
Sedarkan umat yang sedang nazak ini..
Bukakan mata buat yang masih tak mengetahui..
WHO ARE YOU??

Sedarkan umat yang sedang nazak ini..
Bukakan mata buat yang masih tak mengetahui..
WHO ARE YOU??
HANYUT- UNIC
Cipta Dari Segumpal Darah
Jelma Seraut Wajah
Rahsia Agungnya Kudrat Tuhan
dan Dihembuskan Nyawa
Diikatkan Janji
Tunduk Hanya Kepadanya
Namun Hakikatnya Hidup Sarat Pesona Dusta
Dugaan Tuk Menguji Kehambaan
Tiada Tempat Berlindung Dari fitnah Dunia
Selain Perlindungannya
Berkurun Terukir Sejarah Alpa
Manusia DiHanyut Indah Yang fana
Terlupa Pada fitrah Wujudnya
Hanya Ditaraf Hamba
Tenggelam Pada Bisikan Dunia
Tak Sedar Langkah Mudik Ke Sengsara
Tergoda Pada Hasut Sengketa
Rebut fatamorgana
Telah disuluhkan laluan
Diberi segala pedoman
Seiring akal dan fikiran
Mengapa kehilangan
Telah tertulis pengakhiran
Pada selembar takdir insan
Jiwa yang penuh penyerahan
Itu yang dijanji syurga~
the best song ever heard, masyaAllah!
Adakah kau lupa atau adakah kau sedar? takut bila sedar yang sekarang umat Islam adalah yang teramai sekali tapi umpama buih yang tiada apa2.. yang tak beri apa-apa kemudaratan langsung kepada sesiapa..
Rasulullah SAW pernah bersabda : "Hampir tiba satu masa seluruh manusia akan mengerumuni kamu seperti orang yang ingin makan mengerumuni talam hidangan". Sahabat bertanya, "Apakah kerana kami sedikit ya Rasulullah?". Maka Nabi SAW menjawab, "Tidak, bahkan kamu banyak sekali tetapi kamu umpama lautan, dan Allah mencampakkan penyakit wahan ke dalam hatimu". Sahabat bertanya, "Apakah itu wahan?". Nabi menjawab, "Cintakan dunia dan takutkan mati."
Nauzubillah.. dah memang hampir jadi kenyataan da hadis nie..(ke da jadi sepenuhnya?). cuba tanya diri, kalau hari nie lah kita meninggalkan dunia, apalah yang kita bawak untuk ke akhirat sana? kita percayakan mati itu satu process.. ade ke orang yang tak mati2? yang memang dari dulu tak mati2 lagi? takde kan? jadi kalau kita percayakan mati itu pasti, sebagai orang Islam,kita mesti percaya juga yang kita juga akan dibangkitkan pada hari akhirat dimana manusia akan dihisab- ditimbang amalannya di dunia. kita yakinkan benda tu?tanya diri, yakin tak?
kalau semua manusia sedar( paling-paling tidak, dia tahu la) yang hari akhirat tu pasti, walaupun tak terbayang di fikiran, (kerana perkara ghaib itu memang tak terbayang), pasti lenyaplah semua kejahatan di dunia nie. kalau dia tahulah keadaan dan kemarahan Allah pada hari akhirat nanti, nescaya takkan ade manusia yang berani buat kejahatan di muka bumi nie. sebab tu Allah selalu tekankan dalam ayat2 alQuran, kalau manusia tu ingat akan kematian dan hari akhir, itulah manusia yang sebijak-bijaknya. cukup fikir 2 tu je- mati dan hari akhirat. sebab daripada fikir benda itulah manusia akan sedar tujuan dia hidup. tak perlu rungkai panjang2.. cukup fikir mati dan hari perhitungan.. percayalah.. fikir 2 benda tu pun dan cukup buat diri tak mahu bangkit2 dari tikar sejadah.
kenapa dengan adanya kebaikan, akan ade seiring dengannya kejahatan? pernah tak terfikir? tak boleh ke kalau kebaikan, juz kebaikan je yang muncul kat muka bumi nie. xde sebaliknya? kenapalah agaknya?
sebab kebaikan itu takkan terserlah kepentingannya kalau tiada perkara kontra padanya. samalah macam beli kain, antara bunga kuning dan tanahnya warna kuning jugak dengan bunga kuning tanahnya warna hitam? mana lagi terserlah bunga kuning tu? tentulah pada kain yang tanahnya warna hitam. ini nak menunjukkan yang kebaikan itu takkan disedari kepentingannya kalau takde perkara yang menyerlahkannya. maksudnya sebab adanya kejahatanlah kita baru sedar betapa buruknya kejahatan itu dan betapa baiknya kebaikan itu.. ok?
dan pada zaman sekarang, kebaikan da mula luput. sebab itu kejahatan berleluasa sebab tiada perkara kontra yang boleh menunjukkan betapa buruknya kejahatan tu. jadi sekarang nie kita kena mulakan la mewujudkan kembali kebaikan- kebaikan yang da luput tu supaya semua orang sedar jahat itu buruk, bukan perkara yang sedap mata memandang, dan bukan sebagai koleksi peribadi sebab nak cakap diri sendiri bukan skema.. ubah fikiran dan paradigma anda. Umat Islam bukan begini tetapi umat Islam adalah umat yang terhebat yang pernah Allah ciptakan..
wallahualam~