya Muqallibal Qulub, tsabbit Qulubana A'la deenik..

Monday, May 27, 2013


Sudahlah..
Cukuplah senyum pura-pura kau tu.
Jangan teruskan lagi.

Sudahlah..
Cukuplah sikap pura-pura acuh tak acuh tu.
Jangan terlalu egois.

Cukuplah..
Sudah-sudahlah dengan kedegilanmu.

Jangan keras sangat lah kella.
Jangan berlagak kuat kalau lemah.
Jangan berlagak.

cukuplah kepura-puraan itu.



Thursday, April 4, 2013

Allahummaghfirli..

Bismillah,
Salam alaik,

Cuba hayati video ni sebentar..



Ada yang diluar sana,
Tak mengerti makna dosa.

Ada yang diluar sana,
Jadi mangsa syaitan durjana
Tanpa rela.

Ada, masih ada.
Setiap hari mereka mencari
Erti hidup yang sebenar
Namun yang mereka temui
Hanya dusta.

Mereka, mahukan hidayah itu
Mereka, dahagakan cahaya itu

Maka, siapa yang bertanggungjawab atas diri mereka?

KITA. T.T


"Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang Muslim sejak dahulu, dan begitu pula dalam (al-quran) ini, agar Rasul menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah.

Dialah pelindungmu,Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.."
22:78

Allahummaghfirli...

Monday, February 18, 2013

Riak


Bismillah,


Dalam kata yang terucap,
Dalam nada yang kedengaran mantap,
Ya Allah, aku takut aku ada riak.
T.T

Dalam langkah yang menjejak,
Dalam amal yang terselak,
Ya Allah, aku takut aku ada riak.
T.T

Bila pangkat ditambah pangkat,
Bila amanah digalas bertambah berat,
Ya Allah, aku takut aku ada riak.
T.T

Bila dipuji hati berdetak
Bila dikeji hati memberontak,
Ya Allah, aku benar-benar takut aku ada riak.
T.T

Ya Allah, aku takut aku ada riak,
Aku takut amal habis berselerak,
Aku risau jiwa hilang jejak,

Ya Allah, ku pohon, lindungi aku dari riak!


nangis laju2..



Thursday, December 20, 2012

Now, I can smile..

Salam alaik,


Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang apabila ditimpa musibah lalu dia berkata:

Inna lillahi wainna ilaihi raajiuunn..

Lalu berkata "Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanMu ini.."



You know..
Allah is the best Healer.

Yesterday, I had hurt myself so much that I couldn't bear anymore hurts.
And I thought I couldn't move either.

But look,
Today I smile so beautifully that I don't remember my last tears.
And I walk ahead, put my trust to My Healer.


Ya Allah,
I know You are so close to me.
I know You heard me.
And I ashamed of myself because I am the one that move away.

But Your love and Your mercy
Have save me from being too far.
Your Love saved me. Your Mercy caught me.
And I turn to You, ask for Your forgiveness.
I repented and hope for Your bless.


Allah,
Allow me to say these
Today, I could smile just because of You
Today, I could walk  just because of You.
And I couldn't ask more.

Just, Thank You.
I love You.






Saturday, November 17, 2012

Pejamkan matamu, lalu kerjakan.

Bismillah,
"Jika ini perintah Ilahi, Dia takkan pernah menyia-nyiakan iman dan amal kami."
 Lalu mereka bertindak.

Mereka padukan tekad untuk taat dengan rasa hati yang kadang masih berat.
Mereka satukan keberanian melangkah dengan gelora jiwa yang bertanya-tanya.

Perpaduan itu membuat mereka memejamkan mata. Ya, memejamkan mata.

Begitulah para peyakin sejati. Bagi mereka hikmah hakiki tak selalu muncul di awal pagi.
Mereka harus bersikap di tengah keterhijaban akan masa depan.
Cahaya itu belum datang, atau justeru terlalu menyilaukan.
Tapi mereka harus mengerjakan perintahNya.

Seperti Nuh harus membuat kapal,
seperti Ibrahim harus menyembelih Ismail,
seperti Musa harus menghadapi Fir'aun dengan lisan gagap dan dosa pembunuh,
seperti Muhammad dan para sahabat harus menghayunkan pedang-pedang mereka kepada kerabat yang terikat darah namun terpisah oleh aqidah.

Lagi-lagi mereka memejamkan mata.

Jika ada perintahNya yang berat bagi kita, mari pejamkan mata untuk menyempurnakan keterhijaban kita.
Lalu kerjakan.

Mengerja sambil memejam mata adalah tanda bahawa kita menyerah pasrah pada TanganNya yang telah menulis takdir kita.

Tangan yang menulis musibah dan kesulitan sebagai sisipan bagi nikmat dan kemudahan.

Tangan yang mencipta kita, dan padaNya jua kita akan pulang..


 -Dalam Dakapan Ukhwah.

*currently fall in love with Salim A. Fillah.~

Wednesday, November 14, 2012

Penutup Buku Lama


Dia pengejar bayang-bayang
Terus mengejar tanpa lelah
Tatkala bayang-bayang mula menghilang
Dia menyalahkan matahari yang terbenam..

Dan bila bayang-bayang sudah menghilang,
Dia tahu sudah tiba masanya untuk
dia hentikan langkahan..


behind every story written
there is a backstory hidden..

Everybody has a past.Everybody lives a present.And everybody deserves a future.

This is THE anthem.
(hlovatesays)

moga bahagia.

Na Shle.

Photobucket