Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami tampakkan; dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi mahupun yang dilangit..
(Surah Ibrahim; 38)
Allahu Akhbar!
Baru-baru ni banyak menyibukkan diri untuk tarbiyyah. Mentarbiyyah dan ditarbiyyah. Kerana hati lebih cepat berbolak-balik daripada penutup periuk nasi yang sedang menggelegak-kata seorang sahabat, Ibnu Rawaahah ra. (tapi bukan periuk nasi la..saja tambah :) dalam Muqadimah Al-Muntalaq.
Kerana kecepatan perbolakan hati itu, maka afdhallah sekiranya aku mengisi masa yang ada dengan 'Ijlis bina Nukmin sa'ah'- iaitu duduk sebentar dan beriman sejenak.
Aku banyak ambil bahagian dalam menyampaikan. Kerana peringatan itu kata Allah;
Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.
(51;55)
Dan sungguh, kukatakan peringatan yang ada, bukan buat mereka yang mendengar terutamanya. Yang paling-paling dekat dengan mulut sendiri adalah telinganya. dan sangatlah besar kemurkaan Allah terhadap mereka yang mengatakan sesuatu yang tidak mereka kerjakan..
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan?
SANGATLAH DIBENCI disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
(As-saff; 2-3)
Menangis. Astaghfirullahal azim.
Tarbiyah dari sisi ni bagi aku amatlah 'hard core' aku katakan. Susah, sakit. Mana tak susah. Dengar ayat atas pun dah meraung dah. Belum bukak satu Al-Quran lagi. Huhu.. Allah ajar nie.. Allah nak didik bagi lembut lagi nie..
Tarbiyah begini walaubagaimanapun aku rasa amat sesuai dengan jiwa aku yang agak 'hard core' jugak dalam menerima nasihat. Seriously. Tarbiyah Allah sahaja yang aku rasa aku boleh terima tanpa kata apa-apa. Huhu.. Dan Alhamdulillah, semua kekuatan itu daripada Allah juga kan..
Bila kita sampaikan nasihat kat orang, tup-tup, otak kita simpan dulu ayat tu sebelum sampai kepada orang yang nak dinasihati.. So bila aku buat gini,nak buat gitu (benda-benda pelik la), otak review balik kata-kata yang pernah disebut. Psiko sungguhlaa...kan.. Tapi itulah tarbiyahnye~ didik hati, didik jiwa.. tapi pada masa yang sama rasa indah. Rasa -wah, sungguh beruntung Allah mengingatkan!
Takut jadi orang yang dalam surah As-saff kat atas. Kalau dibenci Allah, manakan boleh hidup lagi? Semua makhluk pun akan membenci.. Naudzubillah..
Aku harap Allah bantu aku untuk laksanakan apa yang telah aku ucapkan. Beri kekuatan untuk aku buat apa yang telah mulut aku ucapkan. Huhu.. T.T Menangis lagi..
Ya Allah, aku bukanlah yang terbaik dalam memberi nasihat, tapi Kau lapangkanlah dada mereka untuk memahami ayat-ayatMu melalui perantaraan aku yang kerdil ini. Jangan Kau tutup hati mereka atas kemaksiatan yang telah aku lakukan terhadapMu...
Menangis lagi.
Allah..
Thursday, May 10, 2012
Tuesday, May 8, 2012
Fitnah vs mehnah
Salam alaik,
Tengah memarahi seseorang. Ini boleh menyebabkan fitnah tahu? So, better aku menyelamatkan diri aku daripada fitnah itu..
Walaupun aku terpaksa bayar dengan harga yang mahal.. huhu..
Lari!
Sebab apa kena lari?
Sebab dengan fitnah, kita kena jauhkan diri, tapi kalau mehnah, kita kena bersabar..
Fitnah dari segi bahasa sebenar bermaksud ujian atau cubaan yang boleh datang dalam dua bentuk- senang dan susah. Kalau mehnah, maksudnya juga ujian, tapi lebih kepada perkara2 yang datang dari luar, ujian2 yang datang yang telah dirancang oleh seseorang.
Harta kekayaan boleh jadi fitnah bila tak dibelanjakan ke jalan Allah.
Jalan dakwah nie memang ade bermacam-macam mehnah..
So, dua ayat diatas boleh concludekan apa maksud yang tersirat..huhu..
Dan aku sedang melarikan diri daripada fitnah~
Allah, lindungi hati aku...
Tuesday, May 1, 2012
so soon~
So Soon ( Official Lyric )
Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around (x2)
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever
Chorus:
You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon
Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever
CHORUS
There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return, ooh
CHORUS
Lyrics: Bara Kherigi, Maher Zain & Mohamed El-Kazaz
Melody & Arrangement: Maher Zain
Mixing: Ronny Lahti
I really miss him. Al-Fatihah~
Moga Allah tempatkannya dikalangan hamba-hambaNya yang beriman..
Abah, I love you..
Friday, April 27, 2012
Orang Islam
Bismillah,
Hai, menulis lagi keyla ni.. (^^,) Ehe.. rasa terpanggil nak tulis something. So, kat sinilah kan tempatnya..kat mana lagi~ :)
Orang Islam itu tak dipandang keislamannya kerana halal makanannya,
Orang Islam itu tak dipandang keislamannya kerana tudung yang menutupi rambutnya,
Orang Islam itu bukanlah mereka yang meninggalkan minuman keras,
Orang Islam itu bukanlah mereka yang bersembahyang,
Orang Islam itu bukanlah mereka yang membataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Orang Islam itu bukanlah mereka yang tak mahu bergaya (baca = tabarruj),
Orang Islam itu bukanlah mereka yang selalu menundukkan pandangannya.
Bukan. Itu bukan ORANG ISLAM. Tapi SEMUA CIRI itu ADA pada orang Islam.
Orang Islam ialah orang yang mengaku Allah itu Esa.
Orang Islam ialah orang yang merasakan Allah satu-satunya pencipta.
Orang Islam adalah mereka yang mengaku Rasulullah itu pesuruh Allah.
Orang Islam ialah mereka yang mengaku adanya syurga dan neraka.
Orang Islam adalah mereka yang percaya perkara-perkara ghaib yang diberitakan dalam Al-Quran.
Itu orang Islam.
So, pertama sekali nak describe orang Islam adalah kepercayaannya. Apa yang dia percaya.
Then, once dia percaya, semua yang disuruh Allah dia akan buat, dan semua yang dilarang Allah dia akan hindarkan.
Orang yang bukan Islam kalau dia ada ciri-ciri orang Islam, dia still bukan Islam pada hakikatnya sehingga dia lafaz syahadah yang mengaku Allah itu Esa. contoh; Ah Leong memang suka makan makanan halal. Dia pun tak minum arak. Zina-zina pun dia tak main. Sebijik macam orang Islam, tapi dia Islam ker? Tak kan..
Kalau Mariakova (nama org Cz) dia bertudung litup, berpurdah habis, jaga pandangan dia, tak sentuh lelaki ajnabi, dia Islam ker? Tak kan, selagi dia tak ucap syahadah tu.
Apa pointnya sekarang?
Pointnya adalah, orang selalu nampak (orang Islam itu sendiri) bahawa yang ciri2 itulah yang perlu ditekankan. Jaga makanan, taknak makan makanan haram, tapi duit atau sumber wang yang digunakan untuk beli tu tak dijaga sumbernya.
Jaga aurat, tutup sini, tutup sana, labuhkan tudung, tapi mata, mulut, telinga tak ditutup juga..
Apa yang penting? Aqidah. Kepercayaan. Keimanan. Once dia sedar bukan sekadar makanan je yang kena halal, duit tu pun kena datang dari sumber yang halal, itu adalah konsep dia percaya bahawa Allah tau apa yang orang lain tak tahu.
Dia tutup aurat tapi pada masa yang sama dia juga menjaga pandangan, telinga dan mulutnya. Sebab dia tahu ade malaikat kiri kanan yang setia mencatit setiap saat perbuatannya. Dia tahu Allah tahu walaupun manusia tak tahu.
Ia adalah konsep yang pandangan manusia tu langsung tiada kepentingannya daripada pandangan Allah. Dimana dia lebih mengutamakan pandangan Allah terhadapnya melebihi pandangan manusia.
Dia akan selalu cuba untuk penuhi hak-hak Allah. Sebab dia percaya dan yakin. Dia akan cuba lakukan apa sahaja yang Allah suruh tanpa banyak soal. Allah suruh tutup aurat, pup, dia tutup aurat. Allah suruh makan makanan halal, pup dia cari makanan halal je manjang.
Allah suruh dia jangan buat maksiat, la tu jugak dia berhenti buat maksiat.
It's not an oppression. It's about what you believe. It's about Allah is the Creator and He is the all-knowing. And we as slaves we do obey with all of our heart, by hook or by crook. With love. With enjoyment. We only happy when Allah is satisfied with us. Thats all..
Orang Islam rasa beban dengan semua benda nie sekarang sebab pertama sekali dia lupa nak percaya. Dia ikut je orang yang Islam terdahulu, mak-ayah-dah-Islam, -kakak-abang-pun-dah-Islam, -so-saya-pun-Islam-la. Tu yang berat nak solat, puasa, tutup aurat tu. Sebab tak ingat 1st thing 1st adalah keyakinan tu dulu..
So, jangan marah bila satu program tu ada makanan halal, tak ada minuman keras, pergaulan lelaki dan perempuan pun terjaga, bla,bla, bla~ tapi 1st thing 1st program tu bukan Islamik pun pada awalnya- so orang Islam still tak mau join. Sebab bukan semua ciri tu diperlukan. Perkara asasnya sebab program tu tak mengingatkan Allah pun, tak membawa meningkatnya iman pun. Balik kepada basic..Niat.
Lainlah kalau kita sendiri pasang niat masing-masing, nak ingat Allah, nak bersama bersosial kerana Allah, so just go for it. Bagi yang tak rasa dia boleh, tak mampu, so duduk diam je la. Buat la benda lain pulak yang boleh menambahkan iman..
Allah tak larang bersosial. Cuba cari kat AQ tang mana Allah larang. Cumanya mesti kena pada tempatnya lah. Bukan hak manusia nak menghukum- yang nie haram yang tu haram.. Yang nie tak boleh, yang tu pun tak boleh. Tidak...Apa yang haram Allah dah state betul-betul, dan yang halal Allah jugak state. dan ade beberapa perkara yang berada ditengah-tengah. Dikenali sebagai perkara syubhah.
Dalam hadis 6 ; Halal dan haram
Untuk perkara syubhah-yang tak diketahui halal-haramnya -ada orang dia strict, ada orang yang ikut keadaan/ waqie masa tu- darurat ke, terdesak ke, dan ada yang tidak strict langsung. Ini selalunya berdasarkan ijtihad atau pegangan seseorang tu la. Dengan syarat dia tak mengambil jalan atau mengada-adakan alasan untuk membolehkannya buat perkara syubhah tu la.
Untuk buat ijtihad nie, kena la cari ilmu dulu, tanya orang yang lebih tahu. bukan main buat ijtihad sendiri. Dan bila dia yakin dengan apa yang dia tahu, dia boleh pegang benda tu. Kan Allah cakap, dalam hadis ke sebelas;
Dari Abu Muhammad Al-Hasan bin Ali bin Abi Talib ra., cucu kesayangan Rasulullah saw berkata, saya telah menghafal sabda Rasulullah saw;
" Tinggalkanlah apa yang meragukanmu dan kerjakan apa yang tidak meragukanmu." (Hadis riwayat Tirmidzi dan Nasa'i ). Hadis ini hasan sahih.
Jadi, bila seorang itu telah yakin apa yang dia pegang, orang lain tak boleh persoalkan. Tapi yang ini hanya untuk perkara syubhah saja k.. Cuma kena ingat, dalam hadis 6 tadi Allah ingatkan, kalau dah terjerumus ke perkara syubhah, makanya ia telah jatuh ke wilayah perkara haram. So kena hati-hatilah. Ijtihad pun bukan main kepala sendiri.
*huhu..panjang pulak pem'bebel'an hari nie~ k la, nak stop dah..cakap banyak pun dosa jugak~*
Wallahualam. Aku bukanlah orang yang pakar dalam bab-bab nie cuma apa yang aku tau, aku tulis utk dikongsikan disini. Kalau ada salah silap, terkasar bahasa, mintak maaf. Kalau salah tolong betulkan. Manusia memang tak lepas daripada kesilapan. Dan dari kesilapan kita perbaiki diri.
Apa yang penting? Kenali Islam, kenali diri, dan jagalah hati~
Allahu a'lam..

Dari Abi Abdillah An Nu’man bin Basyir rhadiyallahu ‘anhuma, dia berkata: Saya telah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesungguhnya perkara yang halal telah jelas, dan perkara yang haram pun telah jelas. Dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang meragukan, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa menjaga dirinya dari perkara yang syubhat, maka ia telah menjaga keselamatan agamanya dan kehormatannya.
Dan barangsiapa yang terjatuh dalam syubhat, berarti ia telah terjerumus dalam perkara yang haram, seperti penggembala yang menggembalakan ternaknya di dekat daerah terlarang sehingga hewan-hewan itu nyaris merumput di dalamnya.
Ketahuilah, bahwa setiap raja memilliki daerah terlarang. Ketahuilah, bahwa daerah terlarang Allah adalah hal-hal yang diharamkan.
Ketahuilah, bahwa dalam tubuh terdapat mudghah (segumpal daging), jika ia baik, maka baik pula seluruh tubuhnya. Jika ia rusak, maka rusak pula seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati. [1] (HR. Bukhari dan Muslim)
Untuk perkara syubhah-yang tak diketahui halal-haramnya -ada orang dia strict, ada orang yang ikut keadaan/ waqie masa tu- darurat ke, terdesak ke, dan ada yang tidak strict langsung. Ini selalunya berdasarkan ijtihad atau pegangan seseorang tu la. Dengan syarat dia tak mengambil jalan atau mengada-adakan alasan untuk membolehkannya buat perkara syubhah tu la.
Untuk buat ijtihad nie, kena la cari ilmu dulu, tanya orang yang lebih tahu. bukan main buat ijtihad sendiri. Dan bila dia yakin dengan apa yang dia tahu, dia boleh pegang benda tu. Kan Allah cakap, dalam hadis ke sebelas;
Dari Abu Muhammad Al-Hasan bin Ali bin Abi Talib ra., cucu kesayangan Rasulullah saw berkata, saya telah menghafal sabda Rasulullah saw;
" Tinggalkanlah apa yang meragukanmu dan kerjakan apa yang tidak meragukanmu." (Hadis riwayat Tirmidzi dan Nasa'i ). Hadis ini hasan sahih.
Jadi, bila seorang itu telah yakin apa yang dia pegang, orang lain tak boleh persoalkan. Tapi yang ini hanya untuk perkara syubhah saja k.. Cuma kena ingat, dalam hadis 6 tadi Allah ingatkan, kalau dah terjerumus ke perkara syubhah, makanya ia telah jatuh ke wilayah perkara haram. So kena hati-hatilah. Ijtihad pun bukan main kepala sendiri.
*huhu..panjang pulak pem'bebel'an hari nie~ k la, nak stop dah..cakap banyak pun dosa jugak~*
Wallahualam. Aku bukanlah orang yang pakar dalam bab-bab nie cuma apa yang aku tau, aku tulis utk dikongsikan disini. Kalau ada salah silap, terkasar bahasa, mintak maaf. Kalau salah tolong betulkan. Manusia memang tak lepas daripada kesilapan. Dan dari kesilapan kita perbaiki diri.
Apa yang penting? Kenali Islam, kenali diri, dan jagalah hati~
Allahu a'lam..
V Nemocnici 1
Salam alaik,
Tiga minggu lepas kuberada di department surgery. Sangat-sangat menarik! My group is Group G yang terdiri daripada 5 orang, 3 gurlz dan 2 jejaka. (Haha, okey, jangan salah anggap. Mereka international student, sorang dr England, sorang dari Botswana-so, hanya nak gelar dyorang jejaka je, boleh? tiada niat lain okey)
First department yang dikunjungi minggu ni ialah department vascular. Ini kali kedua group kami kat department nie. Vascular surgery department agak busy la. Dan cikgunya kelihatan asyik berkerut (maybe unintentionally) ;) -dibuat tanpa sedar atau, maybe sebab terlalu lama dan fokus sangat time tengok ultrasound? -hasil aku meneliti kerja mereka time tu.Haha. Memang fokus betullah! Aku naik lenguh menunggu apa yang nak dikatakan oleh cikgu tu. Mencari vein guna ultrasaound memang menguji kesabaran..so, kalau nak jadi yang cmni, kena ade kesabaran dan kefokusan yang tinggi okey..
Oh, lupa nak gitaw apa yang dibuat. Hurm, ritu Cikgu kami bawak gi tengok pesakit varicose vein and venous insufficiency. Nak tahu tentang penyakit nie? klik sini. Pesakit tu kelihatan muda la. Kat sini umur 60 tahun masih muda tahu? Istilah tua dekat Czech nie adalah bila peringkat umur 70-80 tahun dan ke atas.. hebat kan? Dan memang pesakit tu baru je umur 40 lebih camtu. Bila ditanya, rupanya penyakit nie congenital. Sebab hairan juga bila pakcik tu nampak muda tapi kaki dy cm teruk jugak la..
Dan pakcik (pesakit) tu telah menjalani banyak la treatment before this. Dan yang ni adalah yang terbaru- Injection Sclerotherapy. Ia rawatan melalui suntikan- yang mana akan menutup lubang-lubang atau bahagian-bahagian yang membuka laluan deep veins ke superficial veins and vice versa. So amatlah penting untuk mendapatkan posisi atau location of injection di tempat yang betul supaya tak berlakunya complication. Itulah yang diberitahu kepada kami oleh doktor tu. Memang dia fokus sungguh la buat kerja dia sampai rasa kami takda je kat situ.

Pakcik tu sangat suka la treatment nie sebab dia dah kurang rasa sakit macam treatment yang sebelum nie. Mesti dah lama kan pakcik tu menderita dengan penyakit nie. Alhamdulillah, Allah dah kurniakan kaedah rawatan yang lebih baik utk pakcik nie. Kan Allah dah kata, semua penyakit ada ubatnya, kecuali mati je..
Then hari seterusnya kami melawat juga department ICU (JIP-ka dalam bahasa Czech), dan plastic surgery. Di wad ICU, bila tengok pesakit yang semuanya nampak kritikal, rasa sayu tu memang hadir je tanpa dipaksa. Melihat seorang pesakit tu, kemalangan agaknya - sangat dahsyat, yang mana kaki kanan patah, hidung dan mulut dimasukkan tiub, kepala berbalut, lesu dan lemah tak bermaya. Nak buka mata dy pun doktor tu yang tolong bukakan. Dan bila tutup balik mata tu, nampakla ade air mata yang terkeluar di pinggir mata dia. Time tu rasa nak je ambil tisu, tolong lapkan air mata dia and say something like "It's okey, you'll be allright". Tapi doktor dah bergerak utk ke tempat lain pula time tu. So, aku sempat selawat je pada pesakit tu. Kalau orang sakit, selalunya dia sensitif sikit dengan deria telinga dia. Aku just harap dia boleh dengar la.. Takpun Allah beri keberkatan kat bilik dia. Moga dia sembuh dan dapat hidayah Allah..
perasaan bahagia masuk OT~
Plastic surgery nie dah berkali-kali da lawat. Dulu pernah seminggu berada di department ni. (peristiwa yang tak mungkin dilupakan itu berlaku disinilah..) Sangat menarik tau. Kerja dia potong2, jahit balik.. ^^.. tak tipu.. Sebab kebanyakan yang datang adalah kerana cosmetic reason. Nak buang tahi lalat la, nak buang ketuat la, nak hilangkan pigmentation la..dan macam-macam lagi. So, memang akan selalu je la tengok small surgery nie. Sampai dah rasa memang keja doktor tu potong2 and jahit balik..hehe
Yang ngerinya bila Doktor kami tu cabut kuku kaki sorang patient tu. Sangat ngeri ok. Dah la under local anesthesia je. Masalah patient tu sebab kuku kaki tu cam growing kedalam and painful la. orang melayu kata kuku cekam .. so, doktor tu kata cabut kuku terus la. Bila ditanya punca rupanya daripada kasut. Okey, sila jangan pakai kasut yang bukan saiz anda okey.. kalau yang besar takpe la, kalau kecik tu yang tak elok sangat. Jadi cam patient nie nanti.. Doktor tu pulak cam tau-tau je semua orang ngeri tengok dia 'kerja'kan kaki patient nie. Time nak tarik kuku tu, dia siap senyum dan tengok kami lagi. Huhu, tidaklah aku mahu melihatnya kerana tak mahu pengsan buat kali kedua..
Tapi disebalik ke'ganas'an dia, sgt comel bila lihat doktor yang sama menghadiahkan picagari (of course without the needle) kat sorang budak kecil -anak kepada one of the patients for that day. Walaupun tak dapat menerimanya- yelah, tak pernah lagi lihat org bagi budak2 picagari sebagai mainan okey.. tapi aku terima la hakikat kat situ mmg xde sebarang benda yang boleh diberi kepada budak2 sebagai hadiah. so, accepted.
Doctor tu sangat cool. Tak sempat nak ambil gambar je time dy beri tu. awesome! (err, muka dia cam amir khan..upss)
Dan milik Allah meliputi rahsia langit dan bumi dan kepadaNya segala urusan dikembalikan. Maka sembahlah Dia dan bertawakkallah kepadaNya. Dan Tuhanmu tidak akan lengah terhadap apa yang kamu kerjakan. 11;123
Subscribe to:
Posts (Atom)