Wednesday, January 12, 2011

Merenung jauh...



Salam alaik~


Arini nak 'merenung' jauh.. maybe ia akan jadi 'termenung' jauh, tapi depends on what i'm gonna to talk here..=p

Wokey, mana nak start ye.. Ehem,ehem..Tak tahu emosi nak macamana.. Perlukah rasa seronok? Bahagia? or nak berdukacita? atau biasa-biasa?..=)
..
Maybe yang terbaik, biasa-biasa je kot..kui3.. sesuai dengan keadaan semasa.. (heh)

Baeklah, wish myself Happy 22nd-year-of-older!
(wah, kella perlu ke nak state number kat situ?)
Haha, it's ok lah.. saya dah boleh terima dengan senang hati..
A year older, a year wiser~kan?

(Kella nie tiap-tiap tahun mood sambut besday dy berubah.. so tak payah wonder la kenapa dia camnie..hehe
yelah, kan tahun berubah kan~)

Walaupun number itu kelihatan cantek dipandangan mata, tapi kelihatan 'banyak' juge kan. Cam 22 lagi banyak daripada 2, ataupun 3..
Tapi itu dari segi kuantiti la.. Kalau dari segi umur, ia merujuk peningkatan la..
(nak jugak escape istilah 'tua'..=p)
It's not 'tua' kan? not REALLY la I mean..
cam sedang-sedang la kan..haha

Kalau mengimbau apa yang telah dilalui selama 22 tahun nie, memang dipanggil 'termenung' jauh la.. sebab 'merenung' jauh tu refer to the future, kan? so, better sebut pasal my future planning la kan? haha~ cam ape je..
(abes tu sapa suh buat tajuk entri camtu..)
ape-ape jela.. kalau ade yang tersebut pasal my past, takpe la kan..

Back to the topic, kalau nak dibandingkan umur dan kejayaan aku hari ini dengan kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh yang menawan kembali kota Constantinople pada usia 19 tahun, dan jadi Sultan termuda time tu, memang kalah teruk la ratingku..
Kalau nak dibandingkan dengan kejayaan-kejayaan Umat Islam zaman kerajaan Abbasiyyah pula, memang jauh ketinggalan la daku.. (hafal 1 juzuk AQ pun belum berjaya lagi~)
Memang kerdil la diri yang dah sedia kerdil ini.. Dan teramat malu lah kerana belum boleh jadi sehebat umat Islam yang sebenar kan..

Tapi insyaAllah, itulah yang nak 'merenung' jauh tu.. Itulah yang nak diplanning dari sekarang, kerana itulah yang nak dikejar di atas dunia ini.. Nak kejar mardhatillah, nak kejar syurga Allah, nak kejar cinta Allah.. sebab kalau bukan kat atas dunia nie, kat mana pulak kan? kita hidup hanya sekali,dan takkan ade dah bumi tatkala sangkakala Izrafil dah ditiup..so make use of our lifetime, orang puteh kata..

Jadi, ape yang nak 'direnung'kan pulak?
(pulak dah..)
Benda yang nak 'direnung'kan~
:Diri sendiri
: Mutabaah amal
: tarbiyyah
: dakwah

Tapi, kalau ikutkan takde ikut turutan atas tu.. ia kena sekali seiring kan.. cam seiring dan sejalan lah.. seindah bunga di taman~~

Diri sendiri: Ape ye nak cakap.. basically, memang ternyata teramat banyaklah kelemahan diri yang belum ternyata bebas daripada jahiliyyah2 yang bertapak dan bersemadi kukuh dalam tubuh. Yang nyata, kekuatan imanlah yang satu-satunya dapat mengupas dan yang nak mengopak kulit2 jahiliyyah yang melekat di hati( cam kupas kulit limau tu..)
Jadi, asasnya iman~

Iman.
Pembinaan iman.
Iman itu perlu dibina.
Iman dibina berdasarkan kepercayaan dan kefahaman..
dan kefahaman yang ditekankan disini adalah kefahaman AQ dan as-sunnah..
Dekatkan diri dengan AQ, amalkan as-sunnah.
(dan aku teramat lah mementingkan kefahaman itu kerana aku rasa itu kunci utk segala perkara yang aku akan lakukan pada masa akan datang dan yang akan memastikan aku kekal di jalan ini, insyaAllah~)
Jadi, 'kunci' ini wajib kucari hingga ke lubang cacing..THE MUST!

Iman yazid wa yankus~ Iman itu naik dan turun..
Jadi, kuperlu berhati-hati kalau time iman turun jangan turun sampai negative.. risau susah nak naik balik.. nie pun the MUST!

Mutabaah amal: Pembinaan iman perlu dikuatkan dengan amal..baru complete.. insyaAllah, kali ni azam yang ada, aku minimized kan agar aku boleh istiqamah..Yang paling baik amal bukanlah yang banyak tetapi sedikit dan istiqamah..seperti dalam sabda baginda saw..

Daripada Aisyah r.ha., Nabi s.a.w. bersabda: "Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Istiqamah! itu yang penting..

tarbiyyah: 'didikan' ini umpama suapan-suapan nasi yang melegakan perut (terutama perut malaysian cam daku~~) yang tengah kelaparan.. dan tarbiyyah disini maksudnya makanan rohani yang mendidik jiwa.. moga hati dan jiwaku ini sentiasa kelaparan untuk ditarbiyyahkan dan insyaAllah untuk mentarbiyyah manusia lain juga..

tarbiyyah itulah yang mendekatkan aku kepadaNya.. tarbiyyah juga yang memberiku makna sebenar kehidupan yang sementara ini.. ku harap dengan tarbiyyah juga aku dapat mengejar syurga dan cintaNya..

(sering berfikir tentang tarbiyyah baginda Rasulullah saw.. bagaimana agaknya Rasulullah mendidik para sahabat sampai jadi begitu hebat.. subhanallah! )

ya Allah, jadikan hati-hati kami ini yang rindukan syurgaMu dan mati syahid dijalanMu..

semusim bersama tarbiyyah, selamanya terasa~ teringat 'theme' nie masa join 1 program ritu.. bila imbau kembali memang akan terasa sampai bila-bilalah.. dan tetibe rasa kemanisan dalam maksud tarbiyyah itu.. tarbiyyah itu mendidik jiwa aku untuk kuat.. dan Allah beri aku tarbiyyah dahulu seblum menimpa ujian kepadaku.. sungguh Allah Maha Mengetahui..

dakwah: Masih terlalu awal, dan setahun jagung dalam mengenali maksud dakwah yang sebenarnya.. buat masa ini yang boleh aku katakan, dakwah sudah mempamerkan wajahnya yang sebenar padaku.. tapi aku tak pasti wajah-wajah apakah lagi yang bakal muncul.. jadi, persiapan rapi harusku tekankan supaya aku faham dan mengerti apa yang aku bakal laksanakan..

macam yang aku katakan tadi, aku perlu mencari 'kunci' untuk membuatkan aku melangkah tanpa ragu-ragu.. Kunci yang memberi kefahaman jitu kepadaku. tetapi aku rasa kefahaman itu akan muncul satu hari nanti.. mungkin kefahaman itu wujud dalam sistem tarbiyyah itu sendiri yang perlu aku teroka untuk aku temui.. Aku yakin, jawapannya pasti ada, cuma masa yang menentukan.. but, dont take me wrong.. bukanlah maksudku sekarang aku ragu-ragu.. tapi ape orang kata, kita kadang2 perlukan satu 'hint' yang akan buat kita tak paling belakang dah.. dan 'hint' itulah yang sedang aku cari... moga2 akan kutemui..ameen!


(wah, banyaknye kella 'renung'kan!! hehe..)

alhamdulillah..

generally, yang atas nie lah.. tapi banyak je lagi sebenarnye.. tapi tu biarlah rahsia..

hurm, dah kot.. dah habis merenung dah.. insya Allah, moga2 ALLAH redha terhadapku dan aku juga redha atas ketentuanNya.. (aku redha dah 22..;) )


all the best for upcoming exam!

all the best for this new year!

all the best of very best, k!(ape punyer ayat nie..)

všechno nejlepši~moga dipermudahkan..

mode: Physical examination +microbiology~


p/s: Selama 3 tahun kat cz sambut besday, kali nie 1st time salji xde time my besday.. keciwa jugak la.. selalunye sambut dgn salji~~~tapi maybe Allah nak tarbiyyah kella nie.. salji bukan maksud besday tuk kella..hik3.. who knows? Allah knows...~^^


Sunday, January 9, 2011

Ujian..


sapa kata kita boleh passed dalam soal menjaga hati,
kalau kita belum diuji?

sapa kata kita boleh berjaya melawan nafsu,
kalau kita belum diuji?

sapa kata kita boleh lalui halangan-halangan dalam hidup,
kalau kita belum diuji?

dan sapa kata kita nie sudah beriman,
kalau ternyata ujian keimanan belum lagi dilalui?


kerana keypoint disini adalah ~UJIAN..
tak lalui ujian, takkan dapat tahu kita mampu atau tidak..

dan ujian demi ujian akan kulalui,
dan kuharap agar aku mampu laluinya...


(waa,banyaknyerr ujiannnn!!!!)~~~ takpe kella, Allah nak bagi pahala sabar~~~
^^
mode: pathoanat slide..

Sunday, January 2, 2011

Kakakku kahwin..


Salam alaik..

25 Disember 2010 tarikh keramat buat keluarga Mohamad Nor. Sekali lagi majlis kenduri kahwin berlangsung di 'dataran' rumahku. Dah tak terkira berapa kali dah.. ramai benor orang perak kata.. =)

Kali nie kakakku yang hanya atas aku melangsungkan perkahwinan. Kami beza 3 tahun.. masa tengok gambar akad nikah dia baru terasa nak jerit.. 'kak atun dah kawenn!!!!' (kalau tak sebelum nie cam xde perasaan je =P)

Rasa tak percaya.. Satu sebabnya maybe atas keberadaan aku disini, bumi Czech bukan di Malaysia.. Kali pertama dalam sejarah hidupku aku tak bersama keluarga semasa pernikahan adik-beradikku. Satu dugaan yang bagi aku agak terasa sikit la.. Tapi atas kesibukan aku sendiri sepanjang musim winter nie, pergi sana pergi sini, aku cam lupe je perasaan kecewa tak bersama keluarga... Kalau ade pun tak mau fikir.. Tapi yang banyaknya rasa bersalah la.. tak dapat nak online pun sepanjang hari akad nikah n kenduri.. Hanya kemaafan yang dititipkan melalui shout out kat fb.. maaf,maaf,maaf..


selamat pengantin baru, akak!


Hurm, dah kahwin dah kakak aku.. Moga berkekalan dunia akhirat ye.. Jadi isteri solehah, jaga diri, jaga keluarga..lahirkan anak buah yang soleh dan solehah juga ye.. mak keyla cop nak bagi nama anak akak taw...=)



Hurm, yang nie juga merupakan perkahwinan pertama tanpa kehadiran ayahanda tersayang.. Maybe yang jadi wali adalah abangku atau pakcikku. Lupa nak tanya mak.. Ingat lagi kalau kenduri ape-ape, arwah abahlah yang sibuk antar kad jemputan, ajak orang memasak, tempah ayam, tempah daging, uruskan khemah tetamu dan lain-lain.. Rindu~~ (Ish, tak leh sebut banyak2 nie, rasa murah je air mata..al-fatihah)

Ketiadaan abah mesti membuatkan mak banyak buat kerja.. Moga-moga mak sihat selalu.. Banyak kali dah pesan mak jangan buat kerja berat. tapi mak selalu balas, 'kalau tak buat, siapa lagi.. mana ade orang dah kat rumah nie'.. Hati sayu.. memang betul pun..kat rumah hanya ade adikku dan kak atun je buat peneman mak. Sekarang kak atun dah kawen, tinggal mak dan iwan je.. hurm.. aku disini hanya boleh titipkan doa.. Mudah-mudahan Allah menjaga mak selalu.

Barakallahu lakuma~! Ni hadiah tuk kak atun n suami..
(bina rumahtangga molek-molek na..=p)




salam sayang~
adikmu yang comey..=)

Saturday, January 1, 2011

Trials and challenges



Make me strong, Ya Allah!

Perasaan yang dirasai sekarang amat berbeza.. Berbeza sekali dengan perasaan-perasaan sebelum nie. Ada banyak benda yang mengetuk pintu hati.. Ada banyak perkara yang bermain dalam fikiran. Ada banyak benda yang perlu dilakukan.. Nak kata sesak, bukan. Tapi ia memenuhi segala rongga dalam diri. Nak kata tepu pun bukan. Tak ade words yang boleh describe situation sekarang..

Perasaan yang bercampur-baur.. Nak kata gembira bukan, nak kata sedih pun bukan. Nak tulis pun tak tahu nak mula dari mana, tapi rasa nak tulis something. Nak share something.

Dakwah. Daie. Rasa jauh perkataan itu nak digapai, tapi langkahan ke arah itu dengan izin Allah telah bermula. Tapi bila teroka diri, alangkah kerdil dan hinanya untuk memegang amanah dan tugas itu biarpun tahu manusia Allah ciptakan hanyalah untuk beribadah dan menjadi khalifah di muka bumi. Once kita menyebut 2 kalimah syahadah, tugas itu telah terbeban di bahu. Once kita mengaku Allah itu Tuhan yang Esa, dan Muhammad itu pesuruhNya, dakwah sudah sepatutnya menyusup dalam setiap salur darah dalam tubuh kita. Menjadi urat nadi dalam setiap detik hidup sebagai hambaNya.

Namun, tugas dakwah itu sering ditakuti oleh ramai orang. Dengar pun allergic seluruh badan. Tapi dah sebut 2 kalimah syahadah dah. Tak tahu mana silapnya, sampaikan sekularisme itu telah menjadi sebati dalam hidup masyarakat. Dakwah itu hanya tugas seorang ustaz. Camtu ker?

"Kena buktikan Islam bukan hak seorang ustaz!"

Terngiang-ngiang suara seorang ustaz masa bagi talk tentang Syahadatain (2 kalimah syahadah). Ye, Islam memang bukan hak Ustaz semata. kalau tengok sirah pun, ramai sahabat hanya dapat 2-3 surah pendek tapi boleh mengislamkan ramai orang. Boleh berdakwah kepada orang lain walaupun hanya dengan 2-3 ayat. Diulang, dengan 2-3 ayat sahaja. Belum setaraf ustaz lagi masa tu. Contoh yang boleh diberikan, Abuzar Al-Ghiffari. Walaupun dia pernah ada sejarah silam, iaitu seorang perompak tetapi lepas je peluk Islam, dia terus berdakwah dan berjaya mengislamkan kampungnya. Bahkan walaupun baru masuk Islam, dia dengan beraninya pergi ke masjidilharam dan terus berteriak "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah" ditengah-tengah manusia yang tengah menyembah berhala masa itu. MasyaAllah, hebatnya para sahabat..

Kita ada missing something bila kita ucap 2 kalimah syahadah. Kita missing 'kefahaman' tentang kalimah yang diucapkan itu. Kefahaman yang mana sahabat2 nabi dapat bila mengucapkan kalimah syahadah. Kefahaman yang membuatkan mereka terus nak berdakwah kepada manusia lain, menyebarkan kebenaran bagi melenyapkan kebatilan. Mereka dapat kefahaman selepas kalimah lailahaillallah itu disebut. Allahu akhbar.. Dimana silapnya kita bila kini disebut dakwah, seluruh badan gatal2, allergic teramat, pandang sebelah mata, buat donno, acuh tak acuh, geli, dan macam-macam lagi. Dimana silapnya?

Dakwah itu cinta.. terus-terang, diri sendiri masih baru mengenal erti dakwah dan tarbiyah. Kalau orang kata itu pelik, kerana belajar dakwah dan tarbiyah di negara bekas jajahan komunis, maka peliklah ia. Tapi hidayah Allah sampai kat mana-mana je. Kat kutub utara ke, kat kutub selatan ke, kat rumah orang ke, kat rumah sendiri ker, kat mana-mana je. Allah kata "Jadi," maka jadilah ia. Tiada yang mustahil..

Kerana masih baru, maka benih-benih cinta itu baru saja disemai.. Tp sepanjang proses pertumbuhan cinta itu, pasti banyak dugaan yang datang.. Jadi benih semaian ini kuperlu jaga dengan rapi, agar menjadi dan tumbuh dengan sempurna. Banyak lagi yang perlu aku belajar untuk menjaga semaian ini agar terus tumbuh. Dan sokongan daripada teman-teman amatlah aku harapkan agar aku terus tsabat di jalan yang baru kumulakan perjalanannya ini. Make me strong!

Dakwah bukan pelik bagi seorang muslim. Walaupun pelik dimata manusia kini, tapi bukan pelik di pandangan Allah. aku dapat tarbiyah itu disini. Tapi bagi yang belum dilanggar dengan tarbiyah, mencarilah. Carilah di majlis-majlis ilmu, di internet, di mana-mana sahaja. Marilah kita kenali diri sebagai hambaNya.

' Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pertukaran malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal'
Al-Imran:190

Aku bersyukur dilanggar hidayah disini. Setiap orang lain-lain cara dia dilanggar. Tapi yang penting, selalu benarkan diri dilanggar dengan hidayah. Jangan menyorok. Sebab kebaikan itu kadang-kadanng hanya datang sekali. Dan aku sangat-sangat yakin setiap manusia nie sukakan kebaikan. Sejahat manapun dia, still dalam hatinya ade sikit rasa benci dengan kejahatan dan sukakan kebaikan. Percayalah. Just kita merelakan diri kita nie untuk merasakan kemanisan iman yang sekarang nie dilitupi dengan debu-debu dosa akibat kejahilan kita. Carilah.

Carilah erti hidup sebenar. Allah tak perlukan kita, tapi kitalah yang perlukan Allah. Allah boleh tukar sekelip mata je kaum yang menderhakai-Nya, dan gantikan dengan kaum yang taat dan patuh kepadaNya. Boleh je.Allah Maha Kuasa. Macam kita bagi kereta mercedes kat orang. Kalau orang tu taknak, bagi kat orang lain. Macam tu lah.

Surah Muhammad ayat 37: bermaksud: "Ingatlah! kamulah orang-orang yang diajak membelanjakan harta pada jalan Allah, tetapi ada antara kamu orang-orang yang bakhil, sedangkan barangsiapa yang bakhil, maka tidaklah ia bakhil melainkan terhadap dirinya sendiri, dan Allah itu kaya (tidak perlu kepada kamu), tetapi kamulah yang miskin (memerlukan kepadanya) dan jika kamu berpaling (dari agama Allah)akan Allah gantikan satu kaum yang lain dri kamu, kemudian mereka tidak (derhaka) seperti kamu"

Jangan nafikan hakikat. Jangan degil. Jangan keras kepala. Grab peluang nie. Ingat, hidup hanya sekali. Jangan jadi orang yang rugi dikemudian hari. Yang Allah sebut dalam AQ, mereka merayu pada Allah agar dikembalikan ke dunia walaupun untuk sehari agar dapat berbuat amal kebajikan. Jangan jadi orang yang rugi. Peringatan yang paling penting terutama untuk diri sendiri yang sedia terkenal dengan kedegilannya~

Wallahu'alam~ make me strong, ya Allah!
Mencarilah!

Sunday, December 5, 2010

Terngiang-ngiang..

salam alaik~

Muhasabah.

1) Kalau belajar MEDIK itu anda tumpukan 100% keseriusan terhadapnya kerana bakal deal dengan life @nyawa pesakit, maka belajar KAEDAH SOLAT SEMPURNA kena lebih serius dan lebih fokus lagi ++ kerana anda bakal menyelamatkan nyawa anda sendiri untuk kehidupan yang kekal abadi di sana. Betul?

Kenapa nak selamatkan nyawa sendiri? Kerana solat adalah perkara pertama yang akan ditimbang sebelum amalan-amalan lain.. Dengan tertolaknya solat, xda amalan lain yang backup.. finish on the spot.

Pernah beratur dalam bank? Tahu macamana perasaan menunggu? Macamana perasaan kalau dapat number giliran yang dalam seratus ke atas dan time tu baru orang kedua yang tengah deal dgn pegawai bank tu. Cne perasaan? Tension tak?.

Andaikan ada 70 000 orang yang syahid zaman Rasulullah termasuk para sahabat.. Pernah tak kita terfikir boleh dapat angka giliran yang ke-70 001 masa time nak hisab nanti? Pernah tak terfikir boleh dapat number ke-100000 sekalipun? Boleh dapat bayangkan tak penantian di padang Mahsyar nanti? Boleh dapat rasakan tak bagaimana? Tapi tu baru Umat Rasulullah s.a.w.. belum lagi Nabi2 dan Rasul2 yang lain.. (wah, kat mana kita?)

Berfikir..

2) Orang yang enggan berinfaq walaupun dari segi khidmat tubuh badannya utk Islam, maka dia sebenarnya adalah bakhil.

Berinfaq sudah? Berkhidmat? Adakah pinjaman Allah-anggota badan kita ini hanya pinjaman yang biasa-biasa? Pinjaman Allah ni 'biasa'kah?

Refleksi diri..



Itu je buat masa nie~ Insya Allah bakal disambung..
Kata-kata Ustaz itu sering berlegar-legar difikiran...


Photobucket