Monday, June 4, 2012

Takdir

Bismillah,





Takdir..
Kata orang, kita tak boleh ubah takdir.. Takdir tu dah tertulis siap-siap di Lauh Mahfuz lagi.
Bila pena terangkat, lembaran pun sudah kering, maka itulah takdirnya.

Tapi sebenarnya pemahaman takdir itu luas. Sangat luas maknanya. Melangkaui pemikiran cetek manusia. Takdir bukan milik manusia tetapi milik Dia. Manusia takkan dapat mengawalnya. Perkara ghaib ini Allah sahaja yang tahu. Ia sangat misteri. Jadi apa yang berlaku sebagai takdir, adalah di bawah ilmu dan pengetahuan Yang Maha Esa. Ilmu-Nya yang tersangat luas.. Tak tergapai dengan ilmu manusia yang setitis cuma.


Takdir, perkara aqidah. Termaktub dalam rukun Iman yang ke-enam. Di bawah qada' dan qadar Allah..

Qada = pelaksanaan
Qadar = sukatan

Dan ia terbahagi kepada 2 bahagian; Qada Muallaq, Qada Mubram.

Qada Mubram =  perkara yang kita tak mungkin akan ubah. Ia pasti berlaku dan akan berlaku, tanpa halangan. contohnya mati. Semua manusia akan mati kan?

Qada Muallaq = ketentuan yang tak semestinya berlaku dan ia bergantung kepada sesuatu.
Seperti dalam Hadis Nabi s.a.w.;

Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa, Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik keada ibubapa. (Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi)

Doa dan usaha adalah 2 benda yang boleh mengubah takdir. Tapi perubahan tersebut masih lagi tertakluk dibawah pengetahuan Allah Azza wajalla. Allah akan ubah mengikut ilmuNya.. Manusia hanya boleh berdoa dan berusaha, natijahnya Allah sahaja yang menentukan.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri (Ar-Rad; 11)


Wallahualam, soal qada dan qadar ni Rasulullah sendiri tidak menggalakkan para sahabat untuk memanjangkan perbincangan. Sebab perkara ghaib ni, pengetahuan yang Allah beri sangat sedikit kepada manusia.

Tapi kenapa bicara tentang takdir?
Sebab baru habis baca novel Takdir karangan Hilal Asyraf.  :) Katanya, takdir nie perkara misteri yang tak boleh dirungkaikan oleh manusia. Sebab ia urusan Allah, pemegangnya Allah.

dan suka nak quote satu ayatnya;

Takdir itu dihujung usaha hamba..

Sebab kita tak tahu takdir kita. Jadi kita semua berusaha untuk dapatkan takdir yang baik, pengakhiran yang baik. Dan yakinlah usaha kita pasti dinilai Allah, dan dibalas dengan ramat dan keredhaanNya. Jangan pernah sesekali kata ' Inilah takdirnya,' tanpa usaha dan doa!


p/s; soal rezeki, jodoh, ajal dan maut semua ditangan Allah. Kita hanya berusaha dan berdoa sebaiknya.
teringat kata-kata Dr Maza,

"Ya Allah, aku doa dah banyak kali dah untuk dapatkan dia, tapi still tak dapat jugak, kenapa ya Allah?"
-Nak dapat camana, kalau 7 orang  yang lain pun doa yang sama? -

:D



Saturday, June 2, 2012

Bismillah,


"Mak, ala merajuk dengan mak sebab gi bandung~ ala nak mintak jalan kat Malaysia 10 hari nanti.. kui3"

Err, boleh ke merajuk gaya gitu? ;D


Padahal mak aku tak salah pun~ mestilah yang mengajaknya abang dan kakakku.. heee~

Halallah.. mak, terima okey, ala punyer proposal nie...;P


peace, yow!

p/s; idea di pagi hari, fikir cne nak kuar rumah 10 hari di awal bulan puasa~
tp rasanya pusat reakreasi mana2 pun tutup bulan ramadhan kan? eh.

Sunday, May 27, 2012

Ayat-ayat cinta Nabi Ibrahim

Bismillah,




"Lain halnya Tuhan seluruh alam,


iaitu yang menciptakanku, maka Dia yang memberi petunjuk kepadaku,


Dan Yang memberi makan dan minum kepadaku,


dan bila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku,


dan Yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku kembali,


dan Yang sangat aku inginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat."






Rabbi hablii hukmau wa alhiqni bissholihin..
(Ya Tuhanku, berikanlah kapadaku ilmu dan masukkanlah aku kedalam golongan orang-orang yang soleh)


Al-Ibrahim;77-83

Boleh jadi..

Bismillah,


Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu,

dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu..




Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui......


-it's a BIG no!-
but i'm keep fighting,
for the right.
;P

Saturday, May 19, 2012

Dalam dada ada apa?

Salam alaik~


Dalam dada ada apa?

Allah kata ada hati (qalbun).


"Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada" -Al-Hajj;22


Dalam dada ada apa?

Doktor kata ada jantung.



Hati = jantung? (liver = hati, heart = jantung ~ istilah melayu yang banyak menyebabkan ke'confius'an :))

So I would like to conclude Qalbun is the right word to describe what we called 'hati' here. :)

Kenapa cerita pasal hati/ jantung/qalbun bagai nie?

Sebab daku ingin bercerita mengenai dua-dua benda ni. Alhamdulillah, baru-baru ni Allah beri peluang tengok open heart surgery! Subhanallah.. I'm amazed and still amazed dengan ciptaan Allah yang satu ni. Sangat menakjubkan, okey! Dan ini adalah kali pertama dalam hidup melihat jantung bergerak secara live!

Lub dup, lub dup, lub dup.

Mata rasanya dah bukak seluas-luasnya untuk merakamkan pergerakan jantung yang hanya ada beberapa puluh cm je daripada muka. Allahu Akhbar! Kalaulah tak kerana ade surgeon yang tengah stretching kat sebelah dan ada makcik assisstant yang sedang jeling-jeling kat daku, pasti sudah ku cuit jantung tu dengan hujung jari! eeiii, kagumnya aku dengan jantung nie! :P

Okey, sangat terserlah kejakunan yang ada. Rasanya lagi over daripada pergi melancong ke Perancis dan melihat Eifle tower depan mata. Subhanallah~ Jakun sungguh laa.. Memang tak dapat nak elak.. Biaq pi surgeon tu usha pelik aku and anis yang berganti-ganti melihat jantung pesakit tu dengan bermacam-macam bunyi yang keluar.. haha.. ( kenapa berganti-ganti? aha! malaysian kan rendah, terutamanya daku la, so ade satu saja kerusi yang ada untuk melihat, so, ehem,ehem.. faham sajala~)

Surgeon tu perlu pindahkan semua darah yang ada ke extracoporeal system (luar badan)untuk memulakan operation terhadap tricuspid valve yang terletak dalam right ventricle. Masalah pesakit tu ialah tricuspid valve insufficiency - maksudnya valve bahagian ni tak cukup sempurna dalam memindahkan darah dari atrium ke ventricle. Dah selesai pindahkan semua darah ke luar, jantung tu masih berdenyut tapi tanpa ada darah dalamnya.

Tahu bagaimana nak hentikan denyutan tu? Surgeon tu letak ais cair!! Subhanallah.. Kalau tak kerana aku pakai penutup mulut (baca= mask) pasti sudah ter'obvious' mulut aku yang sedang nganga tahap ikan paus time tu! Ya Allah~ Automatik jantung tu mengecut di dalam rendaman ais tadi.. Waaaaa, dalam hati dah jerit2 dah.. nak update status kat fb!!!! haha

Stop it saakella~ jangan childish sangat boleh tak.. (haha.. I can't stop it. )

childish sgt ke? :)

Dan tibalah saat-saat yang ditunggu~ Jantung itu akan dibelah (baca = cut to open). Dan... subhanallah... Time ni aku bayangkan hati yang sedang dirobek. Ouch!

Kalau itu hati yang Allah cakap, ia memang tak bermata. 
Kalau itu hati yang Allah cakap, pasti jelas kekotoran bertempek di permukaan jantung tu. (atas dosa-dosa manusia)

Kalau itu hati yang Allah cakap, pasti baaaannyakk sangat parut yang ada sebab 'terluka hati dan perasaan' dengan dunia ni.

Allah~

Benar, bukan itu qalbunnya. Itu jantung. 

Kalau ada sakit hati, bukan kat situ yang dirasa. 
Kalau ada geli hati, bukan kat situ juga..
Kalau ada rasa pedih hati, hurm, still bukan kat situ jugak..
Kalau ada rasa apa-apa, -rindu, chenta, sayang, kasih...
Juga masih bukan disitu..

Tapi sakitnya di dalam dada bukan?
Sakit merindu, cinta, sayang dan kasih~
Rasanya di dalam dada kan?
Rasa sesak pun dalam dada kan?

Dimanakah ia? Oh..

Senyum. Tak boleh nak jawab. Qalbun yang ada ni adalah bersifat ruhi. Dan tentang ruh ni, Allah bagi clue sangat sedikit.

" Dan mereka bertanya kepadamu tentang ruh. Katakanlah, " Ruh itu termasuk urusan Tuhanku, sedangkan kamu diberi pengetahuan hanya sedikit." Al-Isra' ; 85


Walau Allah bagi clue skit je, tapi Allah dah bagi baanyak cara untuk kawal hati ini. 

Dalam AQ Allah selalu kata Allah tahu apa yang ada dalam hati manusia.
Allah kata Allah dekat.
Allah kata Allah dengar.
Allah kata Allah lihat.

Dengan semua tu, Allah suruh kita jaga hati kita. 
Jangan tampal banyak sangat kotoran.
Jangan 'luka' banyak sangat juga. 
Kan Allah kata Allah ada. 
Senyum nampak gigi.

Dengan melihat jantung, serta mengandaikan hati yang tak nampak itu, aku benar-benar berterima kasih kepada Allah atas kurniaanNya.. Allah, You taught me something. Something that I can't describe and put it into word. But it felt deep inside. Allah~

Allah, Ya Allah~
Guide me all the way to your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don’t let me go astray ’cause I need you
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, oh Allah!
Be with me all the way~





Oh Allah, let this world be in my hands,
not in my heart
'cause soo I'll have to leave it...













Photobucket