Showing posts with label V nemocnici. Show all posts
Showing posts with label V nemocnici. Show all posts

Sunday, August 25, 2013

Post-Surgery

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah a'la kulli haalin
wa astaghfirullah min kulli zanbin.

Ya Allah, semua ni atas kehendakMu, maka segala kesyukuranku hanya untukMu.

Macam biasa, daku heartless walaupun  dah habis alhamdulillah semua exam untuk tahun kelima ni. Anesthesized. Dah lama sangat menghadap buku agaknya (ok, mungkin tak begitu lama berbanding orang lain) tapi cukup membuatkan jiwa dan minda ni beku. Perasaan seronok habis exam pun macam ada tak ada je. Rasa macam tak percaya. Rasa macam, - ok, dah habis.. next year pulak. >.<

Robot sungguh kan? Ish3. Sedih dengan keadaan diri.

So, untuk menormalkan balik aku kena fikirkan benda luar alam sikit. Kena keluar dari kebiasaan hidup student medik ni. Banyak benda rancang, tapi badan gedik ni nak rehat manjang. Ngada.

Bagi aku dalam banyak2 subjek 5th year ni yang aku kecut perut sekali (sampai sekarang rasa lagi) ialah surgery. Sebab dia ade 3 phases kena lalui in one day. Da la oral pun cukup mengecutkan perut ni ditambah lagi dengan 2 phases lagi iaitu MCQ dan physical examination.

Okey, MCQ tu orang lain cakap petik jari je. But untuk di Czech ni, this is rare. MCQ ni xde dalam exam2 sebelum ni jadi boleh la dikatakan dalam 3-4 tahun tak menjawab MCQ. Semuanya oral semata. Jadi boleh agak kot gaya nak pilih jawapan A,B,C tu cne, dengan skill2 lain yang telah pupus dek masa.

Huhu.. kecut jantung, liver semua tau!

Dah la kalau tak lepas satu level tu tak boleh proceed dengan next level.

1) MCQ
2) Physical examinations
3) Oral

So, even tak lepas MCQ je pun, tak dapek la dikau nak proceed ke next phase. And that's meaning you lost your 1st chance already. And another 2 chances left. Mau tak sakit jantung dengar?

Dan MCQ nya pun gaya nak buat orang kena heart-attack je. Jawab online, dan lepas dah agak2 habis jawab soalan, klik,klik, n yeah.... your result will appear in seconds!

Mau dapat ventricle arrythmia dengan result on spot gaya camtu? Tu belum kira tangan berpeluh nak tekan enter semua tu. Huhu.. dyorang ni pun... kalau nak cepat pun jangan la buat gaya ni.. ni nak buat orang dapat resuscitation je ni. -.-'

Kalau jantung tu boleh keluar dari sangkar rusuk ni, dah lama dia loncat sebab sempit sangat rongganya. Sesak!

Hanya kuasa Allah semata yang memungkinkan aku untuk lepas exam surgery yang penuh dengan cabaran ni. Tak pernah, seriously tak pernah kecut jantung camni. Tapi xde la teman nunjuk, teman kat luar nampak cool je lah. Tapi dalam hati hanya Allah saja yang tahu @.@

Subhanallah. walhamdulillah. Allahu Akhbar.

Ni sapa nak jadi Doktor sangat ni?  (huwaa, mana taw susah camni!)

Takpe, eloklah practice jantung tu.. Nanti kan rawat patient pun da terbiasa la dengan emergency2 cases cmni. ye tak? :P

(yelah tu..)

Be greatful kella. Betapa ramai nak berada di tempat ni. Being a Doctor. To save and help other people. Aritu terkesan dengan seorang budak Syria - dia kata kalau diberi peluang dia nak jadi Doktor. Untuk selamatkan ummah. Selamatkan mereka yang tengah berperang da berjihad ni.

MasyaAllah..

and you?

complaining, complaining,complaining..

nangesh.


" Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan RahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh."

An-Naml:19


Thursday, February 28, 2013

V Nemocnici 3


Salam alaik,

Forensic.

Alhamdulillah wa syukrulillah, sudah masuk dua minggu pemulaan musim baru. Summer semester yang masih sejuk2 dan turun salji sekali sekala~ (waaa, tahun ni xmain salji punn....) sedih, tapi tak mengapalah.. dunia ini tak perlu disibukkan dengan aktiviti2 sebegitu.. eh, yeke? =) - ayat penyedap hati je tu.

Winter semester berlalu dengan ceritanya. Kini summer semester datang dengan tanggungjawab dan bebanan yang lebih berganda. Menambah lagi bebanan yang belum sempat habis dipikul lagi. Nangis.

Ya Allah, mudahkanlah~ T.T

Owh, sebenarnya nak cerita. Pengalaman ber'forensic' selama 3 hari yang lepas. Alhamdulillah, first practical rotation semester ni ialah Forensic Medicine yang mana bagiku ada suka dan dukanya. Banyak yang aku belajar dari sudut pandang tersurat dan tersirat. Dari segi lahiriyah, dan juga rohaniyyah~ owh, sangatlah ruhi belajar forensic ni. MasyaAllah.

Sungguhlah, kematian itu adalah pengajaran yang paling baik buat orang-orang bertaqwa.

Memang sangat ngerilah jika kematian itu berpunca yang selain daripada 'natural causes' - kematian secara semulajadi disebabkan faktor2 tertentu - yang mana terdiri daripada 'homicidal' (bunuh), suicidal (bunuh diri), dan trauma. Tak sanggup mata melihat mayat2 yang disiat, ditikam, ada juga dihempuk dengan objek keras, yang dah mereput, yang dah jadi mumia, dan lain-lain. Allahu Allah..

Merasakan ketidakadilan dan kekejaman berlaku dimuka bumi ni. Tu belum lagi kalau-kalau dapat gambar dari Syria ke, Palestine ke, dah konfim2 boleh pengsan tengok. T.T Waa, kenapa dunia ni penuh dengan kengerian yang berganda?

Jawapan yang muncul dibenak, ialah selagi Islam tak tertegak, dunia ini tidak akan merasai nikmat keadilan, nikmat kesamarataan, nikmat berkasih sayang, nikmat halawatul iman.. dan bermacam-macam lagi nikmat- nikmat yang lain. Allahu Allah.. Banyak lagi kerja perlu dibuat..

Bila ada gambar bunuh diri, hati kata : Kenapa nak bunuh diri, kan Allah kata, " Dan janganlah kamu membunuh dirimu sendiri, sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepadamu ," (An-Nisa: 29)

Bila ada gambar kes pembunuhan : ayat ni berlegar dalam kepala : "Dan barangsiapa membunuh seorang yang beriman dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahannam, dia kekal di dalamnya. Allah murka kepadanya, dan melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya."

Dan juga hadis yang famous ni : "Tidak halal ditumpahkan darah seorang musliam yang bersaksi tiada ilah yang patut disembah kecuali Allah dan aku adalah utusannya, melainkan kerana satu dari tiga sebab berikut, pelaku zina yang telah berkeluarga, jiwa dengan jiwa(qisas) dan orang yang meninggalkan agama serta jemaahnya (murtad)" Muttafaqun Alaih.

Kot-kot kalau depa yang tak Islam ni tahu pasal benda cmni, agaknya dyorang pi buat tak?

Kita pun ngeri dengar ayat2 Allah ni. Tapi sebab apa berlaku juga kat dunia ni? sebab Islam tak sampai lagi kat semua orang..

Tak semua orang dapat rasa lagi kemanisan Islam dan iman tu.. Sebab tu kezaliman dan penindasan banya berlaku pada dunia hari ini..

Allahu Allah.

Kematian.. Kita, tak tahu cara apa kematian kita. Kita, tak tahu, adakah kita bakal dapat husnul khatimah (pengkhataman yang baik) atau su'ul khotimah (pengkhataman yang buruk)- naudzubillah.

Kalau mati dengan cara yang dahsyat tapi husnul khotimah, alhamdulillah lah daripada meninggal dalam keadaan baik tapi su'ul khotimah.. Kita, semua mahukan pengkhataman yang baik. Kita semua mahu berehat sepuas-puasnya di syurga. Dunia ni hanya persinggahan, yang kita tak boleh nak 'rehat' sangatlah kan sebenarnya.. selagi tak sampai ke pengakhiran yang abadi tu..

huhu.. Allahu Allah..


Sungguh, forensic ni mengajar aku baaaaannnnyaaaakk sangat pengajaran tentang kehidupan..
Hidup, bukan hanya sekadar makan minum belajar tidur.

Kamu, bawa makna yang lebih dari itu.

Alhamdulillah ya Allah..


Tuesday, July 10, 2012

V Nemocnici 2

Bismillah,


Lagi semingguu nak habisskan 5th year!! okey, sekarang dah rasa tak best sebab orang rumah dah start balik(last week). jadinya rasa nak balik rumah tu lagi menebal.. aish, pengaruh rakan sebaya sungguh!

Sudah 5 hari berpraktikal di department cardiosurgery. Rutin harian bermula seawal 7 pagi di sana. Maksudnya aku kena bangun seawal 6 pagi untuk kejar bus dan bersiap2.. Waa, menangis tiap-tiap hari begini. Dulu pergi kelas pukul 8 pagi, pukul 7 tu baru dapat turn mandi tau.

Takpe, Allah nak tarbiyah ni. Nanti bulan Ramadhan senang bangun subuh.. (yela tu, sana jam berubah 6 jam kebelakang~) Takpe2, positif!

Aku tak pernah berjaya sampai tepat kat department tu pukul 7pagi..hehe (jangan ikut perangai ni). Bukan salah aku la, sebab aku dah kuar seawal 6.40 untuk kejar bus. Tapi aku tak sure la bus tu yang awal sangat ke atau memang waktu tu bas takde. Dah dua hari camtu padahal dalam jadual ada pukul 6.42pagi (ehe, 2 minit utk kejar). Yang ada bas seterusnya pukul 6.56 pagi. Jadinya macamana aku nak sampai tepat pukul 7 kalau 4 minit sebelum tu baru jejak kaki dalam bas? ^^,

Dyorang akan ada ward round start pukul 7 pagi. 7.35 pagi akan ade meeting semua Cardiosurgeon dalam satu bilik tu. Waa, rasa inferior sungguh la duduk dikalangan doktor2 ni.. dah la aku nie kecik, lagi rasa kecik dibuatnye.. =P tapi aku maintain gaya cool macam takda apa2.. (apola..)

Pukul 8 pagi dah masuk OT (operation theatre). Nama je theatre, tapi takde music pun. =p (hey!!). So, start dari sini lah aku akan bersuamuka dengan darah sampai ketengahari. (kalau operation sekejap, selamat la.) Waduh, dah la sarapan pun tidak, perut kosong, pastu dihidangkan dengan warna pekat darah serta baunya.. Bukan tak mahu sarapan, okey..cuma pagi sangat la..perut pun baru bangun tidur.. hihi

motif gambar: tiada..;P

Aku risau je collapse kat tengah-tengah OT tu. kalau berdua ke takpe la, tapi sorang-sorang.. siapa nak pastikan aurat aku terjaga nanti?  = (   Oleh kerana itu, aku selalu buat senaman kaki. Takpun, pandang tempat lain selama yang boleh. Ataupun kalau tak malu aku tumpang kerusi anesthesiologist yang duduk monitor pesakit..hihihi.. Takpe, dyorang baik. =)

Aku memang pening la tengok darah. Lagi-lagi darah yang segar tu, memang aku tak boleh la.. Tapi sebab kat OT ni asyik pengalaman tgk open heart surgery je; sama ada coronary by pass, atau valve replacement, memang adegan-adegan darah memancut tu ada je la. Seram sejuk tahu?

Tapi bila difikir-fikirkan.. Allah nak tarbiyah (didik) ni.. Allah nak hilangkan aku punyer bloodsickness kot eh? Sebab tu asyik encounter darah je. Alhamdulillah..kalau nie boleh sembuhkan, aku cuba la bersabar.  Cuma janganlah aku pitam lagi. Malu. ;((
(amboi, yang beritahu semua orang kat blog nie yang awak tu bloodsickness x malu pulak?  ehe..;P)

 Semua benda Allah nak tarbiyah kan kella? Mesti tension je orang yang bace post aku kan? Asyik-asyik ulang ayat yang sama. =)

Tapi nak buat macamanalah.. Hakikatnya memang inilah yang dihadapi. Ujian-ujian untuk didik hati. Allah nak tarbiyah, Allah nak ajar, Allah nak bimbing kita setiap hari untuk jadi manusia yang lebih baik.Jiwa, hati, minda kena selalu berhubung dengan Allah, tak kira susah atau senang. Kalau mereka ni tak connected dengan Allah, takut connected dengan benda lain pulak.. Naudzubillah!

p;s: Aku tak mahu Ramadhan kali ni macam tahun lepas. Nak upgrade lagilah. Baru mantop!
Salam marhaban ya Ramadhan~

Friday, April 27, 2012

V Nemocnici 1

Salam alaik,

Tiga minggu lepas kuberada di department surgery. Sangat-sangat menarik! My group is Group G yang terdiri daripada 5 orang, 3 gurlz dan 2 jejaka. (Haha, okey, jangan salah anggap. Mereka international student, sorang dr England, sorang dari Botswana-so, hanya nak gelar dyorang jejaka je, boleh? tiada niat lain okey)

First department yang dikunjungi minggu ni ialah department vascular. Ini kali kedua group kami kat department nie. Vascular surgery department agak busy la. Dan cikgunya kelihatan asyik berkerut (maybe unintentionally) ;) -dibuat tanpa sedar atau, maybe sebab terlalu lama dan fokus sangat time tengok ultrasound? -hasil aku meneliti kerja mereka time tu.Haha. Memang fokus betullah! Aku naik lenguh menunggu apa yang nak dikatakan oleh cikgu tu. Mencari vein guna ultrasaound memang menguji kesabaran..so, kalau nak jadi yang cmni, kena ade kesabaran dan kefokusan yang tinggi okey..

Oh, lupa nak gitaw apa yang dibuat. Hurm, ritu Cikgu kami bawak gi tengok pesakit varicose vein and venous insufficiency. Nak tahu tentang penyakit nie? klik sini. Pesakit tu kelihatan muda la. Kat sini umur 60 tahun masih muda tahu? Istilah tua dekat Czech nie adalah bila peringkat umur 70-80 tahun dan ke atas.. hebat kan? Dan memang pesakit tu baru je umur 40 lebih camtu. Bila ditanya, rupanya penyakit nie congenital. Sebab hairan juga bila pakcik tu nampak muda tapi kaki dy cm teruk jugak la..

Dan pakcik (pesakit) tu telah menjalani banyak la treatment before this. Dan yang ni adalah yang terbaru- Injection Sclerotherapy. Ia rawatan melalui suntikan- yang mana akan menutup lubang-lubang atau bahagian-bahagian yang membuka laluan deep veins ke superficial veins and vice versa. So amatlah penting untuk mendapatkan posisi atau location of injection di tempat yang betul supaya tak berlakunya complication. Itulah yang diberitahu kepada kami oleh doktor tu. Memang dia fokus sungguh la buat kerja dia sampai rasa kami takda je kat situ. 

Pakcik tu sangat suka la treatment nie sebab dia dah kurang rasa sakit macam treatment yang sebelum nie. Mesti dah lama kan pakcik tu menderita dengan penyakit nie. Alhamdulillah, Allah dah kurniakan kaedah rawatan yang lebih baik utk pakcik nie. Kan Allah dah kata, semua penyakit ada ubatnya, kecuali mati je.. 

Then hari seterusnya kami melawat juga department ICU (JIP-ka dalam bahasa Czech), dan plastic surgery.  Di wad ICU, bila tengok pesakit yang semuanya nampak kritikal, rasa sayu tu memang hadir je tanpa dipaksa. Melihat seorang pesakit tu, kemalangan agaknya - sangat dahsyat, yang mana kaki kanan patah, hidung dan mulut dimasukkan tiub, kepala berbalut, lesu dan lemah tak bermaya. Nak buka mata dy pun doktor tu yang tolong bukakan. Dan bila tutup balik mata tu, nampakla ade air mata yang terkeluar di pinggir mata dia. Time tu rasa nak je ambil tisu, tolong lapkan air mata dia and say something like "It's okey, you'll be allright". Tapi doktor dah bergerak utk ke tempat lain pula time tu. So, aku sempat selawat je pada pesakit tu. Kalau orang sakit, selalunya dia sensitif sikit dengan deria telinga dia. Aku just harap dia boleh dengar la.. Takpun Allah beri keberkatan kat bilik dia. Moga dia sembuh dan dapat hidayah Allah..


perasaan bahagia masuk OT~


Plastic surgery nie dah berkali-kali da lawat. Dulu pernah seminggu berada di department ni. (peristiwa yang tak mungkin dilupakan itu berlaku disinilah..) Sangat menarik tau. Kerja dia potong2, jahit balik.. ^^.. tak tipu.. Sebab kebanyakan yang datang adalah kerana cosmetic reason. Nak buang tahi lalat la, nak buang ketuat la, nak hilangkan pigmentation la..dan macam-macam lagi. So, memang akan selalu je la tengok small surgery nie. Sampai dah rasa memang keja doktor tu potong2 and jahit balik..hehe

Yang ngerinya bila Doktor kami tu cabut kuku kaki sorang patient tu. Sangat ngeri ok. Dah la under local anesthesia je. Masalah patient tu sebab kuku kaki tu cam growing kedalam and painful la. orang melayu kata kuku cekam .. so, doktor tu kata cabut kuku terus la. Bila ditanya punca rupanya daripada kasut. Okey, sila jangan pakai kasut yang bukan saiz anda okey.. kalau yang besar takpe la, kalau kecik tu yang tak elok sangat. Jadi cam patient nie nanti.. Doktor tu pulak cam tau-tau je semua orang ngeri tengok dia 'kerja'kan kaki patient nie. Time nak tarik kuku tu, dia siap senyum dan tengok kami lagi. Huhu, tidaklah aku mahu melihatnya kerana tak mahu pengsan buat kali kedua..


Tapi disebalik ke'ganas'an dia, sgt comel bila lihat doktor yang sama menghadiahkan picagari (of course without the needle) kat sorang budak kecil -anak kepada one of the patients for that day. Walaupun tak dapat menerimanya- yelah, tak pernah lagi lihat org bagi budak2 picagari sebagai mainan okey.. tapi aku terima la hakikat kat situ mmg xde sebarang benda yang boleh diberi kepada budak2 sebagai hadiah. so, accepted. 

Doctor tu sangat cool. Tak sempat nak ambil gambar je time dy beri tu. awesome! (err, muka dia cam amir khan..upss)

 Dan milik Allah meliputi rahsia langit dan bumi dan kepadaNya segala urusan dikembalikan. Maka sembahlah Dia dan bertawakkallah kepadaNya. Dan Tuhanmu tidak akan lengah terhadap apa yang kamu kerjakan. 11;123





Wednesday, April 11, 2012

V Nemocnici

Salam alaik,

InsyaAllah, mulai saat nie daku akan mula menulis tentang pengalaman2 berada di hospital aka Nemocnice dalam bahasa Czech yang kuberikan tajuk 'V nemocnici' yang bermaksud 'Di Hospital'.

^^,

Sangat best!! Sepanjang keberadaanku di negara asing ni, pengalaman bersama dengan doktor2 mereka dan pesakit2 yang dirawat di Fakultni Nemocnice adalah antara memori yang sangat2 bermakna bagiku. Mereka ada semangat, ada kekuatan, ada inspirasi, ada ketekunan, ada prinsip, saling hormat-menghormati, kerjasama, dan yang paling hebat sekali, sikap zuhud mereka. Sangat2lah merendah diri mereka nie..Kalau yang specialist tu, macam tak pernah terkenal pun.

Kalau ade Profesor yang naik basikal, maka kat sinilah dia akan tinggal. Kalau ade Doktor yang naik bas, maka kat sinilah dia berada. Subhanallah, moga Allah beri hidayah pada manusia2 yang memang dah ade ciri Islam tu, cuma belum Islam dalam aqidahnya.. Subhanallah, kadang2 malu dengan mereka sebab diri sendiri yang Islam nie pun tak cukup lagi ciri2 Islam tersebut.. Astaghfirullah. :((

Bukan nak kata apa la, tapi kadang-kadang bila kita pandang mereka, rasa macam ditarbiyah. Lihat cara mereka, kita bermuhasabah. Rasa tarbiyah Allah tu kuat dari mereka. Bukan yang negatif ya, tapi yang positif, insyaAllah.

Pengurusan masanya, kesopanan mereka, saling bertegur-sapa tak kira dimana, hormat-menghormati tu memang salute habis, sistem mereka.. Subhanallah.. Dan banyak lagi la..

Memang dari satu sudut, mereka ada juga kekurangannya. Selain terkenal dengan sikap suka minum arak, dyorang juga tidak bertuhan atau atheis. Bertindik, bertatu tu memang akan ada je la. Perempuan merokok, (lelaki apatah lagi), dan lain-lain..Bila dalam keadaan begini, kadang2 hati kena cepat2 sedar balik.. Kena selalu anggap minum arak, merokok, bertindik semua tu bukan perkara biasa. Kalau tidak, hati akan jadi tak sensitive dah, dan kalau balik Malaysia nanti, takut hilang terus ke’sensitiv’an tu.. Rosak la jawabnya. Karang tengok orang Malaysia merokok, minum arak, ape semua dah tak rasa apa2..Bahaya tu! AWAS!

So, kesimpulannya disini, ada perkara kita boleh ambil dan jadikan teladan, tapi ada juga perkara yang kita kena selalu jaga-jaga. Halal dan haramnya, ke’sensitive’an hati, semua kena diambil berat. Dan semuanya kita kena jaga. Bukan orang lain, bukan sesiapa, tapi diri sendiri. Mak ayah dah takde nak tolong jaga kat sini. So, pandai2 jaga diri, cari kawan..

Dan semua itu mengajar aku, mendidik aku..untuk jadi yang lebih baik.. So, insyaAllah, akan kucoretkan lagi kisah2 mereka dalam blog ini.. InsyaAllah, apa yang aku dapat disini, akan kukongsikan bersama.. Tak banyak, sikit pun jadi, ye tak? ;)

Wallahualam,

Kella~

Photobucket