Saturday, December 3, 2016

My definition of happiness

Assalam..

Heyyaa!
Setahun lebih tak tulissss... masyaAllahhh... busy sangat jadi Puan eh?
:)


tak, sebenarnya lupa password, -.-' so xpernah nak cuba untuk masuk balik.. tup2 arini free sangat, tu yang ter'enter' satu entry tu..

free sebab cik abang gi outstation program..  and won't be seen untill monday I think because keje malam ahad tu.. Dy pulak balik mungkin sampai malam ahad.. So i probably xdapat nak jumpe dya tiga hari..


Tiga hari???

fuh.. paling lama xjumpe setelah setahun hidup bersama.. >.<
Dulu kalau tak berjumpe seminggu dua rileks je lagi.. Sebab duduk asing2..
Tapi sekarang kalau hilang depan mata, susah betul nak hidup.

ohh..

What is my happiness of my life??

I becoming too dependent on him.. That's why occassionally bila berpisah sebab program atau aku oncall, memang thats the time I ponder back my definition of happiness. Sebab sometimes, being too attach to someone will makes us weak.

Really..
Like what happened today since he left me..
tidur tak lena,
mandi tak basah..

ok, cukup2..
Enough.. haha.. nak termuntah dengar nanti.

sometimes I have to reset my definition of happiness.
Happiness is not only because he's around, but when he went for something that Allah pleased.
Happiness is when I had to go for work- my so-called place of battle and he had to go for another battle of jihad,
Everyone had their on battle in life.
And I have mine too.

Setiap dari kita berkorban. Berkorban untuk sesuatu yang kita sayang.
Tapi sedar atau tidak, benda yang kita korbankan itu bukan milik kita sebenarnya.
Jadi, why sacrifices make us sad?

He's not mine. I'm neither.
Tapi kehidupan itu kadang-kadang menipu kita. Kita sangka kita milik dia selamanya, tapi mana tahu badai yang akan menjelma?
He' not mine. But I pray to Allah, he will be mine forever. Here and thereafter.

Since he's not mine, I allowed him to reach anything that he pleasures.
I dont wanna be his burden.
I just dont wanna be his protector.
He just a free man.
He deserve everything he want.

Too many things make me ponder.
When I too rely my happiness is with him. Everything about him is my happiness.
But thats make me sick.
Sakit sebab rindukan dia.
And that makes me sadder.

That's why I have to define back my source of happiness..

so
my happiness is when he had to go for the sake of Allah
my happiness is when he had to go for something good for him
my happiness is when he is happy doing things he wants
when he wants to be a great man, i will always stand besides him.

:)
that's my happiness



Tuesday, September 22, 2015

Yes, I am Puan :)


Salam alaik,

Macam mimpi pegang title tu 25 hari lepas. Macam tak sangka dah ada suami. Macam tak sangka. Memang tak sangka.

We are strangers before. Kenal hanya melalui borang. Kenal dengan tujuh kali perjumpaan yang singkat selama setahun empat bulan -  berteman. Paling kurang ajak anak buah teman. Keluar pun atas tujuan nak setelkan hal-hal perkahwinan. Nothing much.

Berhubung melalui whatsapp dan gmail bersama dengan dua peneman. Not even a smiling face emoticon pernah keluar dalam whatsapp tu. Dan whatsapp tu pun hanya berfungsi bila diperlukan. Bukan setiap hari. Bukan setiap masa dan ketika.

Bercinta? Katanya dia dah jatuh cinta dalam pertemuan ketiga. Aku? Hehe.. Mana boleh buka rahsia! Tapi kalau tak cinta, masakan aku boleh terima dia? Cheewah.

Perkenalan yang sekejap ni memang mengundang banyak persepsi. Positif dan juga negatif. Tak dinafikan, hati ni pun berbolak balik. Ragu-ragu? Usah kira berapa kali hinggap kat ruang rasa. Tapi satu saja yang aku yakin, kalau benar dia untukku, memang dia akan jadi milik aku. Kalau usaha yang aku lakukan hanya 10%, maka yang selebihnya aku serah pada Allah bulat-bulat. Tawakal. Sebab Dia yang mengaturkan hubungan. Bukan atas sebab usaha kami. Dia yang menyatukan hati-hati. Dia. Hanya Dia. Allah.

Teringat kata-kata yang aku pernah terima..

"Ko yakin ke dia sukakan ko? Macam tak minat je tengok.."

"Korang ni bercinta ke? Bila berjumpa cakap pun tidak.. pelik betul"

"Hari ni hari jadi ko, dia wish tak? Ade bagi hadiah?"  -(of course la tidakk >.<)

"Ko kenal ke dia ni? Pilih betul-betul la.. Nanti menyesal."


dan lain-lain..


Aku hanya pekakkan telinga dan senyum.. Jalan ini yang aku pilih kan? So kena hadap la. Kalau ade idea, aku menjawab la jugak kadang-kadang. Haha. U know me. Tapi memang setiap komen akan aku ambil kira juga. Tak pandang sebelah mata saja.

Setiap pilihan pasti ade risikonya. Pasti ade kelemahan dimana-mana. Nobody perfect, right? Aku pun ade kekurangan dan kelemahan. So, mindsetting kena betul dan jelas. Kalau dia ade kekurangan, aku pun ade kekurangan so we will complete each other to be perfect. Right?


Senyum.


Sooo, sekarang dah lepas ujian sebelum berkahwin. Sekarang kena lalui ujian dalam perkahwinan pula. Untuk keberjayaan hubungan ini, kena ade usaha dari kedua-dua pihak. Kena ade kesefahaman dan kepercayaan. Mutual understanding.

Dan kini kami masih lagi meneruskan taaruf kami yang masih banyak lagi..  Setiap hari pasti ade pertanyaan dari dia. Dan itu membuatkan aku lebih peka tentang keperluan dan kehendaknya.

Well, aku dah dapat comments dari dia.. Less expression. Hihi. Dia tak dapat nak tahu aku sedih ke, gembira ke. Sebab selalu komen aku, "ok, je.."

Hihihi.. Kalau yang kenal aku, memang tahu typical Saakella bagaimana. Less emotion. Less expressive. Cam tu je dia. Cool je.. (berlagak cool sebenarnya.. :D)

Huhu.. what to do? So lepas ni dah kena beritahu apa perasaan so that he won't assume.  :P



Dalam jangkamasa yang singkat, kami dah jadi terlalu rapat. Sampai nak berpisah pun susah. Alhamdulillah Allah masih beri peluang pada kami untuk selalu berjumpa. Sorang di Johor, sorang di Klang. memang jauhla kan..


Tapi, alhamdulillah a'la kulli haal. Perpisahan itu memberi ruang kepada kami untuk adjust kehidupan baru kami. Nak stabilkan kehidupan dengan tuntutan-tuntutan yang ada.. Kerjaya, tanggungjawab dengan keluarga, sebagai suami isteri, dan lain2.


Aku sangat bersyukur dengan ade suami seperti dia. Harapnya dia pun begitu. Masih banyak lagi yang kena belajar untuk jayakan hubungan ini sampai syurga. Ya, sampai syurga. Sebab matlamatnya disitu, insyaAllah.


Sekarang tengah basah dengan hujan cinta. Opss..

Bercinta selepas nikah itu indah, tahu? Semuanya adalah pahala!
So, say a BIG NO to couple!

coupling2 ni hanya dosa je yang mengalir.. rugi~ Hanya bezanya akad saja..
So, cepat2kan akad nikah. Yang perempuan mudahkan, yang lelaki usahakan.
Lepas tu dah boleh bercinta sampai syurga~


~Solemnization Athir & Kella~


Di hati ini, Hanya Tuhan yang tahu~ :P

Athir <3 kella="" p="">

29/8/2015 --->till syurga insyaAllah




Ya Allah, berkatilah hubungan kami..


*****


"So, kenapa Surah Al-Qalam?" Soal dia selepas beberapa hari kahwin. Aku baru teringat pernah memintanya hafal satu surah untukku. Dan surah pilihanku ialah Al-Qalam.

"Oh.." Aku tersenyum.
"Untuk ingatkan saya bahawa bukan satu kegilaan la bila kita ni tak bercinta sebelum kahwin. Tak seperti yang orang biasakan, couple, dating, calling2 semua tu... Dan... untuk ingatkan  kerja sebenar kita, matlamat sebenar perkahwinan kita.."

Aku pandang dia. Senyum.









Wednesday, April 15, 2015

Primum Non nocere


Salam alaik,

Hi!!


Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menjalani hidup bekerja. Now, I am a houseman. >.< Dah sebulan dua minggu. Fuhh.. cepatnya masa berlalu.. Tapi gaji masih tak dapat. Hehe. (Rasanya aku asyik mengeluh bila kerja tapi gaji tak dapat. Teruk lah Saakella ni. Ikhlas skit ok bila bekerja tu. :P )


Bila bekerja ni banyaklah benda yang aku belajar. Banyak yang diperhatikan. Sebab aku ni jenis pemerhati. Bila jumpa ramai jenis manusia dalam hospital ni kita kena banyak bersabar. Bukan semua manusia sama perangainya.


Primum non nocere = first, no harm. Perkataan ni umpama falsafah la dalam perubatan. Yang mana, prinsipnya kita tak berikan kemudaratan pada pesakit. Tapi, masalahnya yang aku lihat adalah sebaliknya. Ambil darah setiap hari, pesakit tak dapat tidur dengan baik, dilayan dengan agak kasar juga oleh nurse (of course not all the nurse la), dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Macamana pesakit nak sembuh?


Ok, sebagai houseman aku pun memang masih baru dan masih kurang skill mengambil darah, memasukkan branula, mengurangkan kesakitan dan lain-lain. Aku sendiri mengaku yang aku pun ade juga me'rosak'kan tangan pesakit sebab tak dapat cucuk dengan baik. Pardon me ;( . But aku cuba perbaiki everyday. Sebab aku kalau boleh tak mahu menyakitkan lagi pesakit yang sudah sakit.

Tapi kadang-kadang aku tak berapa setuju juga dengan sistem disini. Yang mana semua pesakit buah pinggang perlu diambil darah SETIAP HARI. Tu belum termasuk darah yang diorder atau yang direject oleh lab. Sehari boleh jadi dua tiga kali ambil darah dyorang. Dan, sememangnya pesakit nephro ni memang terkenal dengan susahnya nak ambil darah dyorang. Dah clear nampak blood vesssel, tapi cucuk2 tak dapat.. mahu menangis kita yang mengambil darah. Pesakit nephro sampai dah redha dah tangan dyorang jadi bahan experimen kami. Pardon me.

Kadang-kadang aku cuba positifkan diri. Memang perlu ambil darah dyorang sebab nak monitor perkembangan buah pinggang semua. Sebab itu je caranya. Kita nampak luar elok semua tapi kita tak tahu apa yang berlaku dalam badan. Nak 'communicate' dengan sistem dalam badan, memang kena guna darah, urine, atau sometimes stool. Sputum atau kahak pun jadi bahan komunikasi tau. Jangan tak tahu. Kesimpulannya memang semua yang dikumuh, atau yang mengalir dalam badan adalah bahan yang menjadi modal untuk kami para doktor mengenali jenis penyakit pesakit.

Bukan tak pernah aku jumpa pesakit yang refused untuk dimasukkan branula. Bukan tak pernah aku jumpe pesakit yang AOR - keluar ward atas risiko sendiri. Belum kira pesakit yang merungut-rungut sebab tangan dan bengkak2 semua. Ramai..
Bukan sorang dua.


Semuanya sebab dah fobia dengan hospital. Tangan dari tak bengkak jadi bengkak. Dari sakit biasa di diagnosed sampai jadi sakit lain pulak. Ngeri.

Sebab tu jugaklah family aku semua tak mahu pergi hospital bila sakit. Huhu.. Aku je yang pergi hospital setiap hari. >.< (tp of course la bukan sebab sakit).


Hurm, sebenarnya aku bukan tak setuju seratus peratus dengan sistem yang ada. Ya, actually, kami para doktor nak membantu untuk sembuhkan pesakit. Bukan tak pernah ade pesakit yang masuk dalam keadaan yang teruk tapi pulang dengan keadaan yang sangat baik, alhamdulillah. Memang niat murni kami adalah nak membantu sembuhkan penyakit. Cuma kadang-kadang yelah, kita manusia. Tak perfect. Pasti je ada kelemahan. Dan nak katanya, takdir orang lain, rezeki orang lain bukan ditangan kami la. Kalau rezekinya bertambah sakit, tanpa ade penyebab pun dia akan sakit juga.

Sometimes kita tak boleh nak control semua. Aku penah jumpe seorang makcik yang refused dimasukkan branula dan juga ambil darah. Pesakit nephro. Sebabnya simple je. Sebab tangan dia bengkak bila dimasukkan air tanpa pengawasan sesiapa dan pesakit tu tidur. Dia dudk dikatil belakang pula tu. Sedar-sedar tahu tangan dah bengkak dan sakit. Nurse pula xde nak tengokkan. Huhu.. aku yang tengah penat dan baru je ade masa nak masukkan branula mak cik ni termangu sekejap. Rasa bersalah sebab tak menjenguk pun pesakit-pesakit kat belakang ward ni. Huhu. Tangan tak cukup weyy.. Memang busy turun naik ward hantar darah etc.. Mana ade masa nak say hi bye kat semua. Makan pun tak sempat tau. Huhu.. Sedih.

Tapi sedih juga dengan keadaan camtu. Nurse ramai, doktor pun ramai juga waktu pejabat. Tapi masih juga tak dapat nak entertain keperluan setiap pesakit. Tak tahu juga sebab apa. Tak mahu salah kan sesiapa. Dia macam kena masing-masing tahu peranan masing-masing. Pesakit tak boleh banyak demand, doktor dan nurse pula kena peka dengan keadaan pesakit. Kena saling give and take.


Primum non nocere. Prinsip ni aku cuba untuk serapkan dalam minda dan perbuatan. Dan aku harap semua doktor dan kakitangan hospital kena serap juga prinsip ni. Kita yang doktor ke, specialist ke bukan tak akan jatuh sakit. Kita pun akan jadi pesakit juga satu hari nanti. Seperti mana kita buat pada orang lain, satu hari kita pasti dapat rasa juga dari orang lain. Be kind and gentle towards others. Tak rugi pun. Sebab nanti, tanpa kita duga, akan ade hari yang orang lain akan bantu kita tanpa kita minta.


What comes around will goes around. Right?

:)






Wednesday, February 11, 2015

Motivation

Salam alaik,

Sekarang ni tengah mencari mana2 quotes yang best utk dijadikan as motivations sepanjang HO ni.. Hee.
Jadi kerja juga benda tu. Thanks to technologies skrg yang byk membantu terutama screenshot etc. Tak payah nak tulis atau salin balik. Trus snap pic saja~

Owh, sekarang tengah memotivasikan diri untuk membaca. Tak tahu lah kenapa kalau sekarang ni bukak buku laju je mata tu nak tutup. Penyakit sungguh. Pelik pun ade. Padahal dah tidur cukup dah. :(

Ni memang penyakit dulu2. Sekarang dy datang balik. Adoi. Ya Allah, cerdaskanlah akalku ini. Jauhkanlah aku dari sifat malas dan lemah~

Ameen.

Mind-setting nak HO ni sebenarnya tak habis lagi. Banyak nak dimind-setkan. Hopefully sempat setel sebelum kerja. Fuhh, semangat, datanglahh~~


ok, pepun, ni salah satu quotes yang best:



harapnya aku mampu lalui HO dengan baik.. ameen

Cabaran?


Salam alaik,

' apa cabaran bertunang?'
'Awak akan jumpa orang yang lebih baik dari tunang awak.'

Erk. Camtu eh?

So, cabaran berkahwin?

Akan jumpe orang yang lebih ideal dari pasangan yang ada?


Ini sungguh tak logik. Kalau itulah jalan kita, so itu akan tetap menjadi jalan kita.

Pernah dengar ayat ni?

What has reached you was never meant to miss you, and what has missed you was never meant to reach you.

It was from Rasulullah s.a.w.


So cabarannya bukan tentang jodoh pertemuan. Tapi cabarannya adalah pada hati, pada nafsu kita sendiri. Dan bagaimana kita mengawal hati kita dari terjerumus ke perangkap nafsu dan syaitan.

It's not about 'who' but 'how'. How we create the marriage yang Allah redha, that's matter.



:)

Na shle!


Friday, February 6, 2015

Ia bakal bermula


Salam alaik,

Lama tak tulis, aite? Busyyy.. Sejak menjadi baby sitter (yg masih belum terima gaji >.< ) aktiviti seharian aku sangat penuh. Nak keluar rumah pun kena fikir banyak kali sebab kesian kat mak.

Tapi, banyak urusan yang kena buat sebelum nak pergi kerja ni. Ohho, I'm not telling you yet kan yang I dah dapat placement?

Yup, DAH DAPAT!

Ok, sila terkejut dahulu sebelum dengar namanya.

HTAR.


Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Sila sakit jantung sekarang. Tachycardia sekejap.

Tak tahu la kenapa bila dapat tu terus redha dah. Padahal bukan pilihan pun. (Ok, ade la tertulis dalam pilihan ketiga kan.. :P)

Dapat dengan dua teman seperjuangan- Aina and aini.. So sebab tu kot. Dia rasa relieve skit. Ade teman nak nangis sama2. Kalau takde, dah lama aku lari dari situ.. Huhu..

HTAR yang terkenal dengan kebusyyan dia, yang terkenal dengan ke'tough'an dia.. Fuhh, tak tahu la kenapa tak tukar. Tapi nak tukar kemana~ Tak tahu mampu ke tidak, tapi cuba je lah. Kan, kan..


ok, positip, positip. Akan memulakan episode sebagai houseman officer in less than 2 weeks now. Sekarang memang tengah pulun nak mengkhatamkan CPG2  yang berlambak ni. Tak tahuuu laa.. Banyakknyeerrr!


So, tak tahu akan sempat menulis lagi ke tak lepas ni. Kalau aku tulis maksudnya aku ok sebab ade masa nak menulis. Hehe. Kalau tak, maksudnya hidup aku tengah miserable time tu.

2 tahun.

Akan dipenuhi dengan pelbagai episode kehidupan. Moga aku terus tabah.


Zatim, Na shle!

Doktor??! Nervousnyerr! >.<

Monday, January 12, 2015

yang ke- 26


Salam alaik,


Termenung sekejap melihat angka itu. Besar benar. Benar- benar besar. Lama dah hidup rupanya.

Termenung lagi. 26.. uishh. Hari ni berapa kali kena gelak dengan kakak2 aku. Katanya macam tak percaya itu umur aku. Bukan dia je yang tak percaya, aku pun tak percaya!

Aku sekarang ni dilema jugaklah. Ni bukan soal muda tak muda, tua tak tua. Ni soal kematangan. Langsung tak matured kakak aku kata. Matured? Tak matured katanya aku? Haish. Dilema ni!

Hurmm. Takpe kot. Kan baru habis belajar. Kan baru lepas title student. Tak kerja lagi. Mungkin suasana la yang buat nampak tak matured. Ye tak. Ok, tu namanya ayat penyedap hati. :D

Bagaimana nak bina kematangan? Setahu aku, kematangan tu diterjemahkan dalam bentuk cara-fikir, kelakuan, dan gaya. Bukanlah sebab saiz, atau umur. Macam budak yang aku jumpe time sukarelawan banjir ritu, baru darjah empat tapi gaya cakap, macam orang besar. Ni mesti sebab banyak bergaul dengan orang yang lebih berumur dari dia.

Haa, kematangan dibina melalui pergaulan! Ok, nampaknya dah kena mula bergaul dengan orang yang lebih berusia. :D Tapi tu mungkin masalah aku juga. Aku lebih suka duduk sendiri dari berbual perkara yang tak berfaedah. Jarang aku join bersembang dengan jiran-jiran sebelah rumah mak aku ni. Bukan sombong, tapi aku tak berapa nak masuk menyembang la.. Aku ni lebih 'on' dengan anak dyorang yang berusia 7-8 tahun. Haha. Thay's whyyyy kellaaa!

Kalau tak boleh nak bergaul, kena try ubah gaya fikir. Kena fikir benda-benda besar, buka isu remeh-temeh. Mungkin boleh dapat melalui pembacaan ilmiah. Haa, yang ni aku boleh.. :D

Hurm, apa lagi nak ubah. Gaya pakaian? Ish,, malasla. Tapi aku selalu kalah dengan anak buah aku yang memang up-to-date dengan gaya-gaya sekarang. Tu gaya aku dulu. Tak adenye aku nak pakai camtu lagi.. Aku lebih suka simple2 tanpa perlu berbelit2. Dahlah panas, then aku pakai spek. So susah nak pakai shawl ke ape ke.. huhu. Dah2, fesyen, aku selesa dengan gaya aku sekarang. Cuma mungkin kena pakai baju blouse banyak skit. Urm, urm..

Tapi apepun, aku selesa dengan diri aku sekarang. Cuma kenala juga bentukkan peribadi yang dipercayai sedikit, ye tak. Ok, misi tahun ni nampaknya ialah cuba untuk mecari kematangan dalam diri. Matang, matang skit, kella.

Ke arah mematangkan diriku. InsyaAllah.

Na shle!

kek yang 'runtuh' sebab mencair.hihi, layan je la :)





Tuesday, January 6, 2015

Positif vs negatif

Salam alaik,

I'm a positive person. Bukan nak memuji diri tapi begitulah hakikatnya. Hehe. But being a positive person doesn't mean that I had never think of negative. It just only positive mind comes after that. Positive after negative. Or shall I say re-positived?

Melalui hidup ini,kita takkan terlepas dari masalah-masalah. Lepas satu, satu. Tak berhenti sampai kita mati. Tapi mati itupun bukan menamatkan semua masalah juga. Ada alam lain yang akan menggantikan kehidupan sekarang. So, melewati umurku yang sudah suku abad (and bakal lebih setahun :p ) dengan melalui ujian-ujian-nya, dapat kukatakan semua ini membina kepositifan dalam diri. Positive untuk menghadapi hidup yang mendatang.

Seperti anak-anak kecil yang baru belajar berjalan. Walau seringkali jatuh dan menangis, tetapi tetap diteruskan juga usaha sampai akhirnya dia boleh berlari.. wahh, *clap*clap*clap*. Dan masa itu dia boleh tersenyum dengan usahanya.

Tersenyum dengan usaha itu mungkin boleh dibayangkan seusai kita meninggalkan dunia yang fana ni. Itulah senyuman kepuasan. Puas atas usaha-usaha di dunia. Dan boleh berehat di syurgaNya. Alangkah bahagianya menjadi orang yang tersenyum ketika itu.. oh..

Positive, positive! InsyaAllah. Moga Allah memilih kita semua masuk ke dalam syurgaNya.. Ameen..

Menjadi positive kadang-kadang bukan satu kelebihan, dan menjadi negative pula bukanlah satu kelemahan. ye tak? Kadang-kadang positive sangat memakan diri juga. Hasilnya kita akan kecewa bila kita tak dapat yang kita inginkan. Tapi it's the other side of positive minded la..

And being negative pun bagus juga sebab ia akan buat kita lebih berhati-hati dan tak terburu dalam judgement. Cumanya jangan berlebihan.. Sebab ingatkan dalam sepotong hadis:

Firman Allah di dalam hadith qudsi:

Sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah berfirman:

“Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu.

Sekiranya dia mengingatiKu di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia(para malaikat dan nabi-nabi). Jika hambaKu mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa.

Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatiNya dalam keadaan berlari(cepat).” Hadith Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadith nombor 59 dalam Kitab Al-Wafi karangan Imam An-Nawawi.

Sangkaan..

Jaga sangkaan kita. Be it positive or negative, jangan biarkan ia memakan diri. Don't rush into judgement, yang Allah tak sayang kita, kenapa Allah buat camni pada kita, etc, etc.. 

Everyone has their own path of life. The way that Allah lined up for each of us is differ. So don't compare, stay happy with your life, stay cute and live life to the fullest!! ok?! :) ok, ni mmg positive! haha.


I don't know what I'm talking about actually, just sudden ideas due to some issues i heard.
ok, tu je. Stay positive people!

Friday, January 2, 2015

Mak Keyla penat!

Salam Alaik~


Letih. Penat. Aduh..

Banyak tanggungjawab yang tergalas dibahu baru-baru ni. Adoii.. Pening mak keyla memikirkan satu-satu masalah. Rasa nak lari je tapi tak boleh. Tanggungjawab is tanggungjawab.

Tanggungjawab dengan mak. Tanggungjawab jaga kakak. Tanggungjawab jaga anak buah. Tangggungjawab menyelesaikan masalah tutt.. Semua tanggungjawab. Letihnya tak tahu la nak digambarkan. Rasa lebih rela jadi doktor ni daripada duk rumah jadi bibik yang jaga keperluan semua orang. Tapi bukan ke nanti jadi doktor jaga keperluan orang lain yang lebih ramai??

Huwaaa, penatnyaaa~

Tangan ni kalau digambarkan dah boleh jadi sotong da. Kejap pegang penyapu, kejap pegang botol susu, kejap satgi suap makanan, kejap pegang senduk pulak.. aishh.. incredible hulk pun kalah ni.

>.<

Nasib mak keyla ni awet muda. Banyak masalah pun still nampak muda.. haha. Ok, keyla stop it.

Hurm, bila la nak dapat kerja ni. Kerja sambilan masih tak menjelma. Kalau nak kerja ade je yang menghalang. Lagipun, kena la consider mamaku yang da tak larat nak jaga kakakku yang bru bersalin ni. Takkan la aku rela melihat semua keperluan kakakku mak yang sediakan.

Duit poket dah makin menipis. Tapi nampaknya memang tak dapat la aku nak kerja apa-apa.. Jadi pengasuh anak buah jela.. Tu pun kalau dapat gaji.. heuw3.


Kadang-kadang melarikan diri gi usrah, gi program, gi buat kerja sukarelawan.. Oh, Malaysia dilanda banjir yang agak teruk. Di Kelantan, Pahang, Terengganu dan Perak antara kawasan yang terjejas. Kalau Perak, baru-baru ni banjir di Kayan, about 5-6 km dari rumah aku sebab dyorang buka ban. Hopefully, janganla banjir di batu 10 ni.. Rumah dahla rendah, setingkat pulak.. Minta jauh..

My family dah boleh terima aktiviti2 aku ni. Kira boleh keluar la, cuma kena ade kenderaan. :) Aku merempit je la sekarang ni~ so tak boleh malam la. Not allowed. No, no, no.

Alhamdulillah. Busy jugak dalam masa lapang yang ada. Bila nak prepare jadi doktor ni? huhu.

A'la kulli haal, alhamdulillah~

k, tu je nak bebel arini.

Na shle!!


Tuesday, December 9, 2014

BENEFITS OF NIKAH (MARRIAGE)




The Nikah (Marriage) is from the ways of Allah with regard to his creation, between the children of Adam, male and female.

With it there are great benefits, from them:


Chastity of the two spouses, one to the other;
To fulfill what is required from the husband towards his wife;
The husband taking care of his wife; and protecting her.
From it is also the fulfilling of the desires of both sexes and from it is having children.

There are many benefits from Nikah…

The most important thing is that it keeps you chaste from adultery, from fornication and the loss of lineage, and from the corruption of moral uprightness. There is the protection of one’s health.

As for adultery and fornication then their end place is in epidemics and in lethal illnesses, as is well-known.

''And come not near to unlawful sexual intercourse. Verily, it is a Fahishah [i.e. anything that transgresses its limits (a great sin)], and an evil way (that leads one to Hell unless Allah forgives him).
[Surah Al-‘Isrā’:32]

With it there is the loss of lineage, the spread of illnesses, the loss of modesty and chastity. With it there are great harms; fornication, we seek refuge with Allah, what an evil way. The harms of fornication are not limited.

With Nikah, there is a protection from fornication and from its harms, and all praises are due to Allah. Nikah produces offspring. As for fornication then it is a loss. The offspring from fornication have no father and no lineage, and we seek refuge with Allah. Lost… This is from the disadvantages of fornication.

He (Allah) didn’t say don’t fornicate, he said don’t come close to it, ‘don’t come near to it’, i.e. stay away from the means that lead to fornication. Such as: looking, the seclusion with a man, the traveling of the woman by herself, her showing off her beauty. These are means that lead to falling into fornication. Allah has not allowed them, he has prohibited them.

If there is leniency in these means then fornication will take place. If there is leniency in these means then fornication will take place, because the desires are present. Desires are present between men and women. If they sat together and mixed then fornication is close. Shaytaan is present, if a man secluded himself with a woman, then shaytaan is the third one amongst them.

They say you have bad thoughts and that you are pessimists. We are not pessimists, this is the reality. This is the reality and if these means that Allah has prohibited are violated, then fornication will occur, no doubt.

Even the righteous man, the religious one, there is a danger upon him from the woman. Especially if she was beautiful and he secluded himself with her or traveled with her or she joined him at work. Or if she sat with him in the classroom, or in an exam, or in meetings. Or if she sat with him on the television, or on the radio, as his colleague, i.e. a presenter next to him, and she is beautified and he is a youth. Far is Allah from all imperfections. Do you bring petrol next to fire? Petrol is by itself and the fire is by itself. You bring her next to him! This is like that; no it is worse than petrol and fire.
Desires… we seek refuge with Allah, desires are strong.

So for this reason Allah (the Exalted, Most High), has placed barriers that prevent falling in to fornication. If they are preserved, fornication is lessened or cut-off. If they are lost, then fornication will occur without a doubt. No matter what, even if they are religious or modest, the children of Adam are not saved from fornication except by the means that prevent it.

[Taken from the last class on the explanation of the book, Mukhtasar Zaadul Ma’aad, by Shaikh Salih al-Fawzan]

Monday, November 24, 2014

Kenapa Usrah?


Dah lama blog ni takde penulisan yang serius. So, rasa dengan masa yang terlebih banyak ni, mungkin boleh rajin-rajinkan otak ni untuk berfikir dengan lebih kritis lagi. Memikirkan masalah ummat, masalah jiran tetangga, masalah keluarga dan juga masalah diri sendiri dan jalan penyelesaianya.

Kenapa usrah?

Topik yang aku nak kupas arini. Ehem, ehem. Lama tak beri taujih ni. Bila dah kena memberi, rasa susun atur ayat da jadi tunggang terbalik rasanya. Huhu..

So, kenapa usrah? Kenapa nak usrah? Kenapa perlu usrah?

Usrah bermaksud 'keluarga'. Bilamana seorang itu diusrahkan, maka bermaksud dia telah di'keluarga'kan. Bukan bermaksud dia belum berkeluarga atau tiada keluarga, tapi bermaksud, dia disaudarakan dengan ahli-ahli dalam usrah ataupun 'keluarga' tadi. Jadilah mereka 'usrah-mate' yang sweet2 gitu..

Soo, dalam usrah ni ada lah penjaganya. Seperti keluarga yang ada ibuayah yang menjaga dan memimpin, maka usrah juga ada 'mama'nya iaitu dipanggil naqib (lelaki)/ naqibah(perempuan) yang diambil dari bahasa arab bermaksud ketua.

Usrah ni satu bentuk cara atau alat yang digunakan untuk me'replace'kan kembali sistem kekeluargaan yang sepatutnya ada dalam kehidupan sebenar tetapi tidak diaplikasikan kerana telah hilang dek pengaruh-pengaruh barat yang cuba untuk menghapuskan sistem keluarga Islam sebenar. Fuhh.. ok, ambil nafas.

Justeru, sistem usrah telah diperkenalkan untuk mengembalikan budaya yang sepatutnya ada dalam keluarga Islam. Ok, walaupun ia tak menggantikan terus ibu bapa dan adik-beradik kita, tapi 'fungsi' sebuah keluarga itu diterjemahkan dalam sistem usrah ni.

Haa.. So, dalam keluarga yang dipanggil usrah ni, kita berukhwahfillah (bersaudara kerana Allah), kongsi suka duka, belajar tentang Islam, sirah, Al-Quran, belajar  mengenal Allah, belajar menerima pendapat dan pandangan, belajar juga memberi pandangan, etc,etc,etc..

Dalam usrah boleh buat macam-macam. Yang paling best semestinya part makan-makan. Kui3.. Kalau kat obersea, aktivitinya lain2 ikut musim. Kalau musim sejuk, usrah kat bilik je la. Kalau musim bunga, usrah kat taman sambil bagi itik2 makan. Kalau musim luruh, usrah sambil main bowling. opss.. Kalau summer, usrah kat restaurant.. hee.. tu memang typical especially utk mama usrah macam I. Cuma part bowling tu I tak suka sangat, tp ikut orang la. hihu.

Usrah mengajak kita untuk kembali kepada ajaran Allah dan Rasul. Kembalikan semula semangat yang patut ada dalam diri orang islam. Bukan hanya memikirkan tentang diri sendiri semata-mata. Tapi belajar untuk memikirkan masalah ummat lebih lagi dari diri sendiri. Membuka mata kita untuk menjadi individu muslim yang sebenar. Memupuk kita menjadi insan mulia.

Membina diri dan membantu membina diri orang lain. Kat sini peranan usrah-mates yang bersama-sama dengan kita. Kita perlukan support mereka untuk berubah, perlukan kritikan dan pandangan mereka kalau kita tersalah. Dan hubungan kerana Allah (ukhwahfillah) tu yang memberi kekuatan utk kita terima pandangan dan kritikan. Dalam usrah ada unsur 'dibina' dan 'membina'.

Dalam usrah kita tak perlekehkan orang yang nak berubah, tapi kita bersama-sama dengannya untuk berubah. Kita pimpin tangan seiringan.

Dalam usrah kita tak mencerca orang lain, tapi kita cuba memahami dan mencari penyelesaian terhadap apa yang melanda pada orang sekeliling.

Dalam usrah kita membina pemikiran kritis lagi inovatif. Kita tak melahirkan orang yang berfikiran jumud dan hanya mengikut.

Dalam usrah kita 'memaksa' setiap orang untuk memberi buah pandangan dan fikiran kerana nak melatih kebolehan berfikir dan memberikan hujah atau pendapat.

Dalam usrah kalau kita simpulkan semua sekali, kita sebenarnya ingin melahirkan seorang logam yang bernama 'Individu Muslim'. Yang berakidah sejahtera, berakhlak mulia, yang berdikari, yang menjaga masa, yang sihat jasmani...ok, sila list-outkan 10 muwasafat.

Sistem ini yang dikembalikan untuk kita kembali menjadi pemuda Islam yang sebenar. Acuan Rasulullah SAW yang melahirkan pemuda-pemuda seperti Saad abi Al- Waqas, Zaid bin Harithah, Bilal bin Rabbah. Acuan yang membumi. Acuan dari didikan Rasulullah dari rumah Al-Arqam bin Abi al-Arqam.

Kenapa perlu usrah?

Ya, jawapannya sudah tertera diatas. Kita nak bina individu muslim (IM) yang boleh menangkis fitnah-fitnah dunia, maksiat yang bermaharajalela, yang kalau dicampak dimana-mana, boleh berdiri sendiri mengajak manusia kepada Allah.


Tiada cara lain?

Ada. Selain usrah, ada daurah, jaulah, mukhayyam, katibah, etc2.. Cuma frequensinya berlainan. Ni namanya wasilah (jalan) yang membawa kepada pembinaan IM tu. Dan usrah frequensinya seminggu sekali.
Yang lain-lain, kekerapannya sebulan, setahun sekali. Boleh la kalau nak dianalogikan, usrah itu nasi, daurah-mukhayyam-jaulah-etc tu adalah lauk pauk yang menyedapkan lagi nasik kita. ok? Kalau tak dapat maksudnya lagi, usrah tu adalah the main ingredient la dalam pembinaan IM.  ~ haa, camtu.. cepat pick up skit eh.

Kalau tak nak?

Its up to you~
But bear in mind, sesiapa yang dah terbina, most probably will always searching for u to be their mad'u.. hehe


Banyak yang nak diceritakan tentang usrah sebenarnya. Tentang peranan naqibah, peranan usrah-mates, peranan kita as ahli usrah, apa yang dibincangkan dalam usrah, apa itu mutabaah amal, etc.. Tapi tu mungkin boleh dikupaskan dalam tajuk2 yang lain okey~

So, sampai disini saja kupasanku.. Bibir dah kering berceloteh (eh, tanganla yang letih menaip)
ok, kita break dlu dengan kopi o.

Na shle!






Wednesday, October 1, 2014

Minyak kelapa dara

Salam alaik,




Kerana menganggur dan tak berapa banyak benda nak dibuat, aku dengan berbesar hati menjadi agent jual minyak kelapa dara aka virgin coconut oil. hehe

Sebenarnya aku just mencari produk kesihatan yang boleh aku makan as a supplement during HO nanti. And kebetulan je kawan aku, Fitrah pos kat fb tentang minyak kelapa dara ni. Tengok kelebihan dan keistimewaan dia, agak menarik juga. Banyak tentang kesihatan wanita dan juga ade tentang hypertension - darah tinggi, diabetes dan sakit jantung.

Penyakit 3 serangkai ni memang jadi topik dalam family aku. Penat jugak nak menerangkan kat family sendiri. Tambah2 lagi ade yang perokok tegar, kencing manis, masalah kegemukan.. tu semua boleh bawa kepada sakit jantung. Ish3, aku pun boleh sakit jantung dengar abang2 aku merokok berkotak2 sehari. Hadoi..  ni apa cerita suh adik jadi doktor tapi bila adik suh benti xmo ikut ni?

Fening2..

Ok, faham je la nak berhenti merokok tu susah.. Fahammm.. Tapinya, ia dah jatuh haramm.. So xde istilah tak boleh dah sebenarnya.. huhu..kena boleh jugak utk berhenti.. Tapi apakan dayaa.. lelaki itu seorang lelaki juaa..

Tambah kat malaysia ni, banyak makanan2 yang tinggi kalori dan kolesterol. Kuat makan pulaktu.. So, tak mustahil aku sendiri boleh dapat penyakit 3 serangkai ni kalau tak menjaga..

Owh, berbalik kepada cerita minyak kelapa dara ni, aku sebenarnya lebih nak hilangkan parut didahi yang setempek besar ni.. hehe..(ok, xde la besar, ade la 1cm lebih skit). Kot la kalau boleh hilang kan.. dah bertahun da dy ade di dahi. Kalau tanggal tudung nampak la..Kalau tak, xde nampak sangat.. Tapi tup2 aku nak order terus terfikir kalau aku boleh bantu ke.. sebab cam aku suka je produk2 yang boleh beri orang lain manfaat ni. Tambah lagi produk bumiputra, aku suka je la bantu orang sendiri berniaga.

So, then bermulalah kisah aku dengan minyak kelapa dara ni.. saja suka2. hopefully dapat la beri mafaat sedikit sebanyak kepada orang lain.

Setahu aku ade je vco yang dalam bentuk gel. Tapi mahal skit la harga dia.. around RM40-60.. Tapi yang ni murah saja. Sebab dalam bentuk cecair dan sebab terus dari pengeluar. RM15 saja sebotol.


so, kalau ade sesiapa berminat boleh pm ye. :)
pm: 01129647149








Tuesday, September 9, 2014

Menyelesaikan masalah dunia

Salam alaik,

Alhamdulillah selamat sudah bfg (baca: back for good) hari rabu lepas. 3 September lalu akhirnya kakiku menjejak bumi Malaysia buat kesekian kalinya. Dan ini mungkin kali terakhir juga aku berulang-alik antara dua tanah, Republic Cezch dan Malaysia.

Tamat. 6 tahun masanya. Tak tahu juga nak kata singkat ke lama masa yang diberi. Kalau orang bercinta dah beranak pinak dah. Haha.

Alhamdulillah.. don't know what word can describe the feeling.

Alhamdulillah a'la kulli haalin.
Wa astaghfirullah min kulli zanbin.

Dalam kehidupan ni kita umpama seorang musafir. Selama manapun kita ditempatkan di satu tempat, pasti kelak kita akan meninggalkan juga tempat tersebut. Sebab kita sedar tempat tu hanya persinggahan semata. Bukan destinasi kita.

Semua yang diberi pada kita adalah nikmat-nikmat yang Allah kurniakan tanpa mengira kita layak ataupun tidak. Dan semua nikmat tu asalnya dari Dia. Dia berhak untuk menariknya bila-bila masa.

Memikirkan semua adalah kepunyaan Allah, satu perkara aku didik dalam hati. Jangan letak nikmat2 ni dalam hati. Jangan terlalu mencintai nikmat yang diberi. Tapi cintai Sang Pemberi. Semua nikmat2 ni letaknya hanya ditangan, supaya bila ia pergi, lukanya hanya disitu. Bukan di hati.

Jadi hati selamat dari luka2 dunia. :)


Soo, sekarang tengah mengisi masa2 awal ni dengan menyetelkan borang2 nak kerja. Aduhh.. memang agak leceh la isi2 borang ni.. Sangat laa leceh. Tak sukaaa..

Tapi selalu kena betulkan niat..Moga ni boleh jadi sumber pahalaku.. huhu.. sabar2.. rileks2 sajaa..

Hopefully minggu ni boleh setelkan semua.. Taknak duduk lama2 kat sini.. nak balik kampungg~~

Rindu lekir.. Really need fresh air kat rumah.. owh, syurgaku~


Ok, kella.. jom setelkan ni dengan itqan! Bersungguh-sungguh!

Ya Allah mudahkanlah~


Ragu-ragu?


"Ada ragu-ragu lagi ke?"

Aku tersentak. Ragu-ragu? Apa jenis soalan ni.


Aku terdiam. Mencari jawapan dari dalam hati. Ragu-ragu lagikah kella? Oh, nak jawab apa ni?
Astaghfirullah al azim.

Aku mengangkat wajah. Mencari nafas yang hilang dek soalan yang sangat mencabar perasaan ni.

"Tak, tak ragu dah."

Rasa nak benam muka kat tanah.

Wednesday, August 6, 2014

Hijrah Cinta


Hijrah Cinta

Pada hari bulan tahun
Detik menit diriku bernafas
Ada gelombang mengerah
Memaksaku menghentikan semua

Kuhentikan kegilaan hidup
Denganmu jiwa ini terisi
Aku mencintai engkau
Begitu besar tak terbandingi

Namun bila saatnya aku harus pergi juga
Tinggalkan engkau tinggalkan semua

Hijrah cintaku menguatkan alasanku
Untuk menjadi manusia lebih baik
Namun saat sinarnya datang
Menjemputku mana mungkin aku berlari

Aku harus meninggalkan semua cinta ini
Dan bila nanti bertemu Dia kumohonkan
Kembalikanlah kami satukanlah lagi
Di surgamu ya Allah


Segunung kepingan dinar
Tak bisa mengalahkan kilau cintaku
Bahagiaku melihatmu
Mampu tersenyum kalahkan getir

Rossa~


Bila saatnya kita sedari setiap yang kita sayang diambil kembali, kita tahu bahawa cinta itu harus dipindahkan. 

Cinta itu bukan untuk ciptaan-Nya, tapi untuk Dia.

Dia yang kekal. Dia yang selayaknya dicintai.

Mungkin kerana cintaku padaNya masih belum sempurna. Kerana aku masih mencintai ciptaanNya lebih dari Dia. Kerana itu, Dia tarik orang yang aku cinta jauh.. Jauh dariku..

Kerana cinta itu harus dipindahkan.. Kepada Dia.
Untuk Dia.


Friday, August 1, 2014

Jika

Jika aku menyinta
Aku tak menyapa
Kubiar mata bertanya
Dalam jelingan tanpa kata

Jika aku menyayang
Aku tak pandang
Kubiar jiwa berdendang
Dengan suara sumbang

Jika aku jatuh hati
Aku tak berani
Dekat terasa duri
Semua tak kena serba serbi

Kerana itu
Aku masih sendiri
Bahasaku tak dimengerti
Istilah menjaga sudah dilupai

~
1 Ogos 2014
12.13 am
Raudhah

Tuesday, July 22, 2014

Sebulan yang sarat dengan...

Salam alaik,


Sebulan seminggu yang berlalu, terlalu banyak cerita, terlalu banyak rasa. And I just can't put them into words.

Malaysia.
Ramadhan.
Mak.
Gaza.
Exam paeds.
Graduated.
Czech.
Dr. Kella

Alhamdulillah a'la kulli haalin
Wa astaghfirullah min kulli zanbin.

Hidup ni memang tak dapat dijangka kan? Semalam kita begini, harini kita begitu. Semalam kita disini, hari ni kita disana.

Semalam penuh dengan air mata. Harini mungkin hanya sendu dalam jiwa. Esok lusa, mungkin senyuman pula menjelma.

Apapun ya Allah, aku cuba untuk membesarkan hati atas segala yang telah kau sediakan buatku. Aku tak tahu aku telah melaluinya dengan baik atau tidak, maka ampunilah aku jika masih belum sempurna.


Masih banyk lagi ranjau duri yang akan menemani jalan hidupku. Hanya satu kupinta. Kuatkanlah langkahnku ya Allah.

Mudahkan lah jalannya. Cekalkanlah hatiku. Kuatkan kesabaranku.
Moga aku masih mampu untuk hadapinya..

Rabbi yassir wala tu'assir.
Ni baru permulaan, ..

Berkatilah jalannya.. ameen


Friday, June 13, 2014

MUDr Yang tertangguh

Salam alaik,

Siapa yang dapat meramal masa depannya? Siapa yang tahu apa akan berlaku hari esok? Siapa yang boleh beritahu apa akan terjadi walau satu saat kedepan pun?
Jawapannya tiada. Sebab soal jodoh, rezeki, ajal dan maut tu rahsia Allah.

Knowing this, I put trust in Allah. I have done my best, I knew all my friends made du'a for me. I even been told that my mother keep praying for me several times. Doa yang terhijab dari seorang ibu, dari keluarga. Namun Allah knows the best for me. It's not sebab du'a tu tak dimakbulkan. Tapi belum lagi.

I'm so lucky to finished one by one my exam right on time. I have seen some of my friends struggle for exams when they couldn't catch up with the dates given. But then, now, even they will graduate earlier than me. Who knows, my dear. Kita punyer rezeki, bukan kita yang beri. Kita hanya usaha dan berdoa dan bertawakkal.

Soal rezeki, jodoh, ajal maut tu bukan kita yang pilih. Ia dirahsiakan. Disimpan elok di Lauh Mahfuz. Apa yang berlaku pada hari ni, tak ada satu pun yang tidak tertulis di Lauh Mahfuz. Perjalanan hidup kita ni berjalan selari dengan apa yang telah sempurna dirancang oleh Allah sebelum kita wujud dimuka bumi lagi.


Percayalah, apa yang Allah rancang sangat2 baik daripada apa yang kita rancang. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, sebab kita sendiri tak tahu apa yang terbaik untuk kita. Right?

So, what to do when the rain is coming?
oh, mungkin storm?

Keep calm dan stay at home. =)

Sabar. And don't compare. Please, don't. Or else you will get hurt. Even hidung kita pun berbeza2, nikan ujian. Dah rezeki dapat hidung kembang, kita tak boleh nak soal Allah why hidung dia mancung? Ok, Joking.

Kella, please be strong. Even you don't know how. But it's okey if you don't even show it. It tells you yang you're human too. Even people keep telling you, you are strong. Please, ignore them. They don't know what's the feeling. But it's ok. It's okey..

Allah tengah turunkan ujian untukmu. Special for you. Spotlight is now focused on you. Don't that make you happy?

So when the storm is coming, keep sabr in your heart. Allah is watching.
You will learn something, InsyaAllah.


Allah, knowing that you always with me, that's enough.
Just enough.

You'll make me through these, kan Allah~?





Thursday, June 12, 2014

Serah


Salam,

Ia bukan nikmat atau musibahnya; melainkan syukur dan sabarnya.
Ia bukan kaya atau miskinnya; melainkan shadaqah dan doanya.
Ia bukan sakit atau sehatnya; melainkan dzikir dan tafakkurnya.

Ia bukan sedikit atau banyaknya; melainkan ridha dan qana’ahnya.
Ia bukan tinggi atau rendahnya; melainkan tazkiyah dan tawadhu’nya.
Ia bukan kuat atau lemahnya; melainkan adab dan akhlaqnya.

Ia bukan sempit atau lapangnya; melainkan zuhud dan wara’nya.
Ia bukan sukar atau mudahnya; melainkan ‘amal dan jihadnya.
Ia bukan berat atau ringannya; melainkan ikhlas dan tawakkalnya.

Link

Just the right timing.
Aku save link ni untuk bacaan selepas exam.

Allah, ada saja Kau untuk memujuk hati ini.

Ya Allah, cukup ada Kau disisi, akan kulalui musibah ini.
Musibah demi musibah yang menimpa, hanya satu kuharapkan

Agar Kau redha dengan aku
Cukup itu.


Thursday, May 29, 2014

Everything's okay, InsyaAllah



"Everything's Okay"


Keep giving me hope for a better day
Keep giving me love to find a way
Through this heaviness I feel
I just need someone to say, everything's okay

Woke my weary head
Crawled out of my bed
And I said, "Oh, how do I go on?"
Nothing's going right, shadow's took the light
And I said, "Oh, how do I go on?"

Sometimes I need a little sunshine
And sometimes I need you

Keep giving me hope for a better day
Keep giving me love to find a way
Through this messy life I made for myself
Heaven knows I need a little

Hope for a better day
A little love to find a way
Through this heaviness I feel
I just need someone to say, everything's okay
(Everything's ok)

I gave my hope to you
When you were nearly through
And you said, "Oh, I can't go on"
Well, now I need it back
'Cause I have got a lack of all that's good
And I can't go on

Yeah, sometimes I just need a little sunshine
And sometimes I need you

Keep giving me hope for a better day
Keep giving me love to find a way
Through this messy life I made for myself
Heaven knows I need a little

Hope for a better day
A little love to find a way
Through this heaviness I feel
I just need someone to say, everything's okay

(Everything's okay, everything's okay)
Sometimes I need a little sunshine
And sometimes I need you

Keep giving me hope for a better day
Keep giving me love to find a way
Through this messy life I made for myself
Heaven knows I need a little

Hope for a better day
A little love to find a way
Through this messy life I made for myself
Heaven knows I need a little

Hope for a better day
A little love to find a way
Through this heaviness I feel
I just need someone to say, everything's okay


~

u can do this, with Allah besides you
u can go through this, with Allah's help.

Trust, Him, kella.
u can do this.
Photobucket