Monday, February 7, 2011

Sujud kemerdekaan..


Sujud itu menundukkan dahi,
tetapi
memuliakan muslim yang bertakbir kepada Allah dan bertasbih kepadaNya..

si jahil menyangka ia adalah belenggu ke atas hamba,
tetapi sujudlah yang memusnahkan segala belenggu

di dalam kemuliaan sujud, semua akan tunduk kepada muslim yang sujud

seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya
wajah dan seluruh anggotanya diletakkan di bumi

tetapi dia menggoncangkan gunung-ganang
meruntuhkan syirik,was-was dalam diri si jahil
tetapi membangunkan segala generasi dalam ketenangan

kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi
lantaran kehebatan dan kebesaranNya
sujud kepada ALLAH dan mengesakanNya, lalu mantap dan kuat
terhapuslah setiap penzalim yang sombong

barangsiapa menghayati sujud ini,
dia menikmati kepimpinan dan ketuanan
di muka bumi, dengan keagungannya, rahmat dan keindahannya..

~al-muntalaq~





Sujud.

Bagi seorang muslim, tempat sujudnya hanya kepada Allah. Bukan kepada benda selain dariNya.

Tapi adakah pengertian sujud itu hanya perbuatan meletakkan dahi ke lantai atau ke bumi?
adakah sujud itu hanya berlaku tatkala solat dilakukan?
atau tatkala ayat-ayat AQ dialunkan lalu bertemu dengan ayat sajadah?


itukah sujud?



mungkin itu adalah sujud dari istilah perbuatan,

tapi hakikatnya pengertian sujud itu lebih besar daripada meletakkan dahi ke lantai,
lebih tinggi maknanya tatkala tubuh dijatuhkan untuk sujud padaNya,
lebih harum mewangi maksudnya daripada mencium debu-debu tanah tatkala sujud dilaksanakan..

ia lebih daripada itu..


kerana sujud itu adalah tanda penghambaan kita kepada Tuhan yang satu,
sujud itu melepaskan ikatan-ikatan syaitan yang membelenggu,
ikatan-ikatan jahiliyah yang kita lakukan saban waktu,
serta ikatan-ikatan nafsu yang selalu memburu.

kita mengiktiraf Allah sebagai Sang Pencipta, Sang Raja, Sang Perkasa.

kepada Dialah tempat kita meminta,
dan kepada Dialah kita akan dikembalikan.

Tatkala sujud itu dilakukan,
sang hamba sedang merdekakan dirinya daripada segala belenggu yang membaluti diri,

dia sedang meletakkan pemujaannya hanya kepada Yang Esa,
dia sedang meletakkan pengharapan dan ketakutannya pada Tuhan semesta Alam
dia tahu dan dia akur akan perintah Tuhannya
dia sedar akan hakikat dirinya
hanya seorang hamba yang lemah tak berdaya


maka tatkala itu, sujud menjadikannya seorang yang merdeka.

Merdeka daripada ikutan nafsu dan syaitan
merdeka daripada perasaan ego, sombong dan bongkak,
merdeka daripada peraturan dunia yang memenatkan,
merdeka daripada kejahilan dirinya sendiri

dan merdeka dari segala-galanya..
kerana dia tahu, sujud itu hanya layak untuk Tuhannya

dan dia takkan sujud pada selainNYA,
sebagaimana dia takkan sujud pada peraturan selain peraturan Allah,
Dia takkan tunduk pada bisikan-bisikan syaitan,
dia takkan sesekali akur dengan kehendak nafsu,
dan dia takkan sesekali mencampur-adukkan kebenaran dengan kejahilan..

kerana sujudnya itu takkan sesekali membenarkan jahiliyah dan Islam bersatu.


dan itulah sujud.

dan dia takkan pernah sesekali pun redha jika sujudnya itu dicemari...


oleh itu,
ayuh, perbaharui sujud kita~!






Sunday, February 6, 2011

Don't worry..






Worry Ends


Don’t be saddened by what you see
By all the lies and treachery
Life is cruel but don’t worry
In your heart lies the key
To unwind all the secrets
Of this life we see

When you feel you’ve lost it all
When you don’t know who’s your friend or foe
You wonder why you’re so alone
Worry ends when faith begins


Don’t be sad by what you see
It’s true life has its miseries
But one thing’s always worked for me
Worry ends when faith begins


Don’t be saddened by what you see
I know life can be crazy
A showcase of hypocrisy
In the form of piety
It’s just one big mystery


For you and me

I found my peace deep within
Calling inside
Follow what you feel is right
So trust your heart go ahead
Don’t lose sight


Follow that voice deep inside
When you feel you’ve lost it all
When you don’t know who’s your friend or foe
You wonder what you’re so alone
Worry ends when faith begins

Don’t be sad by what you see
It’s true life has it’s miseries
But one thing’s always worked for me
Worry ends when faith begins

If you’re weak it’s not a crime

Don’t you know it’s blessing in disguise
To know who’s honest and who spread lies
Worry ends when faith begins
Don’t be sad by what you see
It’s true life has it’s miseries
But one thing’s always worked for me
Worry ends when faith begins~


~Sami yusuf~

Wednesday, February 2, 2011

InsyaAllah, ada jalannya..

Salam alaik~

Lagu terbitan Awakening yang mengubah lirik lagu 'InsyaAllah' daripada English kepada Malay version umpama satu bentuk penghargaan dan penghormatan Maher Zain buat peminat-peminat beliau di tanah airku yang tercinta, Malaysia~ bangganye rasa...

Wah, rasa cam terharu sangat-sangat bila dengar lagu insyaAllah versi melayu dan bila bayangkan bagaimana Maher Zain berusaha untuk menyanyikan lagu tersebut tanpa ade ke'pelat'an sikit pun..=p

Aku sebagai salah seorang peminatnya sangat2 lah rasa terharu~ bukan senang tau.. cam aku bayangkan aku nyanyi lagu Czech dengan sepenuh hati..aduh, bagai mimpi di alam lain..~! (macam susah je nak jadi benda tu..=p)

Layan~



Bagiku, aku suka je lagu nie.. cam comey la lirik dia~
paling suka part nie..

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu..

Dan yang best bila dia nyanyi..

insyaAllah, ada jalannya.....

Rasa 'ye, betul... ade jalannya..'..(^^,) pasti ada jalannya..!


Hurm, dan lagu nie mucul time Egypt tengah dilanda gelombang politik. bergelora sekejap. Tetamu yang nak datang ke Cz nie pun tertunda dan akhirnya tak dapat nak datang sini.. Kesian dyorang.. teman Igop sangat2lah ramai di Mesir.. harapnya mereka baek-baek aje.. ya Allah, bantulah mereka..

Dan lagu nie khas ditujukan tuk mereka.. InsyaAllah ada jalannya~~



p/s: Second wave salji dah turun, tp tak tebal~ tapi at least dy turun pun jadilah~
Alhamdulillah, warga Cz dapat lagi seorang permata hati, kali nie girl!!! namanya Khaulah Dania~ hurm, indahnya.. sweet2.. besday dy time snow..~

Hurm, tetiba blank sekejap~sebab bila tetamu xdapat datang sini, may be ade hikmahnya tuk dyorang tapi hikmahnye tuk aku bagaimana pulak?~ (o0.)
oh, microbe~~~




Thursday, January 27, 2011

3 Buah Rumah..

Salam alaik~

Hari ni nak kongsi satu perkongsian yang kubaca daripada sebuah buku karangan Syaikh Mahmud Al-Mishri yang bertajuk 'Agar Akhirat Dekat Di Hati'. Dan buku ini tersangat lah memberi kesan dalam jiwa..

Salah satunya diberi perumpamaan 3 buah rumah. Rumah yang pertama, adalah rumah Sang Raja yang mempunyai segala harta kekayaannya, perbendaharaannya, emas dan mutiara tersimpan dalam rumah itu. Rumah yang kedua pula adalah rumah sang hamba bersama harta-harta milik selayaknya seorang hamba. Manakala rumah yang ketiga ialah rumah yang kosong yang tidak terisi apa-apa..

Persoalannya, rumah yang manakah akan dimasuki pencuri?

Jeng,jeng,jeng..


Baiklah, kalau ada yang menjawab rumah yang pertama, jawapan anda adalah salah. Kenapa? kerana rumah milik sang raja mestilah dipenuhi dengan pengawal-pengawal yang kuat-kuat dan gagah yang boleh mematahkan sang perompak nie. Jadi, rumah ini terselamat daripada pencuri kerana adanya pengawal atau benteng yang kukuh.

Kalau anda menjawab rumah ketiga pulak, sudah terang lagi bersuluh yang rumah ini tidak mempunyai apa-apa untuk dicuri. Jadi, apa yang boleh diambil oleh sang pencuri?

Jadi, jawapan yang paling tepat ialah rumah yang kedua. Seorang hamba yang mempunyai harta walau tak semewah sang raja.

Hurm, jadi apa yang boleh direfleksikan daripada 3 buah rumah ini?



Rumah yang kosong diibaratkan hati yang kosong, dan gelap gelita. Hati yang kosong dari keimanan dan semua bentuk kebaikan adalah hati yang gelap gelita. Sang pencuri pula boleh diterjemahkan sebagai syaitan yang membisik~ yang mana syaitan menjadikan hati yang kosong ini menjadi tempat rehatnya dan tidak perlu mengganggunya lagi.. (Naudzubillah min zalik!)
Syaitan telah menjadikan hati yang kosong ini sebagai tempat tinggalnya dan akan terus berada dalam hati tersebut kerana kedudukannya yang sangat kukuh. Dah tak perlu nak curi apa-apa lagi, terus tinggal terus!

Rumah yang kedua boleh direfleksikan sebagai hati yang bersinar dengan cahaya keimanan dan di dalamnya menyala berbagai lampu iman, tetapi masih diliputi kegelapan syahwat dan hawa nafsu. Dan untuk hati ini, syaitan berada antara dekat dan jauh. Maknanya, syaitan memiliki peluang dan harapan, kerana untuk hati ini, kadang-kadang syaitan menang, kadang-kadang pemilik hati ini menang dan ada pula setengah-setengah. Samalah seperti rumah tadi yang memberi potensi tinggi untuk sang pencuri mencuri harta yang ada dalam rumah ini.

Rumah ketiga adalah hati yang penuh dengan keimanan dan terang-benderang dengan cahaya keimanan yang memancar. Kegelapan yang menyelimuti hati ini telah tercabut dan dikatakan cahaya yang memancar dari hatinya bersinar terang tanpa penghalang. Bahkan yang lebih dahsyat, dalam sinar cahayanya ada api yang akan membakar setiap godaan yang mendekat kepadanya sehingga dia tidak terpengaruh. subhanallah!

Perumpamaan untuk hati ketiga ini seperti langit yang telah dijaga dengan bintang-bintang. Jika ada syaitan yang mendekat, akan dilemparkan dengan bintang tersebut hingga hangus terbakar seperti dalam ayat surah Al-Mulk:5

"Dan sungguh, telah Kami hiasi langit yang dekat, dengan bintang-bintang yang Kami jadikannya (bintang-bintang) sebagai alat-alat pelempar syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menyala-nyala."

Subhanallah walhamdulillah wa Lailahaillallah, Allahu Akhbar!



Persoalan lagi,

Yang mana satu hati milik kita?


Hurm....



Jangan panik dulu~





Hati-hati yang dibincangkan disini diolah lagi oleh Syaikh Mahmud dengan memberi pengkhususan. Iaitu katanya, hati yang kosong dari semua kebaikan adalah hati orang kafir dan munafik yang manjadi tempat tinggal syaitan. Syaitan mengkhususkannya bagi dirinya, menempatinya, serta menjadikannya sebagai tempat tinggal dan rumah yang aman. Apa yang akan dicuri darinya, sedangkan dalamnya hanya ada berbagai keraguan, godaan, angan-angan, dan bisikan. (namun jangan fikir kita terlepas daripada golongan ini~ tapi doakan agar kita bukan tergolong dalam gollongan ini)

Manakala hati yang penuh dengan keagungan Allah, kebesaran-Nya, cinta kepada-Nya, dan merasa malu kepada-Nya, maka syaitan mana yang berani dekat dengan hati tersebut?
Hati ini penuh dengan pengawalan ketat yang bukan calang-calang pengawal yang menjaganya.

Untuk hati yang ada keimanan, maka apakah benda yang akan dicuri oleh syaitan? Syaitan takkan curi apa-apa cuma hanya berniat untuk mengalahkan manusia dengan cara merebut dan merampas. Dan hal ini hanya akan berlaku untuk hati yang mudah lalai dan mudah tertipu yang menjadi sifat bawaan manusia.



Wallahua'lam.~

Saturday, January 15, 2011

Kamu dan aku..


'Kerana itu, serulah (mereka beriman) dan tetaplah (beriman dan berdakwah) sebagaimana diperintahkan kepadamu (Muhammad) dan janganlah kamu mengikuti keinginan mereka dan katakanlah: "Aku beriman kepada kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan agar aku berlaku adil di antara kamu. Allah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami perbuatan kami dan bagi kamu perbuatan kamu. Tidak (perlu) ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah (kita) kembali.'
(Asy-Syura:15)


Tak tahu nak express apa daripada ayat nie. Tapi tiba-tiba bila baca ayat ini, terasa perasaan 'betul-jugak-tu' muncul.

cam kita selalu bertengkar tentang perkara yang tak sepatutnya kita bertengkar. kita selalu tak puas hati dengan perkara yang kita tak 'sebulu'.
padahal kita tahu manusia tu tak sempurna.
ada sahaja kelemahan yang nampak di mata.
ada sahaja ketidaksempurnaan.
ada sahaja yang tak sedap mata memandang.

Tapi tu kan semua benda makhluk.
bila dah nama makhluk, banyak kelemahannya.
banyak kekurangannya.
jadi, takkan perfect la semua benda walaupun kita nak jadikan ia perfect.

Kesimpulannya,
jangan saling menyalahkan,
jangan saling berdebat.

kamu dengan kerja kamu,
dan aku dengan kerja aku.
bagi kamu perbuatan kamu,
bagiku perbuatanku.

Jangan persoalkan.

kita semua akan dibangkitkan kelak..




Photobucket